Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 08, 2012

Lagi!!! Kejahatan SPR Barua umno Di dedah...

 
Komas kesan 84 pengundi sama nombor IC lama
 
Gerakan hak asasi manusia - Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) - mendedahkan 194 kes berkaitan daftar pemilih dan yang paling bermasalah ialah 84 kes pengundi berkongsi nombor kad pengenalan lama.

azlanPenyelaras program kewarganegaraan dan program pendidikan
pengundi, Arul Prakkash berkata pengundi yang berkongsi nombor IC lama itu mempunyai nama yang berbeza dan nombor MyKad yang berbeza.

Arul berkata, dalam pendaftaran Miju Ojing dan Bok Chik Maarif dari Negeri Sembilan, nombor IC lama mereka mencatatkan 2008042.

Komas, melalui projek pemantauan pilihan raya - Jom Pantau -  telah menyaring lebih 500 aduan daripada 1,875 laporan yang dikemukakan sejak Februari, dan mengesan 194 kes tersebut.

Begitu juga dengan dua pengundi dari Johor - Siti Saripan dan Ang Lai Wang @ Low Lai Wa - uang disenarai mempunyai nombor IC yang sama - 3224270 - walaupun nombor MyKad mereka berbeza.

Dalam satu lagi kategori, Komas yang terbabit dalam program pendidikan pengundi sejak tahun 1990-an, berkata 38 pengundi dikesan mempunyai nama dan tarikh lahir yang sama.
Bagaimanapun, enam digit terakhir dalam MyKad mereka dan kawasan pilihan raya tempat mereka mengundi adalah berbeza.

Arul berkata berikutan pengesahan di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat dua orang Salamah Karim berusia 55 tahun - seorang dengan MyKad bernombor 570519-10-6034 dan mengundi dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang, manakala yang seorang lagi mempunyai MyKad bernombor 570519 -10-6050 dan mengundi di Sabak Bernam.

Satu lagi kes membabitkan seorang guru dan pasangannya  yang bertukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka./MalaysiaKini
 
 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...