Menurut Jurucakap Kempen Pendidikan Percuma, Muhamad Zulkhairie daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), walaupun deklarasi tersebut hanya menetapkan pendidikan percuma untuk peringkat rendah dan menengah sahaja, namun sebagai sebuah Kerajaan yang kononnya menuju ke arah “ekonomi rakyat”, seharusnya Kerajaan Persekutuan perlu memikirkan untuk memberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Oleh hal yang demikian, SAMM menyeru orang ramai hadir dalam suatu protes untuk mendapatkan pendidikan percuma pada 21 November 2104 ini di hadapan KLCC.
Berikut kenyataan penuh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tentang kempen pendidikan percuma.


