Saudara Pengarang,
SURAT
 terbuka ini saya tujukan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Hj. 
Mohammad Bin Mentek dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, 
Ismail Ahmad berhubung kehadiran seorang Warga India yang dilantik 
sebagai 'Anak Angkat' Jabatan Imigresen Sabah dan Jabatan Pendaftaran 
Negara di Sabah.
Saya, Chung Su Li 
(530316-12-XXXX) ingin melaporkan tentang salah laku seorang warga India
 yang bernama Nasir Bin Yusuf atau yang lebih dikenali Latiff. Beliau 
merupakan seorang agen pekerjaan swasta (haram) yang mempunyai 'kuasa 
non-eksekutif' untuk keluar masuk semua jabatan kerajaan, terutama 
Imigresen Sabah sesuka hati beliau.
Nasir
 @ Latiff yang memegang kad pengenalan projek 620605-12-6421 dan tinggal
 di 3L-3I, Country Height seolah-olah berjaya menjadi salah satu warga 
Imigresen atau ‘Pegawai Khas’ yang tidak potfolio di Jabatan Imigresen.
Untuk
 makluman, Nasir @ Latiff telah berjaya menjadi agen pekerjaan swasta 
yang paling berkuasa tanpa kelulusan Pasukan Petugas Khas Persekutuan 
untuk menguruskan pasport, visa dan dokumen lain kepada orang ramai 
tanpa lesen dan berjaya mengaturkan sindiket kad pengenalan projek 
kepada warga asing seperti India, Indonesia dan Filipina. 
Majoriti
 rakyat India kenal Nasir @ Latiff kerana beliau telah membeli 'hati dan
 khidmat' semua pegawai yang bertugas di Jabatan Imigresen dan Jabatan 
Pendaftaran Negara; sekalipun dengan sarapan mi kosong, top-up kredit 
telefon sehinggalah kepada nasi briyani istimewa.
Setiap
 urusan Nasir @ Latiff di dua jabatan penting ini dipermudahkan kerana 
beliau akan dilayan dahulu dan segala urusan beliau disegerakan; malah 
semua urusan yang menggunakan khidmat beliau 'LULUS' segera.
Nasir
 @ Latiff membuka sebuah kedai, JJ One Phone di Lot 57, Bandaran 
Berjaya, Kota Kinabalu untuk menutup segala aktiviti haramnya. Jika 
diperiksa kedai ini, sudah pasti terdapat tidak kurang 50 passport dalam
 satu-satu masa di situ. Kedai ini dibuka untuk memperlihatkan wang yang
 ada padanya datangnya daripada hasil untung kedai tersebut.
Untuk
 makluman, Nasir @ Latiff mempunyai pengaruh yang amat kuat di Jabatan 
Imigresen Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara. Semua pegawai jabatan 
ini dirosakkan dengan mengajar mereka budaya menerima suapan @ rasuah. 
Pegawai dua jabatan penting ini terpaksa menerimanya kerana pegawai 
berpangkat tinggi turut terlibat dalam menerima rasuah.
Mengikut
 siasatan saya, pendapatan Nasir @ Latiff daripada menguruskan dokumen 
melalui jalan songsang ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit setiap 
bulan. Pendapatan seperti ini tidak perlu dibayar cukai sama sekali 
kerana tidak dapat dibuktikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Maka
 atas dasar inilah, beliau semakin hari semakin berani. Semuanya bermula
 pada tahun 2011, apabila Nasir @ Latiff telah mula menjadi salah satu 
agen membuat IC di Sabah yang mengenakan caj antara RM30,000 sehingga RM
 70,000 setiap satu kad pengenalan.
Sindiket
 yang didalangi oleh rangkaian besar yang terdiri daripada pegawai JPN 
berjaya membuatkan IC kepada sekurang-kurang 30 orang setakat ini di 
Sabah. Saya mendapat tahu rangkaian ini diketuai oleh pegawai JPN 
Putrajaya dan Sabah iaitu Rahman (Gred 42-Ketua Unit Khas Sabah di 
Putrajaya); Farah; Susilan serta Ruslan Bin Alias (Pegawai Unit Khas) 
serta Suzie Binti Rafie (Pendaftaran K.K).
Pada
 mulanya, Jaafaer Henry yang membantu Nasir @ Latiff melalui Suzie untuk
 mendapatkan IC tersebut. Setelah berjaya mendapatkan IC untuknya, Nasir
 @ Latiff mula mencari untung dengan menawarkan IC kepada orang ramai 
dengan kaedah tersebut.
Mereka
 akan mengeluarkan kad Pengenalan orang yang telah mati atau Kad yang 
tidak dipungut oleh pemohon kepada pemohon yang bersedia membayar dengan
 jumlah yang diminta.
Mengikut
 Modus Operandi, mereka akan diberikan Sijil Lahir, Nombor IC Lama dan 
MyKad baru. Antara yang berjaya mendapat IC melalui cara ini ialah 
Musakkar bin Abdullah (620305-12-5961) yang sebelum ini menggunakan nama
 Kadersha Mydeen dalam pasport India bernombor A7754373 dan kini menjadi
 pemilik Restoran Farveen Curry House, berhampiran Shell, Kampung Air, 
Kota Kinabalu.
Sejajar
 dengan cadangan pengumuman penubuhan RCI oleh Perdana Menteri, maka 
sewajarnya bermula di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah 
dan jadikan Naser @ Latiff sebagai salah seorang 'Target' siasatan dan 
TOR yang mampu memberikan bukti yang melampaui keraguan munasabah.
Salam Hormat, CHONG SU LI
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 Catatan
Catatan
 
 
ini sudah kes berat!
BalasPadam