Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, April 30, 2017

Ribut di Muktamar Pas: Presiden Parti Islam Amanah berdoa semoga semua selamat

Ribut melanda muktamar Pas yang memusnahkan khemah-khemah utama yang menyebabkan beberap cedera dan ambulan meluru ke kawasan muktamar.Ribut melanda muktamar Pas yang memusnahkan khemah-khemah utama yang menyebabkan beberap cedera dan ambulan meluru ke kawasan muktamar.
Iklan : Jom servis Online http://jomservis.blogspot.my/
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berharap ahli-ahli Pas yang menghadiri muktamar tahunan parti itu di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Alor Setar terhindar daripada bahaya akibat bencana ribut yang melanda di kawasn itu lewat petang tadi.
"Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.
Khemah muktamar rosak akibat serangan ribut lewat petang tadi.Khemah muktamar rosak akibat serangan ribut lewat petang tadi."Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan segera sebentar tadi.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu turut mendoakan mereka yang mengalami kecederaan agar pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.
"Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendak-Nya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.
"Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera. Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada Allah jua tempat kita berlindung," tambahnya lagi.
Amanah Kedah juga merakamkan simpati dan takziah kepada seluruh pimpinan, perwakilan serta pemerhati Muktamar Pas ekoran kejadian ribut kencang luar biasa yang melanda kawasan muktamar.
"Semoga semua dapat bertenang dan bersabar di atas kejadian yang di luar kekuasaan manusia untuk menghalangnya.
"Diharap semua yang cedera dirawat dan segera sembuh, khemah-khemah yang roboh menyembah bumi akan dapat segera dibaiki.
"Didoakan agar muktamar dapat diteruskan seperti dijadualkan oleh panitia muktamar," kata pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.
Beberapa foto yang mulai tular di media sosial menyaksikan sejumlah khemah musnah dilanda ribut manakala kenderaan bomba dan penyelamat dilihat berada di lokasi kejadian.
Beberapa ambulan berkejaran ke kawasan muktamar manakala yang cedera di bawah ke Hospital Sultan Bahiyah, Alor Setar.
Menurut saksi, kejadian berlaku secara tiba-tiba kira-kira  jam 7.30 malam ketika orang ramai bersiap mahu menunaikan solat magrib.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

Sabtu, April 29, 2017

PANAS!! : AHLI PARLIMEN PAS BELASAH PARTI PAS SENDIRI KAH KAH KAH KAH

Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata Mahfuz Omar kepada Pas.Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata Mahfuz Omar kepada Pas.
IKLAN : jOM SERVIS http://jomservis.blogspot.my/

'Ahli parlimen Pas meminta pimpinan parti itu agar jangan sampai dilihat 'kebuloq' (gila) hendakkan jawatan apabila memutuskan hubungan dengan PKR tetapi mahu kekal dalam kerajaan negeri Selangor yang menteri besarnya adalah pemimpin PKR.
Ahli parlimen Pas dari Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau dari awal lagi mahu Pas mengekalkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain khasnya PKR.
"Tetapi kalau sudah kita buat keputusan putus dengan PKR, kita kena keluarlah dari kerajaan negeri Selangor. Kalau kita kekal dalam kerajaan negeri Selangor, nanti orang kata kita 'kebuloq' nak jawatan," kata bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu.
Mahfuz tidak bersetuju dengan kenyataan ketua pemuda Pas yang baru Mohamad Khalil Abdul Hadi yang berkata Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor walaupun memutuskan hubungan dengan PKR.
Kedudukan kerusi dalam DUN Selangor selepas Pas putus dengan PKR.Kedudukan kerusi dalam DUN Selangor selepas Pas putus dengan PKR."Exco Selangor dilantik atas cadangan menteri besar. MB adalah dari PKR. Bila sudah putus hubungan dengan PKR, kena berundurlah.
"Rakyat hanya melantik Adun dan ahli parlimen tetapi exco dilantik atas nasihat dan cadangan MB bukan oleh rakyat," kata Mahfuz.
Mahfuz mengingatkan Khalil, yang kebetulan anak presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ketika Datuk Seri Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar beliau hanya melantik tiga exco Pas sahaja.
Ia berbeza dengan bilangan exco Pas ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi menteri besar iaitu empat orang.
"Ini menunjukkan nak lantik exco dan bilangannya berapa bergantung kepada menteri besar bukan ditentukan oleh rakyat," katanya.
Muktamar Dewan Ulama dan Dewan Pemuda Pas di Alor Setar kali ini telah meluluskan usul agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.
Usul itu diserahkan kepada kepada Majlis Syura Pas untuk dibuat keputusan akhir sebelum dilaksanakan.
Khalil ketika sidang media mengumumkan, Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor kerana exco bukan dilantik oleh PKR atau DAP.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

Jumaat, April 28, 2017

Ayuh! rakyat tukar kerajaan bersama PH jika Pas tidak berminat

Mohd Sany Hamzan Mohd Sany HamzanIklan : WWW.KELABSIMKAD.COM
Rentetan kenyataan pimpinan Pas ketika ini menggambarkan parti itu tidak berminat untuk membuat perubahan terhadap pentadbiran negara, maka Pemuda Amanah Nasional mengajak rakyat bersama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang mengajak rakyat memilih sama ada Pas atau Umno dan menolak parti-parti yang lain.
Terbaru, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Ahmad Yaacob ketika Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat di Kedah semalam berkata, tidak ada gunanya menjatuhkan kerajaan sekarang yang dipimpin BN.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian dengan memberi gambaran yang sangat negatif dengan mengatakan parti sekular sosialis akan memerintah sekiranya BN dijatuhkan.
Justeru Ketua Pemuda Amanah Nasional  Mohd Sany Hamzan berpandangan, tindakan Pas menakut-nakutkan rakyat untuk membuat perubahan hanya memberi nafas kepada BN untuk terus berkuasa sebagai pemerintgah.
"Pas tidak sewajarnya membuat persepsi jijik demi menggagalkan hasrat rakyat untuk membuat perubahan.
"Dalam keadaan negara dihantui krisis pentadbiran dan skandal besar, ditambah lagi hambatan ekonomi yang tenat, sewajarnya Pas sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai dasar haruslah lebih mengetahui tuntutan menyelamatkan negara.
"Tidak sewajarnya Pas memberi nyawa kepada Barisan Nasional dengan memburukkan serta mewujudkan persepsi negatif terhadap parti-parti pembangkang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kata Mohd Sany lagi, hari ini nada serta pendekatan pimpinan Pas dakwanya adalah selari dengan pengumuman parti itu sebelum ini yang mengatakan akan bertanding kira-kira 80 kerusi parlimen secara bersendirian.
"Angka itu sudah menzahirkan bahawa sangat mustahil untuk parti itu memimpin negara sebaliknya hanya bertindak sebagai pihak ketiga yang mampu mengganggu kelestarian untuk melihat satu pentadbiran baharu dibina.
"Amanah dan Pakatan Harapan komited untuk menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi yang sedang bermaharajalela menjarah hasil negara.
"Atas kesedaran tuntutan menyelamatkan negara, kami konsisten mengajak masyarakat untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan datang.
"Ayuh bersama kami selamatkan Malaysia. Kami yakin, rakyat khususnya golongan muda dapat menilai tentang realiti sebenar politik negara dan pihak mana yang benar-benar mampu untuk mengubah pentadbiran negara," ujarnya.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

Khamis, April 27, 2017

TERBAIK!! : PH ada strategi tersendiri jika RoS tolak pendaftarannya

Pakatan Harapan hanya akan menggunakan satu  logo dalam PRU 14 nanti walaupun mempunyai 4 parti.Pakatan Harapan hanya akan menggunakan satu logo dalam PRU 14 nanti walaupun mempunyai 4 parti.
Pakatan Harapan sudah mempunyai strategi tersendiri jika permohonan mereka untuk mendaftarkan badan gabungan itu ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pendekatan itu telah dipersetujui oleh pimpinan Pakatan Harapan di peringkat pusat.
"Kalau logo yang kita daftarkan nanti ditolak, kita sudah ada strategi sendiri dan akan gunakan satu logo juga sebagaimana yang telah dipersetujui," kata Wan Rahim dalam ceramahnya di Jalan Yaakubiah, Kota Bharu malam ini.
Datuk Wan RahimDatuk Wan RahimWan Rahim berkata demikian ketika menjawab soalan penonton yang mahu tahu perkembangan tentang penggunaan satu logo oleh Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.
Majlis Sekretariat Pakatan Harapan telah bermesyuarat hari ini bagi membuat persiapan dari segi struktor, perlembagaan dan logo gabungan empat parti politik itu.
Ketiga-tiga perkara itu akan dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijangka akan bermesyuarat minggu depan untuk diluluskan.
Selepas ia diluluskan, Pakatan Harapan akan didaftarkan kepada RoS lengkap dengan struktor, perlembagaan dan logo barunya.
Sebelum ini, Pakatan Harapan telah mencapai kata sepakat untuk menyertai pilihan raya umum ke 14 nanti dalam satu pasukan yang mempunyai satu logo, satu manifesto dan satu calon bersama.
Usaha untuk membuat perkara itu seringkali ditekankan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagi Tun Mahathir, itulah formula kemenangan BN selama ini iaitu mempunyai satu logo, satu calon dan satu manifesto bersama.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

Rabu, April 26, 2017

Panas!! : Parti Islam (Amanah) atasi Pas dengan kelebihan 3.6 peratus

PAS -AmanahPAS -Amanah
Iklan : WWW.KELABSIMKAD.COM
Iklan : WWW.GAJIMASYUK.COM
Analisis Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) mendapati daripada segi sokongan rakyat, Amanah sudah mengatasi Pas dengan berada pada 16.1 peratus berbanding 12.5 peratus bagi Pas.
Rafizi Ramli Rafizi RamliKelebihan 3.6 peratus itu kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berdasarkan kaji selidik sepanjang Februari sehingga April tahun ini.
Mengumumkan dapatan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI), beliau berkata, Amanah berbeza dengan Pas kerana parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu hanya tertumpu di Kelantan dan Terengganu.
"Kalau Pas bertanding 8 kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan. Jadi, kalau menang sapu bersih 22 kerusi Parlimen pun itu hanya 10 peratus.
"Di tempat lain oleh sebab 80 peratus ke bawah Melayu dan Pas tidak dapat sokongan bukan Melayu berbanding Amanah," ujarnya.
Rafizi berkata, Amanah sama seperti Bersatu sebagai parti baharu yang belum pernah lagi diukur kekuatannya melainkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu.
"Kedua-dua PRK itu berlaku dalam keadan Pakatan Harapan kalah besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan masalah-masalah lain," jelasnya.
Sementara itu, suasana Kedah, tambahnya, berbeza susulan kemunculan Bersatu dengan Tun Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai pemimpin parti berlogokan bunga raya itu.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

Selasa, April 25, 2017

Hot!!! : 10 kerusi Umno di Dun Pulau Pinang didakwa tidak selamat

Antara hadirin yang membanjiri tempat ceramah di Pokok Machang Tasek Gelugor semalam Buang Antara hadirin yang membanjiri tempat ceramah di Pokok Machang Tasek Gelugor semalam
Iklan : www.revo55.weebly.com
Iklan : www.gajimasyuk.com
Iklan : www.kelabsimkad.com

Umno Pulau Pinang diingatkan agar tidak terlalu selesa dengan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang menjadi milik mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.
PRU14 dijangka mampu memberi kejutan besar yang akan menjadikan Umno dan BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang.
Malah bukan setakat menjadi pembangkang sahaja, kerusi-kerusi yang disandang Umno dan BN sebelum ini akan dirampas oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama dengan Pakatan Harapan.
Marzuki YahayaMarzuki YahayaDemikian dinyatakan Pengerusi Parti Bersatu Pulau Pinang, Datuk Marzuki Yahaya ketika berucap pada program ceramah bersama pimpinan Pakatan Harapan di Pokok Machang, Tasek Gelugor semalam.
Jelasnya lagi, Parti Bersatu telah pun membuat kajian dan nilaian mengenai sokongan yang ada pada Umno dan BN bagi merampas kesemua 10 kerusi Dun yang dimiliki Umno sebelum ini.
"Kita telah pun membuat congak dan perkiraan untuk melihat setakat mana perkembangan sokongan yang ada pada Umno bagi kesemua kerusi-kerusi yang mereka menangi pada PRU13 yang lalu.
"Melihat kepada senario politik yang ada kini, kita yakin bahawa Umno bukan saja akan kehilangan kesemua 10 kerusi yang mereka miliki, malah 3 lagi kerusi Parlimen milik mereka mampu dirampas.
"Penilaian yang telah dibuat turut memperlihatkan bagaimana rakyat khususnya orang Melayu semakin jelek dan bosan dengan kepimpinan Umno ketika ini, " tegasnya lagi.
Sehubungan itu katanya, adalah tidak mustahil bagi kerusi-kerusi yang pernah dimiliki oleh Umno dengan kemenangan tipis sebelum ini mampu dirampas dan mengekalkan Umno dan BN sebagai pembangkang sekali lagi.
Beliau juga berkata sebelum program diadakan, terdapat beberapa provokasi dengan merosakkan bendera dan juga kain rentang yang diletakkan di beberapa lokasi di Parlimen Tasek Gelugor.
Namun begitu ia sedikit pun tidak melemahkan semangat Bersatu bersama PH untuk meneruskan program mendedahkan kepincangan Umno.
"Takkanlah Umno terlalu takut dengan Bersatu dan PH sehingga sanggup merosakkan kain-kain rentang sebagai maklumat program.
"Tindakan merosakkan kain-kain rentang tersebut tidak akan mematahkan semangat juang yang ada pada kami bersama PH.
"Sebaliknya kami akan meneruskan perjuangan bagi memastikan Umno bukan saja kalah di kesemua kerusi di Pulau Pinang, tetapi juga memastikan PH berjaya menerajui kerusi Putrajaya dalam PRU ke 14 yang akan datang," ujarnya lagi.
Marzuki (duduk dua dari kiri) bersama Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah semalamMarzuki (duduk dua dari kiri) bersama Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah semalam
Difahamkan, kerusi-kerusi yang dimenangi Umno di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang adalah merupakan kerusi tradisi.
Namun begitu kerusi yang dimenangi tipis dalam PRU13 yang lalu seperti Dun Sungai Dua hanya dimenangi oleh Umno dengan majoriti 357 undi.
Manakala bagi kerusi Dun Teluk Bahang pula Umno hanya menang dengan kelebihan sebanyak 801 undi.
Sementara itu bagi kerusi Dun Pulau Betong pula Umno hanya mendapat majoriti 395 undi serta 458 undi bagi kerusi Dun Bayan Lepas.
Bagi kerusi Dun Sungai Acheh yang ditandingi tiga penjuru dalam PRU yang lalu, Umno mendapat majoriti 808 undi serta Dun Teluk Air Tawar yang dimenangi oleh ketua pembangkang, Datuk Jahara Hamid dengan kelebihan 840 undi sahaja.
Umno dan BN juga tidak mampu untuk mempertahankan kerusi Dun Seberang Jaya yang dimenangi mereka sebelum ini apabila kerusi tersebut berjaya di rampas oleh PKR melalui Dr Afif Bahardin menjadikan PKR menambah satu lagi kerusi dengan kemenangan 10 kerusi.
Manakala DAP menang 19 kerusi dan Pas tetap kekal dengan hanya 1 kerusi tradisi di Dun Permatang Pasir yang dimenangi oleh Datuk Mohd Salleh Man ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat ketika itu.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/04/17 ]

Sabtu, April 22, 2017

Terbaik!! : Pakatan mula turun ke kawasan, Kemaman kawasan parlimen pertama

Anak muda penyokong Pakatan Harapan memenuhi majlis pelancaran PH Kemaman malam tadi.Anak muda penyokong Pakatan Harapan memenuhi majlis pelancaran PH Kemaman malam tadi.
Pakatan Harapan (PH) mula melancarkan sayapnya ke kawasan-kawasan di seluruh negara dan Kemaman menjadi parlimen pertama dilancarkan malam tadi selepas empat parti bergabung di dalamnya.
Pelancarannya disempurnakan oleh naib presiden PKR, Rafizi Ramli dengan disertai oleh semua pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
Lebih 300 yang sebahagian besarnya pengundi muda menyertai majlis itu bersama pemimpin PH termasuk Datuk Hamidah Othman (Naib Presiden Bersatu) Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Pengerusi Amanah Terengganu) Azan Ismail (Pengerusi Keadilan Terengganu) Sdr Eng Chai Heng (Pengerusi DAP Terengganu).
Turut serta Datuk Seri Wan Marzuki Wam Sembok (Ketua Bahagian Bersatu Kemaman) Muzahar Hitam (Pengerusi Amanah Kemaman) Mastura Othman (Ketua Bahagian Bersatu Dungun) Datuk Zulkifli (Ketua Bahagian Bersatu Kuala Terengganu) Aminuddin Harun (Pengerusi Keadilan N.Sembilan) Abdullah Sani Abd Hamid (Ahli Parlimen Kuala Langat) Datin Faizah Ariffin (Exco Wanita Keadilan Pusat) dan Roslan Ismail (Bekas Adun PAS Bukit Besi).
Rafizi bercakap dalam majlis pelancaran PH di Kemaman malam tadi.Rafizi bercakap dalam majlis pelancaran PH di Kemaman malam tadi.Dalam ucapannya, Rafizi berkata, Kemaman sekali lagi mencipta sejarah dan bakal menang pada pilihan raya umum ke 14 nanti.
Mereka sepakat untuk menumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru, katanya.
"Kesepakat ini menunjukkan iltizam kuat pembangkang dan benar-benar serius untuk memastikan Malaysia bebas dari Najib dan Rosmah," kata Rafizi.
Beliau yakin dengan sokongan rakyat terutamanya anak muda, BN dan sekutunya tidak mampu untuk bertahan lagi kerana rakyat sudah tidak mampu menahan sabar dengan kos sara hidup dan sikap boros para perompak wang negara.
"Rakyat juga sudah muak dan jelek dengan sikap pemerintah yang mempergunakan wang rakyat dengan cara merompak wang mereka mengunakan syarikat antarabangsa yang didaftarkan mengunakan bank pesisir pantai," katanya lagi.
Yb Rafizi juga menyatakan kini masa kita berkerja dan menyelesaikan perbezaan pendapat dalam pakatan dalam memastikan jentera pilihanraya PH benar-benar mantap serta tersusun bagi menghadapi regim zalim dan korup dengan dokongan pemakan dedak pada pru nanti.
mdl

Iklan berbayar [ 23/4/2017 ]

Jumaat, April 21, 2017

Panas!! : Aktivis dedah muslihat Pas isytihar sertai Parti Islam Amanah

Ghazali menyerahkan borang keahlian kepada Dr Mujahid sambil disaksikan Saifuddin dan Sazmi (satu dan tiga dari kiri). Ghazali menyerahkan borang keahlian kepada Dr Mujahid sambil disaksikan Saifuddin dan Sazmi (satu dan tiga dari kiri).
Bekas aktivis Pas Ghazali Mat yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Keadilan bagi Dun Kemuning menyerahkan borang menyertai Amanah di majlis ceramah umum Pakatan Harapan di Machang, 17 April lalu.
Borang permohonan keahlian Ghazali diterima naib presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof dengan disaksikan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan timbalan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Kelantan Datuk Sazmi Miah.
Ghazali menggemparkan politik Kelantan baru-baru ini apabila mendedahkah muslihat sulit Pas memenangkan calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.
"Saya amat kesal dan sampai ke hari ini saya masih terkilan dengan parti kita Pas. Ini kesah dan teladan buat saya.
"Saya amat sayang parti yang saya dokong dan memperjuangkan Islam.
"Ini kesah berlaku pada PRU ke-13 di mana saya diberi tugas untuk menolong jentera PKR bagi Parlimen Machang P029," ujarnya dalam tulisan yang menjadi tular di media sosial.
Menurut Ghazali, beliau diberi tugas sebagai pengarah pilihan raya bagi Dun Kemuning.
Walaupun tugas itu amat berat untuk dipikul, beliau menerimanya setelah diminta calon PKR, Dr. Wan Zawawi Iasmail.
Kehadiran beliau dalam jentera pilihan raya PKR disambut baik oleh jawatankuasa dan jentera pilihan raya.
"Pada awal kempen saya amat berbesar hati dengan kerjasama semua pihak. Mengikut culaan ketiga-tiga Dun Pas boleh menang. Ini bermakna parlimen pun ikut sama menang," katanya.
Namun insiden seminggu sebelum hari mengundi benar-benar mengecewakan beliau apabila dipanggil bermesyuarat dengan pengarah-pengarah Dun dari Pas dan juga calon.
Beliau mula merasa ragu apabila arahan dibuat agar ahli-ahli dan penyokong Pas tidak mengundi calon Parlimen daripada Keadilan tetapi perlu mengundi calon parlimen BN yang diwakili Umno.
"Saya bertanya kenapa ini berlaku, jawapannya arahan presiden.
"Saya mati akal, pilihan raya rasa macam tak berguna lagi, maklumlah niat hati nak ke Putrajaya," katanya.
Keputusan pilihan raya bagi kawasan parlimen Machang membuktikan arahan daripada pemimpin Pas itu dituruti apabila tiga Dun yang ditandingi Pas menang dengan majoriti lebih 3000 undi namun calon Keadilan bagi kawasan parlimen tewas dengan majoriti 805 undi.
"Saya menyesal dan menangis sebab kerja buat saya sia-sia. Bermula dari situ saya tak mempercayai lagi apa-apa yang berkaitan degan Pas.
"Apakah parti Islam yang memperjuangkan agama sanggup menikam belakang dalam gabungan Pakatan Rakyat," soal beliau.
Ghazali turut memberikan nombor kad pengenalan bagi memberi peluang kepada mereka yang meragui beliau untuk mengesahkan status keahliannya dalam Pas.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

