Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan

Sabtu, April 13, 2019

Polis ada bukti pembelian berlian merah jambu guna wang 1MDB

Polis ada bukti pembelian berlian merah jambu guna wang 1MDB

Walaupun berlian merah jambu bernilai US$23 juta (RM95 juta) yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun terdapat bukti menunjukkan wujud transaksi pembeliannya menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad(1MDB).
Dalam satu kenyataan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Ketua Polis Negara(KPN) Bukit Aman SAC Datuk Khalil Azlan Chik berkata, jejak kewangan (money trail) menunjukkan transaksi pembelian itu juga melibatkan seorang peniaga barang kemas di New York.
Kenyataan akhbar itu merujuk kepada penafian Rosmah, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembelian itu.
Baru-baru ini tular di media sosial tentang pembelian rantai leher dengan pink diamond 22-carat oleh Rosmah sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan oleh netizen.
Picture

Isnin, Disember 03, 2018

Skandal 1MDB akan dijadikan silibus pembelajaran sejarah di sekolah

Skandal 1MDB akan dijadikan silibus pembelajaran sejarah di sekolah, kata Maszlee
Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan tidak mengulangi kesilapan sama.
“Saya boleh memberikan jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam buku Sejarah Malaysia supaya generasi ke depan tidak akan mengulangi.
“Begitu juga jenayah besar yang dilakukan oleh ahli politik dalam menyamun,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN – Pontian) di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini, lapor Utusanonline.
Sebelum itu, Ahmad bertanya apakah 60 buah sekolah persendirian Cina mempelajari mata pelajaran Sejarah dan berapa tahun diambil sesuatu perkara dianggap sebagai sebahagian daripada Sejarah.
Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah dalam masa terdekat.
Katanya, jawantankuasa itu akan berkerjasama dengan jawatankuasa sedia ada termasuk pakar rujuk daripada pelbagai tokoh akademik dalam ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun luar negara.
Beliau berkata, kementerian itu juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif.
“Kementerian prihatian dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah. Kurikulum standard Sejarah digubal dengan tujuan untuk murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang perkembangan dunia serta memperkukuhkan semangat jati diri dan setia kepada negara,” katanya.
Maszlee berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan terhadap soalan Hasanuddin Moh Yunus (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan menggubal semula subjek Sejarah kerana terdapat fakta yang ditokok tambah.

Picture

Khamis, Julai 12, 2018

1MDB: ‘Skim Ponzi’ diguna konspirator beri rasuah pegawai, kata Peguam Negara Switzerland

1MDB: ‘Skim Ponzi’ diguna konspirator beri rasuah pegawai, kata Peguam Negara Switzerland
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Dana pembangunan ekonomi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa digunakan sebagai skim Ponzi oleh sekumpulan konspirator untuk memberi rasuah dan memperkayakan diri mereka.
Dakwaan oleh Pendakwa Raya Switzerland itu dibuat selepas beberapa hari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah kerana peranannya dalam urusan itu.
Skim Ponzi ialah sistem penipuan yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya.
Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber (gambar kiri) yang dipetik dalam laporan Bloomberg, dipetik, berkata, ketika ini pihak berkuasa Swiss sedang menyiasat enam individu kerana dakwaan terbabit dalam skandal berbilion dolar 1MDB dan dua bank Swiss, Falcon Private Bank dan BSI SA yang masih diragui.
Lauber ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Tommy Thomas.
Switzerland masih menyiasat bagaimana berbilion dolar diperuntukkan bagi pembangunan ekonomi melalui 1MDB dipindahkan ke Bank Swiss untuk menambah kekayaan tertuduh.
Lauber yang kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat sebelum ini bersikap kritikal terhadap pegawai Malaysia kerana gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak berkenaan.
“Kami fikir ia adalah alasan, ia adalah sejenis skim Ponzi,
“Ia digunakan untuk merasuah pegawai asing, ia digunakan untuk membayar faedah, ia digunakan untuk memotivasi pegawai baharu untuk ingkar undang-undang atau hanya untuk memberi hadiah kepada mereka,” katanya yang tidak mendedahkan identiti pihak dirujuk.
Pada Mei lalu, Pendakwa Raya Swiss mendedahkan mereka akan membuka prosiding jenayah terhadap dua bekas pegawai PetroSaudi.
Di bawah dakwaan melabur kira-kira AS$1 bilion (RM4.03 bilion) usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi, pegawai 1MDB dan lain-lain sebaliknya memindahkan kira-kira AS$700 juta (RM2.8 bilion) kepada akaun yang tidak dikaitkan dengan PetroSaudi, berdasarkan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam perintah rampasan tahun 2016.
Lauber berkata, kira-kira AS$7bilion (RM28.18 bilion) dana 1MDB dan bekas anak syarikatya, SRC International Sdn mengalir keluar menerusi sistem kewangan global dari tahun 2009 hingga 2015 dan beliau masih menilai jumlah sebenar yang disalahgunakan.
Peguam PetroSaudi menafikan wujudnya sebarang salah laku, manakala Najib mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya dan dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.
mdl

Picture

Sabtu, Jun 30, 2018

Pasukan Petugas Khas 1MDB sahkan akaun Umno, individu, organisasi dibekukan

1MDB sahkan akaun Umno, individu, organisasi dibekukan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pasukan Petugas Khas 1MDB hari ini mengesahkan membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk Umno serta parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB.
Dalam kenyataannya, pasukan itu berkata antara yang turut dibekukan adalah akaun milik persatuan dan syarikat yang turut terlibat dalam siasatan kes berkenaan.
“Pasukan Petugas Khas 1MDB memberi jaminan siasatan dijalankan secara adil dan profesional serta mengikut undang-undang yang ditetapkan,” katanya.
Pasukan itu turut meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa bagi melaksanakan proses siasatan tersebut.
“Jangan membuat sebarang spekulasi dan mensensasikan kes berkenaan kerana dikhuatiri akan menjejaskan proses siasatan,” katanya.
Pasukan Petugas Khas 1MDB berkenaan dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.
Semalam, Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor dibekukan SPRM manakala akaun Umno Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat.
mdl

Picture

Jumaat, Mei 19, 2017

PANAS!! : NAJIB GUNA DUIT CURI 1MDB BAYAR CYBER TROOPER UMNO.

Rafizi Ramli Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa lebih RM2.6juta telah digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak daripada dana SRC International Sdn.Bhd untuk membayar pengamal media dan kempen media sosial.
Menerusi blongnya, Rafizi dipetik berkata, tiga penerima dana SRC itu adalah pengamal media atau syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kempen media sosial atau kempen media Umno/Barisan Nasional, atau pun kempen Najib sendiri.
"Kita mahu tahu berapa banyak wang dan peruntukan yang telah digunakan oleh Datuk Seri Najib, baik dari akaun beliau sendiri atau dari peruntukan kerajaan untuk membayar cyber trooper upahan atau syarikat-syarikat yang menggaji cyber trooper upahan, dengan menggunakan wang rakyat?," soalnya.
Rafizi menyebut tiga syarikat itu adalah sebuah firma bernama Warisan Researh Ltd.
"Pada 22 Julai 2014, maklumat dari dokumen yang dibocorkan menunjukkan Datuk Seri Najib membayar dari akaun peribadinya sejumlah RM1juta kepada satu firma bernama Warisan Research PLT
"Pada 19 Ogos 2014, maklumat dari dokumen yang dibocorkan menunjukkan Dato’ Seri Najib membayar dari akaun peribadinya sejumlah RM655,000 kepada seorang rakyat Singapura bernama Romen Bose yang juga merupakan wakil media antarabangsa di negara ini
"Pada 27 Ogos 2014, maklumat dari dokumen yang dibocorkan menunjukkan Datuk  Seri Najib membayar dari akaun peribadinya sejumlah RM2 juta kepada satu firma bernama Orb Solutions Sdn Bhd," ujarnya.
Rafizi percaya individu-individu yang dinamakan itu tidak akan menafikan pendedahan-pendedahan dilakukannya atau akan mengemukakan bukti bahawa pendedahan ini tidak benar.
"Yang saya paling tertarik ialah bagaimana Datuk Seri Najib membayar firma-firma dan pengamal media untuk menulis dan memantau kandungan media sosial.
"Ini bukanlah mengejutkan kerana rakyat Malaysia telah menerima kewujudan “cyber trooper” Umno yang banyak mewujudkan akaun-akaun palsu (termasuklah menggunakan identiti orang yang sudah mati) untuk membodek Datuk Seri Najib dan menyerang pembangkang.
"Fenomena media sosial seperti #supportMyPM yang banyak ada di laman Datuk Seri Najib sendiri mengesahkan kewujudan tentera maya palsu ini," ujarnya.
mdl
peluang

Sabtu, September 19, 2015

LAGI WANG 1MDB HILANG...


Bayaran hampir AS$1 bilion lagi daripada 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE) didakwa hilang, menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ).

Memetik pihak yang mengetahui perkara itu, harian kewangan antarabangsa itu melaporkan dakwaan kehilangan AS$993 juta itu dibangkitkan oleh pegawai-pegawai di Abu Dhabi.

WSJ melaporkan pegawai 1MDB dan IPIC tidak mengulas pertanyaan berkaitan perkara itu.
Minggu lalu, WSJ juga melaporkan IPUC tidak menerima AS$1.4 bilion daripada 1MDB.

Dengan dakwaan terbaru ini, jumlah transaksi keseluruhan yang dikatakan hilang antara dua syarikat itu dikatakan sebanyak AS$2.4 bilion. 

mk

Jumaat, September 18, 2015

RAFIZI RAMLI TUTUP MULUT...

 Rafizi Ramli

SEGAMAT – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan beliau tidak mahu lagi bersuara mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memandangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terangkan isu itu kepada rakyat.

Menurutnya, sejak 2011, beliau bersama Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan beberapa pimpinan pembangkang aktif membongkar salah laku 1MDB kerana ketika itu tiada orang lain berani bersuara.

“Dahulu, jika saya sebut pasal 1MDB, banyak pihak terutama kerajaan, marah saya dan saya sendiri sudah beberapa kali dapat surat saman.

“Sekarang, (Tun) Dr Mahathir dan banyak lagi pihak di negara ini berani bercakap pasal isu ini dan saya tidak mahu bercakap sangat selepas ini dan biarlah fokus kepada isu lain pula,” katanya ketika Program Sembang Santai Bersama Pimpinan PKR anjuran PKR Cabang Segamat, di sini.

Ahli Parlimen Pandan dan Setiausaha Agung PKR itu turut menempelak himpunan baju merah kerana sebelum ini Umno bertegas perhimpunan atau demonstrasi bukan budaya mereka.

“Saya anggarkan hanya kira-kira 60,000 orang yang hadir di perhimpunan itu dan keadaan ini berbeza dengan Bersih yang perlu berdikari.

"Himpunan ini semua lengkap, peserta datang dengan bas, diberi baju, makan minum dan duit poket lagi. Saya tidak menghalang tetapi ia bersifat perkauman,” katanya.

Menurutnya, melalui kaji selidik Merdeka Center terhadap responden Melayu, 24 peratus menyokong himpunan baju merah berbanding 27 peratus menyokong Bersih.

sh

Isnin, Ogos 10, 2015

KERANA 1MDB KERAJAAN UMNO JATUH..

 1MDB

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan  kerajaan mungkin akan digulingkan sekiranya terus gagal mengurustadbir krisis berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan baik.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, skandal 1MDB akan menyebabkan imej negara tercemar di mata rakyat dan juga dunia.

“Pada masa saya mula-mula membaca laporan Wall Street Journal (portal antarabangsa yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan skandal 1MDB), saya rasa nak pengsan! Saya hubungi Najib dan katakan hal ini perlu dinafi sekeras-kerasnya oleh kerajaan. Tuduhan yang dibuat terlalu berat.

“Hal 1MDB ini perlu diselesai segera kerana ia memberi imej yang tidak baik kepada negara. Saya tidak mahu kerajaan jatuh kerana kegagalan kita dalam menguruskan 1MDB,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara hari ini.

Mengulas mengenai teguran yang dibuat terhadap barisan kepimpinan Umno terdahulu, Muhyiddin berkata, teguran yang dibuat hanyalah di atas platform beliau sebagai timbalan perdana menteri suatu ketika dahulu.

Menurutnya sebagai seorang pemimpin dan seorang Islam, beliau berkewajipan untuk memberi teguran terhadap perkara yang dilihat salah.

“Semua kita adalah pemimpin dalam peringkat masing-masing. Kita sebagai pemimpin digalas dengan amanah dan tanggungjawab supaya kita dapat melaksanakan sesuatu yang kita anggap baik dan dituntut oleh agama kita.

“Mengerjakan yang baik dan mencegah kemungkaran. Saya memegang prinsip itu. Apabila saya melihat sesuatu perkara yang saya fikir perlu untuk saya berikan pandangan, itu telah pun saya laksanakan,” katanya.

Muhyiddin sebelum ini pernah memberi teguran lantang bahawa kerajaan Umno akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung menjelang esok.

sh

Selasa, Ogos 04, 2015

KAH KAH KAH KAH POLIS TANGKAP SPRM..

 

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

"DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

"Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir.

Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu.


mk


Isnin, Ogos 03, 2015

BERITA YANG TAK MASUK AKAL DARI SPRM..

Najib Tun Razak

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma.

SPRM menerusi kenyataan medianya berkata, laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

"Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

"Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan,"katanya.

SPRM sekali lagi memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.

"Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

"Tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan," katanya.

sh

Rabu, Julai 29, 2015

KENYATAAN TERKINI : PENGERUSI HARAPAN BARU


 Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu

PETALING JAYA - Pemimpin PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menyeru semua ahli parlimen mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan.

Jurucakapnya, Mohamad Sabu berkata,  perlu ada satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut akibat pergolakan dalaman Umno dan kontroversi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urus tadbir negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.

“Sejak pendedahan mengenai keterlibatan Najib berhubung tuduhan salah laku pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

“Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun yang ditubuh milik Najib,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Harapan Baru berkata, kerajaan peralihan dapat ditubuhkan dengan merujuk kepada beberapa terma khusus seperti pelantikan seorang perdana menteri dari kalangan pemimpin kanan bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

“Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan serta undang-undang dikembalikan.

“Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Katanya, penubuhan kerajaan peralihan boleh dilakukan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli parlimen menyokong satu usul tidak percaya terhadap Najib.

“Usul ini boleh dibuat di luar sidang parlimen atau semasa sidang parlimen akan datang.

“Sudah tiba masanya Muhyiddin dan kumpulan beliau menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Najib,” katanya.

Jelasnya, beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalam Umno.

“Perpecahan dalaman Pasukan Khas yang diamanahkan menyiasat penglibatan Najib kepada kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang ingin menyelamatkan Najib dan satu lagi ingin mendakwa Najib. Perkara ini disahkan dengan berita penamatan khidmat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Kedua adalah pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Najib,” katanya.

Tambah Mohamad, pihaknya memberi amaran kepada Najib supaya tidak mengambil peluang pergolakan dalaman Umno untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pemimpin-pemimpin pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau.

sh

KERANA 1MDB MUHYDDIN YASSIN DI PECAT...

 

Selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri beberapa jam lalu, Tan Sri Muhyddin Yassin petang ini akhirnya membuka mulut.

Dalam kenyataannya, beliau menegaskan mempunyai pendirian sendiri dalam isu 1MDB untuk mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya reda,” katanya.

Kecuali dalam isu 1MDB, beliau juga menegaskan selama berkhidmat, beliau sentiasa mendukung semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan perdana menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib hari ini mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menggantikan Muhyiddin

Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari kabinet.

Najib berkata keputusan menggantikan Muhyiddin keputusan amat sukar, tetapi terpaksa dilakukan agar kabinet dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Pengguguran Muhyiddin itu dikaitkan banyak pihak, termasuk pemerhati politik, dengan kelantangannya mengulas isu sekitar syarikat pelaburan negara kontroversi 1MDB. 


mk

Isnin, Julai 27, 2015

HOT!! : ORANG NO 2 UMNO SUDAH BIMBANG..

 

  Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa parti itu berdepan dengan krisis kepercayaan ekoran kontroversi firma pelaburan 1MDB.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno bahagian Cheras malam tadi, Muhyiddin berkata jika pilihanraya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.

Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan ramalan beliau itu bukan satu bentuk kritikan terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya bercakap yang benar. Jika parlimen dibubarkan esok, kita tak akan menang pilihan raya umum.

"Ada kajian yang dibuat mengatakan adalah sukar untuk kita menang pilihan raya umum," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, masih ada masa sebelum pilihan raya umum akan datang, namun sentimen (negatif) ada.

Muhyiddin berkata beliau hanya menyatakan tentang bagaimana persepsi terhadap parti itu. [Baca berita penuh/asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau.

Beliau berkata, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan BN sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya (umum) akan datang.

"Mesti ada penyelesaian muktamad... kalau tak selesai jadi beban... nak selesai pun jadi beban kerana dengan keadaan ringgit kita sekarang sudah jadi berapa bilion? Kita bercakap tentang kes ribuan juta amaun," katanya.

Muhyiddin mengulangi pendiriannya bahawa penjelasan jitu perlu diberikan bagi mengelakkan rakyat dari terus tertanya-tanya.

Muhyiddin berkata isu 1MDB juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur luar yang seterusnya boleh menjejaskan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pasukan petugas khas yang ditubuh untuk menyiasat kes 1MDB tidak perlu diganggu supaya proses penyiasatan boleh dipercepatkan.

"Sekarang pun dah ada reman, ada tindakan... saya harap diteruskan kerana lebih cepat lebih baik untuk parti dan kerajaan," katanya.

Muhyiddin juga mencadangkan agar laporan interim 1MDB dijadikan dokumen awam agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes berkenaan.

"Kalau nak jadikan 'public document' pun tiada halangan.

"Elok juga rakyat tau apa kedudukan sebenar. Kita tak mau ia diputar belit.

"Sebagai pemimpin kita mesti memikul amanah. Kita diamanah urus negara dan tadbir segala harta kekayaan, rakyat mahu tahu bagaimana harta kita (tadbir) untuk mereka," katanya.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno menegaskan telah tiba masanya kerajaan dan parti menguruskan isu persepsi yang cukup menebal di kalangan rakyat.

Katanya, pelbagai sentimen rakyat Malaysia terutama yang diluah di media sosial perlu diteliti kerana ia telah menjadi sentimen yang nyata.

"Dalam media sosial rakyat mengeluh soal GST, soal kerajaan katanya rasuah.

"Ia mungkin benar, maka perlu diteliti mengapa jadi begitu.

"Kita tidak mahu ada sindrom bisu, sindrom penafian... kita tolak semua, kita rasa semua tak betul kerana kita telah terlalu lama berkuasa," katanya.

Justeru, katanya kerajaan dan parti perlu kembali ke pangkal jalan, turun padang mencari masalah dan penyelesaian terhadap isu dan masalah rakyat.

Ini, katanya, bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dapat dikembalikan dan mereka merasa hanya BN parti harapan negara. 


 mk

Rabu, Julai 22, 2015

HOT!! : LAGI PENDEDAHAN TERKINI RAFIZI RAMLI...


Image result for rafizi ramli


Saya merujuk kepada laporan The Malaymail Online mengenai tuduhan yang dibuat Lester Melanyi tentang kewujudan seorang jurugrafik pakar bernama James Steward Stephen yang kononnya bertanggungjawab membuat dokumen palsu mengenai 1MDB yang digunakan oleh Sarawak Report.

Walau bagaimana pun, pada hari ini The Malaymail Online telah mendedahkan bahawa orang yang dituduh itu (James Steward) yang mana gambarnya turut disiarkan di dalam video pengakuan Lester Melanyi rupa-rupanya seorang pengurus rangkaian keretapi di United Kingdom yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia.

Perkara ini disahkan oleh wakil majikan beliau sendiri seperti dilaporkan oleh The Malaymail Online http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/sarawak-report-accusers-video-used-photo-of-uk-rail-service-manager
Oleh yang demikian, maka jelaslah bahawa pengakuan yang dibuat oleh Lester Melanyi adalah palsu dan bermotif keuntungan kepada dirinya setelah dia sendiri mengakui menerima wang untuk menghasilkan video tersebut.

Ia juga menjadi satu tamparan dan pengajaran kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan, menteri yang tampil ke hadapan kononnya mendedahkan perkara ini. Setelah dibuktikan bahawa kredibiliti Lester Melanyi diragui terutamanya berikutan rekodnya menyiarkan kartun Rasulullah sehingga menyebabkan akhbar Sarawak Tribune ditutup, Datuk Abdul Rahman Dahlan masih bertegas mempertahankan kononnya berita yang dibawa Lester Melanyi itu betul walaupun sebagai seorang individu Lester Melanyi tidak mempunyai kredibiliti.

Dengan pendedahan pada hari ini bahawa dakwaan Lester Melanyi tentang kewujudan seorang jurugrafik pakar yang membuat dokumen palsu itu rekaan Lester Melanyi semata-mata, wajarlah Datuk Abdul Rahman Dahlan tampil meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana beliau sendiri membawa berita palsu yang tidak disemak kesahihannya untuk mengelirukan rakyat mengenai skandal 1MDB.

Saya juga percaya bahawa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat Lester Melanyi untuk mengetahui siapa dalang di belakangnya yang membayar Lester Melanyi untuk menyebarkan tuduhan palsu kerana tuduhan-tuduhan itu mengganggu siasatan skandal 1MDB yang sedang berjalan sekarang.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


Sabtu, Julai 18, 2015

PANAS!! : BEKAS MENTERI BACKUP NAJIB...


Sammy Vellu


PUTRAJAYA - Desakan segelintir pihak tertentu yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri hanya akan menyebabkan negara mundur, kata bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.  

