Memaparkan catatan dengan label TPPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TPPA. Papar semua catatan

Selasa, Januari 26, 2016

TERBAIK!!! : PAKATAN HARAPAN TOLAK TPPA SEBULAT SUARA.

lim guan eng

Pakatan Harapan akan menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) sebulat suara.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, berkata pembangkang akan membuat undian menentang TPPA.

“Tolak, kami akan menolaknya sebulat suara,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Parlimen.

Beliau berkata, ada isu yang dibimbangkan pembangkang mengenai TPPA.

“Kami bimbang industri kecil dan sederhana (IKS) yang kita jangka 30% ke 40% akan tutup kedai.

“Kami juga bimbang mengenai kemungkinan kerajaan negeri diheret ke mahkamah dan kenaikan harga ubat, intelek dan sebagainya.”

Beliau berkata, rakyat tidak lagi percaya kepada kerajaan yang membuat janji mengenai TPPA susulan kegagalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST).

“Mereka berjanji bahawa GST akan memulihkan ekonomi dan memastikan harga akan dikurangkan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Ia membebankan kehidupan rakyat dan ekonomi. GST benar-benar satu kecelakaan.”

Lim memuji keupayaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, tetapi berkata ia seolah-olah hanya dia tahu mengenai TPPA.

“Menteri lain dan Timbalan Menteri tidak tahu mengenai TPPA dan mereka tiada sesi untuk menjelaskan TPPA.

“Ia jelas bahawa hanya Tok Pa yang faham ini, maka, apa yang berlaku jika dia tiada?

“Dia adalah seorang lelaki dan seorang lelaki tidak boleh membuat dasar-dasar negara.”


trp

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu? Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my/

Isnin, Januari 25, 2016

PANAS!! : DAP JAWAB PEMBOHONGAN USTAZ HADI..PARAH..


DAP membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa parti itu menyokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana masyarakat Cina menguasai perdagangan di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa parti itu 'bingung' dengan tuduhan 'tidak masuk akal' Hadi dan menurutnya rakyat Malaysia menjangkakan kenyataan perkauman seumpama itu hanya akan datang daripada Umno.
Beliau berkata pembohongan tidak berasas itu menunjukkan PAS sekarang bukan sahaja bekerjasama dengan Umno tetapi juga mengamalkan 'politik kotor dan fitnah' terhadap DAP.
Lim Guan Eng juga mengingatkan Hadi bahawa TPPA dimulakan oleh Umno dan bukan DAP, manakala perjanjian itu diketuai oleh Amerika Syarikat bagi menyekat pengaruh geopolitik China.
"Jika Hadi begitu anti Cina, dia tidak sepatutnya menentang, tetapi menyokong TPPA bagi menyanggah China.
"Mengapa Hadi tidak menyalahkan atau mengkritik Umno? Atau menerangkan kegagalannya menasihatkan Umno bagi menyanggah TPPA, sejak menjadi penasihat kepada kerajaan pusat BN?" soal Lim.
Kenyataan Hadi itu dibuat semasa himpunan Bantah TPPA Sabtu lalu.
DAP dan PAS berbalah sejak kerajaan Kelantan berkeras melaksanakan hudud. Kedua-dua parti itu akhirnya berpisah selepas wakil PAS mengecam DAP di muktamar parti itu pada Jun tahun lalu.
Semenjak itu, kedua-dua parti itu saling tuduh menuduh, terutama selepas Hadi mengisytiharkan dirinya sebagai penasihat kepada kerajaan BN.

mk

IKLAN PENAJA Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army 


 
http://iklanviral.blogspot.my/

PANAS!! : RAKYAT MALAYSIA DISERU KE PARLIMEN SELASA DAN RABU INI.


Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menyeru rakyat di negara ini untuk berkampung di parlimen pada Selasa dan Rabu bagi mendesak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditolak.

Naib Ketua Pemudanya AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin berkata kedua-dua hari berkenaan merupakan saat genting kerana ia bakal menentukan "jatuh bangunnya negara ini".

“Pemuda AMANAH mengajak seluruh rakyat untuk berkampung depan parlimen ketika TPPA ini dibahaskan bermula pagi 26 Januari hinggalah 27 Januari.

“Di pusingan bantahan paling penting ini, rakyat harus bersama-sama pastikan seluruh Ahli Parlimen mengundi untuk tolak perjanjian tersebut,” kata Shazni dalam kenyataannya hari ini.

Parlimen dijadual membahaskan isu TPPA pada Selasa dan Rabu ini sebelum proses undian sama ada ia diterima atau ditolak, dijalankan.

Pakatan Harapan sudah memutuskan untuk mengundi menolak TPPA ditandatangani.

Shazni Munir berkata, mesej utama yang harus disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah supaya tidak memperjudikan nasib rakyat di negara ini.

"Jangan perjudikan nasib rakyat dan kedaulatan negara. Rakyat wajib tahu bahawa TPPA ini satu bentuk penjajahan baru antara rakyat Malaysia dan syarikat-syarikat multinasional yang berpengkalan di negara-negara maju.

“Usah berhujah bahawa rakyat takut kepada persaingan luar. Sebenarya rakyat Malaysia hari ini hilang daya saing ketika Barisan Nasional memerintah.

“Kamu (BN) gagal sebagai pemerintah. Kemahuan kami hanya satu - seluruh ahli parlimen khususnya daripada blok BN menolak TPPA dalam undian di palrimen," katanya.

mk


IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

 klik link sini : http://autod9.com/army 


 
http://iklanviral.blogspot.my/

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan