Khamis, Jun 07, 2012

Rakyat Kecewa!!!! 'Harga petrol RON95 juga harus diturunkan...'

ULASAN Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa harga petrol RON97 akan diturunkan 10 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulai hari ini.

Beliau mengatakan bahawa penurunan harga runcit petrol berkenaan adalah disebabkan harga minyak mentah antarabangsa yang jatuh di bawah paras USD100 setong.
Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah harga minyak RON95 tidak diturunkan serentak dengan kejatuhan harga minyak mentah anatarabangsa.

RON97 merupakan bahan api yang ditentukan oleh “sistem apungan terurus”, iaitu  harganya akan turun naik mengikut harga minyak mentah antarabangsa di mana kerajaan persekutuan tidak akan memberi sebarang bentuk subsidi dan pelepasan cukai kepada petrol ini.

Malahan, mulai 1 Ogos 2010, kerajaan persekutuan telah melarang kenderaan asing daripada membeli petrol RON95 kerana petrol ini diberi subsidi oleh kerajaan. Kenderaan asing hanya dibenar mengguna petrol RON97 yang lebih mahal.

Mengikut apa yang dipaparkan di kebanyakan stesen minyak seluruh negara, harga sebenar RON95 termasuk cukai ialah RM3.53 seliter, manakala harga sebenar diesel termasuk cukai ialah RM3.26 seliter.

Harga runcit RON95 dan diesel ialah masing-masing RM1.90 seliter dan RM1.80 seliter, di mana kerajaan memberi pelepasan cukai dan subsidi masing-masing RM1.63 seliter dan RM1.46 untuk RON95 dan diesel.

Masalahnya, adakah harga runcit RON97 dijual betul-betul mengikut harga pasaran antarabangsa? Jika betul RON97 dijual mengikut harga pasaran antarabangsa, mengapakah harga jualannya pada masa sekarang (RM2.80 seliter) jauh lebih murah daripada harga petrol RON95, iaitu RM3.53 seliter?

Malahan harga RON97 yang berada di tahap RM2.80 seliter ini juga jauh lebih rendah daripada harga jualan diesel tanpa subsidi (RM3.26 seliter). Oleh itu, adalah kerajaan persekutuan benar-benar menetapkan harga runcil RON97 mengikut harga pasaran antarabangsa?

Jika ya, mengapakah RON97 boleh dijual dengan harga yang lebih murah daripada RON95 dan diesel?
Jika tidak, apakah jenis “sistem apungan terurus” yang diguna kerajaan persekutuan sehingga RON97 dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding RON95 dan diesel?

Ataupun kerajaan persekutuan sebenarnya masih memberi subsidi kepada minyak RON97 tetapi ini tidak diterangkan kepada rakyat?
Jika benar, apakah rasionalnya untuk kerajaan persekutuan berbuat demikian kerana rata-ratanya, pengguna minyak RON97 adalah warga asing atau pemilik kereta mewah?

Mengapakah subsidi yang diberi kepada RON97 tidak dihapuskan sama sekali dan diberi kepada RON95 agar harga runcitnya boleh diturunkan lagi? Lebih-lebih lagi, harga RON95 dan diesel seharusnya diturunkan lagi berikutan kejatuhan harga minyak mentah antarabangsa.

Justeru itu, saya mencabar kerajaan persekutuan untuk berterus-terang kepada rakyat dan seterusnya menurunkan harga runcit RON95 berikutan berikutan kejatuhan harga minyak mentah antarabangsa.

LAU WENG SAN adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP KAMPUNG Tunku. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng