Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 28, 2012

SPRM berat sebelah siasat pendedahan Rafizi

KUALA LUMPUR 28 Jun: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin mempersoal tindakan pantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli Rafizi ekoran pendedahan campur tangan Perdana Menteri dalam projek LRT Ampang bernilai RM1 bilion.
“Belum ada laporan polis pun, baru pendedahan sahaja tapi SPRM tanpa bertangguh cepat saja datang menyiasat,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.
Zuraida turut menyifatkan tindakan yang kononnya efisyen itu sebagai berat sebelah terutama bila melibatkan pemimpin Umno.

“Walaupun tindakan pantas itu wajar dipuji tetapi mengapa hanya bila melibatkan satu pihak sahaja?” soalnya.
“Kes (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Shafie Apdal dah berapa kali desak agar disiasat, tapi ada saja alasan…tak cukup buktilah, saksi dan bermacam lagi alasan,” kesal Zuraida.

“Kalau beginilah sikap yang ditunjukkan SPRM, mereka patut terima dan tak perlu melenting bila rakyat menggelar mereka ‘kuda tunggangan’ Umno,” tegasnya.

Empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya
kira-kira jam 8.00 malam semalam.

Peguam Rafizi, N Surendran berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan pendedahan Rafizi di sidang medianya
pagi itu.
Beliau mendedahkan Datuk Seri Najib Razak telah campur tangan dalam proses pembidaan untuk projek kerja-kerja
sambungan LRT tersebut./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...