Ancaman DR Kassim Ahmad Terhadap Anwar Ibrahim : Nilai Rendah Seorang Sarjana Melayu
Tiada perkara yang memalukan nilai intelektual yang dijulang tinggi
dalam masyarakat, apabila seorang sarjana mencerca seseorang yang lain
apatah lagi dengan mengancam menggunakan kata-kata yang mencerminkan
kerendahan nilai diri sendiri.
Terdorong dengan ucapan ‘separa sedar’ yang dikeluarkan oleh Dr
Kassim Ahmad, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) percaya wujud sesuatu yang tidak
kena pada nilai diri Dr Kassim sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan
supaya Dato Seri Anwar Ibrahim digantung kerana dituduh mengkhianati
rakyat.
Malah dalam wawancara itu, Dr Kassim turut menghina himpunan rakyat
pada 1998 yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai perhimpunan
ala Nazi, dan sekaligus menafikan hak rakyat untuk berhimpun dan
menyatakan ekspresi terhadap kebobrokkan yang berlaku dalam negara.
AIC menyelar dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Dr Kassim Ahmad
ini dan kecewa kerana merasakan perkara ini hanya berpaksi kepada
kemarahan peribadi dan memuaskan hati sendiri semata-mata, Tuduhan
bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang yang mengarahkan
pengharaman buku tulisannya adalah satu lagi rungutan tidak berasas.
AIC hairan bagaimana seseorang yang terpelajar, dan masak dengan
susur galur politik negara boleh dipergunakan sewenang-wenangnya untuk
kepentingan politik orang lain. Sebagai mantan Presiden sebuah parti
Sosialis, Dr Kassim Ahmad tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam
politik Umno apabila menyertai parti itu kemudiannya dan inilah faktor
utama yang mendorong kekecewaannya.
MUHASABAH DIRI DAN HIDUP DALAM REALITI
Dr Kassim Ahmad sewajarnya bermuhasabah diri dan hidup dalam
kenyataan bahawa tidak ada sesuatu yang sempurna dalam kehidupan sebagai
ahli akademik dan politikus. AIC sebagai suara anak muda ingin menolak
kebencian yang cuba ditanam oleh Dr Kassim Ahmad bukan sahaja kepada
Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi juga kepada mana-mana individu politik
di negara ini.
Sebagai seorang sarjana, Dr Kassim Ahmad harus sedar bahawa beliau
sudah diberi peluang yang banyak untuk membuktikan kajian serta
pandangannya. Beliau , pada 26 tahun yang lalu telah diberi ruang
berdebat dengans seorang lagi tokoh iaitu Dr Ahmad Awang namun gagal
meyakinkan umum tentang ideanya yang jelas menolak hadis.
Hiduplah dalam realiti bahawa tidak ada salahnya mengakui kesilapan
diri, sebaliknya mengembalikan realiti itu untuk menyumbang kepada
pembangunan masyarakat yang lebih baik. Tindakan dan amarah Dr Kassim
Ahmad tidak menyumbang satu apa pun ke arah kebaikkan negara, tetapi
inilah punca perpecahan dan kegoyangan intelektual yang akan menular
dalam masyarakat.
Jika seorang sarjana boleh mengeluarkan satu kenyataan dan ancaman
dahsyat, maka tidak hairan negara akan melahirkan generasi yang lebih
tersasar pemikiran dan waktu itu Dr Kassim Ahmad pasti termenung
memikirkan bahawa inilah jasa yang beliau taburkan dalam benih
pembentukkan bangsa.
AIC dengan tegas menolak segala ancaman dan kenyataan keras Dr Kassim
Ahmad, dan tidak apologetik untuk mengkritik tindakannya. Sebagai
generasi baru, AIC tidak memilih untuk kagum dengan kelantangan Dr
Kassim Ahmad yang tiada standard, malah akan melawan sekeras-kerasnya
politik dan kenyataan kebencian yang serupa.
AIC percaya seseorang ahli akademik dan sarjana akan datang boleh
menjadikan Dr Kassim Ahmad sebagai satu rujukan bahawa tidak semua
perkara yang kita lakukan boleh dan berupaya menjadikan diri kita
sebagai betul, sesekali berpijaklah di realiti dan terimalah kekalahan
pemikiran sebagai pedoman.
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...