Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Julai 27, 2014

KENYATAAN DARI TGNA TENTANG ISU MB SELANGOR..

 
PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

    

Sabtu, Julai 26, 2014

[ BUKTI!! DAN FAKTA ] Ini diia Sokongan Luar Biasa Rakyat Kepada MB Selangor.

khalidSHAH ALAM, 26 JULAI: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik pendirian Presiden PAS yang mahukan beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid di status akaun rasmi laman sosial facebook berkata, sokongan yang diberikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat bermakna kepada Selangor.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor hingga akhir penggal.
“Sokongan ini amat bermakna kerana sesungguhnya Selangor selaku negeri maju memerlukan suasana politik stabil.

Dewan Ulamak PAS sokong pendirian Presiden PAS


KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor.

Yang berikut ialah kenyataan penuh Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Pemangku Ketua, Dewan Ulamak PAS Pusat:

Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan. Sila rujuk: ( http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29937-saya-sokong-khalid-kekal-mb-presiden-pas)

Kenyataan Presiden itu adalah pendirian tegas berdasar keputusan yang telah dibuat oleh PAS berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu:

1. Calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR;
2. PAS membantu menurut keperluan; dan
3. Isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit.

[ BERITA PAGI ] DYMM Sultan Rakyat perlu lupakan ideologi politik, kukuhkan silaturrahim

sultanHULU LANGAT, 25 JULAI: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya seluruh rakyat melupakan sementara segala ideologi serta fahaman politik.

Baginda bertitah, rakyat perlu menumpukan sepenuhnya perhatian kepada amal ibadat dan bersatu padu serta mengukuhkan silaturrahim antara satu sama lain.

Dengan itu, titah baginda, rakyat akan mendapat faedah serta kebaikan daripada Allah.

“Oleh yang demikian, marilah kita berfikiran positif, bersangka baik, serius dan ikhlas dalam melaksanakan segala kewajipan serta tanggungjawab kepada keluarga, agama juga negara.

Jumaat, Julai 25, 2014

[ MESEJ JELAS!! ] Presiden PAS mahu Khalid kekal sebagai MB Selangor

 Foto Hiasan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

“Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

“Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang hari ini.

[ EKSKLUSIF Selangor Kini ] Kemelut kerusi MB jejaskan sokongan PRU 14 dan Elakkan dari berita Fitnah..

Abdul KhalidSHAH ALAM, 25 JULAI: Prestasi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 bakal terjejas jika kemelut penukaran Menteri Besar Selangor tidak dijalankan secara tertib.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah penentu individu yang akan mengepalai pentadbiran kerajaan Selangor.
“Kalau perkara ini tak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab, tentulah ia menjejaskan bukan sahaja Pakatan di Selangor tetapi (keseluruhan) Pakatan pada PRU-14.
“Saya berdoa dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab, mengikut lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.
Beliau berkata, semua pihak mesti menerima hakikat betapa  Selangor ada tatacara pelantikan yang penuh tertib dalam Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

[ BERITA PAGI ] BUKTI DAN DATA RAKYAT MAHU TSKI SEBAGAI MB KEKAL..

polltski
SHAH ALAM, 24 JULAI: Rakyat Selangor terus menzahirkan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu berkenaan jawatan Menteri Besar.

Melalui satu ‘polling’ yang mula dilakukan sejak semalam di poll.pollcode.com, Abdul Khalid terus mendahului dengan peratusan yang tinggi.

Setakat jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Khamis, Julai 24, 2014

[ Berita Pagi ] TSKI Bincang dengan Sultan berhubung jawatan MB Selangor

Abdul Khalid Ibrahim

KUALA SELANGOR - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,  beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan.
 
Abdul Khalid berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab.

Rabu, Julai 23, 2014

Selesaikan isu MB secara tertib, elak keyakinan rakyat merudum [ Selangorkini ]

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLSHAH ALAM, 22 JULAI: Pakatan Rakyat (PR) diingatkan menyelesaikan isu Menteri Besar Selangor dengan tertib serta penuh berhemah dengan persefahaman tiga parti berhadapan cabaran itu untuk mempertahankan kerajaan sedia ada.
Hal ini berikutan kepercayaan pengundi di Selangor boleh merudum apabila PR sendiri memberikan gambaran perjuangan lebih mementingkan agenda politik berbanding memelihara kepentingan rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berharap isu pertukaran Menteri Besar seperti yang dimahukan beberapa pihak PKR dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab sekaligus memulihkan keyakinan rakyat ekoran isu ini.

[ Isu MB Selangor ] APA KATA RAKYAT..???

SHAH ALAM, 23 JULAI: Di sebalik keprihatinan rakyat dengan perkembangan tragedi MH17 dan konflik di Gaza, rakyat juga masih sempat meluahkan rasa masing-masing berhubung cadangan menukar Menteri Besar Selangor.

Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook mendapati ramai rakyat yang keliru dengan cadangan itu malah ramai juga yang memohon penjelasan lanjut.

Rata-rata rakyat termasuk yang bukan berasal dari Selangor terus menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan sebagai pemimpin yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat serta seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.

