Memaparkan catatan dengan label Reformasi 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Reformasi 2. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 02, 2014

[ Anwar Ibrahim ] Amaran Buat Menteri-menteri Umno...

 Anwar tak peduli dipenjara lebih 10 tahun?

KUALA LUMPUR - "Menteri-menteri apa kau ingat aku takut," ungkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penutup himpunan bantah GST di ibu negara, hari ini.

Mendakwa ada cubaan untuk memenjarakannya oleh beberapa menteri, Anwar bagaimanapun berkata, perkara itu langsung tidak menggusarkannya.

"Kepada menteri-menteri yang berusaha untuk memenjarakan saya, ingat saya takut?

"Saya ada dua kekuatan iaitu doa kepada ALLAH dan kebangkitan daripada rakyat," katanya kepada ribuan peserta himpunan bantah GST.

Mengambil peluang berucap sempena himpunan membantah GST , Anwar turut membayangkan bahawa dirinya mungkin akan dipenjara lebih 10 tahun.

"Ramai (pemimpin Islam di London) yang pujuk saya untuk kekal di London, dia tahu kalau saya balik Malaysia saya akan masuk penjara.

"Oleh itu mereka meminta supaya saya berjuang dari London, tetapi  saya kata terima kasih, saya balik untuk berjuang dari Malaysia.

"Walaupun saya tahu, mungkin selepas ini hukuman terhadap saya mungkin lebih 10 tahun, tetapi saya tidak peduli mengenai hal itu," katanya lagi.

sh

Jumaat, April 25, 2014

[ Anwar Ibrahim ] Ketua Menteri Sarawak salahguna hak negeri

Anwar 1

KUCHING 24 APR: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyalahguna hak negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Imigresen untuk menghalang pemimpin KEADILAN memasuki negeri itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hak negeri maksudnya tanah hak adat pribumi (NCR), pengagihan kekayaan dan harta kepada rakyat dari seluruh komuniti dan hak kepada komunititi yang termiskin, kata Anwar dalam ceramah Jelajah Reformasi 2.0 Sarawak di Bazar Sungai Maong, Kuching semalam.

“Tetapi dia (Adenan) gunakan alasan ini untuk melindungi pemilik syarikat balak dan pemimpin politik yang korup jadi dia halang pemimpin PKR ini ke Sarawak, sebab dia takut pemimpin pembangkang ini akan beritahu hal ini kepada rakyat Sarawak,” lapor Malaysiakini.

“Apa jenayah yang (Pengarah strategi KEADILAN dan MP Pandan) Rafizi Ramli, (MP Batu) Tian Chua dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution dah buat hingga mereka layak dihalang dari masuk ke Sarawak,” tanya Anwar.

Kira-kira 1,000 hadir ke ceramah Jelajah Reformasi 2.0 Sarawak di Bazar Sungai Maong, Kuching semalam.

Kata Anwar, selepas Adenan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Taib Mahmud, beliau sudah pun menyuarakan supaya pemimpin itu dapat menghapuskan amalam korupsi serta memastikan golongan miskin dibantu tidak kira latar belakang dan kaum.

Bagaimanapun, beliau melihat sehingga kini tiada tanda atau kenyataan yang memperlihatkan polisi Sarawak berubah ke rah yang positif.

“Tetapi dalam masa beberapa minggu selepas menjadi ketua menteri, Adenan mula menghalang orang masuk ke Sarawak. Ini bukan tanda yang baik.

“Dia (Adenan) turut buat satu kenyataan tidak baik kepada saya dan kata jika saya tak jaga tingkah laku, dia akan halang saya dari masuk ke Sarawak,” kata beliau.

kd

Selasa, April 22, 2014

[ Tidak Adil ] Mahkamah pilih kasih, kes Khir Toyo ditangguh, Fitnah II dicepatkan

Latheefa_KoyaKUALA LUMPUR 21 APR: Mahkamah tiada pendirian kerana menerima rayuan penangguhan peguam Muhammad Shafee Abdullah membabitkan kes bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo sejak 2009, namun menolak rayuan Karpal Singh berhubung kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penangguhan itu berlaku hanya kerana Shafee dikatakan menghadiri seminar di Jepun, sekaligus memperlihat sikap mahkamah yang ‘double standard’.

“Kes Anwar tidak boleh ditangguhkan langsung walaupun mendiang Karpal ada urusan lain.

“Tapi kes Khir Toyo sejak 2009 mahkamah boleh menangguhkan dengan mudah atas alasan Shafie mempunyai urusan kepentingan negara.

“Keadaan ini menunjukkan mereka bukan badan yang bebas dan masih lagi dicengkam oleh pihak kerajaan.

“Jadi dimana keadilan untuk kita, dimana keadilan untuk kes Datuk Seri Anwar? katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Terdahulu, rayuan terakhir Mohamad Khir terhadap hukuman penjara 12 bulan yang sepatutnya didengar 15 April ini oleh Mahkamah Persekutuan ditangguhkan ke tarikh lain.

Mohamad Khir merayu terhadap hukuman itu atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Sebelum ini, mendiang Karpal mengemukakan rayuan penangguhan kes Fitnah II berikutan terdapat kes lain yang perlu diselesaikan pada 6 dan 7 Mac lalu.

Namun rayuan tersebut ditolak pihak mahkamah dan berkeras menetapkan pendengaran kes pada tarikh tersebut.

kd

[ Panas!! ] “Saya ada bukti Tun Daim punya akaun di Tanzania” kata Anwar Ibrahim

Anwar mala m tadi 

KUALA LUMPUR 21 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai bukti penyelewangan besar bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Siapa Daim Zainuddin? Bekas Menteri Kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).

“Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tapi ada siasatan? kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi.

Kata Anwar, selain merompak kekayaan negara dengan pencurian dana rakyat melalui pengambilan komisyen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Anwar mengesyaki salah guna kuasa Daim melalui apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Dam ada menyimpan wang di Tanzania.

“Saya diundang semasa saya Profesor di Georgetown University dan menjadi perunding di Bank Dunia.
“Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.
“Gabenor kata Tun Daim punya bank ada sini (Tanzania). (Gabenor) kata Daim simpan di International Bank of Malaysia.

“Saya tanya (Daim) buat apa. Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.
“Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.

“Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini,” kata Anwar menceritakan kandungan  pertemuannya.

Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawab menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.

“Saya bawa perkara ini SPRM tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.
“Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno kamu kebal. Kamu curi banyak mana pun, bagi bukti banyak mana pun,” kata Anwar.

kd

Isnin, April 21, 2014

[ Anwar Ibrahim ] Tunjuk akhlak terpuji, Muslim tak salah hormat jenazah bukan Islam

anwar-ibrahim-karpal-singh-

KUALA LUMPUR 21 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas golongan yang mempersoal tindakan memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh.

Anwar memberikan contoh bahawa Rasulullah turut bangun, tunduk dan diam ketika lalu jenazah Yahudi.

“Rasulullah SAW sedang bicara bersama sahabat. Aada jenazah yahudi yang semasa hayatnya memusuhi Islam, baling najis kepada Nabi. maki hamun.
“Kemudian bila jenazah (Yahudi tersebut) dibawa depan Rasulullah, Baginda bangun, tunduk dan berhenti bercakap.

“Sahabat mempersoal tindakan Rasulullah SAW. Baginda menyatakan, bukankah dia (Yahudi tersebut) suatu nyawa, seorang manusia?, kat Anwar dihadapan kira-kira 2,000 hadirin ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Lembah Pantai malam tadi.

“Orang Islam dilatih sebegitu, orang (bukan Islam tengok Islam hebat, ciri kemanusiaannya tinggi. Umno tiada modal, mempersoalkan kenapa hormat dia (mendiang Karpal).

Karpal Singh maut dalam satu kemalangan jalan raya di KM 306.1 Lebuhraya PLUS berhampiran Gua Musang kira-kira jam 1 pagi 17 April lalu.

Sebelum disemadikan di krematorium Bukit Gantong, Karpal Singh diberi penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang, George Town Pulau Pinang.

Kehadiran pemimpin Islam Pakatan Rakyat dari Pas, KEADILAN dan DAP dimomok penyokong Umno di laman sosial, bahwa tindakan memberi penghormatan kepada orang bukan Islam adalah satu kesalahan.

