Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 29, 2012

Saman Anwar Ibrahim RM100 juta terhadap Khairy didengar 14 dan 20 Nov

KUALA LUMPUR 29 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta beliau terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada November depan.

Ia berhubung perkataan berunsur fitnah oleh Khairy yang dimuat naik dalam beberapa laman web menerusi klip video.

Mengikut sebuah portal, peguam J Leela, yang mewakili Anwar memberitahu, Ketua Umum KEADILAN itu dan seorang wartawan akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Leela dipetik berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 14 dan 20 November untuk mendengar kes saman itu selepas bertemu beliau dan peguam Faizal Faiz, yang mewakili Khairy, di dalam kamarnya, hari ini.

Katanya, hakim turut memerintahkan kedua-dua pihak supaya memfailkan ringkasan kes, senarai saksi dan isu yang akan dibicarakan.

Anwar memfailkan saman berkenaan pada 7 Mac 2008 dengan mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and Kin No Threat’, dimuat naik dalam beberapa laman web, termasuk Malaysiakini.

Anwar memohon RM100 juta dalam ganti rugi teruk dan teladan, selain relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...