Memaparkan catatan dengan label Dunia Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Islam. Papar semua catatan

Selasa, April 07, 2015

HOT!! : HIDAYAH MILIK ALLAH..

30 tahun kaji agama, sami peluk Islam

MELAKA - Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.

Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.

Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini.

Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.

"Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah.

Rabu, Mac 04, 2015

SESI DAKWAH : BERITA BAIK UNTUK UMAT MALAYSIA..

  al quran
 
SHAH ALAM - Naskhah tafsir al-Quran percuma akan hanya diberikan kepada orang bukan Islam yang mahu tahu lebih lanjut mengenai Islam.
 
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, beliau difahamkan pertubuhan bukan kerajaan, Malaysia Reverted Muslims (MRM) tidak pernah memaksa untuk mana-mana bukan Islam menerima al-Quran yang diberikan secara percuma melalui program mereka.
 
Sebaliknya, beliau berkata, al-Quran itu hanya diberikan kepada orang bukan Islam yang datang dan mendekati MRM untuk bertanya lanjut berkaitan agama Islam atau keliru dengan ajaran Islam.
 
"Sebagai contoh, jika ada yang mengaitkan Islam sebagai agama yang menganjur keganasan ia sama sekali tidak benar. Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi ganas atau militan malah Islam mengharamkan keganasan atau penindasan.
 

Jumaat, Februari 06, 2015

Dakwah : Pluralisme agama canggah akidah

  http://biz-55.com
 Iklan Penaja

PLURALISME  agama cuba menjadikan pelbagai agama itu sebagai sah dan benar. Lalu pendukung pluralisme agama menganggap semua agama adalah sama benarnya.

Bagi mereka inilah suatu cara bagaimana pelbagai agama disantuni supaya wujud kedamaian bukannya perbezaan atau pertelingkahan.

Umumnya kewujudan agama yang membawa sistem kepercayaan dan berlandaskan falsafah mempunyai kebaikan tertentu untuk penganutnya. Dalam Islam agama bukan hanya sebagai suatu sistem kepercayaan dan cara hidup, tetapi menjadikan akidah tauhid sebagai sesuatu yang amat pokok.

Inilah perbezaan yang paling utama antara Islam dan agama-agama yang lain. Akidah tauhid umat Islam tidak boleh disamakan dengan konsep triniti yang didukung oleh penganut Kristian. Akidah tauhid menjadi landasan membentuk tasawur atau world view Islam supaya unsur syirik tidak terjadi.


Sabtu, Januari 24, 2015

Pemuda PAS Kedah : 'Jangan sekadar riuhkan wasatiyyah'

Ahmad Tarmizi

ALOR SETAR – Kerajaan perlu tegas menentang penghinaan Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh akhbar satira Charlie Hebdo atas nama kebebasan bersuara.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, tindakan itu jelas suatu konspirasi untuk merosakkan imej Islam.

“Kami gesa kerajaan bukan sekadar meriuhkan konsep wasatiyyah dengan menyelar serangan pengganas di pejabat akhbar berkenaan, sebaliknya juga perlu tegas menyatakan alasan keganasan apabila Nabi kita dihina,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Khamis, Januari 22, 2015

BERITA PENTING : NAJIB UGUT RAKYAT MALAYSIA....

Police officers secure access to a residential building during investigations in the eastern French city of Reims

KUALA LUMPUR, 21 Januari: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan akan berlakunya serangan pengganas seperti yang berlaku di Paris kepada Malaysia.
Susulan daripada itu, kerajaan mengambil langkah awal untuk membendung aktiviti keganasan dengan menggubal Akta Anti Keganasan yang bakal dibentang di Dewan Rakyat pada Mac ini.
 
“Dalam keadaan sedemikian maka kerajaan pada akhir tahun lalu mengambil keputusan untuk membentangkan satu Kertas Putih di Dewan Parlimen memaklumkan kepada rakyat bahawa ini merupakan satu ancaman yang serius.
 

Sabtu, Januari 17, 2015

Sesi Dakwah : Khutbah tegur remaja 'fanatik' peluk artis

        
Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menegur sikap remaja yang didakwa fanatik dengan program hiburan melampau batas sehingga sanggup memeluk idola mereka di khalayak ramai.

Lebih sedih lagi, kata mimbar, ia berlaku ketika mangsa banjir di beberapa negeri dalam Malaysia berada dalam keadaan perit dan hiba.

“Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa oleh akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut.

“Bagi mereka yang cetek pemikiran, (mereka) menganggap ia hiburan semata-mata.


Selasa, Disember 23, 2014

KENAPA DAP TAKUT DENGAN HUDUD?? SEPATUTNYA KENA BERLAPANG DADA JIKA DAP IKHLAS..

PUTRAJAYA: Pemuda PAS Malaysia berharap Konsensus Pakatan Rakyat dihormati rakan-rakan dalam pakatan itu khususnya DAP berhubung isu hudud.

Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata jika PAS boleh menghormati DAP dengan agenda negara sekular mereka, maka rakan PAS itu juga perlu berlapang dada dengan agenda negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Khairil berkata demikian ketika ditanya wartawan di lobi Kementerian Kewangan, di Putrajaya selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, bagaimanapun berkata isu-isu berbangkit berkaitan hudud yang ditimbulkan kembali muktahir ini akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.


Isnin, Disember 22, 2014

SOKONGAN PADU : KEPADA Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam waran tangkap peringkat kod merah yang dikemukakan ke atas ulama’ tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Waran ini dikeluarkan oleh badan Polis Antarabangsa (Interpol) atas permintaan daripada kerajaan Regim As-Sisi Mesir, yang mengaitkan Al-Qaradhawi, dengan tuduhan menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vandalisme dan kecurian.

"Sesungguhnya dakwaan ini sangat berat memandangkan ia merupakan fitnah semata-mata," ujar Presiden Abim, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mengikut catatan dalam buku Thawrah sya'b (Kebangkitan Rakyat), ketika kemuncak kebangkitan rakyat di Mesir, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi tetap mempertahankan pendekatan tunjuk perasaan secara aman walau diminta berkali-kali untuk membenarkan rakyat Mesir menggunakan kekerasan sebagai tindak balas terhadap kekejaman yang dilakukan oleh pihak polis serta samseng upahan Hosni Mubarak.

Kata beliau, walaupun ramai rakyat Mesir yang dibunuh secara kejam, Yusuf Al-Qaradhawi tetap menyeru rakyat Mesir untuk meneruskan perhimpunan serta protes secara aman.

Sesi Dakwah : Pelancong Jerman Masuk Islam di Kota Bharu..Allahu Akbar!!!

 Gambar: Sesi Dakwah..

Kredit : TV Wau : Media Baru Kelantan

Rasa terharu seteleh selesai mengajar dua kalimah syahadah kepada George Karsten Weissig , 46 tahun dan anaknya Macauley Weissig, 8 tahun, zohor tadi di Masjid Muhammadi Kota Bharu.
Mereka dua beranak beragama Kristian, datang dari Jerman dengan tujuan melancong di negeri ini. Mereka berada di negara ini baru seminggu dan tertarik dengan Islam setelah diberi penerangan tentang Islam oleh Brother Mohamed Michael yang sentiasa menjadi ahli jemaah masjid ini.

Hari ini mereka telah memilih Masjid Muhammadi untuk melafazkan dua kalimah syahadat itu. Si Ayah telah memilih nama Islamnya, Abdul Rahman, sementara si Anak, memilih nama Muhammad.

Ahli jemaah masjid ini tidak melepaskan peluang untuk memberi sumbangan samah seriyal kepada saudara baru kita ini yang berjumlah RM 2,031 secara kilat. Saudara Abdul Rahman Weissig ini menyatakan bahawa beliau akan berusaha mengajak isteri dan dua orang anak perempuannya yang masih beragama Kristian di negaranya, agar menerima Islam sebagai agama keluarga mereka.