Justeru kata Anwar, sikap sebahagian pemimpin dan NGO Islam cenderung memainkan sentimen agama dan prejudis melalui media pro-Umno, menyebabkan orang bukan Islam alergik dengan Islam.
“Saya nak tanya. Kalau golongan begini nak buat dakwah, siapa nak dengar dia dengan pendekatan macam ini? soal Anwar.

kd

Sabtu, April 19, 2014

Anwar di jelajah Reformasi 2.0 Lembah Pantai esok

Reformasi_2.0_Lembah_Pantai 

LEMBAH PANTAI 19 APR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah sempena jelajah Reformasi 2.0 peringkat Wilayah Persekutuan malam esok.

Program Jelajah Reformasi 2.0 peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Selain Anwar, turut menyampaikan ceramah malam ini pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli parlimen KEADILAN Wilayah Persekutuan

Penduduk Lembah Pantai dan mereka yang berada di lokasi berhampiran tapak program dialu-alukan hadir beramai-ramai.

kd

Karpal susah hati, sedar konspirasi mahu penjara Anwar Ibrahim

SONY DSC
Anwar berucap depan 5,000 hadirin di himpunan Reformasi 2.0 di Seberang Jaya, semalam

SEBERANG JAYA 18 APR: Dengan rasa sebak dan sedih, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kehilangan beliau dan keluarga atas kematian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Dalam ceramah Anwar di Seberang Jaya malam tadi, beliau diberitahu oleh isteri mendiang, Gurmit Kaur bahawa Karpal bimbang dengan konspirasi untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar.

“Antara kata-kata terakhir Karpal yang disampaikan oleh isterinya semasa ditemui di kediaman mereka ialah Karpal susah hati kerana kes Fitnah II, kerajaan cuba untuk menambahkan lagi tempoh hukuman penjara Anwar.

“Karpal mahu pulang ke Pulau Pinang untuk mencari jalan dan berfikir dengan tenang cara untuk menyelamatkan Anwar, ” ini antara kata-kata yang dinyatakan oleh Karpal kepada isterinya sebelum maut dalam kemalangan tersebut.

Oleh kerana itu, kata Anwar, Karpal sendiri sudah sedia maklum tindakan yang sedang dirancang oleh kerajaan Umno-BN bagi menyumbatkannya ke dalam penjara dalam tempoh yang lebih lama.

SONY DSCAnwar juga berkata usaha untuk menangkap dan memenjarakan pemimpin PR bukan satu perkara baru.

Jelasnya senarai nama pemimpin yang akan dipenjarakan oleh kerajaan Umno-BN sepertimana yang dinyatakan dalam Parlimen baru-baru ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Rafizi Ramli, Tian Chua, Syed Azman dari PAS dann juga Anthony Loke dari DAP.

Dalam pada itu kata Anwar, beliau merasakan Karpal seperti telah menjadi sebahagian dari keluarganya berikutan komitmennya menjadi peguambela sepanjang kes Fitnah II.

“Karpal adalah sebahagian dari keluarga saya dan juga Azizah.

“Kami amat merasai kehilangan beliau sebagai seorang pejuang yang sanggp menentang kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan khususnya dalam sistem perundangan negara,” kata Anwar.

 kd

Jumaat, April 18, 2014

[ Anwar Ibrahim ] Ini mungkin pidato terakhir saya

 
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.
 
Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata: 
 
“Ini mungkin pidato terakhir saya di sini.”
 
Beliau antaranya mengingatkan orang ramai terhadap “ketidakadilan” sekitar kesnya.
 
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun terhadapnya selepas rayuan terhadap pembebasannya yang dibuat  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu.
 
Ketua Umum PKR itu kini mempunyai sepuluh hari untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman itu. 
 
Beliau kini harus menjadi peguam baru ekoran kematian peguam yang mewakilinya Karpal Singh dalam kemalangan tragik semalam.
 
Beliau juga mengingatkan penonton supaya terus berdoa kepada Allah sementara menunggu hukuman.
 