Khamis, April 20, 2017

Kenyataan Panas!! : Najib-Umno akan bertemu 'ajal'

Salahuddin ketika menyampaikan ceramahnya di Kampung Pandan Dalam malam tadi.Salahuddin ketika menyampaikan ceramahnya di Kampung Pandan Dalam malam tadi.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menjangkakan dua penggal pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Umno dijangka akan berakhir setelah melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawat Menteri Tugas-tugas Khas di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Najib telah bertemu saat ajalnya...kerana tanda ajal Najib dan Umno apabila dia melantik sepupunya menjadi menteri tugas-tugas khas.
"Sudah ada 8 menteri di Jabatan Perdana menteri. Yang jaga agama, jaga parlimen, jaga mahkamah sudah bertindih...tak cukup 8 kena ada seorang lagi," ujarnya ketika brucap pada Ceramah Umum Pakatan Harapan 'Undur Najib Selamat Malaysia' yang diadakan di Kampung Pandan Dalam,malam tadi.
Salahuddin berkata, Presiden Umno itu tidak mahu berterus terang mengenai hubungan yang kurang baik dengan Naib Presiden merangkap pemangku Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Cakaplah terus terang nak buang Zahid kan senang. Nak lantik Hisham untuk apa?," soanya lagi.
Justeru beliau mencabar Najib untuk senaraikan tugasan jawatan yang disandang Hishammuddin itu.
"Saya cabar senaraikan tugas-tugas khas itu apa?
"Kata Hisham tugasnya memantau keselamatan di Sabah.
"Awk (Hishammuddin) Menteri Pertahan ada segala kelengkapan ketenteraan boleh arahkan seluruh kekuatan untuk menjaga Sabah.
"Sebenarnya, jawaban dia (jawaban Hishammudin) satu sindiran besar kepada Najib.
"Najib merasakan ajal nak sampai mungkin nak berhenti. Jadi untuk memastikan jika dia berhenti dia tidak masuk penjara Sungai Buluh jika ada Hisham.
"Ada pula orang beritahu saya, dia bermimpi bilik Anwar, Najib yang masuk...itu mimpi dialah nak percaya boleh, tak mahu percaya pun boleh," selorohnya disambut gelak ketawa lebih kurang 1,000 hadirin.
Turut hadir menyampaikan ceramah umum Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad,Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Adun Teratai Tiew Wey Keng.
Hadir sama Pengerusi Bersatu Negeri Selangor Datuk Rashid Asaari dan Ketua Bersatu Bahagian Pandan Hazli Razali.
Dalam ucapannya juga Salahuddin menyentuh mengenai kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan Pakatan Harapan akan membantu untuk menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Beliau turut menyebut Pas yang tidak mahu bersama Pakatan Harapan dianggap gabungan itu sebagai parti kawan BN.
"Parti yang mahu bersama dengan kita, kita namakan Pakatan Harapan... yang tidak mhahu dengan kita, itu parti kawan BN.
"Kezaliman Najib tidak ada tolok bandingnya. Tidak boleh terampun.
"Tugas kita bebaskan negara pada kezaliman sama ada agamawan atau bukan agamawan.
"Kezaliman pemimpin yang zalim dibantu oleh agamawan yang korup.
"Ini kita kena hentikan. Kita ada matlamat Pakatan Harapan untuk bebaskan negara dari kezaliman denganurus tadbir yang lebih baik untuk anak cucu kita," ujarnya.
Justeru katanya, dengan gabungan PKR,DAP,Amanah dan Bersatu terletaknya harapan rakyat untuk menamatkan kekuasaan Umno-BN.
"Hanya Pakatan Harapan mampu tumbangkan BN dalam PRU akan datang.
" Mereka ada sejuta kekuatan dan berbilion ringgit serta mereka boleh mengerahkan tenaga pegawai-pegaawai kerajaan untuk bersama mereka, tetapi apa yang ada pada kita?
"Pada PKR, DAP,Amanah dan Bersatu...kita ada perpaduan kukuh untuk menentang Umno-BN.
"Walaupun kita pada hari ini berhadapan cabaran dan rintangan kita percaya rakyat bersama dengan kita," ujarnya yang mengakui 52% undi popular Pakatan Rakyat pada PRU13 tidak mencukupi untuk menumbangkan Umno-BN.
"Sesiapun mengakui itu tidak cukup. Iklan : http://jomservis.blogspot.my/
"InsyaAllah kita mahu semua menang. Sekiranya kita tidak ada 52 % kita tidak akan boleh menang kerana negara amalkan 'first past the post yang akan menjadi pemerintah.
"Oleh itu kita saling memerlukan dan saling hormat menghormati untuk bersama bekerja demi masa depan Malaysia," ujarnya.
Barisan pemimpin Pakatan Harapan (dari kiri) Hazli Razali, Datuk Rashid Asaari, Salahuddin Ayub, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli dan Tiew Wei Keng.Barisan pemimpin Pakatan Harapan (dari kiri) Hazli Razali, Datuk Rashid Asaari, Salahuddin Ayub, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli dan Tiew Wei Keng.
 mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

Rabu, April 19, 2017

Hot!! : 'Kasihan ahli Pas diperkuda pemimpin sendiri'

Ustaz Zolkharnain AbidinUstaz Zolkharnain AbidinIklan 1 : WWW.KELABSIMKAD.COM
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin bersimpati dengan nasib ahli Pas di peringkat akar umbi yang berterusan diperalat pemimpin mereka sendiri.
Menurutnya, kehidupan pemimpin Pas pada masa ini berbeza dengan ahli parti itu yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi memperjuangkan Islam acuan Pas.
"Kasihan ahli Pas di peringkat cawangan yang terus diperkudakan oleh pemimpin mereka. Ketika mereka berjaga malam untuk teruskan 'perjuangan Islam' versi Pas, pemimpin mereka bersenang-lenang dengan ulitan kemesraan dan kemewahan anugerah pemimpin Umno.
"Ketika mereka nak 'lawan Umno', pemimpin mereka ajak orang ramai memilih Umno," ujarnya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara Mingguan Malaysia keluaran 16 April lalu.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laporan akhbar pro-Umno itu mendakwa kuasa politik orang Melayu terletak pada Pas dan Umno bahkan Pas bukan 'berperang 24 jam' dengan Umno sebaliknya bekerjasama untuk kebaikan Islam dan rakyat.
Mengulas lanjut, Ustaz Zolkharnain menyifatkan Hadi secara jelas berkempen untuk Umno pada ketika Pakatan Harapan berusaha mengajak rakyat memerangi Umno.
"Kalimah atau, meletakkan Umno dan Pas pada suatu situasi sama rata dari sudut layak untuk diundi oleh rakyat. Ketika PH (Pakatan Harapan) bertungkus-lumus mengajak rakyat menolak Umno, Hadi merestui Umno untuk dipilih.
"Nampaknya, pendedahan Rafizi bahawa Pas menerima dedak Umno melalui Nasharudin semakin terbukti. Untuk apa Hadi buat begitu, kalau bukan untuk membalas jasa Umno dan Najib kepada pemimpin Pas?" soal pendakwah dari Perlis itu.
Beliau berkata, rakyat semakin jelas melihat Abdul Hadi mutakhir ini tidak lagi mengkritik Najib dan Umno.
"Apabila dia (Abdul Hadi) mengajak rakyat untuk memilih Umno jika tak mahu memilih Pas, maknanya dia mahu Umno menang.
"Ini juga bermakna, Pas masuk pilihan raya bukan untuk menang, tetapi untuk mengganggu PH. Pas cuma pengacau kemaraan PH," tegasnya dipetik daripada catatan beliau di Facebook.
Ustaz Zolkharnain turut berpendapat tindakan Abdul Hadi mengajak orang Melayu memilih Umno bercanggah dengan prinsip Pas selama ini yang menolak perkauman. "Ketika kepercayaan orang Melayu kepada Umno sudah terhakis, Hadi mengajak rakyat memilih Umno. Pelikkan? Orang Umno sendiri keluar Umno, Hadi pula ajak orang ramai pilih Umno atas alasan kepentingan Melayu.
"Hadi sudah jadi pejuang Melayu pula? Bukankah perjuangan Umno suatu masa dulu adalah asabiah Melayu, kini bukan lagi?
"Semakin hari, kompas politik pemimpin Pas semakin gelong. Mereka bukan lagi fokus utk tumbangkan Umno-BN," bidasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Pas menilai kembali perjuangan Pas pada masa ini termasuk keluar daripada parti berkenaan.
"Tidak salah mereka tinggalkan Pas kerana pemimpin Pas kini bukan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu. Kini Pas sudah jadi sekutu Umno," tegasnya.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

Selasa, April 18, 2017

PANAS!! : ULAMA PARTI ISLAM (AMANAH) TEGUR USTAZ HADI.

Ustaz Ahmad Awang Ustaz Ahmad Awang
Tindakan memanggil pihak yang mengkritik Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355 sebagai syaitan besar dan syaitan kecil jauh tersasar dengan cara Islam.
Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang berkata, RUU 355 harus dibawa sebagai salah satu kerja dakwah yang bergerak dalam konteks demokrasi melalui ruang perbahasan di parlimen.
"Memanggil mereka yang tidak bersetuju dengan RUU 355 sebagai syaitan kecil dan syaitan besar adalah jauh lebih tersasar dengan cara Islam. Islam mendidik agar kita sentiasa mengekalkan kedamaian.
"Seharusnya kita membawa isu RUU 355 sebagai salah satu kerja dakwah yang bergerak dalam konteks demokrasi. Gunakan ruang perbahasan di Parlimen untuk memberikan penerangan. Itulah jalan dakwah kita. Berdakwahlah dengan lebih berhikmah agar masyarakat lebih mudah memahami," tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menganggap RUU 355 diganggu oleh syaitan besar dan syaitan kecil.
"Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wuduk dan sembahyang pun ada was-was syaitan.
"Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan RUU 355 diganggu begitu rupa," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata memberi gelaran buruk kepada orang lain bukan jalan penyelesaian sebaliknya menyebabkan permusuhan dalam masyarakat.
"Memberikan gelaran buruk bukan jalan penyelesaian. Malah inilah yang paling disukai oleh syaitan kerana masyarakat akan berpecah belah dan saling bermusuhan.
"Abu Hurayrah RA bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak sepatutnya seseorang yang benar itu menjadi pelaknat" (Riwayat Muslim)," katanya.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

Sabtu, April 15, 2017

Berita Dari Kelantan : Rakyat Kelantan diseru pilih Pakatan Harapan

Pimpinan semua parti Pakatan Harapan hadir di majlis perasmian pejabat Bersatu negeri Kelantan di Kota Bharu pada JumaatPimpinan semua parti Pakatan Harapan hadir di majlis perasmian pejabat Bersatu negeri Kelantan di Kota Bharu pada Jumaat
Gabungan empat parti Pakatan Harapan (PH) kini semakin jelas akan berhadapan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka semakin hampir.
Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata, rakyat perlu fokus untuk memilih sama ada masih bersama BN atau membina harapan baru bersama PH.
"Pas yang kini jelas mengambil laluan lain tentu tidak boleh lagi diharap," katanya ketika berucap di acara markas pilihan raya Amanah Dun Bunut Payong dalam parlimen Kota Bharu semalam.
Husam menaikkan belon gergasi di Bunut PayongHusam menaikkan belon gergasi di Bunut PayongPada majlis itu Husam merasmikan pasukan dikir barat Amanah Bunut Payong dan upacara menaikkan belon gergasi sebagai penanda markas berkenaan.
Dalam majlis perasmian pejabat parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pagi semalam kata Husam, telah jelas parti-parti dalam PH kini berada dalam satu gabungan mantap.
"Semua pemimpin Amanah, PKR, DAP dan Bersatu bersama-sama hadir di majlis pagi tadi dengan penuh yakin akan menawarkan pasukan baru untuk mentadbir negeri Kelantan.
"Dalam pilihan raya ini, saya menyeru seluruh rakyat memberi fokus untuk mengundi PH kerana dengan memberi undi kepada Pas, anda memberi peluang untuk BN kembali berkuasa," katanya.
Menurutnya kerajaan negeri selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz jelas menjadi pengekor kepada BN.
"Kerajaan pusat di bawah (Datuk Seri) Najib menggunakan kaedah memeras rakyat untuk menambah kekurangan wang negara yang diurus secara boros.
"Begitu juga kerajaan negeri ikut menaikkan pelbagai cukai seperti pasir, urusan tanah dan cukai bandaran," katanya.
Lebih teruk menurut beliau ialah masalah pentadbiran berkaitan Islam.
"Enakmen seperti pengurusan harta wakaf yang telah lama diluluskan di negeri-negeri lain tidak dihiraukan.
"Begitu juga masalah bangunan pentadbiran pejabat agama di jajahan-jajahan tidak dinaik taraf dan beroperasi dalam keadaan yang sangat daif.
"Sedangkan bayaran-bayaran (fees) yang dikenakan di negeri ini adalah yang tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain di seluruh negara," katanya.
Semua ini menurutnya ialah akibat kepimpinan yang mentadbir secara fikiran tertutup.
"Langsung tidak ada usaha untuk mencari sumber-sumber pendapatan lain walaupun negeri ini mempunyai pelbagai potensi untuk dijadikan pendapatan negeri dan rakyat.
"Baru-baru ini ada syarikat melombong emas yang mengeluarkan kenyataan tentang jumlah galian itu yang begitu banyak di negeri ini.
"Kita juga ada sumber tarikan pelancong yang besar jika dimajukan secara bersungguh-sungguh," katanya.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

Jumaat, April 14, 2017

HOT!! : YB RAFIZI BUAT HAL LAGI..DEDAH DANA 1MDB TERKINI!!!!

Nasharudin Mat IsaNasharudin Mat IsaIklan : WWW.GAJIMASYUK.COM
Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini, beliau menamakan bekas timbalan presiden Pas itu sebagai penerima dana 1MDB.
Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Nasharudin yang kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertandingan timbalan presiden parti pada 2011 sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.
Dilantik sebagai setiausaha agung oleh presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Noor, Nasharudin mendaki hiraki kepimpinan Pas sebagai timbalan presiden parti setelah menewaskan penyandang jawatan yang juga tokoh veteran Pas Ustaz Hasan Shukri.
Setelah tidak lagi memegang jawatan penting dalam Pas, beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.
Rafizi RamliRafizi RamliRafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan Pas menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.
Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pemimpin Pas dan pernah ditegur mursyidul am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya, Rafizi berkata tranksaksi itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB.
"Pas perlu kembali semak pastikan tidak ada satu sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan Pas," kata Rafizi.
Menurut Rafizi, pegawai kanan SPRM itu juga menjelaskan bahawa siasatan ke atas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum sebahagiannya berpindah kepada peguam tertentu.
SPRM katanya sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International melalui beliau.
Salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin, namun Rafizi tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.
Menurutnya lagi, ahli parlimen Pas Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali juga pernah bertemu bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB membabitkan Najib.
Menurutnya, perkara yang didedahkannya itu menjurus kepada salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara kerana bayaran kepada pemimpin Pas itu dibuat bagi 'melunakkan' suara Pas dalam isu 1MDB.
Menurutnya, ia juga menunjukkan Nasharudin tidak layak menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.
“Sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut," tegas beliau.
Rafizi juga memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya beliau boleh membuktikan kebenaran dakwaan itu.
"Kalau petang ini ada perkara yang saya sebut tak betul, boleh buat laporan polis supaya boleh lalui proses undang-undang.
"Saya sudah bagi lesen untuk menggari saya. Kalau yang saya sebut ini tak betul, boleh tangkap masukkan saya dalam lokap malam ini juga," cabar beliau.
Ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun mengalu-alukan sebarang proses perundangan supaya dapat membuka jalan menyiasat perkara ini.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

Khamis, April 13, 2017

TERBAIK!! : PARTI BERSATU AKAN JELAJAH MALAYSIA BANTU RAKYAT.

Jelajah Semarak platform Bersatu jumpa rakyat
Kepimpinan Bersatu negeri bersama kain rentang program Jelajah Semarak yang akan bermula Jumaat ini.


Iklan :klik web www.gajimasyuk.com

KOTA BHARU - Jelajah Semarak membuktikan tindakan komited membantu rakyat mengubah pentadbiran sedia ada yang dianjurkan Bersatu bermula 14 April ini.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, Jelajah Semarak adalah bertujuan untuk penyatuan semangat seluruh rakyat Malaysia yang tidak berselindung untuk tumbangkan kerajaan sedia ada pada PRU-14 demi menyelamatkan Malaysia.

"Kami berasa amat teruja dengan penerimaan rakyat terhadap Bersatu. Ianya diukur dengan pelbagai cara termasuklah sambutan dan kehadiran rakyat di setiap majlis penerangan anjuran Bersatu seluruh Malaysia.

"Jelas menampakkan suatu momentum rakyat untuk mencari suatu penyelesaian terhadap segala masalah dan isu yang berlaku dalam negara kini," katanya dalam satu kenyataan disini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Bersatu memberitahu, Pasir Puteh dipilih kerana simbolik kepada permulaan perjuangan menentang kezaliman dan mengembalikan hak rakyat.Menurutnya, siri pertama jelajah ini akan di adakan di tapak pasar malam Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh pada Jumaat.

"Melalui Jelajah Semarak ini kita akan dapat membongkar isu-isu yang membelenggu rakyat dan menaikkan semangat baru rakyat Malaysia untuk lakukan perubahan total. Selain itu untuk menguatkan sokongan rakyat kepada Bersatu dan parti-parti gabungan.
"Rakyat juga dapat memahami kenapa rakyat perlu bersatu selamatkan Malaysia," katanya.

sh
Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

Rabu, April 12, 2017

Panas!! : Sekeluarga bekas penghulu Umno sertai Parti Islam (Amanah)

Ghazali dan keluarga bergambar bersama AWAN Kelantan selepas menyerahkan borang keahlian AmanahGhazali dan keluarga bergambar bersama AWAN Kelantan selepas menyerahkan borang keahlian Amanah
Seramai 20 ahli keluarga, sahabat handai dan teman rapat bekas penyelia pembangunan mukim (PPM) atau penghulu Umno kampung Kota dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Ghazali Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Su Mat, isteri, anak-anak dan saudara-maranya menyerahkan borang menyertai Amanah kepada isteri Datuk Husam Musa Datin Rohana Ab Rahman dalam satu majlis ringkas di rumahnya berdekatan masjid Kota semalam. 
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai PPM sejak 2007 hingga 2014 yakin parti Amanah mampu menjadi pilihan masa depan kepada mereka yang mahukan sebuah pentadbiran yang pro rakyat.
"Pemerintah yang ada sekarang semakin tidak cakna rakyat dan memerlukan satu perubahan baru," katanya ketika ditemui di majlis itu.
Datin Rohana menyampaikan sumbangan kepada Zohartini Mohamad, isteri kepada GhazaliDatin Rohana menyampaikan sumbangan kepada Zohartini Mohamad, isteri kepada Ghazali
Rombongan Amanah yang diketuai timbalan ketua Awan negeri, Norashidah Jaafar turut menyampaikan sumbangan kepada kumpulan asnaf.
Dalam ucapan ringkasnya Norashidah berkata walaupun Amanah sebuah parti baharu, ia satu kesinambungan kerja-kerja Islam yang telah dibuat sejak sekian lama.
"Kita terpaksa adakan parti baru apabila parti yang dulu telah berubah dari perjuangan membela rakyat kepada persekongkolan dengan pemerintah yang dipenuhi penyelewengan.
"Dulu masa Tok Guru Nik Aziz, semua rakyat jelas siapa kawan dan siapa musuh.
"Sekarang, golongan yang dibuat kawan arwah Tok Guru dijadikan musuh manakala yang jadi musuh Tok Guru jadi sahabat baik pula," katanya.
Menurutnya ketika rakyat perit merasai penindasan dengan cukai GST dan kenaikan harga minyak dan semua barangan keperluan lain, pihak yang dulunya diharap dapat membela kini turut menyebelahi pemimpin zalim.
"Parti Amanah dengan semangat peduli rakyat akan turun bersama-sama akar umbi bagi meringankan beban mereka yang tidak bernasib baik.
"Kita akan terus mengambil bahagian membantu kesusahan walaupun belum menjadi kerajaan," katanya.
mdl
Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]