Ya Allah..Engkulah Yang Maha Pemberi Hidayat...

- Ust Rosli Che Soh (Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu)

Rasa terharu seteleh selesai mengajar dua kalimah syahadah kepada George Karsten Weissig , 46 tahun dan anaknya Macauley Weissig, 8 tahun, zohor tadi di Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Mereka dua beranak beragama Kristian, datang dari Jerman dengan tujuan melancong di negeri ini. Mereka berada di negara ini baru seminggu dan tertarik dengan Islam setelah diberi penerangan tentang Islam oleh Brother Mohamed Michael yang sentiasa menjadi ahli jemaah masjid ini.


Hari ini mereka telah memilih Masjid Muhammadi untuk melafazkan dua kalimah syahadat itu. Si Ayah telah memilih nama Islamnya, Abdul Rahman, sementara si Anak, memilih nama Muhammad.

Ahli jemaah masjid ini tidak melepaskan peluang untuk memberi sumbangan samah seriyal kepada saudara baru kita ini yang berjumlah RM 2,031 secara kilat. Saudara Abdul Rahman Weissig ini menyatakan bahawa beliau akan berusaha mengajak isteri dan dua orang anak perempuannya yang masih beragama Kristian di negaranya, agar menerima Islam sebagai agama keluarga mereka.

Ya Allah..Engkulah Yang Maha Pemberi Hidayat...

Ust Rosli Che Soh (Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu)

Kredit :  TV Wau : Media Baru Kelantan

Rabu, Disember 17, 2014

HUDUD : Hudud sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Kerajaan Pusat

NIK MOHAMAD ABDUH

SHAH ALAM - Pas tidak akan menarik kembali  perjuangan untuk melaksanakan hudud walaupun mendapat tentangan daripada rakan komponen, DAP.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perjuangan Pas terhadap isu itu bukan baru tetapi sudah melangkaui 20 tahun.

Menurutnya, pelaksanaan hudud sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Kerajaan Pusat dan tiada sebab untuk Pas menghentikannya.

“Dulu... kita dapat 'lampu merah', macam-macam dihalang. 20 tahun Pas terus berusaha untuk hudud. Tetapi sekarang BN dah buka jalan. Kita juga sudah melepasi negeri, jadi tidak ada sebab untuk mana-mana pihak nak mintak Pas berhenti.

“Konsensus negeri (Kelantan) juga sudah setuju di mana Umno dan Pas setuju untuk laksanakan (hudud), seharusnya keputusan ini dihormati,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Pas memegang dasar demokrasi dan yakin untuk bentangkan Rang Undang-undang mengenai hudud di Parlimen.

Sabtu, Disember 13, 2014

Jumaat, Disember 12, 2014

Masya Allah, : Puluhan Orang Masuk Islam Setelah Tonton Video Ini


Di era modern ini, banyak sarana dakwah baru yang bisa dimanfaatkan. Salah satu sarana yang cukup efektif dan menarik adalah melalui video. Dengan video, obyek dakwah disuguhi dakwah secara visual sekaligus auditorial. Sehingga selain menarik, dakwah yang dikemas dalam video menjadi lebih mudah dipahami.

Salah satu video yang cukup fenomenal adalah video berjudul “The Meaning of Life” ini. Melalui video berdurasi 6 menit 51 detik ini umat manusia diajak merenungi begitu banyaknya waktu yang telah dilewati, namun banyak manusia yang tidak menyempatkan diri untuk berpikir tentang apa yang dilakukannya selama ini.

Video produksi Talk Islam ini mengajak umat manusia merenungi bagaimana proses perjalanan manusia di dunia, untuk apa manusia diciptakan dan apa yang akan terjadi ketika manusia sudah meninggal. Dari mana manusia berasal, untuk apa ia hidup dan akan ke mana setelah hidup.

Isnin, Disember 08, 2014

Dakwah : Pelbagai aliran, Islam tetap satu

http://biz-55.webs.com
 
DALAM sejarah Islam, sikap permusuhan akibat perbezaan pemikiran, pendapat dan pegangan politik telah menjerumuskan ummah ke jurang nestapa dalam menjalani kehidupan. Kita mungkin boleh meneladani sejarah lalu bahawa dengan permusuhan sesama kita dalam pemikiran politik hanya melanjutkan pertentangan yang tidak kunjung padam.

Perseteruan antara pelbagai aliran pemikiran, misalnya kelompok yang berpegang kepada prinsip kedekatan dengan Nabi Muhammad SAW, telah menjadikan wujud sengketa yang hingga kini masih menjadi asas. Sesetengah kelompok atau aliran menganggap bahawa fahaman mereka sahajalah yang terbaik dan menjadi pewaris Islam sebenar.

Hakikatnya dendam antara aliran-aliran dalam Islam terus membara tanpa noktah dan menjadi masalah dalam penyatuan Islam sehingga melahirkan konflik berdarah.

Dr Johan Effendi, dalam satu tulisannya pernah melukiskan keluhan seorang rakannya mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam: “Tuhan kita tetap satu, Nabi kita Muhammad SAW juga satu, Kitab Suci kita pun satu, tetapi kita tidak pernah satu dalam segala hal. Kita terpecah-pecah dalam berbagai fikrah politik dan mazhab fikah dengan tingkat fanatisme yang tidak masuk akal. Akibatnya, kita mudah dikalahkan oleh golongan lain yang lebih kecil tetapi terurus lebih baik. Jadilah kita umat dengan pengakuan masa lalu yang jaya, tetapi menemukan diri dalam sudut masa kini yang miskin.” (Menemukan Makna Hidup, 2001: 101-102)

Selasa, November 18, 2014

Dunia Islam : Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi hairan UAE senarai Ulama Sedunia pengganas

http://biz-55.webs.com/h

KESATUAN Ulama Sedunia dengan ketuanya seorang ulama Mesir yang berpusat di Qatar, Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, semalam menyatakan rasa terkejut kerana pertubuhan yang dipimpinnya itu dimasukkan dalam senarai pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE), lapor Islampos.

Sabtu lalu, kerajaan UAE secara rasmi mengeluarkan lebih daripada 82 organisasi termasuk Ikhwan Muslimin Mesir dan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai kumpulan pengganas, selaras dengan undang-undang persekutuan tentang pembanterasan terorisme. Dan Kesatuan Ulama Sedunia juga termasuk dalam senarai pengganas versi UAE itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Kesatuan Ulama Sedunia mendesak UAE untuk menggugurkan mereka dari senarai pengganas dengan berkata kesimpulan UAE tidak didasarkan pada analisis atau penyiasatan sama ada legal, logik atau rasional.

Rabu, November 12, 2014

Berita N. Kelantan : Kelantan sudah lama laksanakan perundangan Islam. MB




KOTA BHARU: Pada zaman pemerintahan Sultan Mansor, Undang-Undang Syariah dilaksanakan di Kelantan termasuk hukum hudud dan qisas.

Begitu juga pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke-III, baginda turut menguatkuasakan undang-undang Islam.http://biz-55.webs.com/

“Baginda menyambung usaha pelaksanaan undang-undang syariah yang telah dimulakan sultan-sultan terdahulu termasuk Sultan Muhammad Ke-II dan Sultan Ahmad,” kata Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Berucap di Istana Balai Besar di sini sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan yang Ke-45 Sultan Muhammad V katanya, rahsia kejayaan Kelantan kerana rakyatnya tunduk patuh kepada perintah Allah Taala. (Foto atas)

Menurut beliau lahirnya ramai ulama di negeri ini kerana kehebatan sultan yang menaungi pemerintahan negeri.

“Justeru patik turut menyatakan hasrat untuk menjadikan 2015 sebagai tahun permulaan ke arah pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam dan persiapan ke arah itu sudah berada di peringkat terakhir.

“Oleh kerana sebahagian bidang kuasa pelaksanaan Undang-Undang Syariah berada di bawah bidang kuasa Persekutuan, maka pelaksanaannya di Kelantan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan,” ujarnya.

Selasa, November 11, 2014

PRESIDEN PAS : DESAK KERAJAAN TOLAK ROH UNDANG-UNDANG SEKULAR KAFIR.

http://biz-55.webs.com/ 

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malaysia membebaskan kerangka perlembagaan negara ini daripada ditafsir oleh Suruhanjaya Reid.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata, banyak kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran negara ini adalah kerana mengikut penafsiran suruhanjaya tersebut yang disifatkannya 'tiada roh' agama di dalamnya.

"Kita sepatutnya hendaklah memerdekakan fikiran kita daripada Suruhanjaya Reid yang menafsirkan perlembagaan Islam agama persekutuan.

"Kita mesti menafsir Islam itu sebagaimana ajaran Islam itu sendiri dan bebas dari kepompong takrif Suruhanjaya Reid yang membataskan Islam dalam hal-hal yang tertentu yang tidak menjadikan Islam agama yang sempurna yang lengkap dan boleh menyelesaikan masalah," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, peringkat Jawatankuasa  di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Presiden PAS berkata, pengaruh Islam sebenarnya banyak diadaptasi oleh negara-negara barat khususnya British melalui orientalis.

Ia termasuk soal pentadbiran, kehakiman dan sistem demokrasi.

"Cumanya British ni tidak ada roh, tidak ada perhitungan dosa dan pahala. Jadi kita masukkan sahaja perhitungan ini dalam sistem pentadbiran kita.

"Ini peranan Jakim dan badan islam di Jabatan Perdana Menteri untuk membuat kajian dengan serius," katanya.

Beliau turut memberi contoh, masalah undang-undang negara yang gagal mengatasi masalah jenayah sekalipun hukuman yang dikenakan adalah berat.

"Walaupun hukuman sangat keras, bunuh, sebat...puncanya tak ada roh. Ini perbezaan undang-undang Syariat Islam dengan undang-undang barat.

"Syariat Islam ada roh, aspek spritual. Walaupun hukuman dianggap tidak keras, sebatan tidak memecahkan kulit, tidak mencederakan badan, tetapi (dibuat) dikhalayak ramai, boleh memalukan pelaku, memberi pengajaran kepada orang lain," katanya.

Ahad, November 09, 2014

TERBUKTI!! : MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM.

http://biz-55.webs.com/ 

KUALA LUMPUR: Terlalu lama negara kita tersangkar dalam sebuah kehidupan yang mengenepikan Islam sebagai cara hidup, kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Akhirnya, kata beliau Islam menjadi asing kepada rakyat umum kecuali hanya dalam perkara ibadah rutin seperti solat, puasa, zakat dan haji.

"Soal undang-undang Islam sangat jauh dari pemerhatian dan pengetahuan kebanyakan masyarakat kita hari ini," tulisnya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat menerusi facebook.

Malah, ujar beliau terdapat sebahagian umat Islam yang bersikap prejudis terhadap syariat dan undang-undang Islam.

Katanya, kalaupun mereka mahukan Islam, Islam yang mereka mahu hanyalah Islam tanpa syariat.

Menurutnya, mereka mendakwa bahawa syariat Islam tidak akan dapat memberi keadilan kepada rakyat khasnya non muslim, sedang undang-undang Islam ini tidak pernah diberi peluang untuk berdaulat dan dikuatkuasakan dalam pemerintahan moden negara kita sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta Allah swt.

Tambahnya, mereka bimbang tiada keupayaan dan kemampuan melaksanakan undang-undang Islam lalu mendatangkan fitnah kepada Islam.

Persoalannya, ujar beliau negara kita telah merdeka lebih 50 tahun dan telah berjaya melahirkan ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang sama ada menerusi universiti dalam negara mahupun yang dididik di luar negara.

"Jika isu kepakaran tenaga menjadi halangan untuk perlaksanaan undang-undang, bukankah universiti dalam negara kita mempunyai fakulti undang-undang Islam?" tanya beliau.

Justeru, beliau menggesa supaya dimanfaatkan pensyarah dan 'best student'nya untuk membantu perlaksanaan syariat atau undang-undang Islam.

Firman Allah swt:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. 

hd

Sabtu, November 08, 2014

Ajaran Sesat : Mufti Selangor Sudah Bertemu SIS sebelum Fatwa dikeluarkan.

http://biz-55.webs.com/ 

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Selangor (JMNS) menafikan dakwaan kononnya tiada sebarang pertemuan dibuat dengan Sisters In Islam (SIS) sebelum Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama diwartakan 17 Julai lepas.
   
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid dalam satu kenyataan berkata, satu pertemuan bersama SIS dan anggota Jawatankuasa Fatwa negeri diadakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 12 Januari, 2012 di Bilik Mesyuarat JMNS.
  
"Pertemuan yang dipengerusikan Mufti Selangor dihadiri seramai lapan wakil SIS antaranya Zainah Mahfoozah Anwar, Datin Paduka Marina Mahathir dan Ratna Osman," katanya.
  
Baru-baru ini, SIS dilaporkan mahu memohon semakan kehakiman mengenai fatwa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mengisytiharkan pertubuhan itu membawa fahaman sesat iaitu liberalisme dan pluralisme. 

sh

Ajaran Sesat SIS : Fahami kebebasan bersuara dalam Islam

http://biz-55.webs.com/KEBEBASAN bersuara dan perbezaan pandangan dalam Islam perlu difahami dalam konteksnya yang sebenar.

Ia tidak boleh disalah ertikan sehingga menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan menolak ajaran Islam.

Perbezaan pandangan yang dikemukakan oleh Sisters in Islam (SIS) adalah di luar daripada ruang lingkup yang dibenarkan.

Tidak dapat dinafikan Islam membuka ruang untuk kebebasan bersuara dan berbeza pandangan.

Mazhab-mazhab Feqah yang ada dalam Islam menggambarkan keluasan dan kebebasan dalam mengemukakan pandangan.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jangan ada di kalangan kamu yang bersembahyang Asar kecuali di perkampungan Yahudi Bani Quraizdah." Sebahagian sahabat r.a. berada dalam waktu Asar ketika dalam perjalanan (sebelum sampai di perkampungan Bani Quraizdah). Sebahagian mereka berkata: "Kita tidak akan sembahyang Asar kecuali setelah sampai di sana." Sebahagian yang lain pula berkata: "Bahkan kita sembahyang sekarang. Nabi tidak berkehendakkan demikian." Peristiwa perbezaan pandangan di kalangan sahabat tersebut telah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda tidak mencela sesiapa pun daripada kalangan mereka.

Jelasnya, perbezaan pandangan dan kebebasan bersuara dalam Islam ditonjolkan melalui tindakan Rasulullah s.a.w. yang tidak menyalahkan sesiapa pun di kalangan sahabat dalam peristiwa tersebut.

Jumaat, November 07, 2014

Ajaran Sesat : Kenali pemikiran kelompok Islam Liberal

http://biz-55.webs.com/ 
   TERJAHAN kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut ummat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi. Isu ini makin menjadi hangat dengan polemik SIS dan juga Majlis Fatwa dan juga pihak berkuasa agama yang lain.

Bentuk-Bentuk Pemikiran Golongan Islam Liberal

1. Mereka menganut fahaman pluralisme

Iaitulah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran".

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut;

a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup.

b. Kerana terpengaruh dengan fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan