Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghantar surat memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebentar tadi.
Dalam surat itu, Mohamad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak memohon menghadap Sultan Johor bagi mengzahir permohonan maaf berhubung kenyataan beliau menyentuh pembidaan nombor pendaftaran WWW 1.
Ketika dihubungi, Penolong Setiausaha Pas Perak, Safarizal Saleh mengesahkan surat itu dihantar.
"Baru tadi dihantar, hari ini," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.
Surat itu dialamtkan kepada Setiausah Sulit kepada Sultan Johor, Jaba Mohd Noah.
Nizar antara lain berkata, beliau memohon menghadap Sultan Johor bagi menjelaskan kesulitan yang berlaku.
Selasa lalu, Mohamad Nizar berkata, beliau bersedia untuk menghadap 
Sultan Johor Sultan Ibrahim bagi memohon maaf dan memberi penjelasan 
berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan no pendaftaran 
WWW 1.
Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi
 bagi mengadap Sultan Johor dalam masa terdekat  bagi membolehkan beliau
 menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang 
melanda isu tersebut.
"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan 
kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa
 saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.
"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang 
rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu 
diperjelas kepada
Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya.
Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya.
Beliau kini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaannya di 
twitter berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan bagi nombor 
pendaftaran WWW 1 dengan harga RM520,000.
Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga 
RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar melalui twitternya menyatakan 
bahawa jumlah wang
yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri.
yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri.
Dalam pada itu, Mohamad Nizar ketika ditemui wartawan di Ipoh pagi tadi
 berkata, beliau akan mengemukakan saman fitnah kepada dua organisasi 
media  kerana mendakwa memutarbelitkan mesej twitternya berhubung 
keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.
Beliau berkata, saman yang akan dikemukakan dalam masa terdekat itu 
dibuat berikutan tindakan penyiaran laporan yang dibuat kedua-dua media 
berkenaan, dikatakan menjadi punca timbulnya pelbagai persepsi rakyat 
terhadap mesej yang dikeluarkannya, 28 Mei lalu.
“Saya sudah berbincang dan keputusan sudah dibuat untuk mengemukakan saman fitnah ini dalam masa terdekat.
“Ada satu lagi stesen televisyen akan terlibat sama dalam isu saman 
fitnah ini, tetapi yang itu pihak saya masih lagi meneliti laporan yang 
dikeluarkan mereka,” katanya.
Mengulas lanjut, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu menegaskan, isu 
saman tetap akan dijalankan meskipun permohonan untuk mengadap Sultan 
Johor tidak diperkenankan.
"Ini adalah dua perkara yang berlainan, sehingga pagi ini saya masih 
belum menghantar sebarang permohonan rasmi, jika tiada apa-apa halangan,
 kemungkinan petang ini atau esok pagi surat berkenaan akan dihantar," 
katanya./SinarHarian
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...