[ Bagusnya Kerajaan Selangor ] RM1.088 juta bangun maahad tahfiz, sasar wujud setiap daerah

h5

SHAH ALAM, 21 JULAI : Sejumlah RM1.088 juta disumbangkan Kerajaan Selangor kepada Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran negeri Selangor (PITAS) bagi tujuan pembangunan sekolah maahad tahfiz di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan anak-anak muda untuk membaca dan menghafal al-Quran selaras dengan visi menjadikan Selangor negeri berkebajikan, idaman, maju dan sejahtera.

Selasa, Julai 22, 2014

[ Berita Malam ] MB Selangor “Saya bekerja untuk rakyat dan tunaikan tanggungjawab MB”

 MB

KUANG, 22 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi kenyataan beliau bahawa penggantian dan pelantikan Menteri Besar perlu mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Bercakap kepada media di Masjid Kampung Sungai Serai Abdul Khalid berkata, perkara ini juga terserah kepada rakyat Selangor.

“Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa saya akan menjadi Menteri Besar kalau tidak diganti saya akan teruskan.

[ Berita Hot Terkini!! ] NI JAWAPAN MB SELANGOR KEPADA PEMIMPIN PKR..HA HA HA HA...

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XL

SHAH ALAM, 22 JULAI : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, namun mengingatkan ia perlu mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Katanya beliau berpegang teguh kepada enakmen berkenaan yang menetapkan tatacara khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar Selangor.

“Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses itu berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

[ FAKTA ] Kajian Merdeka Centre: 73% pengadu puas hati tindakan PBT Selangor

logo PBT

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kaji selidik yang dijalankan badan kajian bebas, Merdeka Centre menunjukkan 73 peratus penduduk Selangor yang aduannya diambil tindakan berpuas hati dengan prestasi pihak berkuasa tempatan kawasan masing-masing berbanding 25 peratus tidak berpuas hati.

Kajian membabitkan 895 responden yang aduan mereka sudah diambil tindakan oleh PBT itu juga menunjukkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan tahap kepuasan tertinggi dengan 83 peratus, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dengan masing-masing 78 peratus dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 71 peratus.

[ Berita Pagi ] Minyak sawit mentah Malaysia untuk Palestin atau Israel?

Buah-Sawit-SegarBanyak pihak yang melenting apabila SAMM secara konsisten mendedahkan bahawa ekonomi Israel telah dibantu dan diperkasa oleh sebuah negara islam munafik bernama Malaysia. Namun sehingga hari ini belum ada dakwaan terhadap SAMM di atas pendedahan yang dibuat.

Jika SAMM membuat tuduhan melulu tanpa fakta dan bukti, kerajaan Malaysia harus mengambil tindakan undang-undang demi membersihkan nama negara.

Paling menonjol di antara pelbagai pendedahan ialah berkaitan dengan penghantaran minyak sawit mentah ke Israel.

Isnin, Julai 21, 2014

[ ANAK MUDA BERSUARA DAN MENDESAK ]Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan peluang menamatkan penggal keduanya

Unisel-GrafikSHAH ALAM, 21 JULAI : Kemelut perebutan kuasa jawatan Menteri Besar yang melanda tidak menguntungkan mana-mana pihak khususnya rakyat negeri ini termasuk mahasiswa Universiti Selangor (Unisel).

Exco Media Demi Mahasiswa Unisel, Muhammad Ikmal Ahmad, berkata mahasiswa Unisel menggesa kemelut ini diselesaikan serta merta dan
 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan peluang menamatkan penggal keduanya melalui mandat yang diberikan rakyat selangor.

[ Kerajaan Rakyat ] Jom Shopping ringankan beban 500 keluarga Dun Paya Jaras sambut Aidilfitri

shoppingSUNGAI BULOH, 21 JULAI: Program Jom Shopping Raya semakin mendapat sambutan masyarakat Paya Jaras sejak mula diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor tahun lalu.

Hal ini berikutan program yang menawarkan kupon membeli belah bernilai RM100 itu mampu meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan menyediakan persiapan hari raya yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

[ Berita Pagi ] Projek CAR Khalid Ibrahim disanjung, isu KIDEX Khalid diserang.. Manusia-Manusia...

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XL

SEBENARNYA, di Selangor ada beberapa isu membabitkan tanah penduduk yang persis kontroversi KIDEX iaitu projek Kerajaan Persekutuan yang dibangunkan di Selangor.
Salah satunya ialah Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR), sebuah projek pemasangan kabel bervoltan tinggi yang memakan jajaran pembinaan sejauh 59 kilometer.

Projek mega itu meliputi 1.5 kilometer sebuah kampung di Rawang iaitu Kampung Sungai Terentang.
Namun, projek membabitkan kampung itu yang sepatutnya dimulakan pada 2007 – ditangguh selepas penduduk mengemuka permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bantahan demi bantahan dikemukakan (termasuk Kerajaan Selangor) sehingga menatijahkan keputusan penangguhan itu.

Sabtu, Julai 19, 2014

[ Apa Berlaku Sebenarnya?? ] Perintah berkurung di perairan pantai timur Sabah

 

  Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tg Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa hari ini hingga 2 Ogos ini.

Ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.

