Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan

Selasa, Julai 03, 2018

Senarai Penuh 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri angkat sumpah

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
KUALA LUMPUR: Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.
Istiadat yang berlangsung di Balairong Seri itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Susulan 13 menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet Dr Mahathir, 13 menteri terdahulu sudah mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas.
Istiadat yang bermula 11 pagi itu didahului dengan kumpulan pertama Jemaah menteri yang diketuai Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Istiadat angkat sumpah hari ini diakhiri oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis yang dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.
Kesemua mereka masing-masing turut menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Richard dan Ali. Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional (BN).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, kemudian mengangkat sumpah mengetuai barisan 13 anggota Kabinet pada 21 Mei lalu.
Upacara mengangkat sumpah hari ini pula menyaksikan pelantikan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri. Berikut adalah senarai mereka yang mengangkat sumpah hari ini:
MENTERI
1. Saifuddin Abdullah dilantik Menteri Luar
2. Mohd Redzuan Md Yusof dilantik Menteri Pembangunan Usahawan
3. Dr Xavier Jayakumar dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
4. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik Menteri Belia dan Sukan
5. Baru Bian dilantik Menteri Kerja Raya
6. Teresa Kok dilantik Menteri Industri Utama
7. Saifuddin Nasution Ismail dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
8. Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
9. Khalid Abdul Samad dilantik sebagai Menteri Wilayah
10. Liew Vui Keong dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
11. Ignatius Darell Leiking dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
12. Mohamaddin Ketapi dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
13. Yeo Bee Yin dilantik Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
TIMBALAN MENTERI
1.Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dilantik Timbalan Menteri Wilayah
2. Dr Md Farid Rafik dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)
3. Amiruddin Hamzah dilantik Timbalan Menteri Kewangan
4. Eddin Syazlee Shith dilantik Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
5. Shamsul Iskandar Md Akin dilantik Timbalan Menteri Industri Utama
6. Sim Tze Tzin dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
7. R. Sivarasa dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
8. Fuziah Salleh dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
9. Dr Lee Boon Chye dilantik Timbalan Menteri Kesihatan
10. Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
11. Chong Chieng Jen dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
12. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
13. Hannah Yeoh dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
14. Teo Nie Ching dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan
15. Steven Sim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan
16. Dr Ong Kian Ming dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
17. Mahfuz Omar dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia
18. Mohd Anuar Mohd Tahir dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya
19. Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
20. Mohamed Hanipa Maidin dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)
21. Datuk Kamarudin Jaffar dilantik Timbalan Menteri Pengangkutan
22. Datuk Aziz Jamman dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri
23. Isnaraissah Munirah Majlilis dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
bh

Picture

Isnin, Julai 02, 2018

Terbaik!! Sembilan jabatan kerajaan bebas, 10 lagi bubar dari JPM

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) antara sembilan agensi kerajaan yang tidak lagi tertakluk di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Kesemua agensi terbabit diletakkan sebagai entiti bebas dan melapor terus kepada Parlimen berkuat kuasa 1 Julai.
Tujuh lagi agensi berstatus demikian menurut surat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa kepada JPM bertarikh 26 Jun itu adalah seperti berikut:
– Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)
– Pejabat Pendakwa Raya Negara (Fungsi pendakwaan)
– Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
– Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
– Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
– Parlimen Malaysia
– Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Sementara itu, 10 lagi agensi atau jabatan kerajaan dibubarkan termasuk 19 pejabat kecil di bawah Pejabat Perdana Menteri:
– Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Republik China
– Pejabat Duta Khaske India dan Asia Selatan dalam Bidang Infrastruktur (sehingga tamat kontrak pada 31 Disember 2018)
– Pejabat Penasihat kepada Perdana Menteri (Prof Datuk Seri Wira Khairil Annas Jusoh)
– Pejabat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri ((Datuk Seri Shaziman Mansor)
– Pejabat Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor
– Pejabat Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan (sehingga tamat kontrak pada 30 Jun 2018)
– Pejabat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
– Pejabat Penasihat Sains kepada Perdana Menteri
– Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita
– Pejabat Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri
– Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan
– Institut Wasatiyyah Malaysia
– Bahagian Penjenamaan Negara (Brandworth Corporation)
– Special Implementation Task Force (SITF)
– Pasukan Komunikasi Negara
– Pejabat Penasihat Transformasi Negara
– Duta Khas Keganasan
– Fasilitator Mindanao
– CSDU & Sekretariat TN50 – (EPU, JPM).
Senarai sembilan lagi agensi kerajaan yang lenyap ketika Pakatan Harapan (PH) buat julung kalinya mendapat mandat ke Putrajaya adalah:
– Unit Kawal Selia Felda (UKSF)
– Majlis Profesor Negara (MPN)
– Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
– Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
– Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC)
– Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) – Bubar dan pindah fungsi ke Kementerian Pengangkutan
– Institut Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERI)
– MyWin Academy
– International Multilateral Partnership Against Cyber-Threats (IMPACT)
Rombakan besar-besaran JPM turut menyaksikan 40 jabatan/agensi kerajaan dipindah fungsi dan lima digabung manakala 26 lagi kekal di bawah JPM.
Langkah mereformasi institusi pentadbiran dan politik antara janji utama Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya bertemakan ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ jika dipilih menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu.
mdl

Picture

Rabu, Jun 20, 2018

Beraya di pondok usang dapat perhatian Adun PH

Adun Kulim, Yeo Keng Chuan yang turun padang menziarahi Zulkipli dan anaknya yang tinggal di pondok usang.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Walaupun sambutan Aidilfitri disambut dengan pelbagai kemeriahan dan kesempurnaan oleh jiran tetangga, namun bagi Zulkipli Zainal, dari Kampung Batu 12, Terap, Serdang, Kulim-Bandar Baharu ia hanya mampu bersyukur dengan apa yang dipunyai.
Dengan ditemani anak bongsunya, Nor Fitri yang berusia 12 tahun, kedua-dua anak beranak tersebut terpaksa beralaskan dinding yang dihasilkan dari kayu hutan yang dijadikan pondok atas tanah milik keluarga sendiri.
Bekalan air pula diperolehi dengan menggunakan pam dengan sumber elektrik ditarik daripada rumah jirannya.
Lebih malang lagi, sekiranya hujan turun dengan lebat mereka terpaksa juga berteduh di dalam pondok tanpa bilik tersebut.
Menurut Zulkipli, beliau hanya bekerja kampung bagi menyara makan dan minum setelah berpisah dengan isterinya.
“Pendapatan saya tidak tetap, kadang-kadang ada dan adakalanya tidak ada pendapatan.
“Samada mahu atau tidak maka terpaksa juga berteduh dalam pondok yang serba kekurangan.
“Sejak tiga tahun yang lalu, saya amat mengharapkan sebuah rumah dapat didirikan kerana tanah ini adalah milik keluarga, ” ujarnya.
Sementara itu Adun Kulim, Yeo Keng Chuan yang turun padang menziarahi Zulkipli dan anaknya berkata tindakan segera akan diambil bagi membantu keluarga ini.
“Beliau telah membuat aduan mengenai kesempitan hidupnya dalam pondok ini sejak tiga tahun yang lalu semasa zaman BN mewakili Dun dan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, tapi tidak ada apa-apa perubahan.
“Saya akan berusaha bersama-sama dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dengan secepat mungkin bagi membantu mereka.
“Keadaan pondok ini amat tidak selesa dan tidak sesuai untuk anaknya yang akan menduduki ujian UPSR tidak lama lagi,” jelas Yeo ketika ditemui.
Oleh kerana itu katanya, perkara ini akan dibawa ke pengetahuan exco kebajikan serta kerajaan negeri supaya masalah yang tidak dapat diselesaikan sejak tiga tahun yang lalu dapat diatasi dengan kadar segera.
Yeo yang juga merupakan Naib Ketua Cabang PKR Kulim-Bandar Baharu telah beberapa kali menziarahi keluarga tersebut bagi menyampaikan sumbangan serta meringankan beban keluarga tersebut.
mdl

Picture

Sabtu, Jun 09, 2018

Selepas 10 hari Tabung Harapan cecah lebih RM50 juta

Selepas 10 hari Tabung Harapan cecah lebih RM50 juta
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Selepas 10 hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Tabung Harapan Malaysia, kini tabung itu berjaya mengumpul lebih RM50 juta.
Menurut Kementerian Kewangan jumlah yang dikuti setakat jam 3 petang hari ini adalah RM52,216,682.08.
Tabung Harapan Malaysia dilancarkan dengan tujuan membantu menangani keadaan kewangan negara.
Tabung yang dilancarkan pada 30 Mei lalu bermula dengan kutipan RM7 juta pada hari pertama.
Sejak itu, rakyat Malaysia dan pelbagai syarikat, tampil memberi sumbangan mereka.
mdl
Picture

Isnin, Jun 04, 2018

Kerajaan telus beri impak positif kepada pelabur, kata Guan Eng

Kerajaan telus beri impak positif kepada pelabur, kata Guan Eng
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ketelusan kerajaan berkenaan hutang kerajaan Persekutuan bakal memberi impak yang positif kepada para pelabur terutamanya pelabur antarabangsa bagi jangka masa yang panjang.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata situasi pergerakan pasaran tidak boleh diukur dalam jangka masa yang pendek seperti kejatuhan nilai saham di Bursa Malaysia baru-baru ini kerana ia tidak memberikan gambaran pasaran secara keseluruhan.
“Pada awalnya, kemungkinan pelabur-pelabur ini akan merasa terkejut (dengan jumlah hutang kerajaan). Tetapi saya rasa mereka telah mengambil kira maklumat ini (terlebih dahulu). Apa yang penting sekarang ialah kita mahu tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sekarang adalah ‘Malaysia Baharu’.
“Kita tidak mahu sembunyikan dan palsukan penyata kewangan. Kita mahu berterus-terang. Apa yang anda lihat itulah yang anda dapat.
“Saya rasa ketelusan ini akan meyakinkan pelabur untuk jangka masa panjang,” katanya dalam program Bicara Khas terbitan RTM1 malam tadi lapor Bernama.
Lim berkata Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun atau lebih untuk mendapat gambaran sebenar berkenaan kestabilan pasaran saham dan ekonomi negara.
“Saya yakin, sekiranya kita dapat tunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan hari ini telus dan boleh dipercayai, mereka (pelabur) akan lebih yakin untuk datang dan melabur di dalam negara kita,” katanya.
Beliau juga yakin kredibiliti Malaysia di mata agensi penarafan seperi Moody’s dan S&P tidak akan terjejas dalam tempoh jangka panjang kerana usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan sekarang memperlihatkan kesungguhan dan sifat tanggungjawab fiskal terhadap ekonomi domestik.
mdl

Picture

Jumaat, Jun 01, 2018

Pelaksanaan 10 janji 100 hari PH hampir capai matlamat

Barisan menteri kabinet Pakatan Harapan  yang mahu membawa Malaysia Baharu ke arah lebih baik berbanding pimpinan kerajaan BN.
Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerajui negara pada 10 Mei 2018 lalu sebagai sebuah kerajaan baharu mengantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini 60 tahun adalah melaksanakan segera manifesto Pakatan Harapan kepada rakyat.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Manifesto yang tercatat di dalam Buku Harapan yang mempunyai lima teras utama yang mana setiap satunya mempunyai langkah spesifik pelaksanaan.
Sejak 10 Mei lalu sehingga 31 Mei 2018 iaitu selama 22 hari pemerintahan PH rakyat dapat melihat pelaksanaan manifesto PH bermula dan sedang digerakkan untuk mencapai matlamat perubahan dilakukan dalam tempoh 100 hari  dengan 10 janji untuk menyelesaikan masalah membelenggu rakyat  dan negara khususnya yang berkaitan beban kos sara hidup rakyat dan hutang negara.
Bermula dengan pembentukan 13 menteri kabinet pelaksanaan 10 janji dalam 100 hari dilakukan secara telus, berhemah, dan drastik yang dilihat sebahagian pihak sesuatu yang mengejutkan dan ada tidak kurang juga bersikap sinikal memperkecilkan usaha ke arah merialisasikan 10 daripada 60 janji yang dilakarkan dalam Buku Harapan sekiranya PH terus diberikan mandat untuk membentuk Malaysia Baharu.
Ini apabila beberapa agensi   pelaksanaan  di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa kementerian  dimansuhkan bagi mengurangkan beban hutang negara yang dilaporkan mencecah RM1trillion.
Sehinggalah yang terkini pada 30 Mei kerajaan PH mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM), tidak sampai 24jam diumumkan jumlah kutipan daripada dermawan Malaysia sehingga jam 3 petang semalam (31 Mei) sudah mencecah RM7juta.
THM yang dibentuk oleh kerajaan untuk membolehkan rakyat negara ini turut menyumbang kepada negara.
Dalam tempoh 22 hari itu  dari 10 Mei sehingga 31 Mei 2018, rakyat boleh melihat hampir 50 peratus daripada 10 janji 100 hari PH telah hampir dipenuhi  dan akan direalisasikan oleh kepimpinan kerajaan baharu ini.
Ia boleh diperincikan seperti berikut:
A MANFAAT UNTUK SEMUA RAKYAT
1. Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup denganpelbagai Inisiatif Peduli Rakyat.
Progres : Menteri Kewangan telah mengumumkan Kadar cukai GSTditurunkan dpd 6% kepada 0% berkuatkuasa 1 Jun 2018. Ganti kepada cukai GST ialah SST mulai September 2018. Lain-lain Inisiatif Peduli Rakyat menyusul.
2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
Progres : PM telah umumkan tiada kenaikan harga minyak meskipunharga pasaran dunia terus meningkat. Harga Ron 95 dan Diesel Kekal, manakala harga Ron 97 diapungkan mengikut harga pasaran.Subsidi Petrol secara bersasar akan diperkenalkan.
B: MANFAAT UNTUK PENEROKA FELDA DAN GENERASI KEDUA FELDA
3. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke ataspeneroka Felda.
Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.
C: MANFAAT UNTUK SURI RUMAH
4.  Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
Progres : Perbincangan sudah dimulakan. 2% adalah diambil dpd11% Caruman KWSP Suami dan ditambah dengan RM50 dpd Kerajaan Harapan.(11% – 2% = 9% kekal dalam caruman KWSP Suami).
D: MANFAAT UNTUK SEMUA PEKERJA
5. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnyamemulakan proses meningkatkan gaji minimum.
Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.
E: MANFAAT UNTUK SISWAZAH/ BEKAS PELAJAR IPT
6.Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semuapeminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan danmemansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
Progres : Menteri Pendidikan telah mengumumkan larangan,sekatan dan senarai hitam ke atas para peminjam ditarik balikserta merta. Semua diarahkan mula membayar pinjaman PTPTN apabila gaji mencecah RM4K. Walau bagaimanapun mereka yangterus membuat bayaran adalah dipuji.
E : MANFAAT SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA REGIM KLEPTOKRASI
7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja ▪1MDB, ▪Felda ▪Mara dan ▪Tabung Haji, serta merombak semula struktur kepimpinan mereka.
Progres : Siasatan sudah bermula terhadap pelbagai SkandalBesar negara. Akan menetapkan tuduhan utk pendakwaan dantindakan2 selanjutnya. Rombakan struktur kepimpinan sedang
berjalan.
F. MANFAAT UNTUK RAKYAT SABAH & SARAWAK
8. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera Menyemak dan Melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.
G:. MANFAAT UNTUK GOLONGAN B40 (Pendapatan RM3,800 Ke Bawah)
9. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
Progres : Kajian pelaksanaan sudah bermula.
H:  MANFAAT UNTUK MALAYSIA
10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek yang dianugerahkan kepada negara asing.
Progres : Projek HSR dibatalkan dan rundingan sedang dibuat dengan Singapura. Projek ECRL dan Bandar Malaysia sedang dalam kajian terperinci mengenai pelbagai implikasi khususnya kewangan.
mdl
Picture

