Selasa, Jun 19, 2012

Adakah Mahathir mahu hidupkan semula Mahathirisme?

Lim Kit Siang, 18 Jun 2012
“Dr M: Najib mesti tegas”
“Dr M: Najib must be firm”


“Proses pembaharuan boleh membawa kepada ektremisme, amaran Dr M kepada Najib”
Reforms could lead to extremism, Dr M warns Najib”


“Dr M: Pembaharuan boleh mencetus pergolakan”
“Dr M: Reforms could spark unrest”


Ketiga-tiga kenyataan tersebut menjadi tajuk utama portal media internet dalam temubual bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama agensi media asing, AFP

Mesej Mahathir amat jelas.

Beliau menentang spektrum pelbagai program transformasi walaupun program-program transformasi ini sebenarnya cakap kosong sahaja tanpa apa-apa tindakan dan juga kes-kes serius yang sudah lama tertangguh dalam pimpinan Najib – daripada Model Ekonomi Baru 1Malaysia, daripada Program Transformasi Ekonomi kepada Program Transformasi Politik.

Amaran telah diberikan bahawa kebebasan yang melampau akan membawa risiko yang akan membawa malapetaka etnik yang dahsyat, kata Mahathir.

"Kini oleh kerana kita mahu menjadi lebih liberal, apa yang sedang berlaku pada zaman ini adalah ‘kesedaran diantara kaum’ sudah mula dijana. Hari ini, rakyat mula menuduh satu sama lain sebagai rasis.”

Tetapi malangnya, Mahathir sudah lupa untuk memberi gambaran sebenar – meskipun beliaulah pemangkin konsep Bangsa Malaysia dalam visi Wawasan 2020 kira-kira 21 tahun yang lalu pada tahun 199, tetapi kini merempuh konsep 1Malaysia Najib dengan objektifnya untuk membentuk negara Malaysia dimana setiap rakyat warga Malaysia akan menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dulu dan identity kaum kemudian.

Mahathir dengan jelas telah menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam deklarasi beliau bahawa beliau “Melayu dahulu dan kemudian baru rakyat Malaysia” apabila dicabar untuk membuktikan kesetiannya kepada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib.

Jika satu kajian yang neutral dan bebas yang dijalankan keatas kepimpinan Najib dalam tempoh tiga tahun untuk menyelidik punca pecah belah diantara kaum dalam satu masa apabila polisi 1Malaysia dilaung-laungkan sebagai dasar negara ini oleh Perdana Menteri, Mahathir dan organisasi-organisasi yang berada dibawah naungannya seperti Perkasa akan dinobatkan tempat pertama sebagai pencetus ketidaktenteraman diantara kaum.

Persoalannya adalah adakah benar Mahathir masih mahu menghidupkan semula Mahathirisme sebagai senjata rahsia Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang?
HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng