Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 05, 2012

Syura PAS: Demo BERSIH sesuai, selari syariat


Majlis Syura Ulama PAS menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dilihat bersikap negatif terhadap perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Badan tertinggi parti Islam itu berpendapat, perhimpunan pimpinan Datuk S Ambiga itu bukan sahaja tidak bercanggah dengan syariat, malah paling sesuai untuk menentang "kezaliman dan kemungkaran" pemerintah.

"Ia amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar," menurut kenyataan majlis yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik itu.

"Bahkan ia menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan Umno dan BN, yang membahayakan keselamatan negara dan terus menerus dengan cara kezaliman dan penipuan yang licik, bukan sahaja kepada PAS tetapi kepada orang Umno itu sendiri."

Majlis Syura Ulama PAS juga berkata, amalan demonstrasi mempunyai asas kuat menurut sunah dan sejarah Islam dan perkara "teknikal" seperti isu bergabung dengan bukan Islam bukan isu selagi tidak menghakis dasar Islam./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...