Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan
Rabu, Oktober 21, 2020
Selasa, Ogos 25, 2020
Sabtu, Ogos 15, 2020
Rabu, Ogos 05, 2020
Selasa, Ogos 04, 2020
Jumaat, Jun 26, 2020
Sabtu, Jun 20, 2020
Jumaat, Jun 05, 2020
Selasa, Julai 09, 2019
PH tidak boleh terima parti komponen baharu

Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menerima parti komponen baharu kerana ia akan membawa masalah ketika pemilihan calon pilihan raya, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata ahli parti lain boleh menyertai mana-mana parti sedia dalam PH iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“Semua orang nak jadi calon. Kita tak ada banyak kawasan pilihanraya, jadi jika mereka nak sertai kita dengan menyertai parti-parti sedia ada – okay,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini hari ini.
Selain itu, katanya keempat-empat parti komponen PH juga tidak mempunyai masalah dalam hubungan.
Dr Mahathir berkata pelawaannya kepada ahli-ahli parti Melayu untuk menyertai Bersatu bukanlah melibatkan sentimen rasis, sebaliknya beliau mahu orang Melayu bersatu di bawah parti sedia ada berbanding membentuk parti lain.
“Sebenarnya saya terangkan orang Melayu tak pandai politik, dia seronok nak jadi presiden sahaja. Bila seronok dia buka parti, semakin lama semakin banyak parti jadi lama-lama orang Melayu tiada kuasa langsung, semua parti kecil-kecil sahaja,” katanya.
Dr Mahathir berkata cukuplah sekadar empat parti Melayu yang ada ketika ini iaitu UMNO, PAS, Bersatu dan Amanah yang boleh disertai mereka.
“Kalau anda nak sertai UMNO, sertailah; nak sertai PAS, boleh, tapi tapi tak payah la buat parti baru lagi, dah banyak,” katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menolak pelawaannya supaya orang Melayu menyertai Bersatu, beliau berkata: “Presiden tolaklah, yang lain masuk. Presiden (UMNO) nak masuk pun kita tak bagi.”
Dr Mahathir turut berseloroh apabila mengulas mengenai laporan bahawa beliau akan diserang oleh pemimpin PH pada mesyuarat hari ini berikutan pelawaannya: “Rakan-rakan saya tidak dapati saya bersalah dan tidak sebat saya tadi.”
Dr Mahathir juga berkata tiada masalah dalam kerjasama antara empat parti komponen PH walaupun mungkin terdapat masalah dalam parti masing-masing.
Menurutnya, ahli Kabinet sekarang terdiri daripada semua parti komponen PH dan turut disertai Parti Warisan Sabah walaupun ia tidak menyertai PH.
“Setakat ini lima buah parti ini dapat membuat keputusan dalam Kabinet, kita tidaklah baling botol ke, pukul orang ke, itu berlaku di negara lain. Di Malaysia, kita amat bersopan. Secara umumnya kabinet boleh berfungsi, itu yang sebaiknya,” katanya.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut serta pada sidang media itu, juga ditanya mengenai kebimbangan penganalisis terhadap kesinambungan polisi kerajaan setelah beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.
Apabila Anwar secara ringkas berkata “Tun (Dr Mahathir) bertindak berdasarkan kepada dasar-dasar PH dan saya adalah ahli dalam PH”, ia mengundang reaksi Dr Mahathir yang berseloroh: “Ahli PH mesti ikut ketua. Tak ikut, kita belasah.”
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat itu bersetuju supaya sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana kerajaan dapat melaksanakan janji-janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas yang masih belum tertunai.
“Kita sebenarnya dah laksanakan banyak janji-janji kita tapi kita tak pandai untuk promosi atau maklumkan kepada rakyat mengenai kejayaan-kejayaan kita bukan sahaja mengikut manifesto, tetapi juga yang tidak dijanjikan dalam manifesto,” katanya.
Selain itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat itu turut bersetuju supaya penglibatan penjawat awam dalam politik akan dikaji semula.
“Perkhidmatan awam ada perkhidmatan yang profesional, sekiranya ia dikaitkan dengan mana-mana parti politik, ia tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik. Mereka (penjawat awam) perlu menjadi neutral, jadi faktor ini akan dikaji sama ada antara mereka ini ada yang boleh menyertai (parti politik),” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata PH akan mengadakan karnival Harapan Rakyat di setiap negeri tanpa menyatakan butiran lanjut berkaitan karnival itu.
— BERNAMA
Rabu, Mac 06, 2019
Tiada simpati dari pihak yang ditolong, kata isteri Rameli Musa

Rameli dan isterinya yang dikenali sebagai usahawan berjaya yang suka menolong mereka yang memerlukan pertolongan.
Ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi KTMB, Datuk Rameli Musa berkaitan wang RM1.4 juta yang dibayarnya kepada Editor Sarawak Report, isteri beliau mencatatkan kisah sedih mereka sekeluarga.
Datin Norlella Md Akram kesal apabila tiada sebarang simpati yang dihulurkan kepada suaminya yang ditimpa kesusahan ekoran pertolongan itu.

Keratan dari FB isteri Rameli Musa.
“Kami disini. Doakan untuk lelaki kesayangan kami. Tuhan yang maha besar ingin menaikkan darjat suami kesayanganku,” tulis Norlella sambil meletakkan gambar beliau, suami serta anaknya di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Norlella mempersoalkan, adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong dibiarkan dalam kesusahan.
Rameli terkenal di kalangan pelbagai pihak sebagai seorang usahawan genuin yang sangat suka membantu orang. Sesiapa sahaja yang datang berjumpa untuk meminta pertolongan tidak pernah hampa.
“Adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong kita ditimpa kesusahan oleh kerana pertolongan itu.
“Dan tiada sebarang simpati maupun bertanya kabaran dari pihak yang ditolong,” tulis beliau.
Selepas pecah cerita bahawa Rameli adalah pihak yang membayar wang kepada Claire Recastle Browm dalam penyelesaian di luar mahkamah itu, Pas menafikannya.
Malah pemimpin Pas berkata, Rameli rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya dengan mereka.
Tidak cukup dengan itu, bekas orang rapat dengan Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor tampil dan membuat kenyataan kononnya Rameli rapat dengan Anwar termasuk membantu Anwar ketika didakwa dahulu.
Sarawak Report menjelaskan, pihaknya bersetuju saman yang dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang diselesaikan diluar mahkamah dengan syarat kos guaman yang mereka tanggung akibat saman itu ditanggung oleh pihak plaintif.
Ekoran itu, peguam Sarawak Report menerima sekeping cek bernilai lebih RM1.4 juta yang kemudiannya disahkan dibayar oleh Rameli Musa.
Namun Pas sehingga kini menafikan membuat sebarang bayaran kepada Claire Recastle Browm.
Bahkan pemimpinnya membangkit apakah mereka patut lebih percaya kepada Claire yang bukan Islam dengan kenyataan pemimpin mereka sendiri yang beragama Islam.
Selasa, Januari 08, 2019
228 sekolah pondok, sekolah agama rakyat terima peruntukan Bajet 2019

Sebanyak 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat akan menerima peruntukan RM25juta seperti diumumkan kerajaan dalam Bajet 2019.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, bersesuaian dengan keputusan bajet sekolah pondok dan sekolah agama rakyat berdaftar walaupun bukan arus perdana tetapi memainkan peranan untuk membina masyarakat.
“Pihak kami akan cuba laksanakan agihan RM25juta ini mengikut dua kategori. Satu sekolah pondok dengan nama ‘pondok’ dan satu lagi adalah sekolah agama rakyat yang tidak berada di arus perdana . Sekolah pondok dan sekolah menengah agama berperanan untuk membina masyarakat yang kita (kerajaan) kehendaki iaitu pendidikan yan progresif.
” Dengan 228 buah berdaftar seluruh negara hasrat Kerajaan Persekutuan memastikan pendidikan Islam berkualiti akan dilaksanakan sebaik mungkin.
“Saya amat menyokong pandangan menyatakan sektor pendidikan bebas politik kerana itu dasar kerajaan hari ini dalam konteks memartabatkan pendidikan Islam sebagai modul pendidikan yang progresif dan unggul,”katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, hari ini.
Beliau yang mewakili Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada Menteri Kewangan yang telah meluluskan bajet RM25juta itu kepada sekolah pondok yang turut akan disalurkan kepada sekolah agama rakyat.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang turut hadir dalam majlis penyerahan mockup cek oleh kementeriannya berkata, beliau akan cuba mempercepatkan pemberian peruntukan dalam sektor pendidikan ini dengan memulakan pemberian kepada sekolah pondok.
“Kita buat perancangan lebih sistematik kita berikan sekaligus bukan berperingkat,” ujarnya.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dan Timbalan Menteri Agama Fuziah Salleh.
Antara peruntukan yang diumumkan Guan Eng pada pembentangan bajet Oktober tahun lalu, dalam sektor pendidikan adalah RM50 juta untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), SJKC (RM50 juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (RM50 juta), Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta),
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (RM50 juta), Sekolah Mubaligh (RM50 juta), Sekolah Tahfiz (RM50 juta) dan Sekolah Pondok yang berdaftar (RM25 juta).
Sabtu, Disember 22, 2018
Parti komponen PH perlu hormati 3 prinsip utama yang disepakati

Tidak boleh ada penyimpangan daripada tiga prinsip utama yang disepakati parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) kerana ia merupakan asas kepada penyatuan kerjasama pakatan itu sekali gus berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga prinsip yang merupakan hala tuju pakatan itu merangkumi komitmen mempertahankan segala ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan, komitmen terhadap agenda reformasi dan kerjasama PH berasaskan saling menghormati serta mempercayai satu sama lain.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini hari ini.
“…institusi raja, kedudukan Islam, kebebasan beragama, kedudukan istimewa (orang Melayu dan Bumiputera) dan kedudukan istimewa Bahasa Melayu merupakan asas yg menyatukan kerjasama Pakatan Harapan.
“Keduanya komitmen terhadap agenda reformasi untuk institusi awam, institusi penguatkuasa, institusi Parlimen ini merupakan tunjang kepada hala tuju Pakatan Harapan. Kemudian perkara ketiga kerjasama Pakatan Harapan bertunjangkan satu pakatan yang saling menghormati dan mempercayai,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam catatan laman blognya semalam yang menyatakan pemimpin parti itu tidak teragak-agak keluar daripada gabungan kerajaan sekiranya objektif Malaysia baharu diketepikan.
Saifuddin Nasution yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata sehubungan itu konteks yang dimaksudkan Lim itu adalah sekiranya terdapat penyimpangan terhadap tiga prinsip berkenaan.
“Saya sebut tiga perkara itu adalah prinsip membentuk Pakatan Harapan baik sebelum menjadi kerajaan mahupun selepas jadi kerajaan…parti politik itu dinamik. Mana ada parti politik statik…perbezaan pendapat dan pandangan itu lumrah biasa. Tetapi asas prinsip ini tidak boleh berbeza sebab telah disepakati,” katanya.
Khamis, November 08, 2018
Ahmed al-Raissouni Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia ganti Yusuf al-Qaradawi

Foto: Anadolu Agency
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Sarjana Maghribi Ahmed al-Raissouni dipilih sebagai Presiden Kesatuan Ulama Sedunia (IUMS) yang berpangkalan di Doha, menggantikan Presiden Dr Yusof al-Qaradawi.
Pemilihan Al-Raissouni adalah kemuncak dari Muzakarah Tahunan tiga hari yang diadakan di Istanbul, Turki.
Ahmed Abdulsalam Mohamed al-Raissouni dilahirkan pada tahun 1953 di sebuah perkampungan Awlad Sultan di wilayah Larache utara Maghribi.
Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di kampung yang sama sebelum berpindah ke bandar Fez, Maghribi, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang Islam dari Universiti Al-Qarawiyyin pada 1978.
Al-Raissouni menamatkan pengajian lepasan ijazahnya di Universiti Mohammed V Rabat, yang mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana pada 1989 dan PhD tiga tahun kemudian.
Beliau adalah ahli pengasas IUMS dan ahli lembaga eksekutif kesatuan sebelum dipilih sebagai timbalan presiden pada tahun 2013.
Dari 1996 hingga 2003, al-Raissouni adalah ketua pergerakan Attawhid Wal Islah (Perpaduan dan Pembaharuan) yang berpengkalan di Maghribi.
Beliau juga berkhidmat sebagai penasihat akademik kepada Pemikiran Islam Antarabangsa yang berpusat di Amerika Syarikat dan menjadi ahli Persatuan Maghribi sebelum pembubaran persatuan itu pada 2006.
Al-Raissouni juga berkhidmat sebagai editor Jurnal Ilmiah Pengetahuan Islam dan merupakan ahli pengasas – dan presiden pertama – Persatuan Islam yang berpengkalan di Maghribi.
Dari 1994 hingga 1996, beliau mengetuai Persatuan Masa Depan Islam yang berpangkalan di Rabat, dan dari 2000 hingga 2004 berkhidmat sebagai pengarah Harian bahasa Arab Al-Tajdid.
Karya-karya akademiknya, yang kebanyakannya tertumpu pada tulisan-tulisan ilmuwan hukum Sunni, Imam al-Shatibi, abad ke-14, telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, termasuk bahasa Parsi, Urdu, Inggeris dan Bosnia.
Al-Raissouni berkahwin dan mempunyai lima orang anak.
mdl
Selasa, Oktober 30, 2018
Hubungan Pas Umno kini sampai ke akar umbi

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kerjasama antara Pas dengan Umno kini bergerak ke akar umbi pula dengan majlis kunjung mengunjung berlaku antara kepimpinan kedua-dua parti peringkat kawasan selepas mendapat isyarat di peringkat pusat.
Pada 27 Oktober 2018, jam 11.00 pagi, perjumpaan mahabbah antara kepimpinan Umno Bahagian Pasir Salak bersama Pas Kawasan Pasir Salak berlaku di kediaman Ahli Parlimen kawasan berkenaan, di Kampong Gajah.
“Beberapa inisiatif telah dicadangkan bagi memulakan kerjasama politik antara Umno dan Pas bagi memastikan kesucian agama Islam dan bangsa Melayu.
“Satu perkembangan positif bagi warga Pasir Salak,” lapor Umno Pasir Salak melalui facebook mereka hari ini.
Dalam majlis itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berpelukan dengan Yang Dipertua Pas Pasir Salak.
Turut serta dalam kunjungan itu adalah para pemimpin Muslimat Pas Kawasan bertemu dengan para pemimpin Wanita Umno Bahagian.

Pemimpin Muslimat Pas kawasan bertemu dengan Wanita Umno Bahagian Pasir Salak dalam pertemuan ini
Di peringkat pusat, hubungan antara kedua-dua parti mencapai puncak apabila Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinannya menyertai Muktamar Pas.
Ia dibalas oleh kunjungan kepimpinan Pas ke Mesyuarat Agung Umno (PAU) 2018 di Kuala Lumpur. Turut datang ke PAU 2018 adalah kepimpinan Muslimat dan Pemuda Pas.
Sebelum ini, Pas sentiasa sahaja menafikan hubungan mereka dengan Umno kerana parti Melayu itu dianggap sebagai musuh mereka.
Namun sejak Pas dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang hubungan ketara berlaku antara kedua-dua parti itu.
mdlJumaat, Oktober 26, 2018
PH dinasihati tidak ulangi kesilapan Umno-BN

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil menasihatkan semua pimpinan pemuda AMANAH dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengulangi kesilapan besar yang telah dibuat oleh Umno dan BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.
Malah katanya lagi, mengulangi amalan rasuah yang sama sepertimana yang menjadi praktik dalam Umno dan BN akan mengundang kemarahan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Pemuda AMANAH Negeri Kedah yang telah diadakan di Sungei Petani, semalam.
Faiz bersama pimpinan Pemuda AMANAH Negeri kedah semalam.
“Kita jangan ulangi segala kekhilafan yang telah dibuat semasa pemerintahan Umno dan BN sehingga mereka ditolak oleh rakyat walaupun memerintah begitu lama.
“Rakyat kini sudah bijak dan matang serta dapat membezakan mana satu yang melibatkan korupsi maupun kronisme.
“Oleh kerana itu kita tidak mahu pejuang dan pimpinan AMANAH dinodai dengan unsur-unsur buruk tersebut setelah berjaya mendapat kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang lalu, ” jelasnya lagi.
Menurut Faiz lagi, tempoh tiga tahun yang telah ditempuh dengan pelbagai ranjau, onak dan duri melonjakkan semangat juang sehingga mampu menobatkan AMANAH seganding dengan komponen PH yang lain.
“Pemuda AMANAH sebagai pemangkin perjuangan, perlu mempunyai iltizam, idea, kekuatan dan faham konteks pentadbiran serta pemerintahan.
“Sebagai sebuah kerajaan, cabaran yang akan dihadapi amat besar serta memerlukan komitmen yang tinggi dalam memperjuangkan aspirasi parti yang didokong bersama-sama dalam PH.
“Penambahan ahli, cawangan dan juga kawasan perlu dilipatgandakan usaha kearah peningkatan tersebut secara serius, ” tegas Faiz lagi.
Katanya, kemenangan yang telah diperolehi dalam PRU yang lalu, tidak harus diterima dengan rasa bangga dan megah.
Sebaliknya kata beliau, sikap terbuka juga mesti ada untuk menerima penyertaan ahli Umno dan Pas yang ingin menyertai AMANAH.
“Islam bukan ekslusif untuk satu pihak atau golongan sahaja, ia adalah untuk semua.
“Sehubungan itu kita harus berusaha bagi memberi kefahaman mengenai Islam kepada semua golongan masyarakat termasuk yang bukan Islam dalam negara ini.
“Maka itu gerak kerja turun padang sehingga ke akar umbi mesti menjadi agenda yang mampu untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa AMANAH berperanan untuk menjadi pentadbir yang lebih baik jika dibandingkan dengan Umno dan BN, ” tambahnya lagi.
mdlKhamis, Oktober 18, 2018
Pembangkang semakin terancam Anwar kembali ke Parlimen