Beliau berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

Jumaat, Julai 18, 2014

[ MH17 ] Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa antarabangsa supaya melakukan siasatan penuh

 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa antarabangsa supaya melakukan siasatan penuh dan bebas ke atas insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine.

Dalam kenyataannya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata siasatan tersebut perlu walaupun pihak bertanggungjawab belum dikenal pasti dalam yang dianggap sebagai "pembunuhan beramai-ramai" itu.

[ kajian ] 54% setuju ekonomi, politik Selangor menuju landasan betul

Grafik-Selangor-PakatanSHAH ALAM, 18 JULAI: Majoriti rakyat Selangor berpendapat hala tuju Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) berada di dalam landasan yang betul.

Hal itu berikutan kajian yang dijalankan Merdeka Centre ke atas 6,436 penduduk di lapan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu mendapati 54 peratus menganggap hala tuju daripada segi sosial, ekonomi dan politik Selangor berada di landasan yang betul.

[ BERITA PAGI ] MH17 TERHEMPAS DI TEMBAK....peringatan dari Allah kepada mereka yang sombong..

 

Presiden Rusia Vladimir Putin menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung insiden pesawat penumpang Malaysia Airlines terhempas di wilayah Ukraine.
  
Laman web Presiden Rusia, http://eng.kremlin.ru , menyatakan nahas itu telah menyebabkan banyak kehilangan nyawa.
  

Khamis, Julai 17, 2014

[ NASIHAT ] INI MESEJ JELAS KEDUA UNTUK PEMIMPIN PR KHASNYA PKR.. ada otak fikir lah sendiri...

Grafik-Selangor-PakatanSHAH ALAM, 17 JULAI: Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menasihatkan individu yang bercita-cita tinggi menjadi Menteri Besar Selangor dengan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk lebih bertenang dan menyelesaikan krisis jawatan itu secara damai.

Agus berkata, kegopohan berbuat demikian hanya merugikan dan tidak mustahil jawatan yang diidamkan beberapa individu itu terlepas ke parti lawan.

[ Abdul Khalid Ibrahim ] Mesej Jelas MB Selangor kepada Pemimpin PR..

SHAH ALAM 16 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan terus menggalas jawatan Menteri Besar Selangor sehingga habis penggal ini.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XL“Saya akan menunaikan janji saya pada rakyat Selangor untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar hingga habis penggal ini,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Jelas Abdul Khalid, perakuan akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab dan beramanah turut terkandung semasa beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat (PR) menang selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Abdul Khalid berkata lagi, beliau juga bersedia menghadapi sebarang tekanan dari mana-mana pihak yang berusaha menyingkirkan beliau dari kerusi nombor satu negeri itu.

sk

Rabu, Julai 16, 2014

[ Isu MB Selangor ] PANAS!!!! PAS NAFIKAN LAPORAN BERITA ASTRO AWANI....SAH!!! MENIPU!!

 

  Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu nampaknya bersikap terbuka terhadap isu perubahan kepimpinan dalam kerajaan negeri Selangor, dengan berkata perubahan seumpama itu bukanlah perkara baru.

Sekalipun jika berlaku perubahan dalam kepimpinan, tidak sepatut ada masalah, katanya sambil menambah ianya pun berlaku di Terengganu.

[ Isu MB Selangor ] PAS SELANGOR BERI AMARAN!!...PANAS!!!

SHAH ALAM, 17 JUL: PAS Selangor membidas pihak yang sengaja menggunakan dan mengaitkan nama PAS Selangor dalam kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor.

Hal ini berikutan PAS Selangor tidak pernah menyatakan pendirian kepada mana-mana pihak kononnya menyokong Menteri Besar negeri ini ditukar.

PAS-for-All“PAS Selangor mendapati ada pihak yang menggunakan nama PAS Selangor berhubung suatu pendirian yang tidak benar.

“Pas Selangor memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengeluarkan kenyataan atas nama PAS Selangor bagi mengaut keuntungan politik.

“Kita memberi peringatan kerana hanya Pesuruhjaya, Ketua Penerangan dan Setiausaha Perhubungan Negeri sahaja yang berkuasa membuat pendirian rasmi Pas Negeri Selangor” kata Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Selasa, Julai 15, 2014

[ NASIHAT PANAS!! ] PEMIMPIN PR DIINGATKAN TIDAK MENGTUHANKAN AGENDA PERIBADI

SHAH ALAM, 15 JULAI: Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) digesa untuk tidak ‘menonjolkan’ perbalahan seterusnya memberi bola tanggung kepada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengintai peluang untuk merampas kembali negeri itu.

Exco Negeri yang juga Yang Di Pertua PAS Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata dengan kekalahan Teknikal Knock Out (TKO) BN pada pilihan raya umum lepas, BN kini sentiasa mengawasi dan mencari sebarang peluang terluang.

Katanya, BN akan menggunakan peluang yang terhidang untuk mencemar imej PR yang kini mula sebati dengan rakyat Selangor.

Grafik-Selangor-Pakatan“Oleh itu kepimpinan PR Selangor janganlah pula cuba untuk bermurah hati dengan memberikan senjata dan peluru hidup kepada pihak musuh untuk menembak secara tepat ke jantung sehingga boleh menyebabkan kematian yang sangat ngeri.

“Kepimpinan PR perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba untuk memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Yunus yang juga ADUN Sijangkang mengingatkan semua pimpinan PR khususnya di Selangor untuk tidak mengtuhankan agenda peribadi termasuk ketaksuban perebutan jawatan yang sebelum ini sebati dengan BN.

[ Wajib Baca ] Kenali Orang Yahudi

http://agendsai.blogspot.com/p/free-flash-player.html


JIKA lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka.

Nabi Muhammad SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur.

Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi Muhammad SAW.

Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab, orang Yahudi telah diberikan penempatan dan keamanan di Alia, Palestin.

Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut.

Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Isnin, Julai 14, 2014

[ INFO PENTING ] MB hadir majlis berbuka puasa atas cadangan Sultan demi kerjasama profesional kata Exco Selangor

SHAH ALAM, 14 JULAI: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir ke Majlis Berbuka Puasa di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong Shah Alam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas menerima titah cadangan Sultan Selangor sendiri.

Exco Agama Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata Sultan Selangor turut mencadangkan Masjid Tengku Ampuan Jemaah dijadikan lokasi majlis bagi menggantikan lokasi awal yang dicadangkan sebelumnya iaitu Masjid Jamek Raja Tun Uda di Seksyen 16, Shah Alam.

Sallehen berkata, hal itu berikutan Sultan Selangor sentiasa mahu hubungan baik dan kerjasama secara profesional antara Kerajaan Negeri dan Pusat terus terjalin dalam memastikan pelbagai manfaat yang mampu diperoleh kerajaan serta rakyat Selangor.

sultan titah dun“Kebetulan apabila semua dah setuju, Tuanku pula menawarkan supaya program itu dibuat di Masjid Bukit Jelutong iaitu sebuah Masjid DiRaja dan masjid baginda sendiri.

“Di pihak Kerajaan Negeri, Tuanku juga mencadangkan Menteri Besar dan Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir hadir. Tidak ada kena mengena dengan jerat Umno, pro-Umno atau sebagainya seperti yang didakwa dalam akhbar.

[ PERHATIAN SEMUA ] Pakatan Rakyat tak perlu termakan perang saraf Umno-BN

SHAH ALAM, 12 JULAI: Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) diingatkan agar tidak termakan dengan sebarang propaganda palsu dicetuskan Umno bagi melaga-lagakan kesatuan PR.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata ini termasuk berita palsu peletakan jawatan Menteri Besar Selangor di laman sosial facebook, whatsapp dan khidmat pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini.

MB berbuka di Masjid Al-Rahman Pandamaran Jaya (117)a“Itu perang saraf daripada Umno-BN untuk memperlihatkan Pakatan seolah-olah dalam keadaan kelam kabut dan tak tentu arah.
“Rakyat perlu disedarkan bukan semua yang disebarkan di media sosial dan media arus perdana boleh dipercayai sepenuhnya,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini baru-baru ini.

Jelas beliau, orang ramai perlu membuat siasatan sebelum mempercayai sesuatu laporan di media sosial dan media perdana.

[ PELIK ] Pemimpin Bagus macam ni pun nak di singkirkan...Apa lagi Pr MAHU??????

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu memberi sebarang ulasan berkenaan pertukaran kerusi jawatan nombor satu di Selangor.

Abdul Khalid berkata, tiada ada isu untuk beliau bahaskan malah tiada ulasan mengenai perkara tersebut.

“Tak  ada isu (tukar Menteri Besar) dan saya tiada apa-apa untuk komen,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian insentif kepada Kontinjen Sukma Selangor 2014, semalam.

Sementara itu, beliau turut menafikan dakwaan bahawa pertemuan antara beliau dengan Perdana Menteri baru-baru ini sebagai tindakan memperkukuhkan kuasanya.

Sabtu, Julai 12, 2014

TS Khalid Ibrahim adalah pemimpin untuk rakyat! kata Penganalisis

Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – Walaupun menghadapi desakan supaya meletak jawatan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap menunjukkan kematangan politik sebenar dalam mentadbir Selangor.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Ketua Kluster Majlis Perpaduan Nasional (MPN), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, Abdul Khalid adalah salah seorang contoh pemimpin yang bersikap profesional kerana tidak mencampur-adukkan tugas parti dan menteri besar.
 

Apa salahnya MB Selangor bertemu PM...Ini pun jadi Isu kepada Pendengki..kesian...

SHAH ALAM, 11 JULAI: Tiada apa yang perlu diperbesarkan apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

khalid 1Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pertemuan seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan kedua-duanya adalah pemimpin tertinggi negeri dan negara.

Katanya, pertemuan itu juga tidak harus dilihat melalui skop politik dan perlu dilihat secara lebih terbuka.

Jumaat, Julai 11, 2014

Ketua Umno Cheras Gila mencari publisiti murahan..he he he he...

SHAH ALAM, 9 JULAI: Tindakan Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar dilihat hanya bersifat politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata kenyataan itu bukan sahaja bersifat politik, tetapi sebagai satu publisiti murahan.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan itu juga tidak ikhlas mempertahankan Abdul Khalid.

ngsueelim 

“Kenyataan itu hanya bersifat politik dan mencari publisiti murahan sahaja. Saya yakin beliau (Syed Ali) hanya ingin menangguk di dalam air yang keruh, bukan ikhlas dan benar-benar pertahankan Abdul Khalid,” katanya kepada Selangor Kini.

[ Berita Pagi ] “Kontroversi berlarutan jawatan MB jejas pembangunan negeri” kata Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebarang bentuk pertukaran Menteri Besar Selangor perlu dibuat melalui konsensus bersama PAS dan DAP walaupun jawatan itu bukan milik peribadi.

Katanya, jawatan tersebut adalah mandat daripada rakyat yang diberikan melalui parti yang turut membabitkan proses pemilihan parti.

“Ini bukan soal memilih untuk menerima tuntutan orang tertentu atau mengekalkan kedudukan ini kerana ia bukan kerusi peribadi bagi sesiapa. Kerusi ini adalah mandat daripada rakyat melalui parti dan melalui proses pilihan raya parti.

Khamis, Julai 10, 2014

[ Berita Dunia ] Anwar Ibrahim kutuk keganasan Israel di Gaza

KUALA LUMPUR 10 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sewaktu umat Islam kini menjalani ibadah Ramadhan.

Ketua Umum KEADILAN itu turut kesal dengan sikap pemimpin negara Islam, terutama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam menyatakan bantahan.

israel-gaza-smoke-_2967901k“Kita kutuk sekeras-kerasnya (Tindakan ganas Israel) dan kita kesal kerana lambatnya negara Islam bertindak malah OIC baru nak bersidang,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan kumpulan massyarakat sivil di sini, semalam.
Serangan yang memasuki hari kedua ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 41 rakyat Palestin termasuk kanak-kanal. Manakala lebih 370 yang lain tercedera dalam serangan yang dianggap terburuk sejak 2012.

[ Berita pagi ] MB Selangor tak kisah undi tak percaya...Terbaik!!!! Profesional..tu pun ada yang dengki..

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak kisah jika Adun membuat undi tidak percaya terhadap dirinya kerana perkara itu dibenarkan dalam enakmen negeri.

Beliau berkata, undi tidak percaya semestinya termaktub dalam enakmen negeri Selangor dan tidak akan gentar mengenai perkara itu.

“Ya...sudah ada dalam peruntukan.  Apa saja  pun boleh dibuat jika mengikut peruntukan,” ujarnya ringkas selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Hotel Holiday Villa, semalam.

Media semalam digemburkan dengan desas-desus mengatakan Mesyuarat Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor semalam diadakan bagi membincangkan masa depan Abdul Khalid sebagai menteri besar dan dikatakan selepas mesyuarat diadakan, sidang media khas diadakan bagi Adun mengemukakan undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid.

Namun menurut Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu tidak berlaku sama sekali.

“Kita hanya akan membincangkan kedudukan Abdul Khalid sekiranya perlu, ia akan dilakukan secara kolektif,” kata Azmin.

sh

SMS palsu: Istana, MB boleh buat laporan polis kata Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 9 JUL: Pihak tidak bertanggungjawab mencipta laporan palsu Menteri Besar Selangor meletak jawatan boleh dikenakan tindakan jika pihak terbabit membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata laporan itu boleh dibuat oleh pihak yang dikaitkan dalam laporan iaitu Menteri Besar, Istana Selangor dan agensi berita, BERNAMA.

PALSU“Tindakan boleh diambil pada pihak tak bertanggungjawab cipta dan sebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengaitkan istana itu,” kata Nik Nazmi ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Nik Nazmi turut menggesa orang ramai tidak mudah percaya sebarang khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial dan SMS.
“Orang ramai kena ambik daripada sumber rasmi yang sah sahaja, selain daripada itu kena kaji dahulu kesahihannya,” katanya.

Terdahulu, satu laporan palsu perletakkan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tersebar luas di laman sosial.

Laporan palsu yang kononnya dikeluarkan BERNAMA itu turut mengaitkan istana Selangor dan Abdul Khalid selepas itu tampil memberi penjelasan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan.

sk

Rabu, Julai 09, 2014

[ SAH!!! ] Tiada perbincangan tukar MB Selangor... Laporan Astro Awani Tidak Benar..

SHAH ALAM, 9 JUL: Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar Selangor, Azman Bidin diberitahu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengadakan perbincangan bagi menukar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara ini dimaklumkan sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Azman dalam satu pertemuan, semalam.

“Sehingga kini Majlis Presiden tiga parti ini tidak keluarkan kenyataan, maka itu semua tak betul.

Saya juga baru jumpa Datuk Seri Anwar, dia beritahu tidak ada perbincangan menukar menteri besar kerana perbincangan ini perlu dilakukan pimpinan tertinggi PR.

Anwar Khalid“Jadi, jelas tidak ada isu meletak jawatan, sama ada selepas raya atau September ini,” katnya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman pertukaran menteri besar hanya boleh dibuat Majlis Presiden PR dan kenyataan Anwar itu selari dengan yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan seperti ini bertujuan menggunakan media untuk memberi tekanan dan melemahkan sokongan ahli PKR dalam baki cabang yang mengadakan pemilihan semula.

“Dia tidak ada kuasa tetapi gunakan media untuk beri tekanan,” katanya.

Azman berkata demikian ketika mengulas laporan laman sesawang Astro Awani memetik satu sumber yang tidak dinamakan berkata, Abdul Khalid akan meletakkan jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri atau selewat-lewatnya September ini.

Sumber itu berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira program yang perlu dihadiri Abdul Khalid sepanjang Ramadan dan Syawal nanti.

Selain itu, sumber itu juga memberitahu pertukaran itu akan dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

sk

[ Berita Pagi ] Jom Shopping Raya dengan Kerajaan Rakyat Selangor, RM2.8 juta disedia bantu warga emas & kurang berkemampuan

SHAH ALAM, 8 JULAI: Tradisi mengembalikan hasil negeri kepada rakyat diteruskan lagi apabila Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta dalam Program Jom Shopping Raya kali ini.

Exco Kebajikan , Rodziah Ismail berkata, sama seperti tahun lepas, program itu disasarkan bagi meringankan warga emas dan golongan kurang berkemampuan membuat persediaan menyambut hari raya tahun ini.

Jom-Shopping-Raya4“Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sendiri putuskan bila nak mulakan dan dijangka banyak nak mula minggu depan dengan melibatkan minima 300 penyertaan setiap DUN.

“Bagi DUN yang mempunyai kepadatan penduduk Islam tinggi akan diberi lebih contohnya di mana kawasan yang mencapai 70 peratus penduduk Islam dapat 600 kupon bermakna 600 penyertaan,” kata Rodziah ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Dalam usaha menambah mekanisma menyalurkan kekayaan negeri kepada rakyat, Kerajaan Negeri melalui konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mewujudkan program Jom Shopping bagi perserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

rodziah pc green 20 jul 01Program itu kemudiannya diperluaskan lagi kepada Jom Shopping di musim perayaan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut perayaan masing-masing.

Selain Jom Shopping Raya, program seumpamanya turut dijalankan, Jom Shoping Tahun Baru Cina dan Jom Shopping Deepavali.

sk

Selasa, Julai 08, 2014

[ Amaran!! ] Khianat MB Selangor.. Pakatan Rakyat Tumbang!!! di Selangor..

 

Media rasmi kerajaan Selangor, Selangorkini menonjolkan dakwaan bahawa usaha untuk menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyebabkan Pakatan Rakyat kecundang dalam pilihan raya umum akan datang di Selangor.

Laporan itu memetik kenyataan rambang beberapa orang pengguna Facebook yang turut membayangkan bahawa Khalid masih mendapat sokongan untuk terus menerajui pentadbiran Selangor.

Individu berkenaan, yang tidak dapat dikenalpasti kewibawaannya, didakwa turut mengancam untuk “menghukum” Pakatan dalam pilihan raya umum ke-14.

Antaranya, seorang individu dengan nama Posmen Hensem, didakwa sebagi “anak jati Selangor” yang memberi amaran pada Pakatan agar tidak mengamalakan “politik kotor” seperti BN.

“Kamu apa-apakan Menteri Besar Selangor, kami anak jati Selangor akan ajar kamu dalam pilihan raya nanti. Jangan amal politik kotor, Aku tujukan kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Ini janji.

“Jika Tan Sri Khalid digugurkan, maka harapan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya bakal hancur,” kata individu tersebut seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu muncul susulan sebaran khabar angin bahawa Khalid akan menghadap Sultan Selangor untuk menyerah surat peletakan jawatan.

Desas desus tersebut, yang tersebar di kalangan petugas media menyebabkan golongan tersebut bergegas ke Istana untuk mendapatkan pengesahan.

Khalid turut menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan.


mk

[ BERITA PAGI ] Presiden PKR perlu tegas, banteras fitnah dalam PKR

Mazli Saring, Presiden Penaja Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong MB (Pasmeb) bercakap kepada media di hadapan IPD Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 7 Julai, 2014.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail digesa supaya bersifat lebih tegas dan memberi amaran kepada anggota parti untuk tidak melakukan tindakan menyebarkan fitnah kerana ia mampu menghuru-harakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penyokong Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Pakatan anak-anak Selangor menyokong menteri besar Selangor (Pasmeb), Mazli Saring hari ini berkata, sejak pemilihan PKR berlangsung sehingga hari ini, pelbagai fitnah dan isu kepimpinan Khalid mula timbul dan menjadi pertikaian.

 "Saya nasihatkan presiden berikan arahan tegas, jelas kepada anggota supaya jangan keluarkan isu berbahaya. Rakyat nak hidup aman damai. "Bukan setakat budak nakal ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, kesinambungan pemilihan PKR membuatkan perkara seperti ini berlaku.

"Kalau mahu tukar menteri besar sekalipun tunggu hingga habis penggal," katanya, selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam terhadap penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu berhubung perletakan jawatan Khalid hari ini.

 "Laporan polis ini dibuat terhadap SMS menggunakan nama Bernama tentang laporan palsu dan fitnah yang mengatakan Khalid akan meletak jawatan jam 2 petang ini, "Tapi sehingga hari ini beliau masih belum meletakkan jawatan.

 "Tujuan fitnah ini cuba menghina institusi beraja di Selangor. Saya berkeyakinan, pihak yang buat kenyataan ini ada niat buruk kepada menteri besar," katanya. Sejak malam tadi, SMS palsu diedarkan mengatakan Khalid akan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Sultan Selangor.

 Kemudian, individu yang tidak bertanggungjawab kemudiannya menggunakan nama Bernama, agensi berita nasional mengatakan Iskandar Samad akan dilantik sebagai menteri besar menggantikan Khalid. Bernama bagaimanapun menafikan melakukan perkara itu.

 "Saya bukan menuduh, tapi kerana krisis yang terjadi ini disebabkan PKR, krisis kepimpinan menteri besar," kata Mazli. Mazli berkata, pihaknya tidak menolak motif fitnah itu adalah bagi melaga-lagakan institusi beraja dan kerajaan negeri Selangor.

 Mazle turut membawa salinan keratan akhbar Malaymail bertajuk "Khalid Will Resign as Menteri Besar today?" ketika membuat laporan polis tersebut. "Saya yakin mereka dapat info daripada orang yang sama, dan daripada PKR," tambahnya. – 7 Julai, 2014.

tmi.

Isnin, Julai 07, 2014

[ Berita Petang ] MB Selangor Gelak besar...layan....

 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perbuatan pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya beliau meletakkan jawatan hari ini "hanya sia-sia belaka".

"Itu (peletakan jawatan) tidak benar, saya baru lepas mesyuarat dan saya ada satu mesyuarat selepas ini.

"Tak apalah, maknanya orang yang menyebarkan itu buang masa," kata beliau sinis sejurus tamat mesyuarat perancang ekonomi Selangor di Bangunan Darul Ehsan hari ini.

Bagaimanapun Khalid tidak mahu mengulas lanjut dan lebih gemar ketawa ketika dikerumuni wartawan yang menunggu di beberapa tempat sebelum ini sejak jam 9 pagi.

Malah beliau hanya tergelak apabila ditanya sama ada khabar angin itu disebarkan pesaing dalam partinya sendiri.

"Haha..itu tak mengapa, bulan puasa saya tak boleh cakap benda yang tak betul," kata beliau sebelum terus menaiki kereta yang menunggu di hadapan bangunan itu.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor yang turut menghadiri mesyuarat, Iskandar Ab Samad menafikan laporan beliau akan menggantikan Khalid.

"Memang tak betul.  Saya fikir spekulasi itu tak benar," katanya ringkas sebelum berlalu pergi.


mk

Ahad, Julai 06, 2014

[ MB Selangor ] Gelandangan perlu bantuan, bukan diusir

KUALA LUMPUR 6 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghalang badan bukan kerajaan (NGO) daripada memberi makanan percuma kepada gelandangan di ibu kota.

Katanya, bantuan kepada golongan berkenaan tidak seharusnya disekat, sebaliknya kerajaan perlu mengaturkan cara terbaik supaya pemberian itu dapat disalurkan secara tertib dan betul.

gelandangan“Ada baiknya bulan Ramadan ini kita mencari jalan untuk menolong orang yang memerlukan. Kita tidak boleh menghalau orang miskin yang memerlukan pertolongan kerana itu adalah tanggungjawab kita semua, tanggungjawab negeri dan negara.
“Kita mesti mencari jalan supaya menyusun pemberian ini secara teratur,” katanya, lapor SelangorKini.
Beliau berkata demikian selepas mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Tesco Extra, di Cheras hari ini.

Abdul Khalid berkata, beliau menyokong penuh usaha pemberian makanan kepada orang yang memerlukan bagi tujuan mengurangkan bebanan serta kesusahan yang dialami dalam kehidupan seharian mereka.

Pada masa sama, beliau berkata, cadangan Kerajaan Pusat untuk membina rumah perlindungan “one stop centre” bagi menangani masalah kemiskinan dan gelandangan boleh dilaksanakan namun mengakui ia bukan mudah untuk dilakukan.

“Bukan senang nak buat (one stop centre). Nak edar bubur lambuk pun bukan kerja senang, kena ambil masa. Ia boleh dilakukan tetapi caranya mesti betul,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Tengku Adnan sebelum ini didakwa memberi arahan supaya menghalang NGO yang memberi makanan percuma kepada golongan miskin beroperasi dalam lingkungan dua kilometer daripada pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.

Beliau berkata, kawasan berkenaan dikira sebagai tempat tumpuan pelancong yang dibimbangi akan menjadi kotor dengan kehadiran orang miskin dan gelandangan.

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan denda ke atas golongan pemberi sedekah dan menangkap pengemis bagi membasmi kegiatan seperti itu.

Kenyataannya itu menerima pelbagai kritikan daripada aktivis NGO dan juga pemimpin politik sehingga beliau terpaksa mengeluarkan satu lagi kenyataan dalam nada lebih lunak.

Katanya, kementeriannya akan berbincang dengan 12 NGO yang telah dikenalpasti aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan bagi bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

kd

Sabtu, Julai 05, 2014

[ Berita Pagi ] Jawapan Kepada Mereka-mereka yang Buat Fitnah Isu MB Selangor..

 
KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan laporan sebuah portal kononnya berlaku perbincangan berhubung isu Menteri Besar Selangor ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Ahmad Samsuri yang turut berada di sisi Presiden PAS ketika pertemuan itu berkata, tiada langsung perbincangan berhubung perkara itu.

"Laporan itu adalah tidak benar sama sekali. Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara kedua-dua pemimpin itu semasa lawatan ke IJN tempoh hari, malah perkataan 'Selangor' dan 'MB' pun tidak disebut langsung,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Penafian itu merujuk kepada laporan portal Freemalaysiatoday (FMT) hari ini yang melaporkan Tuan Guru Abdul Hadi akhirnya bersetuju dengan cadangan menukar Menteri Besar Selangor yang baharu.

Laporan itu juga menyebut, persetujuan itu dicapai ketika beliau dikunjungi Anwar di IJN baru-baru ini dan menambah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diberhentikan sebagai menteri besar selepas raya Aidilfitri.

Selain itu, laporan itu turut menyebut Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik menjadi menteri besar baharu manakala Adun Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali akan dilantik sebagai timbalan menteri besar.

hd

Jumaat, Julai 04, 2014

[ PANAS!! ] KETUA POLIS NEGARA BERBOHONG!!!!!

 

  Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar  mengeluarkan kenyataan palsu kerana menuduh beliau tidak bekerjasama dengan polis berhubung siasatan mengenai salah laku polis.

“Beliau ini memang pelawak besar,” katanya kepada Malaysiakini.

Sanjeevan mengulas kenyataan Khalid yang turut mendakwa beliau enggan menyerahkan bukti ketika dikunjungi seorang pegawai.

Sanjeevan bagaimanapun mendakwa, tiada sebarang pegawai polis yang menemuinya berhubung dakwaan mengenai rasuah dan skandal seks.

"Itu terang-terangan satu penipuan... IGP sebenarnya yang enggan bertemu saya,” katanya lagi.

Dakwanya, beliau mengirim banyak surat kepada polis berhubung perkar aini namun Khalid tidak menjawab.

Terdahulu, Khalid berkata polis tidak pernah melindungi anggota yang melakukan kesalahan, dan menggesa agar siasatan berhubung kes seperti itu didedahkan kepada umum.


mk

[ Isu Selangor ] Apa kata Orang Yang berhati Mulia.. Wajib Baca..

Abdul Rani Osman

SHAH ALAM - Di sebalik pelbagai desakan malah 'orang kuatnya' pula dikenakan tindakan dalaman parti, seorang Adun di Selangor berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu diberi peluang untuk bangkit memulihkan kepincangan yang berlaku.

Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, setiap pemimpin ada kelemahan tersendiri dan perkara itu adalah biasa kerana tidak ada pemimpin yang 100 peratus betul.

“Beri peluang kepada Abdul Khalid laksanakan perancangannya untuk kebaikan semua. Bukannya parti sendiri menekan dari dalam. Cuma Abdul Khalid kena ingat bahawa dia naik atas nama parti,” ujar bekas pesuruhjaya Pas itu.

Beliau mengulas desakan segelintir pimpinan PR Selangor yang seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politik Abdul Khalid akhir-akhir ini.

Abdul Rani turut menempelak sikap segelintir pemimpin PR yang berhasrat menggulingkan Abdul Khalid kerana tewas dalam perebutan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, baru-baru ini.

“Kalah di cabang bukan alasan untuk minta Abdul Khalid berundur, perkara ini normal dan tidak perlu wujud pertikaian.

"Lagipun bukan beliau seorang sahaja pimpinan yang tewas di peringkat cabang, ramai lagi yang tewas dan tidak menjadi masalah pun,” katanya.

Menurutnya, setakat ini isu pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor dan perbincangan calon gantian belum pernah dibincangkan lagi.

“Kita belum pernah bincang pun, calon pun belum tahu siapa malah dari parti mana pun tidak pernah dibangkitkan.

“Ini kerana suara-suara yang mahukan MB (Menteri Besar) ditukar bukanlah suara konsensus majoriti rakan PR dan ada kalangan rakan pakatan sendiri tidak mahu posisi MB ditukar," katanya.

Ketika ditanya kelayakan Mohamed Azmin Ali menggantikan kedudukan menteri besar, katanya, Adun Bukit Antarabangsa itu juga mempunyai kelemahan tersendiri, malah sesiapa sahaja layak menduduki jawatan MB.

“Kita tunggu saja keputusan konsensus PR, hal ini memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti,” katanya.

Sementara itu, Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan pula berkata, pertikaian seumpama ini wajar mendapat kata sepakat dari ketiga-tiga rakan PR dan bukannya berlandaskan desakan emosi semata-mata.

“Isu serius seperti ini mesti dibincang dan diputuskan bersama, bukan diambil berlandaskan pandangan peribadi sesetengah pihak sahaja, ini tidak adil.

“Lepas berbincang, kita akan terima dan yang penting adalah konsensus,” katanya

sh