Memaparkan catatan dengan label Bantah GST 1 mei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantah GST 1 mei. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 22, 2015

HOT!! : KERANA GST..RAKYAT MENDERITA...

 

Perbelanjaan purata isi rumah pada bulan pertama pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), meningkat sehingga 21 peratus dalam beberapa kategori, demikian menurut pembaca Malaysiakini yang mengambil bahagian dalam kaji selidik portal itu bulan lepas.

Responden diminta memasukkan tahap perbelanjaan mereka bagi sembilan kategori sebelum GST, dan berbuat demikian sekali lagi sebulan selepas GST dilaksanakan, untuk mengukur kesan cukai baru itu kepada kehidupan harian mereka.

Kerajaan sebelum ini mendakwa GST akan menurunkan harga senarai panjang barangan dan perkhidmatan dengan alasan kadar enam peratus cukai itu lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan sebelumnya, yang dikenakan ke atas kebanyakan barangan.



Sabtu, Mei 16, 2015

HOT!! : RAKYAT KENA MAIN DALAM TERANG-TERANG...KESIAN...

Telco

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memastikan pengenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berasaskan penggunaan bagi perkhidmatan prabayar telefon dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.

Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, SKMM dan Kastam juga memastikan semua syarikat telekomunikasi mematuhi arahan kerajaan untuk melaksanakan kaedah itu seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.

"Selain itu, pengauditan juga akan dilakukan bagi memastikan ketepatan nilai potongan GST berdasarkan nilai kredit yang telah digunakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rabu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kabinet bersetuju agar GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon dikenakan berdasarkan penggunaan.

Kerajaan juga bersetuju agar kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.

Jumaat, Mei 01, 2015

HOT!! : 15000 RIBU RAKYAT BANTAH HAPUSKAN CUKAI ZALIM GST..

 

GALERI FOTO

Perhimpunan menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, sebulan selepas ia diperkenal.

Ia kebetulan jatuh pada Hari Pekerja hari ini.

Berikut laporan langsung daripada wartawan Malaysiakini di lapangan:



4.50pm: KLCC – Kira-kira 1,000 masih tinggal di KLCC.

4.45pm: KLCC – Ucapan berkumandang sekurang-kurangnya di tiga tempat. Di depan Affin Bank, Setiausaha PKR Rafizi Ramli menyelar Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Masuk sekolah balik Ahmad Maslan. Dia tidak faham GST,” kata Rafizi.

4.25pm: Jalan Ampang – Suar dinyalakan menyebabkan asap oren menyelubungi kawasan itu.

Ia dikatakan dinyalakan oleh kumpulan “anarkis” yang tidak terlibat dalam jawatankuasa Kita Lawan.

"Ia dipercayai kumpulan sama yang membakar suar di depan Masjid Jamek.

4.20pm: KLCC - Penunjuk perasaan berdiam diri sebentar bagi menghormati suara azan yang sedang berkumandang. Sejurus tamat mereka menyambungnya dengan laungan takbir.

Kawasan di Jalan Ampang, dekat KLCC sesak. Penghadang dipasang bagi mengelakkan penunjuk perasaan memasuki halaman KLCC.

4.15pm: Jalan Ampang – Orang ramai dari Jalan Ampang membanjiri jalan. Jalan raya sesak teruk.

KLCC – Lebih ramai orang menuju ke arah kawasan itu. Dianggarkan kira-kira 15,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Aktivis orang kurang upaya (OKU) Isaiah Jacob berucap bahawa GST membebankan golongan itu.

“Kerajaan memang bangsat, mereka kejam. Mereka patut bantu orang kurang upaya,” tambahnya.


Khamis, April 30, 2015

SAH!! : CUKAI ZALIM GST TETAP DIKENAKAN KEPADA TOPUP PRABAYAR..

kad tambah nilai

CYBERJAYA - Isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, isian semula RM10 sebagai contoh akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST enam peratus.
  
Halim dalam kenyataan yang dikeluarkan SKMM berkata, agak mustahil‎ untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta.
  
"Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000," katanya.
  
Halim berkata ia juga melibatkan kos yang besar bagi pihak pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen pihak ketiga selain stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.
   

Selasa, April 28, 2015

HOT!! : PRU14 ADALAH "TSUNAMI RAKYAT" KERANA CUKAI ZALIM GST..

 Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat sekiranya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak ditambah baik dari segi pelaksanaannya, maka tidak mustahil BN akan berdepan ‘tsunami rakyat’.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN selama ini dapat bertahan kerana kehebatan dasarnya.

“Dalam politik, selama ini BN boleh bertahan biarpun menghadapi banyak isu ialah kerana ia menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Di sinilah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Hebatnya Mahathir beliau tidak usik perut rakyat, manakala GST mengusik perut rakyat.

“Manakala pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengusik perut rakyat. Jika ini tidak diatasi segera, PRU 14 nanti, yang berlaku bukanlah tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat,” katanya kepada Sinar Online.


Isnin, April 27, 2015

PRK : KEMPEN ANTI GST PANAS!! DI PERMATANG PAUH

Jamu udang kara sebagai protes GST

PERMATANG PAUH - Sebagai tanda membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penduduk Permatang Pauh akan dijamu dengan udang kara (lobster) bakar dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, ia dilakukan kerana makanan orang kaya itu dikecualikan dari GST.

"Makanan orang kaya seperti udang kara tidak dikenakan GST, Sebab itu kita mengambil keputusan mungkin Rabu atau Khamis ini, kita akan adakan BBQ udang kara tanpa GST.

"Lagipun,orang Permatang Pauh jarang makan udang kara kerana ia mahal. Kami akan membawanya ke sini agar mereka dapat makan kerana tiada GST," katanya ketika berucap sebelum melancarkan bilik gerakan besar PR di Simpang Tiga Masjid Kubang Semang, malam semalam.


Ahad, April 26, 2015

GST ISU UTAMA PRK PERMATANG PAUH..

 Datuk Saifuddin Nasution Ismail

BUKIT MERTAJAM - Jentera PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini, akan terus menumpukan isu Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST), kata Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Beliau berkata keputusan itu diambil berdasarkan maklum balas dari 28 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) PKR bahawa masyarakat Permatang Pauh lebih mengutamakan isu sistem pencukaian itu berbanding isu lain.

"Penerangan jentera kita tentang isu GST dan kesengsaraan akibat GST ini adalah isu yang paling teratas sekali menerima penerimaan dan sambutan yang baik dari rakyat.

"Contoh, dengan gerakkan jentera kami dari rumah ke rumah, pasar, tempat- tempat berhimpun penduduk, dengan menyebarkan risalah seperti ini, kami dapati petunjuk yang sangat terang dan jelas bagaimana rakyat begitu resah sekali akibat pelaksanaan GST," katanya pada sidang media harian PKR PRK Permatang Pauh, di bangunan Yayasan Aman, di sini hari ini.

Selasa, April 21, 2015

HOT!!! : ULAMA PAS DESAK SEMAK SEMULA FATWA CUKAI ZALIM GST..

 

Bersediakah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang cara perbelanjaan kerajaan berdasarkan kepada Laporan Audit Negara sejak 10 tahun lalu?

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata jika negara berdepan masalah kewangan, apa yang mesti dikaji ialah bagaimana negara berbelanja.

“Selagi kerajaan tidak berbelanja secara berhemah, sampai bila pun negara tidak akan memiliki hasil dan pendapatan mencukupi walaupun cukai dikutip bernilai berbilion ringgit," katanya dalam satu kenyataan.



Isnin, April 20, 2015

ISU GST : AKAN KALAHKAN KERAJAAN UMNO/BN DI PRK..

 Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Dalam politik semua boleh berlaku. Dalam konteks Permatang Pauh, kejutan itu mungkin, tetapi sukar.

Demikian respon  penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff ketika ditanya keberangkalian BN untuk merampas semula kerusi Permatang Pauh daripada PKR.

Agus berkata, kenyataannya itu adalah berdasarkan faktor kini yang dilihat tidak memihak kepada BN.

“Isu-isu semasa di Permatang Pauh seperti GST, 1MDB dan isu ekonomi lainnya tidak memihak kepada BN.

“Di samping serangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya kepada Sinar Online hari ini.


Khamis, April 16, 2015

HOT!! : MENTERI GST DAH TERASA BAHAMNYA..KAH KAH KAH KAH...

 

Umno akan mengadakan penerangan dan penjelasan besar-besaran berhubung pelaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menghalang cubaan pembangkang daripada menyebarkan maklumat tidak tepat semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya yakin penerangan dan penjelasan yang diberi akan dapat memberi keyakinan kepada rakyat khususnya penduduk.

"Sudah tentu GST akan menjadi sebahagian daripada isu utama yang akan dibangkitkan pakatan pembangkang sepanjang tempoh berkempen namun kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi penerangan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat tentang GST hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau yakin akan dapat membuktikan bahawa GST adalah jauh lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini.



Selasa, April 14, 2015

FATWA GST : HOT!! USTAZ UMNO CABAR ULAMA PAS...LAYAN..KIKIKIKI...

Fathul Bari

SHAH ALAM - Kerajaan Kelantan pimpinan Pas dicabar mengeluarkan fatwa bahawa semua cukai di bawah pentadbirannya adalah haram sebelum menyanggah hukum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada masa ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas Kelantan tidak sewajarnya menyalahgunakan dalil untuk menyerang pelaksanaan cukai baharu itu sahaja tanpa pemahaman mendalam.

"Sebenarnya, nas-nas tersebut adalah bersifat umum terhadap apa-apa cukai, jadi kenapa ditumpukan kepada GST sahaja, saya melihat ini ada usaha-usaha politik.

"Kalau hendak cakap cukai itu haram, saya minta Kerajaan Kelantan bercakap haram ke atas semua cukai, cukai pendapatan haram...cukai pintu haram...haramkan semua cukai, kenapa GST sahaja, tolong jangan selektif," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Sabtu, April 11, 2015

KERANA CUKAI ZALIM GST PERNIAGA MENGELUH..

 IMG-20150410-WA0005

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 10 hari lalu mengundang pelbagai rungutan daripada masyarakat.
Namun kali ini berbeza pula situasinya apabila peniaga kad tambah nilai pra bayar pula mengeluh berikutan pelaksanaan cukai baru itu.

Tinjauan The Rakyat Post di Kompleks Pertama mendapati, senario boikot jualan kad tambah nilai pra bayar dilihat semakin menular dalam kalangan peniaga.

Sebahagian besar pengunjung yang menggunakan perkhidmatan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan drastik yang diambil para peniaga di sini yang memboikot produk berkenaan.
Sebelum ini, tersebarnya beberapa foto premis jualan di laman sosial yang mempamerkan notis enggan menjual kad tambah nilai pra bayar disebabkan kadar GST yang didakwa menekan para peniaga.

Rabu, April 08, 2015

BUKTI!! GST CUKAI YANG ZALIM..

 Kedai jam naikkan harga sebab GST kena notis

SHAH ALAM -  Sebuah premis menjual jam tangan di sebuah pusat membeli-belah di Setia Alam dikesan menaikkan harga barang sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu.

Difahamkan, hasil pemeriksaan premis berkenaan menaikkan harga sempena pelaksanaan GST  dan apabila pembeli membayar barang di kaunter mereka sekali lagi mengenakan caj cukai berkenaan.

Menurut Pengarah Penguatkuasa KPDNKK  Selangor Abdul Rosik, pihaknya masih giat menjalankan operasi di sekitar negeri ini bagi mengesan premis atau peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

“Operasi turun padang ini membabitkan sembilan pegawai daripada KPDNKK dan dibantu enam pegawai dari Kastam Diraja Malaysia (KDRM).


Isnin, April 06, 2015

PANAS!! : NGO MELAYU BANTAH CUKAI ZALIM GST..

kad tambah nilai

BUTTERWORTH - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan menarik balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas kad tambah nilai prabayar.
  
Wakil NGO berkenaan, Anuar Faisal Yahaya berkata, GST yang dikenakan ke atas pengguna perkhidmatan prabayar adalah membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
  
"Kami wakil NGO Melayu di Pulau Pinang mendesak kerajaan mempertimbangkan untuk tidak mengenakan GST ke atas kad tambah nilai prabayar kerana kebanyakan mereka yang menggunakannya bukan dalam kalangan berpendapatan tinggi.


Jumaat, April 03, 2015

HOT!! : JEMAAH ISLAM MALAYSIA CABAR MAJLIS FATWA MALAYSIA BERKAITAN CUKAI ZALIM GST..

 

PAS mencabar kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) yang didakwanya bersekongkol mencari dalil bagi mengharuskan “kezaliman pemimpin” dalam isu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Alasan ini bukanlah pandangan syarie yang sebenar melainkan untuk menggembirakan hati pemimpin,” kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man .

Bermula dengan penuh kontroversi semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata pelaksanaan GST halal dan mengikut fatwa.

Muzakarah Jawatankuasa MFK yang bersidang pada Oktober 2014 membuat keputusan mengharuskan pemerintah mengutip GST selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.


Khamis, April 02, 2015

PANAS!! : LAGI MENTERI UMNO PENING..KERANA CUKAI GST..KEH KAH KAH KAH...

 

Kerajaan nampaknya memperolehi laporan yang bercanggah mengenai jumlah aduan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.



PANAS!! : KERANA CUKAI GST MENTERI UMNO PENING...KAH KAH KAH KAH...

 Kad prabayar sepatutnya tak kena GST

SHAH ALAM - Walaupun perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini belum sampai 24 jam, namun telah banyak reaksi negatif mengenainya telah diluahkan menerusi laman-laman sosial.

Ini termasuk rasa tidak berpuas hati pengguna dengan tindakan pengusaha syarikat telekomunikasi yang mengenakan GST terhadap kad tambah nilai prabayar walaupun ia sepatutnya dikecualikan GST.

Antara komen-komen di laman Facebook ialah  "aku beli top up RM10 kena tambah lagi 60 sen menyusahkan aku.

" Aku baru sahaja topup.. Memang kena GST... kata seorang pengguna Facebook.


Rabu, April 01, 2015

HOT!! : ULAMA BESAR KERAJAAN HALALKAN GST...HE HE HE HE...

 

 Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang dikuatkuasakan pertama kali hari ini, adalah halal dan mengikut fatwa, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata pelaksanaan cukai itu dibuat berdasarkan kajian yang menyeluruh dan teliti.

Menurut Berita Harian, hasil kajian 35 tahun itu mendorong kerajaan memutuskan cukai baru itu distrukturkan secara berbeza dengan pelaksanaan cukai yang sama dilaksanakan di negara lain.



GST : MEMPERINGATI 100 TAHUN [1915-2015] PERLAWANAN TOK JANGGUT MENENTANG CUKAI.


1915, 100 tahun lampau, bangkitnya satu sosok pejuang yang juga ulama’ mengobarkan ruh perjuangan dalam jiwa orang kampung di jajahan Pasir Puteh, menentang penindasan yang dilakukan oleh hegemoni zalim. Tok Janggut hadir untuk membebaskan rakyat Pasir Puteh daripada ditindas dengan pelbagai cukai yang zalim.

1 Januari 1915 Peraturan cukai tanah yang baru turut diperkenalkan pada kepada rakyat (100 Tahun selepas itu, peraturan cukai baru (GST) diumumkan pada 1 April 2015). Peraturan ini mewajibkan rakyat membayar cukai tanah samaada tanah yang diusahakan atau tanah tidak diusahakan. Berbeza dengan cukai sebelum ini yang menggunakan cukai berdasarkan hasil tanah, jika banyak hasil tanahnya maka banyaklah cukainya dan jika sedikit hasil tanahnya maka sedikitlah cukainya, atau dikecualikan langsung kepada tanah yang hasilnya tidak menjadi. Tetapi kali ini, samaada tanah itu diusahakan atau tidak diusahakan akan tetap dikenakan cukai yang tetap mengikut kelas-kelas tanah dari $0.40 sehingga $1.20 bagi seekar.

Selasa, Mac 31, 2015

PANAS!! : KERANA GST PELAJAR TANGGUNG KENAIKAN KOS...

 GST
 
SHAH ALAM - Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) mengadu menerima notis daripada pihak pentadbiran universiti mengenai kenaikan harga yuran pengajian, yuran asrama dan yuran berkaitan yang didakwa susulan pelaksanaan GST yang akan bermula esok.
 
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata, ini menyebabkan kos sara hidup mereka semakin meningkat.
 
"Kerajaan berjanji beberapa barangan dan perkhidmatan dikecualikan daripada GST. Antaranya sektor kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan.
 

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan