KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa
Kerajaan Pusat mahu mengaburi mata rakyat dengan hanya membenarkan
manifesto parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disiarkan
secara rakaman.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, langkah julung kali diperkenalkan itu jelas menunjukkan politik kotor yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat dan tidak menghormati hak dan kehendak rakyat.
"Jika benar ingin beri kebebasan manifesto, mengapa mahu dibuat secara rakaman?" kata beliau kepada pemberita selepas majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat di sini, malam tadi.
Tambah beliau, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan medium media untuk mempergunakan orang Melayu dengan cara sedemikian.
"Kebebasan dalam bersuara dan menyampaikan manifesto mesti boleh dibuat secara langsung, bukan melalui rakaman. Ini jelas permainan mereka bagi mengaburi mata rakyat," ulas beliau.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, PR menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika PRU13 sebagaimana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu.
Mustafa berkata, kenyataan yang dibuat Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.
Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau.
Dalam reaksi balas kepada Sinar Harian Online, Abdul Aziz merayu parti-parti politik memberi kerjasama dengan tidak mempertikaikan mekanisme yang hendak digunakan untuk menyiarkan manifesto menerusi RTM.
Sehubungan itu, badan pengendali pilihan raya mahu PR mencuba terlebih dahulu kaedah rakaman dan memberi peluang untuk melaksanakannya sebelum sangsi dan menolak bulat-bulat.
Abdul Aziz juga berkata, usaha pihaknya mendapatkan ruang bagi menyiarkan manifesto untuk semua parti harus diteruskan sebelum membuat andaian negatif.
Menurut Abdul Aziz, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ruang bagi kesemua parti menyiarkan manifesto mereka melalui beberapa televisyen kerajaan dan ia dilihat sebagai satu langkah yang baik./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...