Isnin, Jun 11, 2012

Peluang terbaik pengundi buat pilihan, kata Presiden PKR

PRU13: Peluang terbaik pengundi buat pilihan, kata Presiden PKR
Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) dan Kee Kwong (kiri) menyampaikan
sumbangan kepada penduduk petang tadi.
 
KUALA LUMPUR - Para pengundi perlu bijak membuat pilihan dan tidak tersalah percaturan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, beliau percaya rakyat kini sudah tahu sedikit sebanyak isu yang wujud sejak kebelakangan ini dan mereka ada pilihan untuk menentukan masa depan negara.

Menurutnya, meskipun terdapat penipuan sepanjang proses pilihan raya, namun rakyat masih berpeluang mengubah keadaan ini dengan keluar mengundi beramai-ramai dan melakukan pilihan tepat.

"Keluarlah mengundi membuat pilihan yang betul dan jangan biarkan orang luar yang yang menentukan masa depan negara.

"Pada masa yang sama, buatlah pengecaman di kawasan undi-undi masing-masing agar tiada orang luar atau orang asing yang membuat pilihan untuk tentukan kerajaan," kata Dr Wan Azizah pada Majlis Sepetang Bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail anjuran PKR Cabang Wangsa Maju di sini, hari ini.

Hadir sama Penyelaras PKR Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Pengerusi DAP Bahagian Wangsa Maju, Lim Ching How dan artis undangan khas, Dayangku Intan.

Kira-kira 300 yang hadir pada majlis tersebut turut mendengar ucapan Dayangku Intan sepanjang pengalaman dan saat getir beliau bergelar artis.

Jelas Dr Wan Azizah lagi, beliau hampir kalah sewaktu bertanding di Permatang Pauh kerana penipuan kiraan undi pada pilihan raya umum pada 2004 walaupun ia kubu kuat PKR.

Katanya, sedangkan pada masa itu, beliau telah menang dengan majoriti 490 undi tetapi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) tidak mengumumkannya.

"Bagaimanapun, sewaktu kiraan undi semula, saya akhirnya diumumkan menang dengan undian sebanyak  590 undi.

"Inilah penipuan yang berlaku dan berharap rakyat akan terus berjuang dan beristikomah dalam perjuangan kerana untuk melakukan perubahan memerlukan usaha berterusan," katanya.

Dr Wan Azizah turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan penduduk di sini serta menikmati minum petang bersama yang hadir pada majlis tersebut./SinarHarian


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng