Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mac 31, 2017

HOT!! : USTAZ HADI PERLU LETAK JAWATAN

Husam

Husam


KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama jawatankuasa parti meletakkan segera jawatan mereka.

Gesaan itu dilakukan Husam berikutan kegagalan Pas untuk membentangkan RUU 355 di Parlimen yang selama ini rancak diusahakan.
Husam berkata, kejutan buat Pas itu sudah dijangka berlaku biarpun BN memberi keyakinan kepada rakyat RUU 355 boleh dibentangkan di Parlimen.


www.gajimasyuk.com

“Secara ringkasnya, saya minta Presiden Pas dan jawatankuasa Pas meletakkan jawatan secara bersama. (Sebab) yang berlaku ini satu tindakan politik merosakkan nama Pas.

“Dia telah memecahbelahkan pakatan pembangkang, pecahbelahkan Pas dan meletakkan Pas sebagai satu badan politik yang tidak dapat difahami oleh rakyat jelata,” katanya kepada media semalam.
Mengulas lanjut, Husam memberitahu, semasa beliau masih berada di dalam Pas lagi perkara sebegini telah dibincangkan namun tidak diendahkan.

“Tetapi tiba-tiba RUU 355 dibawa secara persendirian oleh Ahli Parlimen Marang tanpa persetujuan jawatankuasa Pas Pusat pada waktu itu,” katanya.

Husam berkata, Abdul Hadi tidak boleh melepaskan diri kerana telah mencemarkan kredibiliti Pas.

sh

HOT!! 🔥BUAT DUIT CARA BARU!!!

HANYA KLIK LINK YG DIBERI JIKA ANDA NAK TAHU RAHSIA INI, RAMAI LAGI YG BELUM TAHU!!
JOM!! DAFTAR LAJU-LAJU




Macam best je...

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]


Khamis, Mac 30, 2017

PH (PKR) TERENGGANU ADA STRATEGI UNTUK TUMBANGKAN UMNOBN PADA PRU14.

Azan IsmailAzan IsmailPKR Terengganu akan terus kekal sebagai pembangkang dan meneruskan kerja-kerja politik bersendirian jika Pas mengambil keputusan menghentikan kerjasama politik kedua-dua parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
Pengerusi PKR Terengganu merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail berkata gerak kerja dan motif PKR Terengganu sekali-kali tidak akan berubah dalam usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
"Saya (PKR) akan terus kekal sebagai pembangkang. Apa sahaja yang berlaku akan berbalik kepada pengundi dan saya percaya para pengundi di negeri ini matang dalam membuat keputusan untuk memilih parti mana yang menjadi pilihan mereka kelak," katanya kepada Bernama.
Azan diminta mengulas laporan media pada Selasa, mengenai keputusan empat kawasan PAS Terengganu yang sebulat suara mahu membawa usul menghentikan kerjasama politik dengan PKR pada Muktamar PAS di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan.
Empat kawasan itu ialah Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Mengulas mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi PKR pada PRU ke 14, beliau berkata perkara itu belum dibincangkan, namun yang pasti katanya pembangkang mempunyai strategi yang kukuh dalam memastikan BN tidak lagi memerintah negeri itu kelak.
"Meskipun Pas mahu bertanding di semua 32 kerusi sekalipun, itu adalah keputusan dia dan kita (PKR) tak boleh ikut keputusan sebegitu dan bermakna akan ada pertandingan tiga penjuru nanti.
"Namun kita (pembangkang) mempunyai garis panduan yang kukuh untuk menentang BN dan saya sendiri akan tetap bertanding melawan BN dalam PRU akan datang," katanya.
mdl

HOT!! 🔥BUAT DUIT CARA BARU!!!

HANYA KLIK LINK YG DIBERI JIKA ANDA NAK TAHU RAHSIA INI, RAMAI LAGI YG BELUM TAHU!!
JOM!! DAFTAR LAJU-LAJU



Macam best je...

Iklan Berbayar

      

Rabu, Mac 29, 2017

Parti Islam Amanah : Seminar pemikiran Tok Guru Nik Aziz Nik Mat diterus

 Mohamad Sabu
Mohamad Sabu


SEREMBAN - Parti Amanah tetap bertegas untuk meneruskan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz walaupun mendapat bantahan.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, penganjuran seminar itu tidak perlu dibatalkan kerana ia bukan satu kesalahan walaupun keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak agar tidak diteruskan.


“Kita akan teruskan juga. Siapa pun bantah kita tak layan. Itu adalah seminar biasa dan Tok Guru adalah milik semua," katanya ketika ditemui ketika menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Dewan City Kingdom, di sini, semalam.

Mohamad berkata demikian sebagai mengulas tindakan keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz yang membuat laporan polis meminta penganjur membatalkan program tersebut yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, 9 April ini.


Kelmarin, anak kelima Allahyarham, Nik Adli mewakili ibunya, Datin Sabariah Tun Ishak mendesak supaya penganjur membatalkan seminar tersebut yang dianggap sebagai satu penghinaan dan memberi imej tidak baik kepada Allahyarham bapanya serta keluarga.

sh

IKlan Berbayar



Selasa, Mac 28, 2017

TAHNIAH!!! : Majlis Presiden setuju nama Pakatan Harapan didaftarkan dengan RoS

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengumumkan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan bahawa gabungan itu akan didaftarkan dengan RoS dengan nama Pakatan Harapan. Gambar Malaysiakini.Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengumumkan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan bahawa gabungan itu akan didaftarkan dengan RoS dengan nama Pakatan Harapan. Gambar Malaysiakini.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mencapai kata sepakat untuk mendafatarkan Pakatan Harapan secara rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu mengumumkan, nama Pakatan Harapan akan dikekalkan dalam permohonan itu.
Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat di bangunan Parlimen, petang tadi dengan penyertaan semua pemimpin dari ke empat parti itu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Mohamad sendiri.
Datuk Seri Mohamad Azmin Ali kelihatan mewakili PKR dalam mesyuarat itu di samping pemimpin PKR yang lain. Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail masuk ke hospital hari ini dan tidak boleh menyertai mesyuarat. Datuk Seri Anwar dibenarkan penjara untuk menziarahi isterinya di KBMC, Kampung Baru.
“Keputusan daripada mesyuarat hari ini ialah kami akan mendaftarkan Pakatan Harapan di mana 18 orang pimpinan tertinggi namanya akan dimasukkan.
“Itu keputusan yang kita buat hari ini,” kata Mohamad dalam sidang media di pejabat Ketua Pembangkang Malaysia, di bangunan Parlimen.
Beliau berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju supaya satu logo dan manifesto bersama digunakan pada pilihan raya akan datang.
mdl
Iklan Berbayar

Isnin, Mac 27, 2017

PANAS!!! : 'Selesailah sandiwara Pas ditipu'

Salahuddin  menerima borang penubuhan sembilan Cawangan Amanah di Dun Pasir Tumboh kelmarin sambil disaksikan Datuk Husam MusaSalahuddin menerima borang penubuhan sembilan Cawangan Amanah di Dun Pasir Tumboh kelmarin sambil disaksikan Datuk Husam Musa
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan BN akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) 355 sebagai pengakhiran 'sandiwara' Pas dibohongi.
Menurutnya, isu berkaitan pelaksanaan undang-Undang jenayah Syariah atau hukum hudud di Kelantan telah dibincangkan dalam mesyuarat Pas Pusat sejak beberapa tahun lalu ketika beliau dan beberapa pimpinan lain masih berada dalam Pas.
Satu jawatankuasa melibatkan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kelantan, jelasnya, diputuskan dengan masing-masing dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
"Sebenarnya, selesailah sebuah sandiwara Pas ditipu bila dengan tiba-tiba Zahid mengumumkan kerajaanlah yang akan membawa Rang Undang-undang 355.
"Saya bertanggungjawab dunia sampai akhirat untuk saya beritahu rakyat pada malam ini (kelmarin). Kita bincang isu ini tahun 2013, 2014, 2015 sebelum kami mengakhiri perjuangan dalam Pas setelah muktamar 2015," ujarnya dalam ceramah di Pasir Tumboh, Kelantan kelmarin.
Mengimbas situasi polemik hukum hudud itu, beliau menceritakan bagaimana Ketua Biro Undang-undang Amanah, Hanipa Maidin yang ketika itu Ahli Jawatankuasa Pas tegas supaya hal tersebut bukan sekadar mainan politik.
"Peguam Hanipa berhujah dalam mesuarat Pas pusat - 'Kita ini betul ke nak sungguh buat hudud atau main politik? Ini diminitkan dalam mesyuarat.
"Kalau sungguh supaya dapat buat untuk Kelantan ia mesti dibawa kerajaan yang memerintah. Maka, parti putuskan ditubuhkan jawatankuasa dua pihak - kerajaan pusat dan negeri.
"Bila kerajaan bawa rang undang-undang maka dia akan pastikan parti-parti dalam BN sokong rang undang-undang itu. Kalau kita bawa atas nama usul persendirian belum tentu (dapat)," jelasnya dalam program sempena penubuhan sembilan Cawangan Amanah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Tumboh itu.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, Jamil Khir kemudiannya meminta Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula membentangkan pindaan Akta 355 sebagai usul persendirian.
"Dia (Jamil Khir) kata Paslah bawa sebab kalau kami (kerajaan BN) bawa susah, kami kena mengadap raja-raja Melayu dulu.
"Rang undang-undang ini bukan boleh bual di kedai kopi, cakap tengah padang. Ada peraturan-peraturannya. Umno sendiri kena mengadap raja-raja Melayu kerana hal agama di bawah raja-raja Melayu.
"Kalaulah Umno susah nak bawa, adakah (Ahli Parlimen) Marang logik bawa (rang) undang-undang itu? Memang Umno mengenakan Pas, memecahkan Pakatan Rakyat. Hudud pun tidak boleh buat lagi.
"Berpanjanganlah (polemik) sedangkan dalam mesyuarat (Pas Pusat) sudah bincang pilih sama ada mahu jalan yang cerah atau berbelit-belit," tegas Salahuddin.
Mengulas lanjut, bekas Naib Presiden Pas itu berpendapat Umno sebenarnya tidak memerlukan Pas jika parti itu benar-benar mahu melaksanakan hudud.
"Alwi (Adun BN Kok Lanas) menangis (menyokong hudud) dalam dewan (sidang Dun Kelantan pada 18 Mac 2015). Orang Pas teruja tengok betapa ikhlasnya Umno menangis. Inilah masa Umno bersama Pas.
"Padahal, Umno nak buat hudud tidak perlu Pas. Kenapa Umno tidak menangis di Terengganu, Johor? Melainkan Umno gunakan Pas untuk kepentingan dia.
"Kita (Pembangkang) akhirnya berpecah belah. Rakyat jadi keliru dan Pas jadi parti paling tidak boleh dipercayai," tambah Salahuddin lagi.
Turut hadir dalam ceramah anjuran Amanah di Kampung Seribong, Pasir Tumboh itu Adun Salor merangkap Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa; Bekas Adun Salor, Rusli Ibrahim; Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Sukirman Mustafa dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM merangkap Ketua PPBM Bahagian Tumpat, Datuk Nordin Salleh.
mdl

IKLAN BERBAYAR.

Sabtu, Mac 25, 2017

HOT!!! Giliran Bersatu pula pertikai sikap Pas


Dr Muhammad Faiz NaamanDr Muhammad Faiz Naaman
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini dilihat lebih menumpukan usaha untuk berbincang dengan Pas akhirnya mendedahkan sikap negatif pemimpin utama parti itu tidak terkecuali Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggnya  Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, rundingan antara kedua-dua parti itu sejak awal lagi mengalami pelbagai kesukaran atas beberapa faktor yang kebanyakannya berpunca daripada pihak kepimpinan Pas.
"Sebagai contoh sewaktu pertemuan pertama kumpulan rundingan Bersatu dengan P, pihak Pas tidak diwakili oleh Presiden Pas pun.
"Walhal, Presiden PPBM mengetuai kumpulan rundingan di pihak parti, Ini menunjukkan ketiadaan komitmen atau mungkin keangkuhan di pihak kepimpinan Pas yang tidak serius meraikan usaha rundingan sesama ummah.
"Mungkin pihak kepimpinan Pas anggap status Presiden tidak sama dengan Presiden Pas, wallahualam," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, beberapa pemimpin Pas termasuk presiden parti itu tiada adab akhlak Islamiyyah kerana tidak faham erti 'gencatan senjata' sepanjang proses rundingan tersebut berlangsung.
Lima lagi pemimpin Pas Pusat yang berterusan menghentam Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir secara terbuka di media, ujarnya, adalah Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Aziz dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan.
Turut dinyatakan, Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali serta Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki.
"Itu belum lagi termasuk syarat yang dikenakan kepimpinan Pas ke atas PPBM hingga menyulitkan lagi proses rundingan seperti mahu PPBM memilih antara Pakatan Harapan atau Pas.
"Walhal kita tahu bahawa PPBM berusaha menyatukan semua blok pembangkang demi menghadapi BN," ujaranya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pendirian kepimpinan Pas terhadap usaha rundingan dengan parti itu juga dilihat berbeza seolah-olah wujud dua puak dalam Pas.
"Satu pihak mahu perdamaian dengan PPBM melalui Timbalan Presidennya. Lagi satu pihak, dilihat anti kerjasama dengan PPBM yang diketuai Presiden Pas sendiri.
"Oleh kerana itu apabila Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada media bahawa Pas menjemput PPBM  berunding agihan kerusi untuk PRU (Pilihan Raya Umum), kenyataan itu seolah-olah dinafikan oleh beberapa tokoh pemimpin Pas seperti Timbalan Mursyidul Am Pas dan Naib Presiden Pas keesokannya.
"Seolah-olah wujud jurang komunikasi antara pemimpin Pas dalam soal rundingan tersebut," jelasnya yang juga Timbalan Ketua Penaja Bahagian Putrajaya.
Sehubungan itu, Faiz berkata, rakyat pada masa ini boleh menilai pihak mana yang sebenarnya menyulitkan usaha rundingan berkenaan selepas tiga kali pertemuan Bersatu-Pas diadakan antara team rundingan Bersatu dengan Pas tanpa sebarang hasil yang jelas.
"Sekarang pendirian PPBM ialah menangguhkan sebarang rundingan rasmi dengan Pas sehinggalah Pas sendiri yang membuat keputusan rasmi di pihak mereka ketika Muktamar Pas April nanti," tegasnya lagi.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Jumaat, Mac 24, 2017

Hot!!! : AMK Ampang tegaskan tidak guna jentera Pas, sedia lawan konco Umno

Hubungan Pas dan PKR di Selangor umpama retak menunggu belahHubungan Pas dan PKR di Selangor umpama retak menunggu belah
Muak dengan serangan bertali arus Pas Selangor terhadap Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berhubung komen beliau terhadap kenyataan Ketua Pemuda Pas untuk menawan Selangor, Angkatan Muda Keadilan (AMK), berdiri teguh mempertahankan Menteri Besar Selangor itu dan mengecam 'kenyataan nakal' Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah berkata, kenyataan Nik Abduh untuk menawan Selangor sudah cukup menggambarkan bahawa Pas yang sebenarnya mula bermain api serta menimbulkan 'provokasi nakal'.
"AMK Ampang dengan tegas mengingatkan bahawa pada PRU 13 yang lalu, kami tidak mengunakan jentera Pas mahupun jentera Dewan Pemuda Pas. Parti Keadilan Ampang mempunyai kekuatan Angkatan Muda dan Sayap Wanita Keadilan yang cukup, serta kami sendiri yang menguruskan segala hal mengenai PRU13 yang lalu," tegas beliau.
AMK Ampang tambah beliau, kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa Dewan Pemuda Pas kawasan di Selangor yang menyerang Menteri Besar, seolah-olah sedikitpun tidak menghiraukan masa depan negara yang kini berada di dalam keadaan mendung dan bergelumang dengan rasuah serta salah guna kuasa.
"Seharusnya tekanan diberikan kepada regim kleptokratik Umno dan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak, bukannya menyerang pentadbiran Selangor yang terbukti cemerlang dan bersih dari penyelewangan serta salah guna kuasa," ujarnya.
Sehubungan itu, Adam Rosly memberi amaran akan menentang sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan rejim kleptokrasi BN dan menyeru seluruh rakyat Selangor berganding bahu mempertahankan kepimpinan Azmin Ali yang terbukti cemerlang dan bersih dalam mentadbir negeri Selangor.
"Jangan gadaikan undi demi memastikan regim dan konco-konconya kekal menzalimi masa depan anak bangsa. Satukan tenaga lawan regim Umno dan konco-konconya," tegas beliau dalam satu kenyataan.
mdl
Iklan Berbayar

Khamis, Mac 23, 2017

Pemuda Amanah : Halau Dato Husam Musa tutup kelemahan.

Hazmi HassanHazmi HassanPemuda Amanah Kelantan menyifatkan tindakan Speaker Datuk Abdullah Ya'kub yang menghalau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa sebagai menutup kelemahan kerajaan negeri itu.
Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, arahan Speaker itu amat mengecewakan ketika rakyat Kelantan mahu pelbagai isu berkaitan kepentingan mereka dibincangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Menurutnya, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Hubungan Seranta, Datuk Nasuruddin Daud yang teruskan berceramah tentang isu bai'ah ketika sesi penggulungan hanya mengulang apa yang disebutnya sebelum ini.
"Sepatutnya, Adun di sidang Dewan Dun bercakap tentang rakyat tetapi berlaku sebaliknya. Nasuruddin meneruskan ceramah bai'ah di mana isi kandungan itu sama dengan siri-siri ceramahnya sebelum ini.
"Masa bersidang juga dilihat terlalu singkat. Di mana semalam, Speaker menangguhkan persidangan hari terakhir pada tengahari. Kenapa perlu tergesa-gesa untuk menamatkan sesi persidangan yang membolehkan wakil rakyat bercakap lebih banyak tentang hal-hal rakyat?" soalnya.
Hal tersebut, ujar Hazmi, bercanggah dengan sikap parti pemerintah negeri itu yang memaksimumkan tenaga ahlinya dan mengeksploitasi segala aset kerajaan negeri selama ini.
"Jika ceramah Pas, mereka boleh kerah ahli-ahli dan menggunakan kemudahan-kemudahan, kerajaan kenapa waktu bersidang hari ini disingkatkan?
"Benar, speaker mempunyai hak untuk menghalau Datuk Husam dari dewan melalui Perkara 51 Peraturan Tetap Dun Kelantan. Namun, rakyat juga mempunyai hak memilih kerajaan yang lebih demokrasi.
"Kerajaan negeri pun jangan lupa, rakyat Kelantan juga berhak menghalau Adun yang tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan isu rakyat lantaran lebih sibuk menjaga kepentingan kuasa politik semata-mata," bidas Hazmi lagi ketika menghubungi Malaysia Dateline.
Semalam, Husam yang juga Penasihat Amanah Kelantan dihalau dari sidang Dun hanya kerana mencelah mahu meminta Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika sesi penggulungan Titah Pemangku Raja Kelantan memberi penjelasan kelayakan Nasuruddin yang bercakap tentang isu baiah dalam sesi sebelum itu.
Walaupun Ahmad dalam reaksinya berkata, Husam sebagai Adun wajar tahu peraturan yang perlu dipatuhi seperti terkandung dalam buku yang dibekalkan dan sepatutnya mengambil peluang kelmarin jika mahu membahaskan titah berkenaan tetapi Husam memberitahu dirinya tidak diberi peluang untuk berucap.
"Saya tidak sangka tindakan itu menyebabkan saya dihalau keluar. Saya mencabar kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap saya kerana ada yang mendakwa saya bersekedudukan dengan isteri akibat melanggar taklik baiah," ujarnya.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

Rabu, Mac 22, 2017

Panas!! Sikap pengecut kerajaan Kelantan semakin ketara, kata Husam

Husam MusaHusam Musa
Wakil tunggal Amanah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Datuk Husam Musa yang tidak diberi peluang berucap sebelum tamat persidangan semalam menganggap kerajaan Kelantan bersikap pengecut.
"Apa yang ditakutkan, jika tiada kelemahan ketara cuba disembunyikan," soal beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurutnya ini satu yang mendukacitakan kerana menurut amalan biasa Dun, sebelum sesi perbahasan ditutup, Speaker akan memberitahu Dewan atau bertanya bilangan Adun yang masih ingin berucap.
"Ini tidak berlaku. Jam 4.30 semalam, selepas Adun Selising habis berucap, saya bangun untuk berucap tetapi Timbalan Speaker terus menutup persidangan dan tidak pula memberi notis sesi perbahasan telah tamat.
"Pada jam 4.30 petang masih awal untuk ditutup. Ia boleh berlangsung paling kurang, sampai jam 5 petang. Bahkan, Parlimen ada masanya berbahas sampai malam," katanya.
Menurutnya sebagai Adun Amanah tunggal dalam Dewan Undangan Kelantan, peluang perlu diberikan.
"Untuk hanya Adun tunggal Amanah pun tidak berani diberikan, sedapat mungkin kerana saya percaya persidangan Dun Kelantan kali ini akan ditamatkan tengah hari ini.
"Pada hal, lazimnya Dun atau Parlimen bersidang sampai petang," katanya.
Beliau mengecam sikap speaker yang dianggap tidak berbaloi menuntut elaun sehari penuh untuk persidangan dewan.
"Setiap Adun yang menghadiri sidang Dun layak menuntut elaun. Elaun itu untuk persidangan sehari penuh.
"Tetapi atas suka hati Speaker, elaun sehari penuh itu terbayar untuk persidangan separuh hari," katanya.
Menurut Husam sekalipun layak menuntut elaun persidangan, beliau tidak pernah berbuat demikian.
"Apatah lagi dengan persidangan separuh hari seperti hari ini, yang disengajakan.
"Pada hal, keadaan memerlukan persidangan sehari penuh," katanya.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

Selasa, Mac 21, 2017

Parti Islam Amanah anjur seminar pemikiran Tuan Guru Nik Aziz

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir (baju putih) bersama barisan kepimpinan Amanah Batu dalam sidang media berkaitan penganjuran seminar pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik MatSetiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir (baju putih) bersama barisan kepimpinan Amanah Batu dalam sidang media berkaitan penganjuran seminar pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Parti Amanah Negara (Amanah) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 19 April depan sebagai ikrar parti itu untuk meneruskan kecemerlangan beliau dalam pemerintahan.
Menurut Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir, seminar tersebut bukan sekadar mengenang Allahyarham Nik Aziz namun lebih kepada membincangkan keberkesanan beliau memerintah kelantan lebih dua dekad selain sebagai pemimpin Pas yang disegani dan dihormati kawan dan lawan.
Ini katanya sangat penting agar Amanah dapat meneruskan apa yang telah dimulakan dan dilaksanakan beliau bagi menjadikan parti itu sebuah parti Islam yang berjaya.
"Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama terulung, tetapi juga seorang pentadbir yang cemerlang.
"Kejayaan beliau mentadbir Kelantan dengan slogan Membangun Bersama Islam lebih dua dekad, tentunya satu kejayaan yang amat dikagumi.
"Bukanlah mudah kerana terpaksa berhadapan dengan tekanan segenap sudut terutama oleh kerajaan Persekutuan sendiri.
"Keterampilan beliau yang serba sederhana, mesra rakyat sentiasa berada di tengah-tengah rakyat, merasai denyut jantung rakyat, menyebabkan beliau amat dihormati kawan dan disegani pihak lawan." katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.
Seminar yang akan berlangsung di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dengan Amanah kawasan Batu sebagai penganjur bersama itu akan menampilkan bekas Exco Kanan Kelantan ketika pentadbiran Nik Aziz, Datuk Husam Musa.
Beliau akan menyampaikan ucaptama manakala Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai perasmi.
Antara pembentang kertas kerja termasuk Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang; Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Liew Chin Tong; dan Penyelidik di Anwar Ibrahim Research Institute (AIRI) Wan Ji Wan Husin.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, kesungguhan Nik Aziz mentadbir khazanah negeri terutamanya mendidik pegawai-pegawai negeri berjimat cermata, mencegah pemborosan merupakan kejayaan yang patut diteladani.
"Parti Amanah mahu jadi sebuah parti yang sederhana, wakil-wakil rakyat hidup sederhana, tidak berboros malah mengutamakan agenda membantu rakyat," katanya lagi.
Memberi contoh negeri Terengganu, beliau berkata walaupun negeri itu pernah ditadbir oleh Pas tetapi hanya dapat bertahan sepenggal sahaja.
"Bukankah perbandingan ini dapat kita simpulkan bahawa pendekatan yang dilaksanakan oleh tokoh terulung ini adalah satu pendekatan yang mesra rakyat, mendidik, lemah lembut dan berjaya martabatkan Islam di tempat yang sewajarnya berbanding pendekatan keras yang menghukum, yang jelasnya menakutkan rakyat pada Islam, yang berakahir dengan kegagalan," katanya lagi.
Justeru Anuar mengajak pemimpin-pemimpin Amanah di peringkat nasional, negeri dan kawasan untuk meluangkan masa menghadiri seminar ini.
"Seminar ini terbuka kepada semua, ahli Amanah dan bukan ahli Amanah, Islam dan bukan Islam dan saya harap di sebalik kesibukan wakil rakyat dan pimpinan Amanah, mereka dapat meluankan masa hadir ke seminar ini kerana ada sesuatu yang berharga perlu dikutip," katanya.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

Isnin, Mac 20, 2017

Yb Husam Musa : Ahli Pas tak rela bersama BN

Husam melihat  replika meriam di upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian petang semalamHusam melihat replika meriam di upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian petang semalam
Dakwaan timbalan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional (BN) kini mendapat kawan baharu yang jumlahnya lebih besar dan tidak hairan kehilangan kawan-kawan lama hanyalah satu umpan politik.
Naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Zahid Jumaat lalu.
"Ini hanya umpan untuk memerangkap Pas," katanya kepada pemberita selepas majlis menaikkan bendera Amanah di cabang 4 Binjai, Kubang Kerian, petang semalam.
Menurutnya pendirian tidak menentu pasti lamanya itu mengundang pelbagai spekulasi daripada pihak luar dan menyebabkan keresahan dalam kalangan ahli mereka sendiri.
"Ketika presiden Pas begitu berkeras tidak mahu menyertai gabungan parti-parti pembangkang dan dilihat begitu mesra dengan Umno, pendirian ahli-ahli parti mereka semakin celaru.
"Masing-masing bertegas kononnya tiada hubungan dan tiada cadangan untuk bersama Umno," kata bekas naib presiden Pas itu.
Dengan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), gabungan pembangkang kini semakin mantap.
"Kehadiran begitu ramai di majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis ceramah umum di Cherang dua hari lalu memberi isyarat jelas penerimaan rakyat.
"Sebelum ini walaupun rakyat benar-benar tidak tahan dengan kezaliman kerajaan Najib, mereka masih ragu dengan pasukan pengganti.
"Kini gabungan mantap Bersatu, PKR, DAP dan Amanah, rakyat semakin berkeyakinan penuh untuk membina masa depan negara tanpa BN," katanya.
Ahli Pas tak rela bersama BN
Ditanya sama ada Pas masih ada harapan bersama gabungan pembangkang, beliau berkata sepatutnya itulah yang paling baik.
"Demi membela rakyat sepatutnya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru kali ini.
"Tetapi kalau Pas berkeras untuk bersendirian, mereka tentu akan dilihat janggal dan ditolak rakyat.
"Saya yakin di kalangan sebahagian pemimpin dan ahli Pas sendiri mereka tidak rela bersama BN dan mahu bersama gabungan pembangkang," katanya.
Menurutnya, parti Amanah sebagai parti yang terbuka dan sentiasa positif untuk membela nasib rakyat, tidak menolak sesiapapun jika mereka mahu bersama menentang BN.
"Tetapi pihak Pas kelihatan begitu berharap untuk bersama Umno dan sentiasa mengadakan syarat-syarat pelik untuk menyertai gabungan pembangkang," katanya.
Sebelum itu dalam ucapannya, Husam mahu parti-parti dalam pakatan harapan mengadakan strategi rentas sempadan untuk melebarkan pengaruh.
"Saya sebagai ketua Amanah kena berziarah ke rumah-rumah orang Umno.
"Cikgu Pin (Arifin Osman) sebagai ketua Bersatu pula perlu berziarah ke rumah orang Pas untuk sama-sama menerangkan kepada mereka kepentingan menjatuhkan kerajaan Najib," katanya.
Beliau kemudian mengetuai upacara menaikkan bendera di sebuah kawasan tanah lapang milik persendirian berhampiran masjid Binjai yang akan dijadikan pusat kegiatan Amanah di kawasan berkenaan.
Husam mengetuai upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian semalam Husam mengetuai upacara menaikkan bendera Amanah di Kubang Kerian semalam
Turut hadir di majlis berkenaan ialah ketua PPBM bahagian Kubang Kerian Cikgu Ariffin Osman, naib pengerusi Amanah Kelantan Datuk Prof Dr Abdul Halim Yusof serta pimpinan Amanah dan Bersatu parlimen Kubang Kerian.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

Sabtu, Mac 18, 2017

Anwar Ibrahim : Kesudian Bersatu sertai PH beri lonjakan sokongan pembangkang

Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kesudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)menyertai Pakatan Harapan harus dilihat secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan Barisan Nasional (BN) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam keadaan di mana Pakatan Harapan dapat mempertahankan prestasi yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, yang diperlukan kini untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada Pakatan Harapan.
"Saya yakin, InshaAllah, ini akan dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini.
"Ini termasuk skandal seperti 1MDB yang belum dirungkai, serta penyelewengan pengurusan institusi bumiputra seperti Felda, Tabung Haji dan Mara yang saya anggap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.
"Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk Pakatan Harapan menyegerakan rundingan dengan Bersatu dan semua pihak yang lain yang sealiran serta memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama," ujarnya.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu  buat pertama kali telah menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2016 lalu selepas 18 tahun kedua pemimpin itu bermusuhan di pentas politik tanahair.
Rentetan itu berlaku pertemuan antara Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, apabila Dr Siti Hasmah mengunjungi Dr Wan Azizah di kediamannya di Segambut pada 7 November tahun lalu.
Pada Disember Bersatu telah menandatangi perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan terkini pada Selasa lalu, Bersatu mengumumkan kemasukan parti serpihan Umno itu dalam gabungan Pakatan Harapan.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

Jumaat, Mac 17, 2017

Hot!! : Hubungan Pas, Umno semakin erat

Zahid berpimpin tangan dengan Tuan Ibrahim selepas selesai seminar antarabangsa mengenai Rohingya di Hotel Marriott, Putrajaya semalam.Zahid berpimpin tangan dengan Tuan Ibrahim selepas selesai seminar antarabangsa mengenai Rohingya di Hotel Marriott, Putrajaya semalam.
Ketika Bersatu mengumumkan penyertaannya ke dalam Pakatan Harapan, hubungan antara Umno dan Pas diperkemaskan lagi menjelang pilihan raya umum ke 14 ini.
Semalam, kedua-dua timbalan presiden Umno dan Pas berpimpin tangan di majlis penutup seminar antarabangsa Rohingya di Hotel Marriott, Putrajaya.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuat ucapan penutup di majlis itu turun dari pentas dengan berpimpin tangan dengan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut menyertai seminar itu.
Dalam majlis itu, Ahmad Zahid Hamidi telah menerima resolusi seminar daripada Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail.
Yayasan Amal Malaysia adalah sebuah badan yang terletak di bawah naungan Pas.
Seminar selama tiga itu berlangsung dari 14 hingga 16 Mac 2017 anjuran bersama Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), International Federation for Relief & Development (IFRD) dan Yayasan Amal Malaysia.
Pengerusi seminar, Husin Ismail, dalam suatu kenyataan medianya berkata, tema bagi seminar ini adalah “THE PLIGHT OF THE ROHINGYAN: SEARCHING FOR SOLUTIONS” dan ia mencakupi konflik yang dialami oleh etnik Rohingya.
Seminar ini juga dianjurkan bagi memahami sejarah etnik Rohingya, mencari, mengenalpasti masalah yang timbul seterusnya mencadangkan resolusi dan penyelesaian yang sebaiknya bagi meminimakan masalah yang berlaku.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak duduk sepentas dalam himpunan untuk Rohingya.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

Khamis, Mac 16, 2017

Panas!! Parti Pas sekarang buat kerja Umno

Datuk Dr. Mujahid Yusof RawaDatuk Dr. Mujahid Yusof RawaTanpa menyatakan nama Pas, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa menyebut tentang adanya parti cenderung menjadi penyambung politik fitnah yang lazim dilakukan Umno-BN sebelum ini.
"Yang ceramah ke hulu, ke hilir cakap DAP rasis, anti Islam, anti Melayu dulu Umno tapi sekarang ada satu parti itu, dia yang ulang apa yang pernah Umno sebut.
"Parti itu sekarang buat kerja yang Umno dulu buat," tegasnya dalam ceramah di Pekan Bukit Jenun, Pendang di Kedah malam tadi.
Menurutnya, parti berkenaan juga berkecuali terhadap usul Bajet 2017 ketika parti pembangkang lain iaitu Amanah, DAP dan PKR mengambil keputusan menolak.
"Ada satu parti ini kita pun tak tahu dia duduk mana. Sini pun tak, sana pun tak. Dalam Parlimen kita tolak bajet, tapi ada satu parti ambil sikap berkecuali.
"Dia bimbang bagaimana pegawai kerajaan nak dibayar gaji walhal parti itu pembangkang, macamlah dia kerajaan. Kita bercakap tentang RM42 bilion, RM2.6 bilion masuk poket Perdana Menteri.
"Bagi kami tak masuk akal nak minta lebih RM200 bilion tapi RM42 bilion hilang tak beritahu pergi mana," bidasnya.
Sikap pemimpin parti berkenaan juga dipertikai apabila kerap kali hadir dalam majlis disertai pemimpin Umno walaupun mendakwa kononnya menolak rejim itu.
"Ada satu parti ni kita tanya hang (kamu) nak lawan (Umno-BN) ke tak mahu? 'Aku lawan' tapi sedondon tengok sekali dalam kata habis melawan Umno," ujarnya.
Dr Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut memberitahu sidang Dewan Rakyat akan datang bakal menyentuh isu dakwaan pemimpin tertinggi sebuah parti yang menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.
"Ada soalan YB Hanipa kawan saya (Ahli Parlimen) dari Sepang. Khamis (9 Mac lalu) punya soalan, keluar (giliran) nombor 20, minta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ambil tindakan ke atas dakwaan sebuah parti yang menerima RM90 juta.
"Benda soal dalam Parlimen, dia (kerajaan) mesti jawab pasal dah naik (Aturan Urusan Mesyuarat). Kalau Datuk Husam (Penasihat Amanah Kelantan) dakwa RM90 juta masuk dalam akaun Affin Bank, saya minta presiden parti itu saman Husam kerana memalukan parti Islam terbesar itu," ujarnya.
Sehubungan itu, Dr Mujahid mengingatkan rakyat yang akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang sebenarnya tiada pilihan dengan segala kebobrokan rejim Umno-BN pada masa ini.
"Datanglah empat, 10 parti tapi hakikatnya pengundi seluruh negara hanya ada dua pilihan: Undi BN atau undi Pakatan Harapan dan Bersatu.
"Mungkin kalau BN menang, dia seronok kasi naik lagi GST. Bila dia (BN) menang lagi, semua subsidi habis ditarik balik. Rakyat tanggung dua perkara. GST naik dan harga barang semakin naik sebab tiada lagi bantuan subsidi daripada kerajaan," tambahnya lagi.
Ceramah Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut dihadiri Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew; Timbalan Pengerusi Bersatu Kedah, Mejar (B) Annuar Abd Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Azman Nasrudin.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

Selasa, Mac 14, 2017

Panas!! : Ceramah Pas hilang seri, penuh cercaan, kata Prof Agus

Prof Datuk Mohamad Agus YusoffProf Datuk Mohamad Agus Yusoff
Seorang penganalisis politik mendakwa Pas seperti hilang arah apabila ceramahnya semakin hilang tarikan sebaliknya sarat dengan cercaan.
Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata pendekatan politik Pas kini berbeza dengan gerak kerja Umno, Amanah dan Bersatu yang lebih lembut, memujuk, kemas dan kerap.
Justeru katanya Pas perlu mengubah pendekatan politiknya jika mahu terus memerintah Kelantan kerana sikap pengundi Kelantan tidak statik.
Menurutnya rakyat Kelantan akan menukar kerajaan apabila kerajaan sedia ada tidak lagi dapat menunjukkan imej perpaduan yang baik.
"Perhatikan keinginan anak muda dan perantau di luar Kelantan yang akan balik mengundi nanti. Mereka antara penentu besar kerajaan yang akan memerintah selepas PRU14 nanti.
"Jika Pas tidak berubah dan masih dengan sikap politiknya sekarang, PRU14 nanti akan menyaksikan perubahan kerajaan di Kelantan," katanya di Facebook hari ini.
Menurut pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, pada tahun 1978, rakyat Kelantan menolak kerajaan Pas apabila Pas berkonflik dan Berjasa ditubuhkan.
Pada tahun 1990, rakyat Kelantan menolak kerajaan Umno apabila parti itu berkonflik dan Semangat 46 ditubuhkan.
"Senario tersebut berulang lagi sekarang. Parti Pas yang memerintah Kelantan berkonflik berat sehuingga tertubuhnya Amanah," katanya.
Beliau turut melontarkan soalan sama ada Umno-BN atau Pakatan Harapan dan Amanah yang akan menggantikan Pas di Kelantan.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for banner iklan auto tone excel

Isnin, Mac 13, 2017

PH, Bersatu kena seiring kukuhkan ikatan, kata Husam Musa

Husam merasmikan upacara naik bendera Amanah KeterehHusam merasmikan upacara naik bendera Amanah Ketereh
Parti-parti dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu diberi peluang melaksanakan peranan masing-masing sehingga kerajaan sekarang benar-benar dapat ditumbangkan.
"Pacak bendera kita kalau rendah sama rendah, kalau tinggi biarlah sama tinggi," kata Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis perasmian kibar bendera Amanah peringkat kawasan Ketereh hari ini.
Menurutnya parti-parti yang telah sama-sama berjanji untuk sepakat ini tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bantu-membantu bagi menjadikan cita-cita menjadi realiti.
"Dalam hal bendera di simpang Ketereh ni kita mahu semua parti yang bersama kita ada, kalau boleh biar dekat-dekat.
"Tadi bila sampai nampak bendera parti Pas sebelah tiang kita lusuh dan koyak, ini pun saya kurang senang kerana nanti kata kita nak ambil kesempatan," katanya.
Bagaimanapun beliau bersyukur kerana pihak Pas telah diberitahu mengenainya.
Beliau kemudian memanggil ketua pemuda Amanah Ketereh, Mohd Asri Mohd Zain untuk membuat pengesahan mengenai hal tersebut.
Ketua pemuda Ketereh Mohd Asri Mohd Zain memberitahu Pas telah diminta menukar benderanya yang sudah lusuh dan koyakKetua pemuda Ketereh Mohd Asri Mohd Zain memberitahu Pas telah diminta menukar benderanya yang sudah lusuh dan koyak
"Ni saudara Asri jadi saksi pihak kita telah beritahu mereka," katanya sambil meminta Asri membuat pengakuan.
"Saya mengaku telah memberitahu penghulu supaya tukar bendera baru tapi dia kata biarlah dulu," kata Asri.
Tiang bendera Amanah setinggi 65 kaki didirikan di simpang empat berhadapan balai polis Ketereh.
"Paling menarik simpang empat Ketereh ini menjadi tempat semua parti-parti politik menaikkan bendera masing-masing di sini," kata Husam.
Pada musim perayaan menurutnya simpang empat Ketereh sangat dikenal anak-anak perantau yang pulang berhari raya.
"Simpang ini paling teruk menghadapi kesesakan yang menyebabkan masa menunggu hingga beberapa jam.
"Inilah antara sebab mengapa arwah Tok Guru mengambil keputusan untuk membina lebuh raya rakyat Kota Bharu Kuala Krai," katanya.
Malangnya kata Husam ketiadaan Nik Aziz telah menjadikan pembinaan lebuh raya menjadi beban kepada kerajaan dan rakyat Kelantan.
"Minggu lalu mahkamah memutuskan untuk menerima tuntutan syarikat Dae Hanguru yang ditamatkan kontrak secara tidak sah oleh kerajaan.
"Dalam mesyuarat exco terbaru pula saya difahamkan syarikat yang menggantikan Dae Hanguru pula ditamatkan kontrak oleh kerajaan negeri.
"Pihak kerajaan akan mengalami kerugian yang besar berkaitan penamatan syarikat-syarikat ini," katanya.
Menceritakan kembali usaha Nik Aziz untuk merealisasikan lebuh raya rakyat itu, Husam berkata beliau pernah diarahkan untuk memberi taklimat kepada Islamic Development Bank (IDB) di Jeddah.
"Malangnya ada exco yang hadir sama di majlis itu awal-awal lagi memberi gambaran tentang kesukaran membawa balik wang ke Malaysia.
"Exco itu yang masih ada dalam kerajaan sekarang memang jenis berfikiran negatif, sebab itulah kini kalau kita perhatikan tiada benda baru yang dapat dibuat oleh kerajaan.
"Asyik-asyik terus guna yang lama yang telah diinspirasikan oleh Tok Guru, Ustaz Yahya dan pemimpin-pemimpin terdahulu," katanya.
Beliau berkata sekiranya Amanah diberi peluang mentadbir Kelantan satu majlis penasihat yang terdiri dari kalangan mereka yang berjaya di luar Kelantan akan dibuat bagi memberi idea-idea bernas membangunkan negeri.
"Kita perlu mengumpul semua pihak tidak kira latar belakang mereka samada dari berpendidikan agama atau bidang-bidang profesional lain," katanya.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

Sabtu, Mac 11, 2017

Alhamdulillah!!! : Pas cawangan Kampung Laut bubar, ahli keluar parti

Wan Abdul Rahim Wan AbdullahWan Abdul Rahim Wan Abdullah
Pas Cawangan Kampung Laut, Tumpat yang terletak dalam kawasan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dibubarkan dan diganti dengan cawangan Pari Amanah Negara (Amanah).
Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata cawangan Pas tersebut dibubarkan kerana akar umbi hilang kepercayaan kepada parti Islam itu.
Menurut beliau kepada FMT, ketua cawangan Nordin Adam dan ahli jawatankuasanya bersepakat untuk membubarkan cawangan dan mengumumkan keluar parti.
“Semalam (kelmarin) Nordin Aman umum keluar Pas dan membubarkan cawangan dan menggantikannya dengan cawangan Amanah Kampung Laut,” katanya seperti dipetik FMT.
“Pas cawangan tersebut telah lumpuh sebab semua AJK keluar parti dan menyertai Amanah. Keputusan dibuat hasil daripada usul tergempar yang dibawa pemuda kawasan tersebut menerusi mesyuarat agungnya dan semua bersetuju untuk bubar," katanya.
Pas Kampung Laut antara cawangan parti Islam tertua di Dun Pasir Pekan, Tumpat, ditubuhkan lebih 60 tahun lalu. Menurut Wan Rahim, Nordin menyerahkan 50 borang keahlian kepada pimpinan Amanah Kelantan pada suatu ceramah di situ malam tadi.
“Mereka kecewa dengan sikap Adun Pasir Pekan. Pelbagai aduan dibuat Pas kawasan terbabit untuk menyelesaikan masalah rakyat melibatkan isu kampung warisan tetapi tidak dilayan,” kata Wan Rahim.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Datuk Mohd Asri Mat Daud bagaimanapun menepis perkembangan ini sebagai kejadian yang dibesar-besarkan.
Katanya, Pas kawasan tidak lumpuh dan pengumuman Nordin itu bukan keputusan rasmi Pas cawangan kerana dibuat secara individu.
“Dalam perlembagaan Pas, walaupun ketua cawangan yang bubar ia tidak menggambarkan semua AJK dan ahli cawangan keluar parti menyertai Amanah.
“Walaupun dia istihar Pas dibubarkan dia tidak melumpuhkan Pas cawangan tersebut…kerana tidak semua ahli setuju dengan tindakan itu.
“Malah dalam perlembangaan parti, mana-mana ketua cawangan yang dihentikan atau dibubarkan dia hendak diganti oleh timbalan,” katanya kepada FMT.
Katanya, Pas kawasan akan mengesahkan perkara tersebut dan menyelesaikan isu berbangkit secepat mungkin.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah

Jumaat, Mac 10, 2017

Terbaik!! : Parti Amanah saran MB, exco isytihar harta

Mohammad Nizar Jamaluddin

IPOH - Amanah Perak menyarankan semua Exco Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya mengisytiharkan harta demi ketelusan selain mengelak daripada timbul sebarang kes salah laku.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ia perlu dilakukan bagi memastikan kejadian salah laku itu turut tidak melibatkan ahli keluarga mereka sepertimana yang berlaku ke atas seorang pimpinan kerajaan negeri di Johor.
“Kita bukan mencabar kepimpinan Kerajaan Perak tetapi semua mereka perlu menunjukkan ketelusan jika benar bahawa mereka adalah seorang yang ‘bersih’ dan tidak terjebak dengan rasuah.

“Kita juga tidak mahu mereka gunakan kuasa yang ada demi menyenangkan hidup ahli keluarga selain kroni-kroni dengan cara mudah dan tidak bertanggungjawab,” katanya.
Menurutnya, Pakatan Harapan Perak juga akan mengarahkan semua exco kerajaan negeri bersama menteri besar mengisytiharkan harta sekiranya diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri selepas PRU14.

Katanya, ia penting untuk dilakukan bagi meyakinkan rakyat sekali gus membuktikan bahawa barisan kepimpinan bebas daripada sebarang kegiatan rasuah dan salah laku.
“Jika diberikan mandat untuk memerintah Perak, kita akan mengarahkan semua exco kerajaan negeri dan menteri besar untuk mengisytiharkan harta bagi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa ketelusan adalah penting untuk semua kepimpinan,” katanya.

sh

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan mudah