Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 29, 2017

Ustaz Hadi tidak faham rentetan 1MDB,selar Amanah

Abdul Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa gagal memahami rentetan latar belakang sesuatu isu menjadi punca pihak yang menentang terpaksa mengundang campurtangan asing dalam isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah Komunikasi Amanah Negeri Kedah Ridzwan Abu Bakar mengulas surat terbuka Abdul Hadi pada Sabtu lalu, berkata, Saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) adalah terhadap pihak yang berurusan di Amerika syarikat dan di atas kesalahan yang didakwa berlaku di Amerika.
Justeru ujarnya, Abdul Hadi perlu memahami rentetan itu terlebih dahulu sebelum beliau mendakwa adanya campur tangan asing dan undangan campur tangan asing ke negara ini.
"Demikian juga dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi bahawa ada pihak yang hanya mahukan kemenangan walaupun dengan campur tangan asing juga adalah kesimpulan yang silap, ini kerana beliau telah bersangka jahat terhadap semua pihak lain, seakan-akan pihak yang berjuang untuk 'selamatkan Malaysia' hanya pelahap terhadap kemenangan" ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut Rizdwan lagi, penentangan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Najib akan tetap diteruskan di negara ini.
Ridzwan Abu Bakar"Penentangan terhadap Barisan Nasional, Najib dan sekutunya akan terus berlangsung di Malaysia.Sekarang pun pelbagai usaha telah dilakukan, saman, report SPRM, demostrasi, penyertaan dalam perbahasan di Parlimen telah dilaksanakan oleh parti pembangkang dan akan terus dilakukan.
"Datuk Seri Abdul Hadi juga perlu sedar bahawa segala saluran untuk membuktikan salahguna kuasa BN telah disempitkan oleh Najib dan BN, hattalaporan berkaitan 1MDB pun diOSAkan, bukankah Datuk Seri Abdul Hadi pernah nyatakan OSA adalah akta yang menafikan hak rakyat untuk mengetahui perkara yang sebenar.
"Adapun pengunaan beberapa nas yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi  dalam surat tersebut ternyata hanyalah kosmetik untuk menampakkan seruan tersebut adalah Islami. Apabila latarbelakang isu tidak difahami dengan tepat dan kesimpulan itu ternyata tempang, maka pengunaan ayat itu pun tidak tidak kena pada tempatnya," ujarnya.
Pada Sabtu lalu Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyeru melalui surat terbukanya kepada pemimpin parti politik pembangkang agar jangan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman negara seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB.
Beliau meminta agar jangan bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaian isu dalam negara oleh mahkamah di negara asing kerana pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan negara ini.
mdl
Picture

Khamis, Jun 22, 2017

PANAS!! : AHLI PKR KELANTAN LANGGAR ARAHAN PARTI

Abdul Aziz (dua dari kiri) hadir di majlis simulasi sambutan Aidilfitri PH Kelantan.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyifatkan tindakan ahlinya yang menerima perlantikan sebagai ahli majlis daerah Pasir Mas semalam bersifat peribadi dan bukan atas arahan parti.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, "Keputusan untuk tidak kekal dalam kerajaan Pas Kelantan adalah muktamad."
Keputusan parti mengenai perkara ini tiada sebarang perubahan kerana ianya adalah keputusan peringkat pusat.
"Kita di negeri hanya bertindak melaksanakan keputusan ini," katanya ketika ditemui di majlis simulasi Aidilfitri Pakatan Harapan (PH) Kelantan petang semalam.
PKR Kelantan kata beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya bagi mengukuhkan PH peringkat negeri.
"PH Kelantan sudahpun menubuhkan sekretariat peringkat negeri dan dalam mesyuarat pertama telah melantik Datuk Husam (Musa) sebagai penasihat. Soal hubungan dengan Pas bagi saya sudah selesai, dan perkara hubungan parti di luar pakatan adalah urusan pihak pusat," katanya.
Semalam, tular di media sosial, seorang ahli PKR, Kamaruddin Zakaria menerima pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Pasir Mas.
mdl
Projek robot dicipta bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pendapatan sampingan. Projek robot adalah satu sistem yang menggabungkan dua tenaga iaitu staf dan juga robot. 

Projek robot akan membantu anda dalam menjalankan perniagaan yang mempunyai potensi pendapatan pasif setiap bulan. Bermula dari pendaftaran, pengiklanan, penghantaran produk dan khidmat pelanggan selepas pendaftaran semuanya dilakukan oleh staf dan robot kami. 

Anda hanya perlu membeli sistem ini yang berharga RM180 sekali sahaja.

Dapatkan maklumat klik sini
Picture
      

Rabu, Jun 21, 2017

PANAS!! : PARTI PAS SUKA PERJUANGAN UMNO KATA NAJIB


Pas dan Umno

IKLAN : WWW.JOMSERVIS.BLOGSPOT.MY
Prinsip dan perjuangan Umno ke arah kepentingan memartabatkan umat dan agama Islam selama ini menyebabkan Pas 'suka' terhadap parti itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib yang juga Presiden Umno berkata ini kerana Pas yang 'dibuli' oleh DAP dalam pakatan pembangkang sebelum ini, melihat Umno dari aspek kebajikan dan pentadbiran yang banyak menguntungkan umat Islam.
"Macam mana pun kita ada berbeza pendapat, kerajaan pimpinan Umno ada prinsip perjuangan dan dia (Pas) nampak perjuangan kita ke arah kepentingan memartabatkan umat Islam.
"Pas sudah serik dengan DAP...bila Pas bersama DAP dia kena buli, sampai Pas pun angkat tangan dan lari," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat peringkat Kedah dan Majlis Pelancaran Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8) peringkat kebangsaan di Masjid Pering di Jitra, hari ini.
Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib turut menyelar pakatan pembangkang yang dilihat tidak mempunyai kata sepakat dalam membuat sebarang keputusan sehinggakan siapa bakal menjadi perdana menteri sekiranya pakatan itu menang pun tidak diketahui setakat hari ini.
"Ada orang itu, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Kalau ikut sistem kita, parti mana menang paling banyak kerusi, dia tubuh kerajaan. Kalau parti kita ada satu kerusi saja macam mana nak jadi perdana menteri?" katanya.
Dalam pada itu, perdana menteri berkata kerajaan akan terus membantu rakyat yang memerlukan bantuan, selain menumpukan pembangunan di kawasan luar bandar melalui pengagihan hasil negara secara lebih sistematik.
Najib berkata perkara itu akan dapat direalisasikan sekiranya negara terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, misalnya pada suku pertama tahun ini, Malaysia mencatat tahap perkembangan ekonomi 5.6 peratus, dan antara yang terbaik di dunia.
"...inilah tugas kita, mana ada keperluan, mana ada kekurangan kita tambah. Misalnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kedah pada tahun lalu kita salurkan RM490 juta...tahun ini kita tidak tahu angkanya lagi tapi mungkin RM500 juta melibatkan lebih 600,000 keluarga yang mendapat faedah," katanya.
mdl
Projek robot dicipta bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pendapatan sampingan. Projek robot adalah satu sistem yang menggabungkan dua tenaga iaitu staf dan juga robot. Projek robot akan membantu anda dalam menjalankan perniagaan yang mempunyai potensi pendapatan pasif setiap bulan. Bermula dari pendaftaran, pengiklanan, penghantaran produk dan khidmat pelanggan selepas pendaftaran semuanya dilakukan oleh staf dan robot kami. 

http://projekrobot.com/index.php/?ref=5077
Picture

Selasa, Jun 20, 2017

Panas!! : Pas akui selepas putus dengan DAP sukar untuk dapat sokongan bukan islam.

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
Pas mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina selepas parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun ia hanya bersifat sementara kerana menyifatkannya umpama tembok untuk memisahkan golongan bukan Islam dengan Pas sudah pecah dan tidak boleh dibina mana-mana parti lagi.
"Cuma yang ada hanya nyalaan api yang dibuat oleh DAP untuk sekat sokongan bukan Islam terhadap Pas, tetapi ia mudah dipadamkan dengan air...kami sendiri (dalam) Dewan Pemuda Pas mempunyai hubungan baik dengan bukan Islam.
"Walaupun parti berpecah (Pas dengan DAP) tetapi hubungan peribadi tidak pernah pecah, ini menandakan ada (pihak) yang kata Pas akan mengambil masa 1,000 tahun untuk mendapat sokongan Cina, tidak (tepat) sama sekali, kita akan ambil masa lebih cepat untuk mendapatkan sokongan itu.
"Cumanya kita akuilah sokongan itu (daripada bukan Islam) untuk PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) kita tidak akan dapat sebagaimana dalam PRU13 lepas," katanya pada sidang media selepas sesi dialog (Program Munaqasyah) Ucapan Dasar Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.
Namun, Nik Mohamad Abduh tetap yakin dengan kekuatan Pas untuk menghadapi PRU14 nanti berikutan mendapat sokongan padu daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang dianggotai kalangan bukan Islam serta Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
"Kita sudah ada Gagasan Sejahtera menerusi kerjasama politik bersama Ikatan. Dalam Ikatan pun ada pelbagai kaum terdiri kaum Cina dan India, lagi pula PCM (Parti Cinta Malaysia) di Pulau Pinang ada menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahtera, tetapi masih sedang dalam proses perbincangan," katanya.
mdl
Picture

Isnin, Jun 19, 2017

MESEJ PENTING : INILAH ANWAR IBRAHIM, RAKYAT MALAYSIA WAJIB BACA.

Anwar Ibrahim penjara
Jika sebelum ini Anwar membuat keputusan untuk ke penjara walaupun diberi pilihan untuk menerima suaka politik di luar negara, kali ini Anwar membuat keputusan untuk tumpukan usaha terhadap pembebasan rakyat dari cengkaman rejim kleptokrat.
Ibarat lilin membakar dirinya untuk menerangi orang di sekelilingnya, keputusan Anwar sekali lagi membuktikan kesediaannya untuk berkorban demi memerdekakan rakyat, walaupun sedang dipenjarakan.
Jika dari dalam penjara Anwar boleh fokus membebaskan rakyat, bukan susah sangat untuk kita menumpukan perhatian sepenuhnya bagi melawan rejim kleptokrat.
Jika dari dalam penjara Anwar boleh fokus usaha membebaskan rakyat, bukan susah sangat untuk kita mencari mencari kesepakatan memenangani PRU14.
Jika dari dalam penjara Anwar boleh fokus usaha membebaskan rakyat, bukan susah sangat untuk kita memahami bahawa Anwar sedang meletak kepercayaannya kepada pemimpin PH dan rakyat Malaysia untuk membina negara yang lebih baik.
Pengorbanan yang dibuat Anwar sememangnya bukan sesuatu yang mudah, namun, ia harus diteladani bukan sahaja oleh seluruh PH, ia harus diteladani oleh seluruh rakyat Malaysia.
Suami kepada seorang isteri, Papa kepada enam orang anak, Bapa Reformasi kepada seluruh rakyat Malaysia, sekali lagi Anwar mengingatkan kita erti dan keperluan “korban”, walaupun sedang menderita di sebalik jeriji besi Penjara Sungai Buloh.
Selamat Hari Ayah, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih atas segala pengorbananmu.
Adrian Lim Chee En menulis bagi pihak Kempen #BebasAnwar
mdl
Image result for duduk diam dapat duit

Jumaat, Jun 16, 2017

PANAS!! : KENYATAAN TERKINI YB KHALID SAMAD BERHUBUNG PAS DALAM KERAJAAN PH SELANGOR


My photo

IKLAN : WWW.GAJIMASYUK.COM
Ramai yang membicarakan persoalan hubungan PAS dan Kerajaan Negeri Selangor setelah PAS memutuskan hubungan dengan Keadilan. Sebelum ini hubungan dengan DAP telah diputuskan dan tiada pula hubungan dengan PPBM ataupun AMANAH. Dengan itu ramai tertanya-tanya, apa rasionalnya PAS dikekalkan sebagai sebahagian dari kerajaan Selangor?

Ada juga yang meminta supaya PAS dipecat dan dikeluarkan dari kerajaan Selangor. Ianya kerajaan PH dan PAS tiada apa-apa hubungan dengan PH. Atas sebab itu, ramai juga yang membidas MB Selangor atas ketidak-sanggupan beliau untuk memecat PAS.

Bagi saya, sepatutnya yang dibidas adalah PAS kerana tidak sanggup meletakkan jawatan selepas memutuskan hubungan dengan setiap parti dalam PH. Dalam soal memecat PAS atau sebaliknya, itu persoalan strategi yang MB perlu fikirkan dari sudut untung rugi politik PH. Tiada salahnya MB mengekalkan PAS kerana bukan Keadilan yang mencaci dan menggelar PAS sebagai pengkhianat serta memutuskan hubungan dengan PAS. Tetapi PAS yang melakukan itu semua dan PAS yang sepatutnya meletakkan jawatan.

Sebenar PAS sememangnya ingin exco mereka dipecat. Maka dengan itu PAS akan dilihat sebagai mangsa. PAS dan UMNO boleh selepas itu menuduh kerajaan Selangor dikuasai DAP dan tindakan memecat mereka adalah kononnya desakan DAP. MB dan PH boleh dituduh tunduk pada DAP. Maka itulah sebabnya PAS tidak letak jawatan. PAS sanggup memfitnah DAP dan PH demi kepentingan politik sepertimana telah mereka lakukan sebelum ini. Oleh itu, strategi mereka adalah supaya mereka dipecat. Kenapa kita perlu ikut kehendak mereka? Biar mereka dilihat tidak bermaruah oleh semua, mencaci rakan sehingga mencerai namun masih ingin bersama.

PAS SEBAGAI SAINGAN SEMASA PRU KE 14

Saya rasa semua sudah jelas, sudah tiada apa-apa hubungan antara PAS dan PH. PRU ke 14 ini akan menyaksikan PAS bertanding menentang bukan sahaja parti BN tetapi juga parti yang mewakili PH. Persoalan tiga penjuru itu tidak lagi dapat dinafikan. Namun demikian itu adalah setelah Parlimen dan DUN dibubarkan. Oleh itu, dalam pada PAS terus berada bersama kerajaan PH di Selangor, persediaan untuk berhadapan dengan PAS semasa PRU ke 14 tetap perlu dilakukan.

Apabila keputusan dibuat untuk tidak memecat PAS, perlu diawasi supaya kedudukan mereka sebagai sebahagian dari kerajaan Selangor tidak dimanfaatkan untuk melemahkan PH dengan mengukuhkan PAS. Perlu dikawal keadaan supaya sambil mereka dikekalkan dalam kedudukan mereka, matlamat PH dicapai dan bukan matlamat PAS. Biar PH semakin mantap dan kuat sambil PAS diperlihatkan tidak berprinsip dan bermaruah kerana terus bersama kerajaan Selangor.

Ada yang bertanya, kalau begitu apa perlu PAS dikekalkan bersama? Tidakkah lebih mudah sekiranya mereka dipecat?

Saya membaca tindakan mengekalkan PAS dalam kerajaan Selangor sebagai satu taktik yang bertujuan ‘memanfaatkan PAS demi kepentingan PH’. Sepertimana UMNO/BN memanfaatkan PAS untuk kukuhkan BN dan pecahkan PR sebelum ini. Di sini kita boleh belajar dari tindakan UMNO. Ianya bagaikan pepatah Melayu, “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak”.

Sebagai contoh kita boleh lihat tindakan UMNO dalam RUU 355. Mereka membenarkan PAS sekadar mensyarahkannya. Ia memuaskan hati dan kehendak PAS sambil mencapai matlamat merenggangkan lagi hubungan PAS dengan PH. Sambil itu, oleh kerana sekadar disyarah, ianya tidak menyebabkan UMNO berpecah dengan rakan-rakan BN. ‘Rambut tidak putus’, iaitu berjaya ditarik PAS semakin jauh dari PH dan mereka bertambah renggang. ‘Tepung tidak berselerak’ bererti BN tidak berpecah. 

Tipu helah UMNO sememangnya hebat. Apa taknya, mereka dibantu penasihat antarabangsa.

Sekiranya kita bersetuju itulah apa yang perlu dilakukan maka kita mesti juga memahami apa yang ingin dicapai dan apa yang ingin dielak. Yang ingin dicapai diumpamakan sebagai ‘rambut tidak putus’. Yang ingin dielak diumpamakan dengan ‘tepung berselerak’. 

‘RAMBUT TIDAK PUTUS’ DAN ‘TEPUNG TIDAK BERSELERAK’

Yang ingin dicapai adalah kerajaan Selangor tidak goyang atau tergugat. Tindakan mengekalkan PAS turut mengekalkan kedudukan lebih dua pertiga majoriti di DUN Selangor. Ini membenarkan kerajaan terus berjalan dengan baik dan lancar, sehingga ke pembubaran DUN. Ia menyebabkan PH berpeluang menamatkan tempohnya ‘on a high note’ atau dengan cemerlangnya. Ini akan membantu PH untuk menghadapi PRU dengan rakyat merasa bahagia dan berpuas-hati dengan PH.

Sekiranya tempoh penghujung pemerintahan dilihat bergelora dan bergolak, serta program-program tidak dapat dijalankan dengan lancar, maka apabila tibanya masa mengundi, rakyat mungkin berada dalam perasaan bosan dan tidak berpuas-hati. Walaupun ianya boleh disalahkan kepada PAS, sebhagian rakyat akan percaya dengan alasan itu, tetapi sebahagian lain akan menolaknya.

Pada masa yang ingin dielak pula adalah PAS bertambah kukuh sambil PH bertelagah. PAS perlu dihalang dari menyalahgunakan kedudukan mereka dalam kerajaan demi kepentingan PAS. Ini perlu diawasi dengan sebaik-baiknya. 

Keberadaan PAS dalam kerajaan bererti ‘memberi kuasa kepada bakal saingan’. Ia ada bahayanya yang boleh merugikan PH. Kalau jawatan yang diberi ‘bertaring’, maka taringnya perlu dicabut. Kalau ‘berbisa’ maka penawar perlu disediakan untuk merawat kesan bisanya. Mengekalkan PAS bersama bererti mengekalkan ‘bakal saingan’ bersama dalam kerajaan PH. Ini hakikat yang perlu sentiasa disedari dan oleh itu biarlah ianya menguntungkan PH semaksima dan PAS seminima yang mungkin. Malahan kalau boleh, tiada keuntungan bagi PAS kecuali dilihat tidak bermaruah atau berprinsip.

Untuk elak PH sendiri bertelagah maka perlu semua memahami ‘game plan’ PH terhadap PAS. Dalam soal ini ianya perlu dilihat strategi PH dan bukan strategi MB seorang. Semua kena faham apa yang ingin tercapai dan peranan mereka.

‘Game plan’ PAS juga perlu dikaji dan difahami dan jangan dianggap mereka tiada game plan.

Cara terperinci bagaimana matlamat ‘tepung tidak berselerak’ akan tercapai saya serahkan kepada kebijaksanaan semua. Namun ianya satu matlamat yang perlu dicapai bersama.

KESIMPULAN

Politik adalah seni. Walaupun batas-batas perlu dijaga, matlamat tetap perlu dicapai. Di sini letaknya seninya. Namun, ianya seni yang berprinsip dan matlamat.

Antara batas yang perlu dijaga adalah memperalatkan sentimen agama dan menipu rakyat. Di sini bezanya PH dengan politik UMNO dan PAS. Mereka sanggup memperalatkan sentimen agama demi mencapai matlamat politik mereka. Sepertimana jelas terserlah dalam kes RUU 355.

Maka bagi saya, biarlah PAS tidak dipecat. Tetapi saya yakin apabila mereka sedar betapa untungnya PH dan ruginya PAS melalui tindakan ini, mereka sendiri akan meletakkan jawatan. Atau adapkah mungkin juga terus berjawatan sehingga akhir tempoh dan sekurang-kurangnya memaksimakan tempoh berjawatan dengan bergaji penuh.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD


Image result for duduk diam dapat duit

Khamis, Jun 15, 2017

Terbaik!! : Sekretariat PH Kelantan dibentuk, Yb Husam penasihat

Mesyuarat pimpinan utama Pakatan Harapan Kelantan malam tadi putuskan tubuh sekretariat tetap.


Mesyuarat pimpinan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Kelantan malam tadi memutuskan untuk membentuk satu sekretariat tetap dengan Datuk Husam Musa sebagai penasihat mereka.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata mesyuarat bersetuju menetapkan perjumpaan pimpinan PH peringkat negeri itu dibuat secara bulanan.
"Seperti malam tadi, setiap parti diwakili oleh 5 pemimpin utama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan pertama di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kota Bharu malam tadi.
Mesyuarat malam tadi juga kata Wan Rahim memutuskan untuk melantik Adun Salor, Datuk Husam Musa sebagai penasihat PH Kelantan.
"Sehingga ini kita bersetuju supaya pengerusi mesyuarat ini digilirkan antara parti-parti dalam PH setiap kali diadakan.
"Keputusan juga dibuat untuk melantik Mohamad Soberi Shafii sebagai ketua urusetia sekretariat PH Kelantan," katanya.
Bermula sekarang menurutnya, semua program-program yang disusun oleh mana-mana parti dalam PH akan turut melibatkan parti-parti lain.
"Seperti beberapa program sepanjang sambutan Aidilfitri yang telah disusun bersama atau parti- parti secara bersendirian, akan mendapat kerjasama dari parti-parti rakan.
"Kita sudah mengatur satu dialog anjuran PH pada hari raya ketiga pada 27 Jun dan Amanah Nasional mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Kota Bharu pada hari raya kelima (29 Jun)," katanya.
Persetujuan juga menurut beliau telah dibuat untuk mengujudkan kerjasama di peringkat parlimen dan dun.
"Jawatankuasa penyelaras PH di peringkat parllimen dan dun dengan lima wakil setiap parti komponen akan ditubuhkan di seluruh negeri Kelantan.
"Dengan penubuhan ini gerakerja semua peringkat akan dibuat secara bersama walaupun masing-masing parti diberi peluang untuk merancang program masing- masing," katanya.
mdl
Picture

Rabu, Jun 14, 2017

Kata PKR : Pelawaan Pas tidak masuk akal

Pelawaan Pas tidak masuk akal - PKR
Mohd Sukirman



    KOTA BHARU - Pelawaan Pas untuk mengalu-alukan PKR terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Kelantan adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku, kata Pengarah Komunikasi PKR Negeri, Mohd Sukirman Mustapa.

    Menurutnya, perkara tersebut bagaikan tidak masuk akal memandangkan Pas telah pun memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Mei lalu.

    “Bagaimana kerjasama dalam kerajaan boleh di teruskan kerana kerjasama politik sudah terbatal sama sekali dan presiden Keadilan sendiri melalui kenyataan terbaru semalam sudah memutuskan akhir Julai adalah tarikh untuk semua lantikan politik di kelantan melepaskan jawatan mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

    Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang masih mengalu-alukan wakil PKR untuk terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.

    Tindakan tersebut, menurutnya adalah sebagai menghormati mandat rakyat pada pilihan raya lalu seperti mana yang dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
    Mengulas alasan tersebut, Sukirman berkata, rakyat memberi mandat kepada parti, bukannya individu. Malah bagaimana satu kerjasama yang kukuh boleh berlaku jika kedua-dua parti berada dalam gabungan yang berbeza.

    “PKR kini berada dalam Pakatan Harapan, iaitu satu gabungan rasmi. Perkara ini mustahil. Walau apa pun, kita masih menghormati pelawaan tersebut, tetapi kita ikut keputusan pimpinan pusat.

    “Kedua-dua pihak perlu lebih realistik tentang landskap politik mutakhir ini, apatah lagi pilihan raya dikatakan semakin dekat. Kerajaan negeri sebelum ini tidak menyambung lantikan politik beberapa pimpinan peringkat negeri, malah ia tidak sepatutnya berlaku jika benar masih mahu bersama Keadilan,” katanya.

    sh

    Picture
          

    Selasa, Jun 13, 2017

    Terbaik!! : Kerajaan PH P Pinang tingkatkan peruntukan untuk Islam 84%

    Lim Guan Eng menyampaikan sumbangan untuk umat Islam Pulau Pinang dengan diperhatikan oleh pemimpin PH.


    Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang telah berjaya meningkatkan peruntukan untuk hal ehwal Islam sebanyak 84% berbanding semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kata ketua menteri Lim Guan Eng.
    Kerajaan BN memperuntukkan sebanyak RM249.09 juta untuk pembangunan hal ehwal Islam bagi tempoh 1999 - 2007 manakala kerajaan PH pula sebanyak RM457.05 juta bagi tempoh yang sama (2009 - 2017) di bawah kepimpinan kerajaan yang ada kini.
    Beliau berkata demikian dalam majlis iftar dan penyampaian sumbangan kepada sekolah agama, maahad tahfiz dan tadika Islam negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di perkarangan Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh semalam.
    Jelas beliau lagi, sejak mengambil alih kepimpinan, kerajaan negeri PH telah pun melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada seluruh rkayat negeri ini tanpa membezakan fahaman agama, ras maupun ideologi politik mereka.
    "Apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri kini membuktikan bahawa PH mampu untuk menjadi sebuah kerajaan yang dapat mentadbir dengan lebih baik dari Umno dan BN.
    "Peruntukan pembangunan bagi sekolah-sekolah pendidikan Islam turut dinaikkan sehingga RM57.64 juta jika dibezakan dengan zaman pemerintahan BN dulu dengan hanya sumbangan sebanyak RM20.11 juta mulai 1999 hingga 2007.
    "Perbandingan tersebut adalah bagi tempoh yang sama diterajui oleh PH sejak 2008 lagi, " ujarnya lagi.
    Selain itu katanya, kerajaan negeri turut menyumbangkan sebidang tanah yang bernilai RM80 juta bagi pembinaan sebuah Kompleks Mahkamah Syariah yang lengkap dan moden dan sedang beroperasi kini.
    "Kerajaan negeri turut membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan usahawan dengan memperkenalkan pinjaman mikro kredit yang dikenali sebagai Program Titian Saksama Rakyat(PTSR).
    "Melalui program ini sebanyak RM11.71 juta telah pun disalurkan merangkumi seramai 2,540 peminjam dimana 83.3 peratus adalah usahawan Melayu yang telah pun berjaya mendapat peruntukan yang disediakan.
    "Di samping itu kerajaan negeri turut memberikan sumbangan berupakan ex-gratia, bonus dan bantuan khas kepada guru-guru KAFA, guru Sekolah Agama Rakyat, guru pondok dan juga tadika Islam dengan sumbangan sebanyak RM15.5 juta," tegasnya lagi.
    Katanya, sumbangan sedemikian tidak pernah dilaksanakan oleh Umno dan BN semasa mereka menerajui kepimpinan sebelum tumbang pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.
    Hadir sama dalam program tersebut ialah Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan PH Pulau Pinang dan Kedah.
    mdl
    Picture

    Isnin, Jun 12, 2017

    Alhamdulillah!! : Ramadan beri peluang Amanah dekati derita rakyat

    Abdul Halim paling kanan dan Ir. Marzuki menyampaikan zakat kepada Asnaf di Semerak semalam
    Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Pasir Puteh mengunakan sepenuhnya bulan Ramadan sebagai jambatan untuk turut merasai derita rakyat.
    Ketua Amanah kawasan, Abdul Halim Muhamad berkata pihaknya bersyukur kerana walaupun masih kurang dana dan baru tapi dapat turut membantu golongan daif yang semakin tertekan.
    "Bila bergerak di bawah kita sedar begitu ramai perlukan bantuan dan sumbangan namun sekadar ini kemampuan kita buat masa ini," katanya di majlis penyampaian zakat dan tadabbur al-Quran serta berbuka puasa di Gong Kedak semalam.
    Golongan bawahan katanya menghadapi situasi semakin sukar apabila harga barang keperluan dan caj perkhidmatan terus naik sedang hasil pendapatan tidak berubah.
    "Satu-satu pilihan kepada rakyat adalah menggunakan kuasa undi dalam pilihan raya akan datang.
    'Hanya dengan memilih kerajaan baru perubahan boleh dilakukan bagi meringankan beban rakyat," katanya,
    Sementara itu, pengerusi Amanah Dun Semerak, Ir. Marzuki Yacob yang turut berucap di majlis itu yakin rakyat dapat memahami buruknya pentadbiran negara sekarang.
    "Bila orang nombor satu sendiri bawa lari duit rakyat, siapa lagi yang nak diharap.
    "Kes ini sekarang bukan sekadar didedahkan parti-parti pembangkang tetapi beberapa negara seperti Singapura dan Amerika Syarikat telah membuat tindakan melalui proses mahkamah," katanya.
    Pada majlis itu 50 penerima menda pat sumbangan zakat bernilai RM100 yang diperolehi dari para demawan.
    Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Amanah Negeri, Ustaz Muhammad Husain dan Ketua Angkatan Wanita (Awan) Kelantan, Normala Mohd. Nadzar.
    mdl
    Picture

    Sabtu, Jun 10, 2017

    YB Husam : Rakyat akan jatuhkan Pas Kelantan

    Husam menyampaikan kuliah di Wisma Tok Guru Salor

    Iklan : www.gajimasyuk.com

    Rakyat Kelantan sudah cukup hujah untuk menjatuhkan Pas dalam pilihan raya akan datang dan Amanah hanyalah berusaha mengganti bagi meneruskan pentadbiran Islam yang diasaskan oleh almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu.
    Naib presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya beliau mendapat dana dari seorang Cina untuk menjatuhkan Pas Kelantan.
    "Seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Wan Zawawi W Ismail telah memfitnah saya dalam status yang dimuatkannya.

    "Ini satu fitnah dan saya sedang menyiasat akaun sebenar pemilik fb ini walaupun ramai memberitahu akaun ini milik ketua eksekutif PKINK, Datuk Wan Zawawi." katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru, Salor, semalam.

    Menurut Husam, pelbagai tindakan yang dilakukan kerajaan Pas sekarang sudah cukup untuk ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang.

    "Pengendalian pembangunan dibuat dengan cara merugikan rakyat dan begitu menyebelahi pihak pemaju.

    "Di Lembah Sireh perjanjian untuk kemudahan rakyat dilupuskan begitu saja.

    "Di Kampung Laut, rakyat tidak dirundingi dahulu sebelum tanah mereka diambil.

    "Kini di Lembah Binjai pula kerajaan terang-terang menipu apabila memberitahu tuan-tuan tanah telah bersetuju tanah mereka diambil sedangkan sebenarnya mereka tidak pun diberitahu di peringkat awal," katanya.
    Kerajaan juga katanya gagal merancang untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar.
    "Pengurusan sampah begitu teruk dan keluhan orang ramai tidak dipeduli malah diancam kononnya mereka yang mempersoalkan hal sampah akan masuk neraka.
    "Orang Asli dilayan dengan buruk semata-mata cuba mempertahankan hutan sekitar mereka dan air sungai yang bersih untuk meneruskan kehidupan.
    "Pemerintahan yang jadikan rakyat musuh seperti ini tentu akan jatuh dan jangan salahkan parti seperti Amanah.
    "Sebagai parti Islam Amanah memikul tanggungjawab untuk memastikan pentadbiran Islam berdsarkan al-Quran dan memihak kehendak rakyat terus kekal di negeri ini selepas pilihan raya nanti," katanya.

    mdl

    Picture

    Jumaat, Jun 09, 2017

    PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI BUAT GEMPAK LAGI..WAJIB BACA!!

    Rafizi Ramli
    Tindakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan yang muncul menafikan laporan Sarawak Report berhubung pembayaran RM9.5 juta dari akaun perdana menteri kepada peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah menimbulkan lebih banyak persoalan sedangkan dua individu terbabit mengambil sikap berdiam diri.
    Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, sejak Sarawak Report menyiarkan berita sejumlah RM9.5 juta telah dipindahkan dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak kepada Shafee, tidak ada satu kenyataan pun dibuat Perdana Menteri mahupun peguam itu.
    "Dua hari lalu saya telah mendedahkan pula bagaimana dalam tahun 2011, Datuk Seri Najib telah menggunakan dana awam 1MDB yang dipindahkan ke akaun beliau untuk membayar peguam-peguam yang mewakili beliau untuk mengenepikan sapina hadir memberi keterangan di dalam perbicaraan kes liwat yang dituduh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    "Pendedahan saya itu berdasarkan satu dokumen yang didakwa adalah kertas siasatan SPRM yang dibocorkan di laman SPRMInsider. Maklumat yang terkandung di dalam kertas siasatan SPRM itu juga telah disahkan benar dan tepat oleh peguam kanan yang diambil keterangan oleh SPRM. Pengesahan peguam kanan tersebut mengiyakan bahawa pandangan umum bahawa kertas siasatan SPRM itu adalah benar dan sahih," tegas Rafizi.
    Beliau menambah, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari Najib mengenai butiran siasatan ke atas beliau yang terkandung di dalam kertas siasatan itu, khususnya berhubung penggunaan dana 1MDB untuk membayar peguam-peguamnya di dalam kes liwat 2 Anwar.
    Sehubungan itu ahli parlimen Pandan itu terkejut apabila Musa membuat sidang media khas semalam mendakwa akaun Najib telah ditutup sebelum bayaran dibuat kepada Shafee.
    Menurut Rafizi, adalah sesuatu yang memalukan apabila Perdana Menteri dan peguam kanannya tidak mempertahankan diri mereka secara berdepan; sebaliknya pesara seperti Musa terpaksa tampil membela membela mereka.
    Bagaimanapun Rafizi menyifatkan kenyataan media Musa semalam sebagai memalukan kerana tidak teliti dengan butiran-butiran siasatan sehingga tersalah fakta.
    Oleh itu beliau mengemukakan bukti balas bagi menolak hujah bahawa akaun Najib telah ditutup sebelum bayaran dibuat.
    Menurut Rafizi, kertas siasatan SPRM pada muka surat 9 dan 10 secara jelas memperincikan tiga akaun baru telah dibuka bagi menggantikan akaun Najib yang ditutup pada 31 Ogos 2013.
    Tiga akaun baru itu, jelas beliau masih beroperasi dalam tempoh September 2013 hingga Februari 2014 iaitu tarikh-tarikh bayaran dibuat kepada Shafee.
    Kronologi tindakan menutup akaun, membuka akaun baru dan memindahkan dana, seperti yang diperincikan di dalam kertas siasatan SPRM, adalah seperti berikut:
    i. Akaun asal yang digunakan Najib untuk menerima pemindahan wang yang besar dibuka dalam pada 13 Januari 2011 dengan no akaun 2112022009694 atas nama beliau sendiri di AmIslamic Bank Berhad di Ambank Jalan Raja Chulan (dirujuk sebagai Akaun - 9694).
    ii. Dalam tahun 2011, sebanyak RM304,329,765.75 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun - 9694 ini.
    iii. Dalam tahun 2012, sebanyak RM831,789,454.53 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun - 9694.
    iv. Dalam tahun 2013, sebanyak RM2,081,476,926.00 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun - 9694.
    v. Jumlah terkumpul dana yang dimasukkan ke Akaun - 9694 di antara 2011 dan 2013 ialah RM3,217,596,146.28 sebelum sejumlahnya mula dipindahkan balik ke luar negara.
    vi. Di antara 2 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013, wang dari Akaun -9694 telah dipindahkan beransur-ansur dalam 5 pindahan dengan jumlah setiap pindahan di antara USD55 juta ke USD200 juta. Jumlah keseluruhan yang dipindahkan keluar negara adalah USD620 juta; bersamaan RM2,034,350,000.
    vii. Sebelum penutupan Akaun -9694 dibuat pada 31 Ogos 2013, ada tiga akaun baru yang dibuka atas nama Dato’ Seri Najib pada 31 Julai 2013; iaitu AmPrivate Banking 2112022011880 (“Akaun -1880”), AmPrivate Banking 2112022011898 (“Akaun -1898”) dan AmPrivate Banking 2112022011906 (“Akaun -1906”).
    viii. Sebelum Akaun - 9694 ditutup, bakinya (selepas pemindahan wang sebanyak RM2.034 bilion seperti diterangkan di atas) sebanyak RM162,436,711.80 telah dipindahkan ke Akaun -1880 yang baru dibuka.
    ix.  Antara 27 Ogos 2013 hingga 26 Mac 2014,  Najib memindahkan pula sejumlah RM160 juta dari Akaun - 1880 ke Akaun - 1906 dan Akaun - 1898.
    Menurut Rafizi, ketiga-tiga Akaun 1880, 1906 dan 1898 adalah akaun-akaun yang sama yang terkandung di dalam carta aliran dana wang SRC International Sdn Bhd yang mengalir ke akaun Najib yang ditunjukkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

    Dapatan di atas, katanya membuktikan bahawa;
    1. Wujud tiga akaun yang digunakan Najib di antara September 2013 hingga Februari 2014 ketika bayaran RM9.5 juta dibuat kepada Tan Sri Shafee, iaitu Akaun 1880, 1906 dan 1898, dan bayaran RM9.5 juta itu boleh datang dari mana-mana akaun ini.
    2. Akaun-akaun 1880, 1906 dan 1898 itu dibuka sebelum akaun awal iaitu Akaun 9694 ditutup.
    3. Sejumlah RM162,436,711.80 dari dana 1MDB yang dimasukkan ke Akaun 9694 telah dimasukkan pula ke dalam akaun-akaun yang baru dibuka ini.
    4.  Semasa membuka tiga akaun baru ini, wakil Najib yang membuka akaun-akaun itu memaklumkan bank bahawa akaun-akaun ini digunakan bagi tujuan berasingan iaitu untuk dana politik, yayasan dan satu lagi untuk lain-lain.
    5.  Ketiga-tiga akaun ini (yang dibuka selepas akaun awal ditutup) juga disiasat oleh SPRM kerana telah menerima dana dari SRC International Sdn Bhd dan digunakan untuk membayar perbelanjaan peribadi Najib bagi tujuan membeli belah dan kempen politik.
    "Bukti-bukti yang dikemukakan adalah terlalu kukuh. Alasan yang cuba diketengahkan dengan menggunakan Tan Sri Musa Hassan juga memalukan kerana jelas ia tidak benar.
    "Sampai bila Datuk Seri Najib akan berdiam diri dan mengelak dari menjawab bukti-bukti yang datang dari dokumen yang dipercayai kertas siasatan SPRM sendiri?" soal Rafizi.
    mdl
    Picture

    Khamis, Jun 08, 2017

    AMANAH : KUKUHKAN PAKATAN HARAPAN, YAKINKAN RAKYAT MALAYSIA

    Salahuddin Ayub


    Isu calon perdana menteri bukan satu keutamaan yang mendesak dalam kalangan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), tegas timbalannya Salahuddin Ayub.
    Sebaliknya beliau berkata, keutamaan Amanah ketika ini adalah berusaha menjadi penyumbang terbaik untuk memperkukuh kedudukan dan pengaruh Pakatan Harapan (PH) agar mendapat sokongan dan mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
    "Kami terlalu banyak lagi tugas dan tanggungjawab untuk menguatkan organisasi dan jentera parti yang masih baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
    Menurut beliau juga, Amanah turut mengambil peranan untuk memastikan segala kepercayaan dan keputusan yang ditugaskan kepada parti itu sama ada oleh Majlis Presiden PH atau Sekritariat PH dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
    "Melalui pengalaman kami di persada politik negara, kami bercita-cita untuk menjadi pemain politik yang kritikal (critical political actors) bagi menggapai hasrat rakyat untuk mengecapi kesejahteraan hidup dengan membina kecermerlangan PH," katanya.
    Justeru, katanya, Amanah perlu memberi fokus bersama PH untuk memastikan rakyat di peringkat akar umbi difahamkan dan diyakinkan untuk melakukan perubahan besar dalam PRU14 melalui kempen besar-besaran ke seluruh negara.
    "Segala polisi dan tawaran besar PH mesti disampaikan kepada rakyat jelata," katanya.
    "Amanah berpandangan pada tahap hari ini, PH perlu untuk memahami apakah perkara-perkara yang menjadi keutamaan rakyat yang sedang bergelut dengan kehidupan yang semakin menghimpit ini. PH mesti tampil dengan tawaran-tawaran besar yang menyakinkan rakyat untuk memilih kita mentadbir Putrajaya," katanya.
    Bagaimanapun katanya, Amanah mengakui tokoh-tokoh tersohor dan berpengalaman seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad amat berkelayakan untuk menggalas tugas besar itu, sekiranya PH diberikan mandat dalam PRU14.
    mdl

    Rabu, Jun 07, 2017

    PANAS!! : LAGI BERITA NAJIB BAYAR PEGUAM GUNA DUIT CURI 1MDB


    Rafizi Ramli

    Iklan : www.kelabsimkad.com
    Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuat satu bayaran daripada akaun peribadinya yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada seorang peguam dalam satu kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 2011.
    "Bayaran ini menjadi penting kerana buat pertama kali, ada bukti nyata bahawa seawal tahun 2011, Datuk Seri Najib telah menggunakan wang yang dipercayai berasal dari dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun peribadinya, untuk membayar peguam bagi tujuan berhadapan dengan Datuk Seri Anwar di mahkamah.
    "Bukti wujudnya bayaran ini memberi dimensi baru kepada pendedahan Sarawak Report mengenai bayaran sejumlah RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah yang juga dari akaun peribadi Datuk Seri Najib dari dana yang sumbernya dipercayai dari 1MDB," katanya dalam kenyataan hari ini.
    Beliau berkata, pembayaran kepada Shafee itu bukan kali pertama dibuat Najib menggunakan wang dari sumber 1MDB bagi tujuan berhadapan dengan musuh politik beliau.
    "Kertas siasatan SPRM yang dibocorkan dan dimuat naik ke SPRMInsider mengesahkan dalam tahun 2011, Datuk Seri Najib telah membayar sejumlah RM325,188 kepada peguam Datuk Ghazi Ishak dari Tetuan Salehuddin Saidin & Associates yang mewakil beliau untuk mengenepikan sapina Datuk Seri Anwar terhadap perdana menteri dalam kes fitnah liwat II," katanya.
    Justeru, katanya, sudah sampai masanya untuk mendesak campur tangan Majlis Raja-raja atau menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan-dakwaan ini.
    Suruhanjaya Diraja ini katanya harus smenyiasat penggunaan wang rakyat yang masuk melalui akaun peribadi Najib yang dibayar kepada peguam-peguam dalam kes-kes yang dibawa terhadap musuh-musuh politik beliau.
    "Sejauh mana pengaruh dan kesan bayaran-bayaran yang dibuat kepada pegawai sistem kehakiman, terutamanya pendakwaraya khas yang dilantik kerajaan iaitu Tan Sri Shafee Abdullah, telah mempengaruhi keputusan kehakiman terhadap musuh-musuh politik beliau terutamanya pemenjaraan Datuk Seri Anwar," katanya.

    Menurut ahli parlimen Pandan itu juga, beliau sedang merangka satu kempen kesedaran yang akan dibawa melalui laman sosial dan dibawa ke kampung-kampung untuk menerangkan kepada rakyat bagaimana wang mereka digunakan oleh Najib untuk menamatkan kerjaya musuh politik nombor satunya iaitu Anwar yang berakhir dengan pemenjaraan bekas ketua pembangkang itu.

    "Saya juga akan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara penting di dalam kertas siasatan itu yang memberi gambaran terperinci sejauh mana penjawat-penjawat awam di peringkat tertinggi di negara ini sebenarnya tahu bahawa dana yang besar telah masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib; sebelum perkara ini bocor kepada pengetahuan awam," katanya.
    mdl
    Picture

    Selasa, Jun 06, 2017

    Amanah : Siasat segera RM9.5 juta ke akaun Shafee

    Tan Sri Shafee Abdullah
    Siasatan segera harus dilakukan berhubung dakwaan Sarawak Report mengenai wang sebanyak RM9.5 juta dari syarikat SRC International disalurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam akaun peribadi peguam, Tan Sri Shafee Abdullah.
    Mujahid YusofAhli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)dan Peguam Negara harus mengambil langkah segera agar siasatan dapat dijalankan di bawah pelbagai undang-undang jenayah termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap semua individu atau organisasi yang telah dibayar oleh Perdana Menteri daripada wang SRC ini.
    “Jika siasatan tidak dibuat dengan segera, maka keyakinan rakyat terhadap badan-badan semak-imbang ini akan terus terhakis, kredibiliti Malaysia juga akan terhakis. Bertindak segera atas laporan Sarawak Report tersebut.
    “Pendedahan sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan amat mengejutkan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
    Beliau berkata, budaya 'zipped-mouth' telah menjadi budaya politik Najib dan Umno.
    “Mana-mana kes yang melibatkan rasuah dan salah guna kuasa, mereka akan senyap seribu bahasa.
    “Bayaran jutaan ringgit tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap integriti pihak pendakwaan dan kebebasan badan kehakiman kerana Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara terdahulu bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan pertuduhan liwat 2.0 terhadap Anwar di mana beliau telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lima tahun,” katanya.
    Jelasnya, isu yang sebegini serius harus disiasat oleh polis kerana Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut.
    “Ia menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan rayuan tersebut.
    “Saya juga bersetuju dengan kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional, Muhammad Faiz Fadzil bahawa Bar Council perlu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Shafee berhubung dakwaan ini bagi membersihkan nama baik profesion ulung ini,” ujarnya.
    "Bukti bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa Perdana Menteri telah menerima wang daripada SRC International adalah kes prima facie wujudnya salah laku jenayah pecah amanah oleh Perdana Menteri," katanya.
    mdl
    dana-100-all

    Isnin, Jun 05, 2017

    Panas!! : Sindrom bisu jadi ancaman baru Malaysia


    Faiz Fadzil

    Iklan : www.kelabsimkad.com
    Pendedahan Sarawak Reports bahawa Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak telah menyalurkan sejumlah RM9.5 juta ke akaun peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan amat mengejutkan semua pihak.
    Kejutan (shocking) berkaitan berita tersebut telah melahirkan 2 reaksi berbeza. Segmen rakyat yang cintakan negara marah dan bertindak membuat laporan polis dan tuntutan siasatan dijalankan. Segmen pemerintah yang cintakan habuan dunia pula membisu seribu bahasa. Tidak pasti samaada sikap membisu ini disebabkan oleh perasaan takut atau masih teraba-raba mencari helah. Tiada seorang pun pemimpin Umno yang berani memberikan reaksi membela bos mereka yang kini terkapai-kapai mencari Syeikh Arab bagi melepaskan diri.
    Bayaran jutaan ringgit tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap integriti pihak Pendakwaan dan kebebasan badan Kehakiman kerana Tan Sri Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara terdahulu bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan pertuduhan liwat 2.0 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 5 tahun.
    Isu yang sebegini serius harus disiasat pihak Polis kerana Tan Sri Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut dan ia menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan rayuan tersebut.
    Pendedahan ini juga memberikan impak negatif terhadap profesion peguam kerana peguam perlu bertindak secara integriti dan digniti sepertimana yang termaktub dalam Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978. Bar Council perlu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Tan Sri Shafee berhubung dakwaan ini bagi membersihkan nama baik profesion ulung ini. Menjunjung prinsip bahawa keadilan perlu dilihat dilaksanakan, peluang untuk Tan Sri Shafee untuk memberikan penjelasan yang positif dan konkrit harus diberikan.
    Pendedahan ini adalah sesuatu yang amat jeopardise sistem pentadbiran negara kerana wang yang didakwa disalurkan tersebut adalah wang SRC International yang dipinjam daripada dana awam Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang didakwa oleh DOJ Amerika Syarikat sebagai wang yang telah diseleweng. Bukti bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa Perdana Menteri telah menerima wang daripada SRC International adalah kes prima facie wujudnya salahlaku jenayah pecah amanah oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri hingga saat ini tidak menafikan menerima wang tersebut, malahan tidak pula membayar balik kepada KWAP walaupun telah dibuktikan ianya wang KWAP.
    Seharusnya pihak Polis, SPRM dan Peguam Negara mengambil langkah segera agar siasatan dapat dijalankan di bawah pelbagai undang-undang jenayah termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap semua individu atau organisasi yang telah dibayar oleh Perdana Menteri daripada wang SRC ini. Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab undang-undang dan sosial untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang. Keluhuran undang-undang perlu sentiasa dijunjung dan dipelihara.
    Sikap Perdana Menteri yang terus membisu terhadap dakwaan salahlaku dalam skandal penyelewengan berskala mega ini menunjukkan tiadanya sifat akauntabiliti Perdana Menteri. Perdana Menteri perlu menjelaskan tujuan beliau membayar wang sebanyak itu dan adakah wang itu telah diisytiharkan kepada LHDN bagi pengauditan dan potongan cukai.
    Kelemahan Kerajaan dan pihak berkuasa menyelesaikan isu yang amat serius ini akan menghakis kepercayaan lebih ramai pelabur dan menyebabkan nilai ringgit semakin susut yang akhirnya mengakibatkan ekonomi negara semakin merosot dan kehidupan rakyat semakin tertekan dan menderita.
    Maka, dakwaan Perdana Menteri bahawa keadaan ekonomi akan lebih parah jika bertukar kerajaan adalah helah bagi menipu rakyat sedangkan isu korupsi yang menjerut beliau adalah isu tunjang kemerosotan ekonomi sekarang. Perkara ini adalah konsisten dengan kenyataan mantan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zety Akhtar Aziz bahawa ringgit hanya akan pulih jika isu 1MDB diselesaikan. Siasatan menyeluruh dan bebas terhadap Perdana Menteri adalah langkah pertama penyelesaian isu 1MDB.
    Namun, Perdana Menteri masih lagi bebas dan isu 1MDB tidak juga selesai kerana sikap membisu pihak berkuasa. Sikap membisu yang sedang melanda negara hari ini menjadi ancaman baru kepada kestabilan ekonomi dan demokrasi negara.
    Faiz Fadzil ialah timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional 
    mdl
    Picture

    Ahad, Jun 04, 2017

    PANAS!! : TSUNAMI TUN DR M PADA PRU14..INSYAALLAH

    Tun Mahathir Mohamad
    iklan : www.gajimasyuk.com
    Berikut adalah jawapan Tun Mahathir Mohamad tentang kemungkinan beliau bakal menjadi Perdana Menteri semula lantaran kebelakangan ini isu tersebut menjadi perbualan ramai dan diperkatakan di mana-mana.
    Beliau memberikan jawapan itu ketika menjawab soalan dalam program #HangpaTanyaChedetJawab versi 2 yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebooknya, semalam.
    "Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang seperti itu dan ini pula dipersetujui, mungkin saya terpaksa pertimbang.
    "Tetapi pada waktu ini, saya tidak bersetuju untuk jadi Perdana Menteri. Saya telah menyatakan setelah saya bersara, saya tidak akan menjadi Perdana Menteri semula,” tegasnya.
    Ditanya apakah peranan yang bakal dimainkan beliau sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menjadi penasihat.
    "Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu kerana saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, saya ada banyak pengalaman berguna.
    “Kalau pun ada kerajaan-kerajaan yang didirikan selepas PRU14, kalau saya diberi peluang untuk beri pendapat, kalau ada soalan-soalan memerlukan perbincangan, saya bersedia ambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian," katanya lagi.
    Apakah makna paling mudah untuk kita fahami daripada jawapan Tun Mahathir itu?
    Pertama, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri semula setelah Najib Razak disingkirkan.
    Kedua, keputusan melantik Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan memenangi PRU 14 mesti dilakukan melalui perbincangan dalam gabungan itu dan akhirnya satu keputusan konsensus hendaklah dicapai.
    Ketiga, kemungkinan Tun Mahathir kembali menduduki kerusi Perdana Menteri hanyalah jika terpaksa saja dan ia pula diputuskan oleh Pakatan Harapan sendiri.
    Keempat, berdasarkan pengalaman mentadbir dan beberapa kejayaan yang dicapainya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sebelum ini, Tun Mahathir hanya berharap untuk memberikan nasihat-nasihat berguna demi memulihkan kembali imej negara yang telah dirosakkan oleh Najib sejak 2009 yang lalu.
    Kelima, keinginan mencapai kemenangan dalam PRU 14, menjadi penasihat atau apa saja selepas itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada terus rosak dan musnah binasa.
    Tidak seperti Najib yang telah melakukan banyak kerosakan dan ingin memenangi PRU 14 semata-mata untuk menyelamatkan nasib dirinya, Tun Mahathir sebaliknya tiada apa-apa lagi kepentingan bersifat peribadi yang ingin diperjuangkannya.
    Sebagaimana beliau melepaskan jawatannya pada 2003 dahulu dalam keadaan negara aman dan makmur, Tun Mahathir bersedia "mengotorkan tangannya" sekali lagi dalam perjuangan menyingkirkan Najib, UMNO dan BN ini tidak lain adalah bagi memulihkan semula negara dan kemudian meninggalkannya buat kita semua dalam keadaan yang lebih baik dan sejahtera.
    Dalam menjangkau usia 92 tahun dan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan panjang umur oleh Tuhan, beliau dengan perjuangannya adalah untuk menyelamatkan kita semua.
    Apakah kita masih tidak mahu bersama dengan seseorang yang sepatutnya selesa bersara, tetapi masih terus berjuang kerana sayangkan negara dan dengan harapan generasi tinggalannya nanti dapat hidup dengan lebih selesa?
    mdl
    Picture