Anwar juga berharap penyokongnya akan mempertahankan kerusi anggota Parlimen yang disandangkan di situ jika beliau hilang kelayakan ekoran keputusan mahkamah tidak memihak padanya.
 
mk

Isnin, April 14, 2014

[ Imbas Kembali ] Reformasi hampir tumbangkan Najib pada PRU 99


KUANTAN 13 APRIL: Datuk Seri Najib Razak hampir kalah di Pekan, Pahang pada Pilihan Umum 1999 akibat ledakan reformasi ketika itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun, katanya, perdana menteri itu enggan belajar daripada kebangkitan rakyat, meskipun hanya menang dengan undi tipis dan dibantu undi pos.

“Dia menang berapa undi, berapa undi ketika itu? Adakah anda semua ingat? 240 undi. Itupun undi polis, undi pos, kalau tidak dah terjunam dah Najib Tun Razak,” katanya ketika berucap di ceramah Reformasi 2.0 di Taman Berjaya Permai, Kempedang Kuantan malam tadi.

Katanya, Najib dan kerajaan pimpinannya hingga kini masih bersikap angkuh apabila meneruskan dasar pentadbiran rasuah dan amalan politik perkauman.

“Tetapi masih angkuh,  masih tipu pilihan raya, masih laksana rasuah, laksana dasar perkauman untuk pecah belahkan rakyat dan menjanjikan masa depan yang malap,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau menyeru rakyat menolak Umno BN yang dilihat semakin lemah mentadbir negara dengan mengambilkira kegagalan kerajaan menangani isu ekonomi dan pendidikan.

“Dianggar potongan subsidi di bawah regim BN (Barisan Nasional), subsidi demi subsidi dipotong dan warga Melayu akan kembali kepada kemiskinan sampai ke tahap 1970,” katanya.

Tambahnya, sistem pendidikan negara di bawah kerajaan Umno BN turut gagal apabila Laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) mendapati pelajar Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara lain.

“Di bawah keputusan Laporan PISA, negara kita yang kaya, ada minyak tetapi tidak mampu bersaing dengan anak miskin di vietnam. Pada saya, masa untuk kamu (Barisan Nasional) sudah tamat, dan Najib, anda perlu meletakkan jawatan sekarang,” tegas Izzah.

kd

Ahad, April 13, 2014

Sabtu, April 12, 2014

[ Panas!! ] Bekas hakim terlibat kes rampasan kuasa Perak dapat projek RM2.2 Billion

PAROI 12 APRIL: Adalah perkara biasa di Malaysia apabila bekas ketua hakim dianugerahkan projek besar meskipun wujud konflik kepentingan, kata pemangku Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengaitkan bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi yang dianugerahkan projek Lebuh Ekspres Kinrara- Damansara (KIDEX Skyway) bernilai RM2.2 bilion beberapa tahun lalu.

Menurut Izzah, Zaki yang merupakan kroni Umno BN menjadi pemegang saham terbesar dalam projek berkenaan, selepas bersara sebagai ketua hakim negara.

“Sejarah Tun Zaki Azmi sendiri, iaitu bekas ketua hakim di mana beliau terlibat dengan isteri beliau dalam projek Kidex bernilai 2.2 billion.

“Ini makanan mereka (Umno) terus mengkayakan kroni, mengaburi mata rakyat kononnya membuat sesuatu projek untuk kemudahan rakyat, tapi dalam masa yang sama poket sendiri juga perlu (dipenuhkan),
“Habis rakyat ini macam mana? Terus susah dan dihimpit bebanan?,” Soalnya ketika ditemui pemberita dalam Program Jelajah Reformasi 2.0 fasa 2 di Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Projek yang menelan belanja RM2.2 billion itu sebelum ini dikritik Pakatan Rakyat (PR) kerana dinugerahkan kepada dua konsesi iaitu Tun Zaki dan Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Kedua-dua tokoh berkenaan terlibat dengan rampasan kuasa oleh Umno di Perak pada 2009.
Izzah berkata, rakyat perlu sedar dan bangkit menentang kezaliman Umno BN yang hanya mencari jalan untuk terus mengkayakan kroni tanpa memikirkan kesusahan rakyat.

