Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Memaparkan catatan dengan label CELAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CELAKA. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 27, 2015

HOT!! : TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA YANG TIDAK MASUK AKAL..

Kemasukan tidak masuk akal
 
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini adalah satu keputusan yang tidak masuk akal, kata Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abd Hamid.
 
Menurutnya, jumlah itu terlalu besar apatah lagi jumlah pekerja asing berdaftar pada 2014 sudah mencecah 2.1 juta.
 
“Jumlah pekerja asing yang tidak berdaftar pula dianggarkan lebih daripada empat juta. Malah mengikut satu kenyataan Kementerian Sumber Manusia sendiri menyatakan bahawa pekerja asing di Malaysia dianggarkan berjumlah lebih 6.7 juta dan laporan tersebut turut menyatakan keadaan ini sangat membimbangkan.
 
“Ini bermakna jika dasar ini dilaksanakan, jumlah pekerja asing di Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26 peratus penduduk di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
 

Isnin, April 06, 2015

PANAS!! : NGO MELAYU BANTAH CUKAI ZALIM GST..

kad tambah nilai

BUTTERWORTH - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan menarik balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas kad tambah nilai prabayar.
  
Wakil NGO berkenaan, Anuar Faisal Yahaya berkata, GST yang dikenakan ke atas pengguna perkhidmatan prabayar adalah membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
  
"Kami wakil NGO Melayu di Pulau Pinang mendesak kerajaan mempertimbangkan untuk tidak mengenakan GST ke atas kad tambah nilai prabayar kerana kebanyakan mereka yang menggunakannya bukan dalam kalangan berpendapatan tinggi.


Rabu, April 01, 2015

HOT!! : ULAMA BESAR KERAJAAN HALALKAN GST...HE HE HE HE...

 

 Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang dikuatkuasakan pertama kali hari ini, adalah halal dan mengikut fatwa, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata pelaksanaan cukai itu dibuat berdasarkan kajian yang menyeluruh dan teliti.

Menurut Berita Harian, hasil kajian 35 tahun itu mendorong kerajaan memutuskan cukai baru itu distrukturkan secara berbeza dengan pelaksanaan cukai yang sama dilaksanakan di negara lain.



TERBONGKAR!! : NAJIB NAK TENGOK PAKATAN RAKYAT PECAH...

 

  Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan bahawa jemaah menteri tidak membincangkan mengenai rang undang-undang hudud.

Ditanya mengenai pendirian Datuk Seri Najib Razak berhubung isu berkenaan, Nazri berkata perkara itu sepatutnya dijawab sendiri oleh perdana menteri.

Najib sehingga ini masih belum menyatakan pendirian rasmi BN berhubung rang undang-undang tersebut.

Para pemimpin BN telahpun bermesyuarat mengenai isu berkenaan pada 19 Mac, pada hari yang sama DUN Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.



Ahad, Mac 29, 2015

MEMALUKAN!! : POLIS BEBASKAN MP JEMAAH ISLAM MALAYSIA

 

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dibebaskan hari ini setelah ditangkap awal pagi tadi tadi susulan penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan semalam.

Peguamnya Michelle Yesudas berkata, anggota Parlimen PAS itu dibebaskan kerana terdapat kesalahan dalam kertas siasatan,

“Peliknya kertas siasatan tidak lengkap, jadi mereka harus bebaskannya kerana terhadap kesalahan prosedur,” katanya kepada Malaysiakini.



HOT!! : POLIS TAHAN MP JEMAAH ISLAM..

 Khalid Samad ditahan, Mat Sabu dibebaskan

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad ditahan polis kira-kira jam 3.20 pagi tadi di rumahnya, difahamkan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan penahanan itu melalui kemas kini status Twitternya, awal pagi tadi.

“Penangkapan terbaru Ahli Parlimen Shah Alam subuh ini di bawah Akta Hasutan dan pemimpin-pemimpin PKR yang masih ditahan amat tidak wajar,” tulisnya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang ditahan kelmarin telah pun dibebaskan malam tadi.


Ahad, Mac 15, 2015

ISU HOT!! : 1MDB MEMBUAT KERAJAAN BN KALAH PRU14 NANTI...

 

Pandangan Tun Dr Mahathir bahawa kontroversi sekitar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan kekalahan BN dalam pilihan raya, dipersetujui pengkritik lantang syarikat itu Rafizi Ramli.

"Saya bersetuju dengan perkara-perkara yang dibawa oleh Tun Mahathir berhubung 1MDB.

Isnin, Mac 09, 2015

PRU14 LAMA LAGI : INI TIME REMBAT DUIT RAKYAT kan kan kan kan kan kan...

Hasan Malek

KUALA PILAH - Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.
  
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.
  
Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.
  
Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram.
   

Sabtu, Mac 07, 2015

NGO Bantah!! : GST untuk kad tambah nilai telefon


Yayasan Persatuan Pengguna Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) berharap syarikat telekomunikasi (Telco) tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pembelian kad tambah nilai dan pek permulaan bagi pengguna perkhidmatan prabayar.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata CBP sebanyak enam peratus yang akan dilaksanakan 1 April ini dilihat akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan pelajar yang menggunakan telefon bimbit prabayar.

"Lebih 80 peratus pengguna perkhidmatan prabayar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta pelajar sekolah dan penuntut di Institut Pengajian Tinggi.

BERITA HOT!! : KERANA ZAKAT TIDAK CUKUP..ITU SEBAB KERAJAAN BN LAKSANAKAN GST...kikikikiki

Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini berikutan yakin bahawa sistem percukaian baharu itu lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata keyakinan itu juga berdasarkan faktor tidak ada satu pun daripada 169 negara yang melaksanakan CBP menarik balik pelaksanaannya.

Kerajaan, katanya, amat yakin ia tidak silap dalam membuat keputusan untuk melaksanakan GST kerana ia adalah standard cukai antarabangsa.

Menurutnya, terdapat kira-kira 194 negara di dunia ini dan 169 negara atau 85 peratus daripadanya melaksanakan GST.

Jumaat, Mac 06, 2015

PASTI HOT!! : ANWAR TETAP BERUCAP DIPARLIMEN..

Ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap berkumandang di Dewan Rakyat walaupun beliau tidak mendapat kebenaran untuk menghadiri sesi Parlimen yang bermula pada 9 Mac.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah mengesahkan ucapan Anwar tetap akan disampaikan di Dewan Rakyat.

Malaysiakini difahamkan PKR akan melantik salah seorang ahli Parlimen untuk membaca ucapan bagi pihak Anwar dan Nurul Izzah, dijangka menyampaikannya.

Ahad, Mac 01, 2015

SESI HOT!! : JAHANAM KERAJAAN BN MAIN-MAINKAN RAKYAT..kesian...

 

Selepas harganya menurun sejak beberapa bulan lalu, harga bagi RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 25 sen, berkuatkuasa tengah malam ini.

Mulai 1 Mac, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter).

“Harga baru ini akan berkuatkuasa  bagi bulan Mac 201,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini.



Sabtu, Februari 07, 2015

Berita Buka Minda : Siapakah lelaki yang membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke masjid..?? Apa Tujuannya??

lelaki buang daging babi
 
BUTTERWORTH, 6 Februari: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air awal hari ini.
 
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.
 

Rabu, Januari 28, 2015

HOT!! : KEJAHATAN KERAJAAN NAJIB TERSERLAH..

Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada 22 Januari 2015.

Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya hari ini.

"Saya sahkan hari ini yang gaji bulan Januari saya tidak dibayar kepada saya.

Selasa, Januari 13, 2015

Siapa Eric Paulsen? Agen Amerikakah.???

LFL antara pertubuhan di Malaysia yang menerima dana daripada AS.
 
NAMA Eric Paulsen mula disebut sejak beberapa hari lalu susulan kenyataannya yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme atau fahaman pelampau pada setiap Jumaat.

Siapa beliau? Beliau adalah seorang peguam, yang juga pengarah eksekutif dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL).
Paulsen dilihat kerap bercakap mengenai pelbagai perkara mengenai Islam di akaun Twitternya, terutama mengenai hukum hudud.

Isnin, Januari 12, 2015

Dakwah : Pas minta kerajaan bendung program cemar maruah Islam

Pas
 
SHAH ALAM - Jabatan Alimat Dewan Ulamak Pas Pusat, menggesa kerajaan untuk menghentikan sebarang bentuk program yang menjerumuskan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam ke lembah penghinaan yang tidak disukai ALLAH.
 
Ketuanya, Mastura Ismail berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi telah  memberi isyarat kepada pemerintahnya agar menyekat budaya hiburan yang tidak menepati syariat.

Rabu, Disember 31, 2014

HOT!! : BERITA TAK BERAPE ELOK DARI KELANTAN...


Mengapa bantuan banjir ada gambar pemimpin Umno?

KUALA KRAI: Sukarelawan dari luar Kelantan mendakwa bantuan banjir kepada mangsa-mangsa agak lewat tiba di lokasi pemindahan disebabkan kerenah birokrasi.

Mereka mendakwa pihak berkuasa membuat sekatan di kawasan tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan menanyakan pelbagai soalan kepada kenderaan bantuan banjir.

“Mereka tanya permit bawa bantuan banjir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa sedang berdepan dengan kesukaran di tempat pemindahan banjir.

Ahad, Disember 07, 2014

ISU MAS : MELETUP!!! RAKYAT MALAYSIA BODOH KAH??

 MAS
http://biz-55.webs.com/

SHAH ALAM – Tindakan Khazanah Nasional Bhd melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) dilihat sebagai pembaziran kerana kerajaan perlu membayar gaji besar kepada beliau.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, sebagai negara yang telah lama menerajui dunia penerbangan, Malaysia sudah pasti memiliki calon tempatan yang lebih sesuai diberi tanggungjawab itu.

“Mereka mahu kurang perbelanjaan, tidak mahu bayar gaji begitu ramai tapi boleh ambil CEO dari luar negara,” sindirnya.

Menurutnya, Malaysia mempunyai pakar dalam bidang penerbangan kerana telah mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam industri itu.

“Kalau tanya saya, saya ada nama yang sesuai untuk dicadangkan, tetapi mereka tak tanya pun, ambil jalan mudah pilih orang luar,” katanya yang enggan mendedahkan nama itu.

Abdul Aziz adalah individu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan menubuhkan MAS pada 1972.

Menurut Abdul Aziz, beliau juga menolak pelantikan Mueller kerana orang luar tidak memahami masalah yang berlaku di negara ini.

“Malah dia juga tidak faham dengan budaya masyarakat Malaysia contohnya dari segi pekerja, untuk memahami (keadaan) itu juga ambil masa,” katanya.


Sabtu, Disember 06, 2014

HOT!! : MAHATHIR VS NAJIB RAZAK...SIAPA REBAH????

http://biz-55.webs.com/
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana penggantinya Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab kritikannya mengenai firma pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya, Najib tidak menjawab persoalan mengenai pelaburan 1MDB di bank luar pesisir Cayman Islands, yang disifatkannya sebagai satu “perjudian”.

Mahathir yang mengetuai pentadbiran negara selama 22 tahun itu berkata kerajaan sebelum ini akan menolak tawaran pelaburan berisiko tinggi seperti itu, walau dengan jaminan pulangan tinggi.

“Dahulu pun kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam dana lindung nilai (hedge fund) dengan jaminan pulangan 30%. Tetapi ia ditolak.

“Harus diingat satu dari hedge fund yang terbesar, LTCM (Long Term Credit Management) rugi besar dan mengheret bank dan pelabur ke arah muflis.

“Ia diselamat oleh pelabur yang terdiri dari Wall Street dan Kerajaan AS,” katanya lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tulisan itu menyimpulkan pemerhatiannya ke atas perjalanan perhimpunan agung Umno yang bersidang minggu lalu.

Khamis, November 27, 2014

Berita Pagi : Najib Ejen Amerika.??

http://biz-55.webs.com/
Kenyataan Umum
25 November 2014

Kertas Putih IS Dibentang Bukti Rejim Najib Razak Adalah Budak Amerika

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM) kecewa dengan tindak tanduk Perdana Menteri yang terus tunduk dan takut dengan Amerika Syarikat. Esok, 26 November 2014, Najib Razak akan menggunakan Parlimen Malaysia untuk membuktikan negara ini akan terus kekal mampu menjadi budak Amerika yang baik.

SAMM mendapat maklumat bahawa pada jam 11.30 pagi esok, Najib Razak sendiri akan membentangkan Kertas Putih mengenai IS (Islamic State). Desakan pembentangan kertas putih ini langsung tidak kedengaran tuntutannya dalam negara bagi menuntut penjelasan mengenainya selain daripada desakan Amerika Syarikat dan salakan 2-3 kerat pemimpin yang disusun bagi menunjukkan Malaysia adalah alat kepada Amerika Syarikat.

Kertas putih adalah satu cara berdasarkan sistem demokrasi berparlimen bagi memberikan penjelasan dan mencari kebenaran bagi sesuatu persoalan besar dalam negara. Mengapa Najib memilih IS?
Mengapa tidak ada kertas putih berhubung MH 370? Kenapa tidak ada kertas putih untuk MH17 dan insiden serangan di Lahad Datu? Atau mengapakah tidak dibentangkan laporan RCI berhubung isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah yang telah tertangguh lama dan juga telah dijanjikan oleh Menteri untuk dibentangkan pada sesi mesyuarat kali ini?

Jawapannya adalah mudah. Rejim yang ada hari ini tidak pernah mempedulikan rakyat sendiri. Isu MH17 dan MH370, kita tersepit dalam pertembungan politik dunia dan sangat ketakutan apabila diugut. Rejim Pemerintah langsung tidak mempunyai keberanian untuk bangkit mempersoalkan apa jua yang berlaku walaupun ia telah mengakibatkan nyawa ramai manusia melayang, harta benda dan kedaulatan negara sendiri.