Sabtu, Jun 16, 2012

Zamil terima juta2 ringgit daripada Umno BN pujuk MP Pakatan keluar parti – Saifuddin

KUALA LUMPUR 15 Jun: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim menerima komisen berjuta-juta ringgit daripada Umno BN untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpaling tadah.
Menurut beliau, Zamil merupakan seorang penjual burger sebelum mengecapi kemewahan sejak kebelakangan ini.

“Zamil merupakan bekas Angkatan Muda KEADILAN Kedah. Dia keluar parti bersama-sama Ezam Mohd Nor. Kemudian dia menyertai Kita. Sebelum ini, dia hanya penjual burger. Isterinya pula hanya penjual kosmetik tradisional.

“Komisen yang diperoleh daripada Umno BN membolehkan dia hidup senang dan tinggal di banglo mewah di Kedah. Tidak mungkin kekayaannya hari ini hasil jualan burger dan ubat tradisional,” kata Saifuddin dalam sidang media semalam.

Ahli Parlimen Machang itu turut mendedahkan, Zamil adalah bekas tahanan di Pulau Jerjak bagi kes dadah.

“Saya cabar dia (Zamil) menafikan perkara ini jika pendedahan saya tidak benar,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan di Parlimen semalam, Zamil antara individu yang ada dalam rakaman video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan.

Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan untuk lompat parti dengan tawaran RM2 juta.

Zamil dipercayai menerima komisen berdasarkan dialog dalam rakaman tersebut./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

1 ulasan:

  1. zamil,tak maluke kamu beri makan anak2 kamu duit haram..hanya jual burger je..aku ingat lagak macam peguam...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng