Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 30, 2014

Panas!! Ada Usaha Dari PKR dan DAP untuk Singkirkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki


SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Ada pihak dalam PKR dan DAP yang dilihat tidak suka Pas berada dalam PR dan secara halus sedang berusaha untuk menyingkirkan parti itu, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Ujar beliau, beberapa kenyataan dan tindakan dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti itu seolah-olah cuba membuli Pas dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan Pas.

Ini boleh disimpulkan sebagai usaha secara halus dibuat untuk menyingkirkan atau Pas sendiri menarik diri daripada pakatan setelah tidak tahan dengan provokasi kumpulan berkenaan.

“Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.

“Malah, pengurangan tiga exco Pas dalam Kerajaan Selangor (oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali) juga tindakan provokasi supaya Pas memikirkan semula masa depan dengan PR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam, mengenai kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.


Telahan TG Nik Aziz jadi kenyataan.. Allahu Akbar!!!!

 Nik Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini menyifatkan telahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), sebagai pengkhianat adalah benar.

Nik Mohamad berkata, sebelum ini Nik Aziz ada memberitahunya bahawa dua Adun tersebut tidak lagi boleh dibenarkan bertanding atas tiket Pas kerana sikap pengkhianat mereka, semalam telahan itu ‘disahkan’ oleh salah seorang daripada mereka.

“Seorang daripada mereka telah membenarkan apa yang ayahanda TGNA beritahu saya sebelum ini bahawa dua pengkhianat itu tidak boleh lagi dibenarkan bertanding atas tiket Pas.

“Sekarang, dihiasi pengkhianatannya dengan rasa lapang dada dan kesediaan bertanding atas tiket DAP,” tulisnya menerusi laman sosial Faceboknya.

Dalam pada itu Mohamad Abduh berharap ahli Pas terus istiqamah bersama ulama.


Ahad, September 28, 2014

Berita Malam : Dari Politik Rakyat, Kita Kembali Ke Politik Fraksi Dinasti Parti - AAA

Ketika artikel ini sedang ditulis, proses mengangkat sumpah Menteri Besar baharu Selangor sedang  berjalan. Krisis berbulan-bulan ini akhirnya ditamatkan dengan satu kisah fairy tales yang membuktikan betapa dahsyatnya drama-drama politik yang dimainkan oleh parti-parti politik di Negara ini.

Tidak kira sama ada dalam kelompok Pemerintah ataupun Oposisi, fairy tales ini senantiasa berlaku.

Saya bukanlah memihak kepada mana-mana sosok dalam krisis Selangor ini. Artikel ini hanya satu curahan pandangan apa yang saya pelajari sepanjang krisis ini.

Krisis Selangor ini telah menunjukkan kepada saya bahawa sistem politik Malaysia tidak pernah mahu melalui zaman perubahan.
Ia akan terus kekal begini selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai keazaman politik yang sebenar-benarnya untuk membawa pencerahan politik Negara.

BJ Habibie semasa tempoh pendeknya sebagai Presiden Republik Indonesia telah pun mengorak satu langkah yang agak bijak apabila memisahkan anggota Kabinet dengan jawatan kepartian. Anggota-anggota Kabinet beliau perlu memilih sama ada mahu kekal sebagai anggota Kabinet ataupun memegang jawatan dalam Parti Politik.

Inilah sebenarnya satu usaha pendemokrasian murni yang memperjelaskan mengenai terma Politik Rakyat dan Politik Fraksi.

Luahan Anak TGNA : Pas dan kisah bulinya

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya Pas dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.

Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah Pas diminta tolong. Waktu senang, Pas ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum Pas ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan.

Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal Pas dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh Pas hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli Pas. Sejarah Umno buli Pas ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak Umno macam nak berkawan dengan Pas, orang Pas memang susah nak percaya.

Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula nak buli Pas. Sehinggakan Pas kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

      

Info Pagi : Apabila Agamawan Mengapu Penguasa [Tajuk ini dari Admin Bukan dari Penulis]


 

Jika kita menonton berita di seluruh dunia, apatah lagi di Barat ini, kelihatan Islam seolah agama yang teramat bermasalah. Negara-negara umat Islam tidak habis-habis dengan krisis, orang Islam pula dikaitkan dengan kegiatan keganasan di sana-sini. Tiada satu hari rasanya yang tiada berita yang menggambarkan keburukan umat Islam. Maka, janganlah hairan jika ada Muslim di Barat ini terasa berat untuk mengaku Muslim.

Maka mengagumkan saya, wanita-wanita Muslimah yang terus berhijab ketika berada di Barat ini. Mereka ini tanpa memperkenalkan diri pasti diketahui bahawa mereka Muslimah. Mereka tidak apologetik dengan Islam mereka.

Lebih mengagumkan lagi kumpulan-kumpulan dakwah yang giat berdakwah kepada Islam untuk masyarakat di sini. Hampir setiap minggu saya ke Speakers’ Corner di Hyde Park London, saya lihat kesungguhan berkempen kepada Islam oleh ramai Muslim di London.

Demikian juga banyak kegiatan dakwah orang Muslim di sana sini di kota ini. Program-program masjid juga agak aktif. Mereka yang bersungguh ini kebanyakannya orang biasa, bukan ilmuwan besar tapi ada kesungguhan yang besar. Tiada gaji khusus untuk dakwah, tapi ada semangat yang khusus untuk dakwah dalam suasana yang seperti ini.

Sabtu, September 27, 2014

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! Hari ini Allah swt membebaskan saya - Dr Halimah Ali



KUALA LUMPUR: Dr Halimah Ali memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Adun Selat Klang itu juga mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada suami dan keluarga yang banyak berkorban, rakan taulan serta penjawat awam yang membantu beliau dalam misi mahu menjadikan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbbun ghafur melalui program SPIES dan segala-galanya yang telah diikhtiarkan.

Mantan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor itu menyatakan demikian menerusi blognya semalam, sebagaimana di bawah.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Allah Maha Besar Kuasa dan Tuhan Yang mencipta langit, bumi dan insan serta segala makhluk.

Allah memilik segala-galanya.

Insan dicipta di muka bumi ini untuk hidup sementara. Transit. Sebentar sahaja. Dilengkapi dengan jasad sebagai kenderaan rohnya. Diberi akal untuk berfikir bagaimana mencorak dan memilih jalan hidupnya. Akal diberi untuk memandu kerangka jasad yang dihuni roh untuk mengendalikan diri dan persekitarannya termasuk sesama insan dengan cara yang mengikut piawaian Penciptanya. Kepatuhan kepada 'set of rules' mengendalikan dirinya di dalam sistem persekitaran manusia, haiwan dan segala sumber hidupnya akan melayakkannya nanti untuk mendapat ganjaran lumayan di akhirat kelak.
      

Berita Pagi : PAS tidak setuju dengan Cara PKR..



KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa telah bersetuju agar bilangan exco PAS di dalam kerajaan negeri dikurangkan daripada empat kepada tiga.

"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

PAS negeri, jelasnya juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Ustaz Sallehen Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya yang juga Adun Paya Jaras dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

Sebelum ini, katanya exco-exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

Oleh yang demikian, tegas beliau PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut.


hd
      

Jumaat, September 26, 2014

Sultan Selangor Kecewa PKR Jatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim...Panas!!!!

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini membuat teguran langsung terhadap PR atas strategi politik yang dijalankan termasuk usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Baginda turut menyentuh soal usaha mengguling Abdul Khalid yang dilakukan secara berterusan oleh PKR pada bulan Ramadan lalu, seolah-olah tidak menghormati bulan suci itu.

"Kemelut dan pergolakan dalam PR ini bermula daripada Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Abdul Khalid. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  beliau berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh ALLAH untuk membersihkan dosa dan maksiat.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun  dalam  bulan Ramadan dengan terus  menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Abdul Khalid," titah baginda dalam ucapan pada Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor di sini, hari ini.

TG Nik Aziz sangkal hubungan renggang punca kalah PRK

Nik Abdul Aziz Nik Mat


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal dakwaan hubungan yang renggang antara Pas dan komponen PR punca kekalahan calon parti itu dalam PRK Dun Pengkalan Kubor, semalam.

Menurutnya, ini kerana calon yang dipilih bukan mewakili Pas semata-mata sebaliknya PR sebagaimana dipersetujui sebelum ini.

“Calon di Pengkalan Kubor adalah calon PR, bukan calon Pas sahaja, PR terima calon ini, apa lagi yang ingin dibangkitkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini, hari ini.

Keputusan PRK Dun Pengkalan Kubor menyaksikan calon BN, Mat Razi Mat Ail menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,365 undi.

Khamis, September 25, 2014

Saari Sungib tak perlu tegak benang basah

Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyelar sikap Adun Hulu Klang, Saari Sungib dengan menyifatkan Adun Pas itu tidak perlu menegakkan benang yang basah berhubung isu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau menjelaskan, perkara itu bukan rahsia dalam Pas sambil mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah dua Adun Selangor termasuk Adun Morib, Hasnul Baharuddin dibeli rakan parti.

“Beli bukan mesti duit tetapi maruah. Kadang-kadang orang tidak faham bahasa orang Terengganu ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Satiful Bahri yang juga Adun Paka berkata, Saari turut menunjukkan akhlak di luar berjemaah apabila bertindak sedemikian.

Jelasnya, ketika Abdul Hadi mengadakan perjumpaan dengan Adun Pas di Selangor bagi membincangkan isu menteri besar negeri itu, Saari juga tidak hadir, malah tidak dapat dikesan dan dihubungi di mana dia berada ketika itu.

      

Pengkalan Kubor: Juham syak wujud sindiket salah guna IC



KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Malaysia menerima aduan daripada petugas pilihanraya PAS di UPU Bendang Pak Yong, Pengkalan Kubor tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia.

Menurut Pengarahnya, Noorazmir Zakaria, peguam-peguam Juham yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan dan menyoal-siasat pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta passport beliau.

"Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pak Yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam Juham, pengundi tersebut langsung tidak tahu berapa nombor Kad Pengenalan (IC dia, berapa umurnya dan di mana alamatnya di Pengkalan Kubor.

Rabu, September 24, 2014

PRK Pengkalan Kubor : Mesej Terakhir TGNA Kepada Pengundi

Nik Abdul Aziz Nik Mat

PENGKALAN KUBOR - Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Aziz Nik Mat hari ini berpesan kepada pengundi di PRK Dun Pengkalan Kubor supaya mengundi parti yang memperjuangkan Islam sebagai pilihan mereka.

Nik Aziz berkata, manusia akan mati dan akan berdepan dengan kehidupan selepas kematian, iaitu akan berdepan dengan ALLAH, jadi setiap perbuatan yang dibuat di muka bumi akan disoal ALLAH di akhirat nanti.

"Kita akan mati, ingat balasan selepas kematian nanti.

"Bangsa Melayu tiada makna jika tiada Islam.

"Jadi ingat  pasal pemilihan pemimpin juga ALLAH akan soal," katanya pada ceramah Pas di Pengkalan Kubor malam ini.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata Umno bertindak melupakan kawannya apabila parti itu senang dan selesa.

"Dahulu ketika zaman Tun Abdul Razak sayalah orang yang menyokong pergabungan tersebut (kerajaan campuran BN, Pas).


Berita Tengahari : 4 exco PAS inilah yang tolak kerjasama dengan Umno





KUALA LUMPUR: Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak.

Begitupun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir.

"Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru," ujarnya dalam satu kenyataan seperti di bawah.

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir.

Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lepas telah bersetuju untuk mencalonkan YAB Tuan Azmin sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor.
      

Selasa, September 23, 2014

4 Exco PAS tak wajar digelar pengkhianat

PC EXCO MB - 13.08.2014 (11)SHAH ALAM, 23 SEPT: Empat anggota Exco PAS yang terus berkhidmat dalam Kerajaan Negeri di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak wajar digelar pengkhianat.

Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menegaskan empat orang Exco PAS ini sebaliknya melakukan pengorbanan besar dalam memastikan Kerajaan PR terus berfungsi tanpa pembubaran DUN di Selangor.

Katanya, beliau yakin kesemua mereka mempunyai semangat setiakawan namun terpaksa kekal dalam Kerajaan Negeri demi kepentingan PR.
“Semua pihak termasuk DAP perlu melihat dalam kerangka besar dan hasilnya hari ini kita menyaksikan proses pertukaran MB yang lancar tanpa risiko pembubaran DUN.

      

Rizab simpanan RM3.3b, pelaburan RM60b - Khalid Ibrahim



KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008.

Katanya, ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti, laor Selangor Kini.

Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf.

“Bekalan air bersih yang sentiasa diselenggara dan diberi percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan, ratusan juta ringgit disalurkan bagi kemajuan pendidikan di Unisel dan Kuis, di sekolah agama rakyat, kelas fardu ain dan al-Quran dan institusi tahfiz.

“Tidak dilupakan, RM10 juta disalurkan saban tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,” katanya dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Besar.

Isnin, September 22, 2014

BERITA TENGAHARI : UMNO/BN CUBA PERBODOHKAN RAKYAT KELANTAN - TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin BN berhubung pembangunan di Kelantan.

Menurut bekas menteri besar Kelantan itu, kenyataan yang mengatakan bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan pembangunan di Kelantan adalah tidak berasas.

Ini kerana, Nik Aziz berkata, tidak timbul sama ada kerajaan mengabaikan pembangunan atau tidak kerana sudah menjadi tanggungjawab kepada pemerintah untuk menjaga negeri-negeri Persekutuan termasuk Kelantan.

"Dia (kerajaan) sibuk bicara tentang pembangunan. Mana ada kerajaan yang tak ada pembangunan. Komunis ada pembangunan, Amerika Syarikat ada pembangunan. Yahudi ada pembangunan. Kelantan ada pembangunan, Kenapa dia sibuk dengan pembangunan?

"Pagi tadi dalam surat khabar, Umno sebut tidak abai pembangunan Kelantan. Macam mana nak abai sebab Kelantan ini dalam Persekutuan. Kita ini negeri Persekutuan. Mahu tak mahu Pusat kena jaga Kelantan. Dia kena jaga. Kenapa nak cakap (tak abai Kelantan) sedangkan memang kewajipan dia begitu.

PRK Pengkalan Kubor : Anak muda zahir sokongan terbuka Kepada Calon Pas




TUMPAT: Seperti juga di tempat-tempat lain, anak-anak muda di Pengkalan Kubor juga merupakan golongan yang kritikal terhadap isu-isu semasa.

Maka tidak hairanlah ramai menzahirkan sokongan terbuka kepada calon Pakatan Rakyat, Wan Rosdi Wan Ibrahim. Tidak kurang juga yang sanggup meninggalkan kerja harian bagi membantu kempen calon pilihan mereka.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sehingga kini gerak kerja pemuda PAS tidak berhadapan masalah bagi mendekati golongan muda di Pengkalan Kubor.

Katanya, jentera pemuda negeri turut dibantu Pemuda PAS dari negeri-negeri lain di mana mereka dipertanggungjawab menjaga unit peti undi (UPU) tertentu di Pengkalan Kubor.

"Jentera pemuda yang datang begitu bersemangat bagi memastikan Pengkalan Kubor dapat dirampas semula pada PRK kali ini," ujar beliau ketika ditemui di markas pemuda di sini hari ini.


Ahad, September 21, 2014

Mesej dari Admin Agen Perubahan.

 Assalamualaikum..

Selamat pagi kepada yg terbaca tulisan ini.

Ada orang tertanya-tanya kenapa blog ini sekarang sudah berubah. Pendirian admin tetap mahu membuat perubahan pada kerajaan umno kepada kerajaan yang lebih baik.

Tentang berita-berita yang akan disiarkan disini itu atas kehendakan admin sendiri jika admin rasa berita itu baik dan boleh menumbangkan kerajaan umno admin akan siarkan.

Pendirian admin jelas, admin tidak taksub kepada mana-mana kumpulan atau pemimpin.

Dalam kes Isu menteri besar selangor yang tidak memberi kesudah ini membuat admin membuka mata dan kita tidak boleh hanya bergantung harap kepada pemimpin dan kumpulan.

Kerana semua manusia dan kumpulan tidak lari dari melakukan kesilapan. Oleh kerana dulu admin terlalu mengharapkan kepada individu sehingga wujubnya blog ini adalah memantangkan pendirian admin.

Kepada pengunjung dan pembaca blog ini admin ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mendapat ini info dari kami.

Insya Allah suatu hati nanti kerajaan malaysia akan berubah kepada yg lebih baik..

Sekian terima kasih..

Agen Perubahan.
    

Sabtu, September 20, 2014

Tanggungjawab saya bantu kempen – TG Nik Aziz



TUMPAT: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan beliau hadir berkempen membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selagi terdaya.

Mursyidul Am PAS berkata, beliau perlu memikul tanggungjawab tersebut biar pun agak keuzuran sekarang semata-mata bagi memenangkan perjuangan Islam.

“Kita tidak boleh duduk diam sahaja, mesti ambil tanggungjawab untuk teruskan dakwah sampai akhir usia,” katanya pada ceramah umum di Pantai Geting malam tadi.

Biar pun Pengkalan Kubor dimenangi Umno sejak tiga penggal lalu namun kehadiran malam tadi melimpah sehingga kelihatan sendat di hadapan pentas utama.

Cuaca yang terang tanpa hujan sebagaimana kelazimannya kebelakangan ini di Pengkalan Kubor membuatkan pantai Geting yang terkenal sebagai tempat festival wau antarabangsa Kelantan dihadiri begitu ramai penduduk tempatan.

Berita Malam : Dewan Ulama PAS tempelak model perjuangan ‘Erdogan’ & ‘Jokowi’


BATU PAHAT, 19 SEPT: Presiden Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik menempelak pihak tertentu dalam parti itu yang mahu menjadikan kemenangan Recep Tayyip Erdogan dan Jokowi Widodo sebagai model perjuangan.

“Bila Erdogan menang di Turki, kita mahu jadi Erdogan. Bila PKS menang di Indonesia, kita jadi PKS. Bila Jokowi menang kita nak jadi Jokowi. Apa sebenarnya sikap kita?” katanya.

Beliau berkata demikian pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 bertema Terus Beristiqamah di sini, hari ini.
Sebaliknya, Mokhtar Senik berkata, PAS berpegang kepada al-Quran, sunnah, ijtimak dan qisas sebagai dasar perjuangan.

“Sebahagian pimpinan kita, walaupun menyebut mereka PAS, dasar mereka al-Quran, sunnah, ijtimak dan qisas tetapi kadang-kadang lebih gemar, lebih terliur pada seruan lain selain Islam,” katanya.

Beliau berkata, tiada jalan pintas bagi sebuah kemenangan hakiki selainkan perjuangan Islam walaupun sesetengah berpendapat ia mungkin melambatkan kemenangan PAS.

“Mahu kita menegaskan, walau seribu tahun lagi kemenangan itu, kita tetap bersama dalam perjuangan itu.
“Kita tetap pertahankan aqidah perjuangan dan dasar ini supaya tidak terlencong dari jalan Allah,” katanya.

sk
    

Jumaat, September 19, 2014

Berita buruk buat Umno.. Allahu Akbar!!!!!!!


TUMPAT: Penegasan daripada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika muktamar bahawa PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah berita yang tidak baik kepada Umno/BN. (Gambar atas: Datuk Mohd Rashid Hasnon mendengar taklimat daripada Timbalan Pengarah Operasi PRK PAS, Zaki Ibrahim)

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon, memberitahu, Umno/BN yang ingin melihat PR berpecah, telah menerima berita yang amat buruk untuk mereka.

“Perselisihan faham itu biasa di dalam sesebuah organisasi, cuma kita kena tangani dengan cara baik.

“Dalam ikatan PR ini, kita seharusnya terus berusaha mengekalkan PR walaupun media massa menyetakan PR hendak berpecah. Kita  jangan dengar berita yang di luar itu,” ujarnya sewaktu ditemui selepas melakukan lawatan ke Markas Besar PAS, PRK N.01 Pengkalan Kubor, di sini, petang semalam.

Khamis, September 18, 2014

Islam adalah agama ALLAH, agama lain semua Sesat.

 Kalimah ALLAH

SHAH ALAM – Umat Islam harus berpegang  teguh kepada akidah kerana hanya ia satu-satunya agama yang benar disisi ALLAH SWT.

Ahli Jawatankuasa Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor, Prof. Madya Datuk Mohd Mokhtar Shafii berkata, perkara tersebut disahkan melalui hadis dan surah yang terdapat di dalam al-Quran.

“Setiap ajaran tidak mengikut akidah dan amalan Islam, ia bertentangan dengan Islam.

“...Dan agama di sisi ALLAH itu hanya agama Islam, sesiapa sahaja yang memilih agama selain Islam tidak akan diterima olehNYA,” katanya.

Mengulas lanjut, menyentuh mengenai fahaman Syiah yang dikatakan tersebar secara meluas di negara ini, beliau menyifatkan ia ajaran yang jelas terpesong dari amalan Islam yang sebenar.

“Syiah itu ajaran sesat. Dahulu, ketika saya masih menuntut di pusat pengajian tinggi, ada ajaran Syiah ini yang betul dan boleh digunapakai, tetapi sekarang semua (ajaran) sudah bercelaru,” jelasnya lagi.


BERITA PETANG : "PAS BERGABUNG DENGAN UMNO" ITU HANYALAH FITNAH UNTUK MEROSAKAN PERJUANGAN ISLAM INI.-TGHA




BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


 menegaskan PAS tidak akan menyertai atau bergabung dengan Umno sepertimana tohmahan sebelum ini.


Tohmahan tersebut, kata beliau merupakan api fitnah yang dicetus mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah.

"PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat," tegas beliau di hadapan para perwakilan ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Salleh Ros, dekat sini pagi ini.

hd

Berita Tengahari : 'Pas tak pernah khianat rakan tahaluf siyasi'

Hadi Awang


BATU PAHAT - Pas akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama PR selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan, demikian kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata perkara itu dicapai setelah pihaknya merujuk kepada syarat-syarat tahaluf siyasi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas dengan hukum tertinggi parti itu.

"Sepanjang sejarah perjuangan Pas, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputuskan bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Berita Pagi : Dewan Ulamak PAS, Kekalkan MB Selangor sedia ada

Muktamar PAS2KULAIJAYA 17 SEPT: Dewan Ulamak PAS mempertegaskan pertukaran Menteri Besar Selangor tidak perlu dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut kekal dengan jawatannya.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata ia kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka tertuduh patut dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui peletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu piliha raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan.

“Segala keputusan politik sama ada dalam gerakan Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam,” kata Ahmad Yakob dipetik Harakah Daily.

Selasa, September 16, 2014

Anak TGNA Nik Abduh anggap Ustaz Mohd Lotfi mati syahid.. Allahu Akbar!!!!

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

TUMPAT - Kematian bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohd Lotfi Ariffin dianggap sebagai syahid, demikian jelas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Nik Abduh Nik Aziz.

Menurutnya, ulama dunia, Dr Yusuf al Qardawi telah mengeluarkan fatwa bahawa Syria adalah negara jihad untuk menentang kekejaman Bashar al Assad.

Secara tidak langsung ia menjadikan bahawa kematian Mohd Lotfi yang berjuang di Syria dinamakan sebagai mati syahid.

sh

Panas!! Kurang Ajar Punya Melayu.. - Video

 
 
Program Toneexcel WOW mendapat sambutan luarbiasa seluruh negara..pengguna-pengguna telefon berebut-rebut untuk menyertai Toneexcel. Peluang dah ada depan mata kenapa nak biarkan saja.

Daftar SEGERA hari ini.. dan kami akan Terangkan LEBIH LANJUT dan BANTU ANDA untuk BERJAYA BERSAMA KAMI.

Pakej Jutawan klik sini


http://tonexpress.com/?id=bestnya
 

PRK : Kerajaan Kelantan umum cuti hari mengundi 25 Sept

 

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan 25 September ini sebagai cuti peristiwa bagi membolehkan rakyat di negeri itu khususnya pengundi di DUN Pengkalan Kubor keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN itu.

Mengundi pada hari bekerja iaitu pada Khamis, Ahmad berkata sememangnya menyulitkan pergerakan rakyat yang sepatutnya kerajaan persekutuan melihat kepada kesukaran yang bakal dilalui kakitangan awam dan swasta.

Isnin, September 15, 2014

MB Selangor : TS Abdul Khalid ucap terima kasih kepada Presiden PAS.

MBSHAH ALAM, 15 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berterima kasih kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mencadangkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sebagai jalan penyelesaian kemelut politik Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata kuasa lantikan Menteri Besar adalah dibawah kuasa DYMM Sultan Selangor.

“Saya berterima kasih kepada Presiden PAS, tetapi saya minta maaf..Perkara lantikan Menteri Besar adalah dibuat di bawah kuasa sultan,” katanya kepada pemberita.

Abdul Khalid berkata demikian selepas merasmikan program Multaqa Imam-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir peringkat negeri Selangor di Masjid Negeri di Shah Alam.

Ahad, September 14, 2014

Mesej Terkini!! TG Abdul Hadi Awang Kepada Pengundi Dun Pengkalan Kubor

 
TUMPAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan pengundi di Dun Pengkalan Kubor sebagai orang yang rugi sekiranya menolak calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim pada 25 September ini.

Katanya, Wan Rosdi bukan sahaja seorang calon yang setia kepada parti, sebaliknya telah menjalankan kerja-kerja wakil rakyat sejak dua penggal lalu iaitu selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan PRU13.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di Markas Besar PAS Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Menurutnya, calon Pakatan Rakyat itu juga seorang yang setia kepada parti yang sering mengikut keputusan parti.

“Ketika tidak dicalonkan sebagai calon PRU, beliau tidak bersungut dan menjalankan kerja-kerjanya sebagaimana biasa.

“Bila calon PKR kalah pada PRU12 dan 13, beliau menerima pula jawatan Penyelia Dun dan menjalankan kerja-kerja wakil rakyat sebagaimana biasa,” ujarnya.

Katanya, calon yang paling layak untuk dipilih oleh pengundi di Dun Pengkalan Kubor sememangnya Wan Rosdi, seorang yang bersifat sederhana dan berlatarbelakangkan pendidikan agama.

Berita Baik : TG Hadi Awang masih mahu Khalid kekal MB Selangor

 

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

"Agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri (Hadi) akan memantau kelemahan Khalid," kata Nik Nazmi.

Malah, Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai MB, katanya lagi dalam kenyataannya.

Menurut Nik Nazmi, Hadi menyatakan demikian dalam pertemuan dengan beliau dan juga Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pagi semalam.



Sabtu, September 13, 2014

Insya Allah, calon PAS akan dipilih rakyat - TG Nik Aziz

TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor berjalan baik mengikut amalan demokrasi.

Katanya, tidak perlu melakukan perkara yang bertentangan demokrasi kerana pengundi telah akil baligh.

Beliau berkata demikian kepada media di tempat penamaan calon, di sini hari ini.

Katanya lagi, setiap perkara yang dilakukan di dunia ini akan berkait dengan akhirat, termasuk pilihan raya.

"Hanya ajaran Islam sahaja yang akan mengingatkan umat manusia pada hal akhirat dan bukannya ajaran sekular.


Jumaat, September 12, 2014

PRK P.Kubor : Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim pilihan terbaik dan tepat

TUMPAT: Pelbagai pihak di sini menyifatkan pemilihan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, dalam misi menafikan kekuatan Umno di Dun Pengkalan Kubor sebagai pilihan terbaik dan tepat.

Ini memandangkan beliau berkhidmat sebagai Penyelia Dun kawasan berkenaan sejak 2009 dan begitu rapat dengan masyarakat.

Ketua Cabang PKR Tumpat, Shaharun Ibrahim berkata, parti itu berdiri teguh di belakang calon PAS yang bertanding dalam misi merampas Dun berkenaan daripada Umno.

“Saya meminta semua penyokong KeADIlan dam pengundi di sini memilih Wan Rosdi pada 25 September ini. Kami tetap berdiri teguh di belakang calon yang dipilih bagi menghadapi Umno,” katanya pada majlis pengisytiharan calon Pakatan Rakyat pilihan raya kecil Pengkalan Kubor malam tadi.

BERITA PETANG : PELUANG RAKYAT HANCURKAN UMNO DI PENGKALAN KUBOR

 

PAS mengumumkan Setiausaha Kawasan Tumpat Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
  
Pengumuman itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis di Kampung Geting, Pengkalan Kubor malam tadi.
  
Ahmad berkata pemilihan Wan Rosdi, 56, adalah kerana beliau mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatan menerusi parti, selain menyifatkan beliau seorang yang berwibawa.
  
Sementara itu, Wan Rosdi, ketika ditemui selepas pengumuman itu, berkata beliau tidak menjangka dan terkejut kerana dipilih sebagai calon berikutan terdapat ramai lagi tokoh PAS di kawasan itu yang mampu menjadi calon.



Khamis, September 11, 2014

Berita Malam : TS Abdul Khalid masih MB Selangor yang sah

mb salam sultan aSHAH ALAM 11 SEPT: Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman mengesahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih Menteri Besar yang sah dan berhak menjalankan sepenuhnya tugas Menteri Besar Selangor.

Beliau membuat pengesahan ini berikutan kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempertikaikan kemungkinan perjanjian air yang akan ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan adalah tidak sah.

Berikut adalah kenyataan penuh Penasihat Undang-undang Negeri Selangor selepas diperkenan Pejabat DYMM Sultan Selangor bagi menjawab dakwaan Ahli Parlimen Klang.

“Menurut menurut peruntukan Undang-UndangTubuh Kerajaan Selangor 1959, selama mana DYMM Sultan Selangor masih berkenan untuk melantik YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan pelantikan itu selaras dengan peruntukan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, maka YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim masih lagi boleh menjalankan kuasa penuh untuk melaksanakan tugas, fungsi dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar.

Rabu, September 10, 2014

PRK Pengkalan Kubor : Pas akan hantar Calon Tempatan.

PRK Pengkalan Kubor  

KOTA BHARU - Pas Kelantan akan mengumumkan calonnya bagi PRK Dun Pengkalan Kubor, esok, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Beliau berkata, buat masa ini, Pas sedang membuat penelitian akhir senarai calon bagi PRK itu yang akan diadakan 25 September ini.

"Apa yang pasti, calon itu adalah anak tempatan,"  

katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Berita Tengah hari : Pas tidak gentar siapa pun calon BN PRK Pengkalan Kubur kata TGNA



Kota Bharu Kelantan, Pas tidak gentar siapa sahaja calon BN yang bakal diumunkan oleh Timbalan Perdana Menteri esok untuk bertanding pada pilihanraya kecil Dun Pengkalan kubor 25 September ini.

Mursyidul Am Pas, TGNA berkata Pas dan PKR akan menentang siapa sahaja calon daripada BN. Kita tidak gentar dengan siapa pun dan Kita harap Pas akan meletakkan calon yang boleh Menang di kerusi tersebut. katanya kepada pemberita ketikat ditemui di rumahnya. Berita ini dipetik dari sinar harian online.

Selasa, September 09, 2014

Berita Petang : TGNA BERI NASIHAT KEPADA DAP DAN PKR



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan PKR dan DAP supaya jangan memaksa parti itu mengikut telunjuk mereka. Menurut beliau, tidak ada hak bagi mana-mana parti untuk paksa parti lain buat sesuatu, apa lagi mendesak presiden sebuah parti yang lain menarik balik kenyataannya. "Mereka tidak ada hak untuk buat begitu. Kita tiga parti yang berpakat melawan Umno.

Pas adalah 'kakak yang tua' (parti yang paling lama), sudah ada dari 1951 lagi. Orang Pas ada pengalaman yang begitu banyak sebelum orang (parti) lain," tegasnya. Semalam, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Abdul Hadi menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor baharu sebagai sebab penolakan Pas terhadap pencalonan Presiden PKR itu.

Isnin, September 08, 2014

Berita Petang : PR patut bersatu kembalikan keyakinan rakyat kata Exco Selangor.

politik_selangorKUALA SELANGOR, 7 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) perlu terus bersatu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap gagasan dibentuk antara tiga parti komponen iaitu PAS, PKR dan DAP meskipun kemelut jawatan Menteri Besar Selangor sedang berlaku.

Mengambil contoh di Selangor, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berpandangan PR mempunyai perancangan cukup baik, namun disebabkan kemelut timbul mutakhir ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa gabungan itu sudah terumbang-ambing.

Ahad, September 07, 2014

Berita Pagi : Nak tubuh parti baru, silakan - Presiden PAS


MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

Sabtu, September 06, 2014

Berita Malam : Betapa bernilainya Abdul Khalid Ibrahim..

Khalid Ibrahim

PENGAMBILALIHAN Guthrie oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 billion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri, program air 20 meter padu merupakan sebahagian kejayaan yang telah dirintis oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tokoh korporat dan ketua Kerajaan Negeri Selangor.

Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas PR mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia.

Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor.


Jumaat, September 05, 2014

Berita Malam : Senarai calon MB Selangor baru diputuskan Majlis Syura

 

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa badan tersebut bertanggungjawab memutuskan senarai baru yang menggariskan nama calon bagi jawatan menteri besar Selangor.

"Ya... ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang memetik kenyataan setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali berhubung peranan Majlis Syura dalam membentuk senarai kontroversi itu.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Mustafa mendedahkan bahawa tiga nama calon berkenaan – dua ADUN PKR dan seorang dari PAS – dipilih untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Khamis, September 04, 2014

Calon MB Selangor: PAS hantar 2 Adun PKR, 1 PAS

KUALA LUMPUR: PAS menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.

Jelasnya lagi, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

"Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," ujarnya beliau lagi sambil menyatakan senarai itu dihantar semalam.

Rabu, September 03, 2014

Berita petang : Amanat Terakhir MB Selangor Rakyat Malaysia Wajib Baca.



SHAH ALAM – Perutusan ulang tahun ke-57 kemerdekaan negara oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sarat dengan amanat kepada rakyat agar menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Abdul Khalid berkata, dalam perjalanan berdepan kemelut politik yang berlarutan sehingga lapan bulan ini, beliau mengingatkan semua pihak supaya menghormati pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dengan baik, adil dan berintegriti. “Saya perlu menyentuh hal ini kerana akhir-akhir ini terdapat pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk mempersoalkan hak mutlak sultan atau institusi beraja Selangor dan Raja-raja Melayu,” katanya ketika berucap pada Malam Ulang tahun ke-57 Kemerdekaan di Dataran Shah Alam, malam kelmarin.

Selasa, September 02, 2014

Berita Petang : Bukan mudah ubah ideologi kata TG Nik Aziz.

 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia pada masa kini menganut idelogi dan fahaman yang direka-reka sendiri oleh orang-orang terdahulu.

Menurut beliau, perkara itu sekali gus menolak Islam selaku cara hidup yang syumul dan lengkap.

"Dunia moden menyaksikan hampir tiada manusia yang diperhambakan secara fizikal namun wujud perhambaan dalam bentuk ideologi.

"Manusia menganut idelogi dan fahaman yang direka-reka sendiri oleh orang-orang terdahulu.

"Lalu datanglah perhambaan dengan nama baru iaitu komunis, sosialis, sekular dan sebagainya. Hakikatnya, inilah perhambaan yang lebih teruk dalam kehidupan manusia," katanya yang dipetik melalui perutusan merdeka.


Berita Pagi : Dewan Ulama PAS Selangor lulus usul kecam 2 ADUN sokong Wan Azizah

Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Selangor ke-26 semalam sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam dua ADUN PAS yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baru.
  
Menurut catatan Facebook terbaru Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, usul itu akan diserah kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk diambil tindakan berdasarkan Fasal 82 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.
  
Sebelum ini, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin dilaporkan menandatangani Akuan Bersumpah menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tanpa persetujuan dan pengetahuan PAS.