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berpendapat pembangkang semakin terancam dengan kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen.
“Pembangkang semakin sukar dan terancam apabila Anwar kembali ke Parlimen.Menurutnya, pendirian Ketua Umum PKR itu dalam hal-hal berkepentingan nasional membuatkan Pas dan Umno sukar untuk menyerang Pakatan Harapan (PH) yang kini menguasai kerajaan.
“Hal ini kerana kebanyakan isu yang sering dibangkitkan oleh pembangkang seperti isu berkaitan Melayu, Islam, institusi diraja akan dapat dipatahkan oleh Anwar sendiri di Parlimen.
“Sebabnya, Anwar dianggap tokoh yang banyak berjuang isu-isu tersebut dahulu dan kini,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Jelasnya, kemunculan Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam perbahasan di Dewan Rakyat selepas ini juga memberi isyarat kukuhnya PH sebagai kerajaan.
“Anwar ke Parlimen bermakna kedudukan PH semakin kuat, semakin mantap dan mampu mematahkan hujah-hujah pembangkang dalam isu nasional juga,” kata Dr. Awang Azman.
Mengulas lanjut, pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM) UM itu berkata, Anwar juga dijangka akan mereformasikan Parlimen iaitu memastikan proses semak dan imbang berlaku dalam fungsi eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Ujarnya, Anwar akan memastikan ketiga-tiga institusi tersebut berfungsi dengan baik dan tidak bertindan bagi mengelak wujudnya situasi monopoli daripada mana-mana pihak.
“Dengan pendekatan berkenaan, badan eksekutif akan terus memainkan peranannya dan badan kehakiman mempunyai sempadan tersendiri.
“Jikalau terdapat unsur yang cuba memanipulasikan antara tiga fungsi ini, ia boleh menjejaskan sistem pentadbiran negara.
“Jadi, peranan Anwar penting kerana reformasi di Parlimen memerlukan pemimpin yang berkarisma, berpengalaman dan memainkan peranan yang dinamik,” jelasnya.
Membimbing
Dr Awang Azman juga berpendapat, Anwar bakal memantapkan suara PH di Dewan Rakyat.
“Pengalaman dan kredibiliti bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dapat dimanfaatkan untuk membantu Ahli Parlimen lain agar lebih berfungsi dan berkesan.
“Reformasi yang dilakukan Anwar juga akan turut memastikan isu-isu penting diketengahkan dan dibincangkan di Dewan Rakyat,” ujarnya.
Sehubungan itu, Dr. Awang Azman berharap perbahasan dan perbincangan Parlimen yang akan datang lebih bermutu.
“Ada Ahli Parlimen yang agak baru dan kurang pengalaman. Maka tugas Anwar untuk membimbing kelompok ini agar mereka ini boleh berfungsi dengan lebih baik lagi.
“Anwar akan buktikan beliau bukan gopoh dan hanya lakukan proses untuk jadi PM dalam tempoh dua tahun akan datang.
“Anwar akan memberikan Tun Mahathir ruang dan laluan untuk buat hala tuju politik dalam tempoh dua tahun ini dalam tadbir urus negara tanpa campur tangan politik Anwar,” hujahnya.
Beliau juga berpendapat Anwar akan membuktikan bahawa dirinya ialah Perdana Menteri yang terbaik untuk mengambil alih teraju pimpinan selepas dua tahun akan datang.
“Pada masa yang sama, Anwar juga akan pastikan tidak akan overshadow PM pada masa kini kerana belajar daripada tragedi politik 1998 agar tidak berulang kali,” tambah Dr Awang Azman lagi.
mdlRabu, September 26, 2018
Saingan lima penjuru di Port Dickson

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Empat hari menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Port Dickson, bayangan semakin jelas dilihat bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menelusuri jalan mudah mencatat kemenangan tanpa bertanding.
Kemungkinan besar PRK ini, yang kali keempat diadakan selepas tiga PRK membabitkan Dewan Undangan Negeri di Selangor iaitu Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, akan menyaksikan pertandingan lima penjuru.
Parti Rakyat Malaysia (PRM), calon Bebas Stevie Chan Keng Leong dan bekas setiausaha agung MIC Datuk S. Kumar sudah menyatakan hasrat masing-masing sekali gus menyampaikan mesej akan wujud pertandingan bagi kerusi Parlimen itu yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Kemang, sebelum persempadanan semula dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Setakat ini beberapa pihak lain iaitu dua parti dan dua individu perseorangan sebelum ini menyatakan hasrat dan minat untuk mengambil bahagian selain Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.
Paspula, menerusi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 15 September lepas, dipetik sebagai berkata parti itu sedia bertanding pada PRK tersebut sekiranya tiada parti lain yang ingin bertanding dalam usaha memastikan Anwar tidak mendapat kemenangan percuma.
Alasan BN memboikot PRK berkenaan ialah cara pengosongan kerusi Port Dickson yang tidak demokratik selain selepas perbincangan dengan parti komponen iaitu MCA dan MIC.
Presiden PRM Mohd Hashim Saaludin pada Jumaat lepas pula dilapor sebagai berkata penyertaan parti itu adalah untuk membangkitkan isu rakyat dan mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menunaikan janji-janji manifesto.
Pada PRK Sungai Kandis lepas, PRM juga mengumumkan untuk bertanding namun menarik diri pada saat akhir walaupun calonnya Ahmad Kamaruddin sudah tiba di Dewan Besar Tanjung Seksyen 19 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk penamaan calon.
Kumar yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanah Rata, Pahang di bawah tiket Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun tewas, bertanding untuk memperjuangkan hak kaum India.
Sementara Chan, seorang personaliti media sosial pula bertanding disebabkan rasa kecewa dengan kelewatan perubahan yang dijanjikan PH sebelum ini selain mendakwa PRK itu diadakan untuk memenuhi cita-cita dan impian seseorang individu serta menyifatkan ‘Langkah PD’ adalah salah.
Menurutnya ini adalah kerana PRK ini adalah satu ‘paksaan’ tidak ada keperluan mendesak, masa yang tidak sesuai dan rakyat mahu melihat wakil dipilih mereka melaksanakan agenda perubahan serta kerusi yang patut dikosongkan ialah milik anak Anwar, Nurul Izzah di Permatang Pauh atau isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pandan.
Dr Wan Azizah ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober dan hari penamaan calon pada 29 Sept manakala hari pengundian awal pada 9 Oktober.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada PRU14 Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas.
Parlimen Port Dickson yang memiliki sejumlah 75,770 pengundi dengan 68,486 orang adalah pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara, merupakan kerusi tunggal PKR daripada lima kerusi Parlimen PH di Negeri Sembilan.
Parlimen Port Dickson yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008 mempunyai lima kerusi Dun iaitu Chuah dan Lukut dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (BN) dan Sri Tanjung (dahulu Port Dickson) (PKR).
mdlKhamis, September 20, 2018
PRK Port Dickson: Penamaan calon 29 September, 13 Oktober buang undi

Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P132 Port Dickson akan diadakan pada 29 September dan hari pembuangan undi pada 13 Oktober depan dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Bagi pengundian awal akan diadakan pada 9 Oktober depan .
PRK Port Dickson akan menyaksikan sejumlah 75,770 pemilih berdaftar bagi Suku Kedua Tahun 2018 akan menjalankan tangungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baharu berikutan kekosongan kerusi oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali dalam dewan rakyat.Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara akan dibuka pada 20 September dan ditutup pada 29 September 2018.
Daripada jumlah itu terdapat 68,486 orang pemilih biasa; sebanyak 7,268 pemilih awal dan 16 orang Pemilih Tidak Hadir Luar Negara.
Bagi menjalankan proses pilihan raya kecil SPR telah melantik Khairy Maamor sebagai Pegawai Pengurus PRK P132 Port Dickson dengan dibantu 9 Penolong Pegawai Pengurus dan 5 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-PKR) untuk memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen kelak.

Tan Sri Othman Mahmood (kiri) menyerahkan watikah pelantikan Pegawai Pengurus PRK Port Dickson kepada Khairy Maamor (tengah) dan diperhatikan Setiausaha SPR Datuk Mohamad Elias Abu Bakar.
Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi Speaker Dun Datuk Mohamad Arif Yusof pada 12 september lalu berhubung kekosongan luar jangka kerusi P132 Port Dickson.
Sehubungan itu SPR telah adakan mesyuarat khas hari ini untuk menetapkan tarikh PRK diadakan dalam tempoh 60 hari pada tarikh kekosongan kerusi pada 12 September bagi mengisi kekosongan di kerusi berkenaan.
SPR turut menyasarkan peratusan keluar bagi PRK Port Dickson sebanyak 70 peratus akan menjalankan tanggungjawab mereka pada PRK kali ini.
Bagi lakasi Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, SPR telah memilih Dewan MajlisPerbandaran Port Dickson.
Pada PRK Port Dickson ini SPR telah memperuntukan sebanyak RM3.6 juta untuk mengendalikan proses pilihan raya kecil kali ini.
“Ia merangkumi 1,403 orang petugas dilantik untuk mengendalikan posesn PRK. Manakala sebanyak 39 buah Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 171 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Ibupejabat SPR di Putrajaya hari ini.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas.
mdlAhad, September 09, 2018
Wong Siew Ki-Halimey menang di PRK Dun Balakong, Seri Setia

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 Balakong dan N32 Seri Setia hari ini menyaksikan kemenangan memihak kepada calon PH Wong Siew Ki dan Halimey Abu Bakar.
.Di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Aziz Mohd Zain mengumumkan keputusan Dun Seri Setia dimenangi calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar pada jam 9.00 malam tadi.
Halimey memperoleh 13,725 undi mengalahkan calon Pas Dr Halimah Ali yang memperoleh 9,698 undi. Majoriti dimenangani Halimey 427 undi.
Undi ditolak 164 dan peratusan pengundian 44.1 peratus.
Halimey hadir ditemani ahli keluarganya manakala Wong Siew Ki hadir ditemani Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan kanan DAP.

Manakala di Dewan Utama Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, Calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki memenangi kerusi dengan majoriti undi sebanyak 18,533.
Beliau memperoleh sebanyak 22,508 undi sekali gus menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan jumlah 3,975 undi.
Pengumuman keputusan rasmi itu dilakukan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman kira-kira pada pukul 8.50 malam tadi.
PRK N27 Balakong dan PRK N32 Seri Setia diadakan serentak susulan kematian penyandangnya mendiang Ng Tien Chee pada 20 Julai kerana kemalangan jalan raya dan Allahyarham Dr Shaharuddin Baharuddin kerana menghidap kanser limfoma pada 2 Ogos lalu.
mdlSelasa, Ogos 28, 2018
Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pengerusi Parti Priumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Terengganu Datuk Razali Idris akan bersama-sama beberapa senator baharu Pakatan Harapan dalam majlis angkat sumpah Anggota Dewan Negara hari ini, berdasarkan notis Parlimen.
Menurut notis pejabat media parlimen itu, Razali dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Pada PRU14 lalu, Razali bertanding di kerusi parlimen Hulu Terengganu dan tewas kepada calon Umno Datuk Rosol Wahid.
Manakala itu, Naib Presiden AMANAH Husam Musa pula akan mengangkat sumpah pada satu tarikh lain kelak. Difahamkan Husam sedang berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Seramai 12 orang senator baharu akan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada hari ini, yang mana 11 orang merupakan wakil Pakatan Harapan (PH) dan seorang daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
Termasuk Husam, anggota Dewan Negara bakal bertambah menjadi 68 senator dengan dua lagi kerusi masih kosong.
Walaupun dengan pelantikan ini, PH masih belum menguasai majoriti Dewan Negara. Sekarang, terdapat 32 senator yang mewakili BN dan tiga senator Pas daripada 55 senator di Dewan Negara.
mdl
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
Senarai Blog...Geng
-
Terengganu: Remaja perempuan hilang ketika bersama keluarga di pantai - Nazdy HarunAmiratul Husna Mohd Shany, hilang ketika keluar bersiar-siar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang. – Foto ihsan PDRMKUALA TERENGGANU: Po...3 jam yang lalu
-
Makrifat Gen Z Anwar Ibrahim Six Seven - Makrifat Gen Z Anwar Ibrahim Six Seven +++++++++ Yang kawal hollywood adalah Gen Z. Yang kawal politik Malaysia adalah 'blue wave'.. Dalam teori konspi...7 jam yang lalu
-
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Mendakwa Tambang ECRL Yang Tular Di Media Sosial Cuma Spekulasi, Kadar Rasmi Sedang Diperhalusi - *SHAH ALAM:* Kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sedang diperhalusi bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang berkualiti ke...15 jam yang lalu
-
Penerangan tentang TONE WOW PARLIMEN MALAYSIA - @amrinor88 Listen to this... Follow for more! #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound - DaPor SuRiSehari yang lalu
-
Keindahan Pas diambil masa diperlu saja - *ULASAN* DUA kali Mohd Amar Nik Abdullah sebut nama Tan Seri Mohd Asri Muda bekas presiden Pas dalam ceramahnya di Negeri Sembilan malam tadi untuk memb...Sehari yang lalu
-
MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR - Beralihnya sokongan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu memberi kepada Hamzah Zainuddin sebaik pemecatannya adalah ibarat malapetaka ...3 bulan yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...2 tahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...4 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...4 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...4 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 tahun yang lalu
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PMX
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus


