Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Januari 23, 2019

Lupakan dendam Pas terhadap Umno demi Islam, kata Nik Abduh

Lupakan dendam Pas terhadap Umno demi Islam, kata Nik Abduh

Penyokong dan anggota Pas dinasihat lupakan persengketaan Pas dan Umno dan menggunakan pertimbangan rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, hujung minggu ini, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Nik Mohamad Abduh yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata perkara itu sudah diperjelaskan memandangkan lawan BN dalam PRK berkenaan ialah calon daripada Pakatan Harapan (PH) adalah juga musuh utama Pas ketika ini.
“Dulu, memanglah BN dan Umno musuh kita…tapi selepas apa yang berlaku pada Mei lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kami sudah nampak siapa musuh dan siapa yang boleh dijadikan kawan dalam memperjuangkan agama Islam.
“Kami (Pas) yakin dengan kebijaksanaan ahli dan penyokong dalam membuat pilihan dan mengundi (calon) yang terbaik…anggota Pas tahu dengan kewajipan mengundi untuk memilih pemimpin yang baik menerajui negara…mereka (PH) masih gagal menunaikan janji (manifesto),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah bersama Pasdan BN di Dataran Sungai Koyan, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta 500 anggota dan penyokong Pas serta BN hadir pada program berkenaan. – BERNAMA
Picture

Selasa, Januari 08, 2019

228 sekolah pondok, sekolah agama rakyat terima peruntukan Bajet 2019

228 sekolah pondok, sekolah agama rakyat terima peruntukan Bajet 2019

Sebanyak 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat akan menerima peruntukan RM25juta seperti diumumkan kerajaan dalam Bajet 2019.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, bersesuaian dengan keputusan bajet sekolah pondok dan sekolah agama rakyat berdaftar walaupun bukan  arus perdana  tetapi memainkan peranan untuk membina masyarakat.
“Pihak kami akan cuba laksanakan agihan RM25juta ini mengikut dua kategori.  Satu  sekolah pondok dengan nama ‘pondok’ dan satu lagi adalah sekolah agama rakyat  yang tidak berada di arus perdana . Sekolah pondok dan sekolah menengah agama berperanan untuk membina masyarakat yang kita (kerajaan) kehendaki iaitu pendidikan yan progresif.
” Dengan 228 buah berdaftar seluruh negara hasrat Kerajaan Persekutuan memastikan pendidikan Islam berkualiti akan dilaksanakan sebaik mungkin.
“Saya amat menyokong pandangan menyatakan sektor pendidikan bebas politik kerana itu dasar kerajaan hari ini dalam konteks memartabatkan pendidikan Islam sebagai modul pendidikan yang progresif dan unggul,”katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, hari ini.
Beliau yang mewakili Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada Menteri Kewangan yang telah meluluskan bajet RM25juta itu kepada sekolah pondok yang turut akan disalurkan kepada sekolah agama rakyat.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang turut hadir dalam majlis penyerahan  mockup cek oleh kementeriannya berkata, beliau akan cuba mempercepatkan pemberian peruntukan dalam sektor pendidikan ini dengan memulakan pemberian kepada sekolah pondok.
“Kita buat perancangan lebih sistematik kita berikan sekaligus bukan berperingkat,” ujarnya.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dan Timbalan Menteri Agama Fuziah Salleh.
Antara peruntukan yang diumumkan Guan Eng pada pembentangan bajet Oktober tahun lalu, dalam sektor pendidikan adalah RM50 juta untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), SJKC (RM50 juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (RM50 juta), Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta),
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (RM50 juta), Sekolah Mubaligh (RM50 juta), Sekolah Tahfiz (RM50 juta) dan Sekolah Pondok yang berdaftar (RM25 juta).
Picture

Jumaat, Januari 04, 2019