Sabtu, Mei 26, 2018

Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri bantu penjawat awam

Kerajaan pertimbang bantuan Aidilfitri bantu penjawat awam
Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari Raya.
“Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan), tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan berkenaan.
Lim juga berkata bantuan tersebut ditujukan kepada golongan berjawatan rendah, dan jumlah bantuan itu akan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita cuba menonjolkan imej kepimpinan melalui teladan, kita tidak memotong gaji penjawat awam, sebaliknya gaji menteri kabinet dipotong sebanyak 10 peratus… ini dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pertama Pakatan Harapan.
“Dan mesej yang hendak kita sampaikan ialah ekonomi Malaysia berdepan dengan masalah kerana ketirisan dan penyelewangan wang yang terjadi sebelum ini,” katanya dipetik Bernama.
Lim menjelaskan bahawa kerajaan berdepan isu fiskal dan hutang negara, di mana kedudukan kewangan negara tidak selari dengan apa yang sebarkan kepada rakyat.
“Bagaimana pun, janji hendaklah dipegang teguh walaupun ia bertembung dengan posisi fiskal negara,” katanya, sambil menambah bahawa beliau akan menyatukan sistem dan laporan kewangan negara dalam minggu pertama menjalankan tugas sebagai menteri kewangan.
Laporan tersebut dijangka dapat memberi gambaran jelas mengenai prinsip asas ekonomi, dan tiada maklumat yang akan dirahsiakan.
“Kita juga akan meminta syarikat penarafan terkemuka seperti Pricewaterhouse Copper membantu kita dalam melancarkan lagi proses ini,” katanya.
Ini penting dalam mengimbangkan kedudukan fiskal negara dan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya ke-14.
Lim juga berharap Malaysia akan menjadi negara yang menerapkan aspek keusahawanan dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan rakyatnya.
“Keusahawanan dan kebajikan boleh berjalan selari, dan Pulau Pinang merupakan contoh pelaksanaannya yang berjaya,” katanya.
mdl

Picture

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan