KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau bukan seorang
yang "lembab", kononnya sanggup tidak menjaga kepentingan orang Melayu,
selaku kaum majoriti, termasuk melepaskan jawatan Perdana Menteri
kepada DAP jika menguasai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
Ketua Pembangkang ini berkata, Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP juga memahami Melayu merupakan majoriti rakyat negara ini dan tidak mempertikaikan sebarang kelebihan yang diperuntukkan.
Perkara itu juga pernah ditekankan oleh DAP sebelum ini iaitu orang Melayu akan menyandang jawatan Perdana Menteri.
"Ada orang kata saya akan pegang jawatan PM selama tiga bulan sahaja sebelum serah kepada (Pengerusi DAP Kebangsaan) Karpal (Singh), saya bukan seorang begitu lembab.
"Sekiranya memerintah apa yang ada kini termasuk Bahasa Melayu akan diperkukuhkan lagi," kata Ketua Umum PR ini ketika berucap pada Ceramah Perdana di Padang Malis Daerah Machang di sini malam tadi.
Pada ceramah yang dihadiri lebih 5,000 penyokong itu, Anwar berkata, Sabah akan memberi kejutan terbesar dalam PRU-13 dengan peningkatan sokongan yang kepada PR.

Dalam satu ceramah di Johor beberapa hari lalu, Presiden Jalur Tiga
(Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak menolak
kemungkinan Anwar bakal dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya PR
berjaya mentadbir negara.
Bagaimanapun katanya, Ketua Umum PKR itu hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika berikutan DAP tetap mahu jawatan berkenaan disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menurutnya, hakikat itu berdasarkan kenyataan Karpal yang menegaskan akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau masih hidup.
“Kita semua tahu Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menguasai Putrajaya, tetapi ia hanya untuk seketika dan sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
“Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia (Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri,” katanya./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...