Samy Vellu yang merupakan Duta Khas Infrastruktur Malaysia ke India dan Asia Selatan, berkata pihak berkenaan sepatutnya memberitahu kepada Perdana Menteri supaya memfailkan kes berhubung dakwaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
  
"Perdana Menteri (patut) melawannya (di mahkamah) dan (bila) anda (Najib) menang, itulah kes. Saya yakin (perdana menteri) akan menang," katanya kepada
pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.
  
Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mendesak Najib untuk meletakkan jawatan demi menyelamatkan negara dan Umno.
  
Mengulas mengenai MIC, Samy Vellu berkata pemangku presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam merupakah tokoh yang betul untuk membina semula dan memperkukuhkan parti.
  
"Di bawah kepimpinannya akan ada kekuatan baharu dan tenaga untuk membina semula parti," katanya dan menurutnya Dr Subramaniam seorang pemimpin yang bagus dan hampir tiga perempat anggota parti menyokongnya.
  
"Semua ini, manakala bekas pucuk pimpinan ... saya tidak mahu cakap mengenai beliau," katanya yang merujuk kepada Datuk Seri G.Palanivel.
  
Samy Vellu yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr Subramaniam, berkata beliau kecewa dengan Palanivel dan pasukannya yang didakwanya tidak membangkitkan apa-apa tentang komuniti itu dan tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Palanivel, Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, serta A. Prakash Rao akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Mahkamah Persekutuan, memohon untuk membatalkan arahan RoS supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.
  
Pada Isnin, panel tiga anggota Mahkamah Rayuan, dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali, memutuskan bahawa RoS tidak bertindak melampaui atau melebihi bidang kuasanya apabila mengeluarkan arahan bagi MIC mengadakan pemilihan semula.
  
Dr Subramaniam telah mengumumkan dirinya pemangku presiden, mendakwa Palanivel tidak lagi anggota MIC kerana beliau membawa pertikaian dalaman parti ke mahkamah yang bercanggah dengan perlembagaan parti dan kesalahan itu menyebabkan beliau bukan lagi anggota parti.

sh

Sabtu, Julai 11, 2015

PANAS!! : 2 ORANG KUAT 1MDB LETAK JAWATAN...

 

Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.



Rabu, Mei 13, 2015

HOT!!! : NAJIB DAPAT SOKONGAN..KAH KAH KAH KAH KAH..

 

Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan taklimat tertutup semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan padu Umno.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno mendakwa sebaliknya.

Bercakap dengan syarat tidak mahu nama disebut, mereka memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa pemimpin Majlis Tertinggi telah menyuarakan kebimbangan mengenai perkembangan semasa.

Ini berkaitan dengan masalah dalam 1MDB, pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji serta keputusan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh.

Malaysiakini melihat mesej teks yang diterima oleh pemimpin-pemimpin Umno bahagian dari mereka yang menganggotai majlis tertinggi.



Selasa, Mei 12, 2015

WOW!!! : LAGI BERITA PANAS!! BERKAITAN 1MDB..

 

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjadi agensi terbaru didakwa terpalit dengan skandal kewangan 1MDB.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini, setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli berkata, PNB dan Tabung Haji membeli bon sukuk daripada 1MDB bernilai RM1.5 bilion dengan tanah di kawasan Bandar Malaysia sebagai cagaran.

Memetik laporan akhbar pada Mac, Rafizi berkata, sebanyak RM920.8 juta dipinjamkan Tabung Haji (melalui sukuk) kepada 1MDB , manakala baki RM579.2 juga lagi dipinjamkan oleh PNB," katanya.

Sabtu, April 18, 2015

1MDB KAJIAN : NAJIB PALING DIPERSALAHKAN..PANAS!!


Kebanyakan orang tidak tahu untuk menyalahkan pihak mana dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bagaimanapun, kebanyakan mereka paling banyak menuding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tinjauan pusat penyelidikan bebas Merdeka Center bersama stesen radio BFM, mendapati 52 peratus responden tidak pasti siapa harus dipersalah.



Sabtu, April 11, 2015

HOT!! : LAGI SERANGAN KEPADA NAJIB...PARAH!!

 

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berpandangan, para penyokong Datuk Seri Najib Razak kini mungkin hanya menunjukkan sokongan yang dibuat-buat kepada perdana menteri itu.

Menurut bekas penasihat ekonomi negara itu, anggota Umno sememangnya akan menyatakan sokongan kepada presiden yang berkuasa pada masa itu.

Daim bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakan ini mungkin tidak mencerminkan sentimen sebenar anggota berkenaan.

“Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah



Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan