KUALA LUMPUR 29 Jun: Selain Zamil Ibrahim, Ahli Parlimen Indera 
Mahkota, Azan Ismail mendedahkan seorang bekas menteri Kabinet turut 
terlibat dalam menyogok ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk lompat parti.
“Mulanya malas mahu layan ajakan itu tapi  atas dasar ingin tahu, saya ikut ke sebuah hotel.
“Ada ahli parlimen lain di tempat perjumpaan dan kami semua ditawar untuk lompat parti tetapi tidak berbuat demikian.
“Kita juga akan buat pendedahan dalam bentuk visual yang lebih jelas, tepat dan nyata,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau sebelum ini, mendedahkan, pernah ditawar RM5 juta untuk lompat
 parti pada tengah hari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima 
bintang di Kuala Lumpur.
Azan juga mendedahkan perbuatan Zamil yang sebelum ini didedah 
sebagai ejen Umno untuk melakukan hal sama, didalangi seorang timbalan 
menteri sebuah negeri Barisan Nasional.
Beliau juga menyifatkan bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan 
Tanah Air (Kita) Kedah itu, sebagai seorang personaliti yang hanya layak
 menjadi ejen ‘jual-beli’ kambing.
“Zamil bukan sesiapa, hanya ambil kesempatan untuk ‘makan atas angin’ kerana mungkin diberi komisyen,” katanya./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...