Isnin, Jun 04, 2012

Anwar akui Bank Negara silap campuri dagangan matawang

Anwar akui Bank Negara silap campuri dagangan matawang

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau turut bertanggungjawab atas kesilapan Bank Negara campur tangan dalam perdagangan matawang pada 1992, ketika beliau menjadi menteri kewangan pada waktu itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa individu utama dalam kes tersebut ialah bekas perdana menteri Tun Daim Zainuddin dan juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai jabatan perdagangan mawatang di Bank Negara ketika itu.

Perkara itu menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian RM30 bilion di pasaran perdagangan matawang, namun Anwar berkata bank pusat itu bertindak tanpa pengetahuannya.

Anwar berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu sehinggalah seorang rakannya memberitahu beliau bawah Bank Negara merupakan salah satu pemain utama dalam perdagangan matawang.

Beliau berkata demikian dalam satu forum dianjurkan Penang Institute semalam.

Katanya, beliau bertanyakan mengenai hal itu kepada gabenor Bank Negara pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussein, yang menyatakan bahawa jumlah yang diperdagangkan itu adalah "kecil, melebih jumlah ditetapkan."

Anwar juga berkata, Jaafar Hussein memberitahunya bahawa perkara itu ditangani oleh Nor Mohamed./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng