KUALA
 LUMPUR 4 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dijangka 
membahaskan usul tergempar berhubung penjualan dokumen rasmi sulit 
Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai kapal selam Scorpene kepada 
syarikat pertahanan Perancis pada sidang Parlimen Jun ini.
“Saya akan memohon agar satu usul tergempar pada sesi Parlimen akan 
datang seperti yang didakwa Suaram (Suara Rakyat Malaysia) di Bangkok 
pada 30 Mei lalu yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara,” 
katanya dalam satu kenyataan.
Nurul Izzah berkata, rakyat juga berhak menuntut Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Razak memberi kenyataan segera berhubung perkara ini 
kerana ia membabitkan keselamatan negara.
“Jika (dakwaan) benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada 
keselamatan negara kerana maklumat rahsia pertahanan yang lain mungkin 
(turut) dijual kepada agen asing.
“Jika tiada respon segera, rakyat harus sedia menerima akibat dari 
keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat,” kata Naib Presiden 
KEADILAN itu lagi.
Peguam Perancis, Joseph Breham sebelum ini mendakwa syarikat 
pertahanan Perancis, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada 
Terasasi (Hong Kong) Ltd untuk mendapatkan dokumen penilaian Tentera 
Laut Malaysia terhadap kapal selam Scorpene yang bakal dibeli.
Abdul Razak Baginda dan bapanya, Abdul Malim Baginda adalah pengarah 
Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas 
DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.
Pada 3 Jun lalu, Suaram mendesak kerajaan menjelaskan peranan 
Terasasi berhubung dakwaan menjual rahsia negara ini dan menuntut 
siasatan penuh dibuat, juga terhadap pegawai tinggi Kementerian 
Pertahanan dan Tentera Laut Malaysia.
Penasihat Suaram, Kua Kia Soong dipetik berkata, ia adalah satu 
kesalahan serius di bawah Akta Rahsia Rasmi dan boleh dihukum penjara 
seumur hidup jika didapati bersalah.
Sidang Parlimen kali ini dijadual bermula pada 11 Jun ini./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...