Kes Bukit Kepong: Pengadu mahu Mat Sabu dibebas
11 Jun 2012
Mat Sabu (depan) diiringi penyokong dan peguamnya sebaik tiba di Mahkamah Butterworth
untuk menghadapi prosiding perbicaraan.
untuk menghadapi prosiding perbicaraan.
 BUTTERWORTH - Perbicaraan hari pertama membabitkan Timbalan Presiden 
Pas, Mohamad Sabu berkaitan isu kenyataan berkenaan dengan komunis Bukit
 Kepong di Mahkamah Butterworth di sini, hari ini yang awalnya dijangka 
akan berlangsung panas bertukar mengejutkan banyak pihak.
 Ini kerana saksi pertama,Visva Nathan,75, pesara polis yang dipanggil 
memberi keterangan, tiba-tiba mengejutkan semua yang hadir mengikuti 
perbicaraan itu apabila membuat pengakuan memfitnah Mohamad, yang turut 
dikenali sebagai Mat Sabu, dan  pada masa yang sama, meminta maaf kerana
 membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan 
akhbar tersebut semata-mata.
 "Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," 
katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Sesyen 
di sini hari ini sebaik selesai membaca dua laporan akhbar berbahasa 
Melayu dan teks ceramah Mat Sabu yang jelas menyatakan tiada perkataan 
komunis yang tertera dan diucapkan oleh tertuduh yang menjadi asas 
pendakwaan itu.
 Pengakuan pesara polis dari Raub, Pahang itu dibuatnya selepas diasak 
bertubi-tubi oleh peguam bela Muhammed Hanipa Maidin yang mewakili Mat 
Sabu, berkaitan ketiadaan perkataan komunis yang diungkapkan oleh Mat 
Sabu dalam akhbar yang menyiarkan berita berkenaan.
 Malah saksi itu juga mengaku tidak terdapat perkataan komunis dalam 
teks ucapan Mat Sabu selepas ditunjukkan kepadanya semua dokumen 
berkenaan semasa berdiri dalam kandang saksi dalam prosiding, hari ini.
 Beliau turut berkata, dakwaan terhadap Mat Sabu yang terkandung dalam 
laporan polis yang dibuatnya pada 27 Ogos tahun lalu berkaitan isu itu 
hanya bersandarkan pada laporan akhbar bahasa Melayu yang dibacanya.
 Pada awal perbicaraan beliau menjawab dengan tenang semua soalan yang 
dikemukan oleh Muhammed Hanipa, tapi nadanya bertukar sebaliknya sebelum
 didengar mengiyakan dan memohon maaf atas perbuatannya itu.
 Sebaik Nathan berbuat demikian,suasana mahkamah yang hening sebelumnya 
bertukar menjadi hampir bising apabila hadirin mula menghela nafas 
termasuk berpandangan antara satu sama lain dan berada dalam kehairanan.
 Bagaimanapun suasana berjaya ditenangkan oleh pegawai polis yang 
bertugas dengan meminta hadirin diam dan menumpukan perhatian kepada 
perbicaraan.
 Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota 
polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah 
di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
 Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka 
yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis
 Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan 
yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.
 Mat Sabu diwakili oleh barisan peguam yang terdiri dari Muhammed 
Hanipa, Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli manakala 
pendakwaan dikendalikan oleh Yusaini Amer Abd Karim.
 Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 13, 16 dan 17 Jun ini untuk sambungan perbicaraan.
 Sementara itu Muhammed Hanipa yang ditemui berkata, pihaknya akan tetap
 membuat rayuan kedua di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk mengenepikan
 dakwaan yang dikenakan terhadap Mat Sabu selepas usaha pertama berbuat 
demikian di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu ditolak.
 Mat Sabu yang mengenakan baju kemeja putih dilihat sering tersenyum 
sepanjang prosiding berlangsung termasuk ketika berada dalam kandang 
orang kena tuduh./SinarHarian
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...