Selepas segala kritikan yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional
(BN), kaum Cina di Malaysia bodoh sekiranya mereka masih mengundi parti
itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Industri Anson, Teluk
Intan, Anwar berkata BN tidak menghormati kaum Cina dan ini berdasarkan
daripada cara layanan kerajaan itu kepada komuniti tersebut.
"Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina
sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini
tidak mempunyai rasa malu.
"Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu,
menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN!
Bodoh betul Cina macam ni," kata Anwar disambut dengan sorakan orang
ramai.
"Sekiranya pemimpin BN tidak menghormati anda, saya gesa kamu semua untuk menolak BN dan mengundi DAP 31 Mei ini," katanya.
Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan berdepan dengan Presiden Gerakan,
Datuk Mah Siew Keong Sabtu ini bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan
susulan kematian Seah Leoh Peng pada 1 Mei lalu.
Anwar malam tadi memuji Dyana Sofya sebagai seorang belia dan
berpengalaman berkerja bersama Lim Kit Siang yang disifatkan sebagai
pemimpin yang tidak pernah penat.
"Dyana masih muda, sekiranya dia melakukan salah, kita boleh mengajar
dia, Kit Siang ada, beliau melatih sendiri Dyana dalam politik ini.
"Adakah anda fikir senang bekerja dengan Kit Siang, Beliau tidak tahu
makna penat, tidak tahu untuk tidur saya juga tidak tahu apa yang beliau
amalkan, mungkin tablet ginseng atau Tongkat Ali," kata Anwar.
Pada masa yang sama, Anwar juga menyelar BN ekoran politik bikini
yang dimainkan bagi menentang Dyana Sofya selain menjadi mangsa
samseng, sexism, dan laman sosial kempen sejak daripada pengumuman
beliau.
"Bercakap mengenai pendidikan polisi BN, apa yang anda mahu lakukan
untuk penduduk Teluk Intan, adalah harga barangan berpatutan, sebaliknya
mereka tanya: apa warna lipstik, apa jenama bikini yang kamu pakai.
"Politik Umno BN biarpun Islam tetapi anda tidak boleh menipu menghina
orang. Ini adalah politik 'xiao ren' menghina," katanya.
Selain itu, Anwar juga keliru apabila Gerakan masih menuntut undi
daripada pengundi di Teluk Intan memandangkan prestasi di Pulau Pinang.
"Adakah Gerakan masih lagi wujud? Saya keliru, rakyat di Pulau Pinang
langsung tidak mempedulikan Gerakan jadi mengapa mereka masih ada di
Teluk Intan," katanya.
Mah yang juga Presiden Gerakan menang di kerusi Parlimen Teluk Intan
sebanyak dua kali pada 1999 dan 2004, bagaimanapun kalah dalam Pilihan
Raya Umum (PRU) 2008 kepada DAP iaitu M Manogaran dan Seah 2013.
Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi termasuk 410 pengundi awal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa pengundian awal pada
27 Mei dan tarikh mengundi adalah pada 31 Mei ini. – 27 Mei, 2014.
tmi