“Sampai bila kita nak terus diam dengan apa yang mereka lakukan? Bukan baru sekali dua, sebelum ini dengan skandal PKFZ, kali ini projek bernilai RM2.2 melibatkan orang-orang mereka juga, yang kaya itu mereka, kita dapat apa?,” katanya.

kd

Jumaat, April 11, 2014

REFORMASI 2.0 DI KUANTAN (12/4/14) - HALANG DI KEMPADANG, RAKYAT BERKUMPUL DI BANDAR KUANTAN?

KUAT betul badi Anwar di Pahang.  Dulu, sebelum PRU 13 Anwar dijadualkan akan berceramah di Felda Lepar Hilir, Kuantan.  Maka, dikerah oleh pemimpin Umporno kepada pencacai felda berkubu di setiap pintu masuk felda.  Takut sangat rahsia pemimpin Umporno menipu warga felda dibongkar oleh Anwar.

Sebagai parti yang bertanggungjawab, kita mengalah dan mengadakan program di Padang Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.  Puluhan ribu yang hadir malam itu dan program berjalan aman damai tanpa salakan anjing-anjing yang lapar.  Sejurus selepas PRU 13, kita bercadang untuk anjurkan Himpunan Blackout di lokasi yang sama iaitu di Padang Mahkota Aman memandangkan sebelum ini program berjalan baik dan terkawal.  Sepatutnya atas alasan itu, pihak berkuasa tiada masalah untuk membenarkannya.  Malangnya, selagi ada parti bacul Umporno, selagi itulah program yang melibatkan Anwar tidak pernah berlangsung tanpa gangguan.  Peliknya pihak berkuasa tunduk kepada parti bacul lagi dayus berkenaan.  Maka, dihalang himpunan Blackout diadakan di kawasan itu.

Lokasi Baru

Rakyat mengalah, kita tergesa-gesa petang hari yang sama berpindah ke Pejabat PKR Negeri Pahang di Jalan Beserah, Kuantan untuk meneruskan program tersebut.  Ternyata, dianggarkan 40 Ribu memenuhi seluruh pelusuk dataran di Pejabat PKR Negeri.  Busuknya hati umpama bangkai, penganjur himpunan tetap didakwa di mahkamah walaupun mengadakan himpunan di perkarangan atau dataran pejabat parti sendiri.  Sehingga kini kes masih belum selesai.  Ertinya, program parti tidak boleh diadakan di kawasan parti sendiri.  Jika tidak bangsat, apa lagi mahu disebut?



Terkini, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan Program Reformasi 2.0 peringkat Negeri Pahang pada 12/4/2014 (Sabtu) ini jam 08.30 malam.  Program ini tentunya melibatkan Anwar kerana beliau adalah tokoh reformasi negara.  Kita mohon untuk diadakan di Padang Kemunting (MPK 4), Kuantan berdasarkan pengalaman lalu bahawa himpunan Hijau yang telah diadakan di padang tersebut dipenuhi lebih kurang 30 Ribu orang tetapi berjalan dengan amat tertib dan aman sekali.  Malangnya, secara tiba-tiba pihak berkenaan memaklumkan bahawa padang tersebut akan diubahsuai.  Sehari dua lepas itu, mereka longgokkan pasir merata-rata di tengah padang tersebut dan beberapa khemah telah didirikan kononnya untuk ubahsuai.  Maka, tiada kebenaran untuk mengadakan program di situ.

Kita mengalah lagi kerana kita bukan jenis rakyat yang suka kepada kekacauan.  Kita memilih lokasi yang pernah dibuktikan terbaik dan aman sepanjang sejarah program di situ iaitu di Padang Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.  Sekali lagi atas arahan bangsat yang penakut kepada Anwar, mereka melarang padang tersebut digunakan atas alasan penduduk di situ tidak bersetuju.  Sedangkan semua tahu Taman Mahkota Aman majoriti penduduknya hampir 80% adalah penyokong-penyokong PR.  Peti undi kawasan ini tidak pernah kalah di dalam beberapa PRU.

Kita mengalah dan terus mengalah untuk menunjukkan bahawa program Reformasi 2.0 bukan menyasarkan huru-hara jauh sekali untuk merampas kuasa dari orang gila secara kekerasan.  Keputusan dibuat dengan rasa kesal iaitu lokasi Program Reformasi 2.0 akan tetap diteruskan di Taman Berjaya Permai, Kempadang - Sg Soi, Tanjung Lumpur, Kuantan pada tarikh yang sama.  Peliknya, sebelum itu pihak berkuasa secara tiba-tiba mencadangkan agar program tersebut diadakan di Pejabat PKR Negeri iaitu kawasan yang mereka sendiri bawa kes ke mahkamah.  Mengapa secara tiba-tiba boleh pula guna perkarangan Pejabat PKR Negeri?  Tidak lain tidak bukan hanya untuk menyusahkan kita dan membuli kita.

Namun, kita berpendirian tegas bahawa setelah kita bertolak ansur dengan mereka berkali-kali semenjak dulu lagi, kita harapkan kali ini pihak mereka pula bertolak ansur.  Maka, muktamadnya Program reformasi 2.0 tetap akan diadakan di Kempadang pada tarikh tersebut.  Apa akan jadi jika lokasi itu juga akan dihalang?  Teman-teman mencadangkan agar kita berpindah ke dalam bandar Kuantan sekiranya kita masih terus dibuli seperti ini.

Apa pun kita tetap yakin pihak berkuasa akan sedar dari igauan mereka bahawa mereka selama ini telah di'perkangkungkan' oleh orang-orang politik yang zalim itu.  Marilah hadir beramai-ramai ke Kempadang, Sg Soi, Kuantan pada 12/4/2014 (Sabtu) ini mulai jam 08.30 malam bagi membuktikan rakyat sudah naik bosan, jemu dan jijik dengan mainan politik sebangsat ini.

wfauzdin.blogspot.com

Rabu, April 09, 2014

Hakim Fitnah II macam bomoh, tengok atas bawah terus jatuh hukum - Anwar Ibrahim

SHAH ALAM 9 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hukuman lima tahun penjara berhubung Fitnah II ke atasnya sebegitu mudah dan diputuskan sekelip mata oleh hakim, yang diibaratkan beliau umpama seorang bomoh.

Anwar mala m tadi“Fail tebal dari atas sampai bawah dalam masa sehari belum tentu habis baca, tapi hakim sekarang macam bomoh tengok saja dari atas sampai bawah, sah Anwar masuk penjara lima tahun,” katanya pada Himpunan Jelajah Reformasi 2.0 di Taman Rakyat Jalan Kebun, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, sistem penghakiman di Malaysia sudah tidak bebas dan adil ekoran rencana Umno untuk menjatuhkannya supaya beliau tidak memegang apa-apa jawatan.
“Tak payah buat perbicaraan kalau sudah tahu dari awal saya masuk penjara, bukannya saya tak tahu ini rencana Umno nak jatuhkan saya,” kata Anwar merujuk tindakan Mahkamah Rayuan yang tergesa-gesa menetapkan tarikh perbicaraan rayuan kes Fitnah II oleh kerajaan minoriti BN.

lagiTambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, perbicaraan Fitnah II terlalu singkat tanpa penelitian keseluruhan kes dan dengan pantas beliau dijatuhkan hukuman 7 Mac lalu, sebelum penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil Kajang, 11 Mac.

Selain Fitnah II, Anwar juga diserang bertalu-talu oleh Umno BN dalam beberapa isu lain termasuk kehilangan pesawat MH370 dan pencerobohan Lahad Datu.

“Sebut sahaja Anwar, (tak habis-habis) isu liwat, sebut sahaja Anwar, isu MH370, isu Lahad Datu yang lama dulu pun dikaitkan dengan saya juga.

“Umno sebenarnya nak tutup isu rakyat dengan aibkan saya dan masukkan saya ke penjara.
“Saya akan tetap lawan habis-habisan, saya tak takut dengan kekejaman dan kezaliman Umno,” tegasnya.

kd

Khamis, April 03, 2014

USTAZ TUAN IBRAHIM MEMBELA ANWAR DAN SOKONG REFORMASI

MALAM tadi (02/4/14) bertempat di Cenderawasih, Kuantan, aku sempat menghadiri program Ceramah Anjuran PAS Indera Mahkota Kuantan sempena dengan kutipan dana Kompleks PAS Pahang.  Penceramah utama malam tadi adalah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Us Dato' Tuan Ibrahim sedang berucap
Seperti biasa di dalam ceramah beliau banyak pengisian tentang perjuangan Islam terutamanya di dalam kaedah berpolitik.  Tetapi apa yang menarik perhatian malam tadi, beliau turut menceritakan tentang kezaliman yang berlaku terhadap DS Anwar Ibrahim.  Kezaliman yang dilakukan oleh rejim itu tidak pernah putus dan tidak pelik katanya negara kita sering dilanda dengan berbagai masalah.  Mungkin peristiwa yang berlaku terhadap DS Anwar ada yang beranggapan tiada kena mengena dengan kesukaran dan bencana yang berlaku kepada negara sekarang, namun sebagai umat Islam kita harus melihat kepada apa yang Allah janjikan kepada pemerintah yang zalim.
 
Bersama Adun Beserah, YB Andansura dan Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
Sebab itulah aku sejak dulu sentiasa menyokong perjuangan Us Tuan Ibrahim Tuan Man, bukan kerana dia membela DS Anwar tetapi beliau amat sensitif dengan kezaliman yang berlaku terhadap sesiapa sekalipun.  Sewaktu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PAS, ada rakan-rakan memberitahu aku mengapa aku mempromosikan sokongan kepada Us Tuan Ibrahim kerana beliau dianggap golongan Ulamak.  Bagi rakan aku itu, golongan Ulamak di dalam PAS lazimnya tidak begitu suka kepada DS Anwar.
 
Aku katakan pada mereka, golongan yang anti dengan Anwar di dalam PAS hanyalah kumpulan "UG" yang bagi aku hanya tinggal beberapa kerat sahaja.  Us Tuan Ibrahim bukan UG, bukan Anwarisme mahu pun kumpulan Erdogan di dalam PAS.  Pemikiran Us Tuan Ibrahim sama seperti Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang bijak menilai apa itu "Tahalluf Siyasi".  Menyokong perjuangan Anwar bukan bermakna menggadai prinsip dan dasar PAS kerana Anwar sepanjang mengetuai PR tidak pernah mengusik jauh sekali mengganggu gugat prinsip dan dasar PAS.  
 
Apa yang berbeza cuma pendekatan yang ingin dibawa oleh Anwar adakalanya tidak dipersetujui oleh PAS.  Itu lumrah di dalam PR dan tidak kesemua tindakan PAS juga digemari oleh Anwar mahupun pemimpin PR yang lain.  Namun kesemuanya ditangani dengan amat bijak sekali sehinggakan Umno/Bn seperti hilang punca untuk memisahkan PAS dan PKR, terutamanya Anwar.
 
Anwar perlukan PAS untuk memperkuatkan PR yang diterajuinya, begitu juga sebaliknya PAS perlukan Anwar untuk memperluaskan pengaruh PAS.  Di dalam ceramah Us Tuan Ibrahim malam tadi, ternyata komitmen beliau terhadap menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim terhadap Anwar yang telah dihukum 5 tahun penjara. Rakyat harus bangkit menentang kezaliman ini kerana jika dibiarkan kezaliman berleluasa, bukan yang berdosa sahaja yang akan menerima bala bencana Allah malahan seluruhnya akan merasai sama kerana kegagalan kita menentang kezaliman.
Difahamkan pada Program Reformasi 2.0 peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan pada 12 April 2014 (Sabtu) di Padang Kemunting, Kuantan nanti, Us Tuan Ibrahim akan hadir sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Reformasi.  Janganlah ada di antara kita sentiasa bersangka bahawa ini semua hanya untuk peribadi Anwar.  Anwar terlalu banyak berkorban untuk kita semua dan beliau kini telah bersedia untuk masuk ke kandang besi semula.  Namun, apakah kita hanya sekadar memerhati atau kita gembira dengan berita ini?
 
wfauzdin.blogspot.com

http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan