KOTA BHARU, 7 Jun:
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pihak tertentu kerana telah berjaya
memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’.
Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak yang
menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota
Darulnaim semalam yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong,
penyodok pasir dan lain-lain lagi.
Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan
orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan pihak yang
lain (kerajaan negeri).
Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi kedai menjual
kereta terpakai milik anggota jawatankuasa Umno Bahagian Pengkalan
Chepa, Kasuadinata Dollah, 46, di sini hari ini.
Katanya, bangsa lain akan lebih menjauh dari Islam apabila melihat
hanya ini taraf pemikiran orang Melayu yang berniat untuk memalukan
sesama mereka.
“Tanpa mereka sedari akhirnya akan memalukan diri mereka sendiri
malah akan menimbulkan bangsa lain berasa benci untuk berkawan dengan
orang Melayu kerana sikap sedemikian,” katanya lagi.
Menurutnya, orang Melayu yang tidak begitu mengetahui pegangan agama
sendiri, tidak begitu kaya, tetapi berperangai pulak tidak senonoh di
mata.
“Insya Allah benda-benda begini akan terkena diri mereka sendiri akhirnya,” ujarnya.
Sementara itu, Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menziarahi mangsa kereta terpakai yang terbakar, Kasuadinata.
Pada kejadian 20 Mei lalu, tiga buah kereta terpakai yang akan dijual
untuk pelanggan terbakar kira-kira jam 1.00 pagi dipercayai perbuatan
khianat.
Tafsir kerugian tiga buah kereta jenis Mercedes, Honda Jazz dan Myvi, bernilai RM250,000./HarakahDaily
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Peduli apa kalau org Melayu bodoh (= tak cerdik ). Kau yg kata dulu yang kau hanya org Islam sahaja.
BalasPadam