
Saya sebagai ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengharapkan semua parti komponen PR dan pimpinannya bersabar dan kasihanilah rakyat Malaysia, Oleh itu di bawah ini saya nukilkan harapan saya kepada mereka.
PR adalah harapan rakyat, jangan kecewakan kami dengan perpecahan
Pakatan Rakyat yang jelas mendapat kepercayaan rakyat lebih dari BN pada
PRU 13
Hentikan segala serangan sesama sendiri. Jangan bazirkan masa menghentam
rakan PR yang lain kerana musuh kita sebenarnya adalah Umno/BN yang
sedang menekan rakyat dengan dasar zalim dan tidak memberi kesejahteraan
kepada rakyat.
Cari jalan untuk berbaik-baik bukannya mencari jalan untuk semakin
renggang dan seterusnya berpecah. Semua pihak mesti berlapang dada,
lupakan kisah lama, duduk semeja dan berbincang.


