Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan

Ahad, Julai 26, 2015

HOT!! : RAHSIA BESAR TERBONGKAR..KENAPA PR HANCUR..

 

Hadi adalah punca utama kematian Pakatan Rakyat bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat

Berat hati saya untuk menyatakan rasa kesal yang amat sangat apabila melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengulang-ulang propaganda Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” ke atas parti lain.

Propaganda ini menyelindungkan pendirian politik baru beliau untuk menjadi pembela terkuat Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan para pemimpin dan ahli Umno sendiri sedang mencari arah baru untuk negara ini.

Sebagai contoh, ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee kelmarin menyifatkan pakatan baru pembangkang tidak mampu menggugat Umno. Beliau juga terus menyebarkan pembohongan bahawa gabungan baru berkenaan akan dikuasai oleh DAP seperti mana kononnya DAP dulu menguasai Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

Dakwaan yang hampir sama diulang oleh Hadi kelmarin dengan menyebut bahawa golongan yang menghargai perjuangan Islam tidak akan menjadikan DAP sebagai 'wali', mengulangi tuduhan Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” dalam hubungan “tuan dan hamba” dengan parti-parti politik lain.

Tuduhan itu bukan saja tidak berasas sama sekali, malah ia pembohongan paling keji daripada seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dulunya hampir menjadi sebuah gabungan politik baru antara kekuatan-kekuatan politik yang hampir setara di kalangan parti yang menjadi anggotanya, berasaskan prinsip muafakat di mana setiap keputusan atau dasar Pakatan perlu dicapai menerusi muafakat ketiga-tiga parti komponen.

Tidak ada parti atau pemimpin memegang kuasa veto bagi membatalkan keputusan yang telah dicapai secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti komponen.

Justeru tindakan Hadi mencabul Dasar Bersama Pakatan dan prinsip muafakat ini, kerana mahu menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat, muncul krisis demi krisis dalam Pakatan, iaitu dengan:

1. Mencabul dasar Pakatan Rakyat untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya dengan meletakkan calon-calon PAS pada hari pencalonan untuk bertanding melawan PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke-13, menyebabkan Umno menang di semua kerusi terbabit.

2. Mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri oleh Timbalan Presiden Mat Sabu bagi pihak Hadi, yang menetapkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

3. Melanggar janjinya sendiri pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa sebarang pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan sebarang usul persendirian Ahli Parlimen Pakatan berkenaan pelaksanaan hudud akan terlebih dulu dibentangkan di hadapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Cita-cita Hadi untuk menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat melanggar prinsip asasi Pakatan sebagai sebuah gabungan antara parti-parti yang setara, dimeterai dengan prinsip muafakat dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Atas sebab inilah Hadi mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor kerana Azizah seorang wanita.

Malah, Hadi juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dari Pakatan Rakyat untuk kerusi Perdana Menteri.

Tidak berlebihan jika disebut bahawa Hadi adalah punca utama Pakatan Rakyat berkubur, bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat, menggunakan kuasa veto bukan saja ke atas Jawatankuasa Pusat PAS tetapi juga Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Konsep politik Hadi, termasuk politik gabungan, sama sekali tidak serasi dengan demokrasi, pluralisme, hak asasi manusia, kepelbagaian budaya, hak wanita serta gagasan pembangunan dan kemodenan.

Saya telah sebutkan kelmarin bahawa terserah kepada Hadi jika beliau mahu membantu memanjangkan hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri di tengah taufan politik skandal 1MDB.

Namun, beliau tidak berhak berbohong dan berdusta tentang DAP demi matlamat politik barunya untuk menjadi sahabat sejati Najib yang sedang berdepan tuntutan untuk meletakkan jawatan, termasuk daripada khalayak Umno.

Setahun yang lalu, saya boleh menyatakan dengan yakin bahawa jika ada usul untuk mengadakan undi terhadap Najib di Parlimen, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mengundi tidak percaya.

Berlainan keadaannya hari ini. Apakah Hadi dan para pendukungnya akan sanggup membuat undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen? Hampir tidak mungkin, jika melihat kepada pembelaan luar biasa Hadi terhadap Najib.

Setahun yang lalu, tidak diragui lagi bahawa semua ahli parlimen Pakatan Rakyat dari DAP, PKR, dan PAS akan seia-sekata menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban berkenaan skandal 1MDB. Apakah hari ini Hadi dan pengikutnya akan menyokong usul sedemikian di Parlimen?

Hadi boleh mengubah pendirian dan belang politik beliau untuk menjadi pembela Najib yang paling kuat, namun janganlah melakukannya dengan cara mengorbankan kebenaran, keadilan, dan kejujuran dengan mengulang-ulang pembohongan dan pendustaan yang disebarkan Umno berkenaan DAP.



LIM KIT SIANG ketua parlimen DAP dan MP Gelang Patah.

mk

Sabtu, Jun 20, 2015

HOT!! : DAP nafi tuntut MB pecat Exco PAS

 

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menafikan laporan akhbar Sin Chew Daily yang mengatakan pihaknya meminta supaya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memecat exco PAS dan membubarkan DUN negeri itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Pua menganggap laporan akhbar berbahasa Cina itu sebagai "tidak tepat" dan "mengelirukan".

Malah, Pua berkata pembubaran DUN adalah  perkara yang perlu dielakkan dan ia merupakan pilihan terakhir sekiranya kemelut Pakatan masih berlanjutan.

Sehubungan itu, Pua berkata pihaknya telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai masalah Pakatan untuk dibincangkan bersama Azmin.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi di sini bahawa mesyuarat DAP Selangor mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan menteri besar. Kami juga mengambil pendirian untuk sedia mendengar cadangan-cadangan beliau," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.



Jumaat, Jun 19, 2015

TERKINI!!! : KENYATAAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM ISU PAKATAN RAKYAT..

 Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketiga-tiga PKR, DAP, dan Pas harus meletakkan fokus terhadap pembelaan nasib rakyat berdasarkan Dasar Bersama PR.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun PR rakyat kini sudah berpecah, kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut harus dikekalkan demi rakyat.


"Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal PR. Namun secara hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti masih perlu ditekankan di peringkat kerajaan-kerajaan negeri, dan di Dewan Rakyat.

Khamis, Jun 18, 2015

HOT!! : AKIBAT SOMBONG, EGO, TIDAK TEPATI JANJI..PAKATAN RAKYAT HAMPIR HANCUR..

 PR

SHAH ALAM - PKR akan meneruskan semangat PR yang diasaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU12 walaupun DAP telah menyatakan pakatan itu telah tamat riwayatnya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan lewat petang tadi berkata, PKR akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan BN.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat biro politik parti itu yang berlangsung lebih empat jam semalam.

Dalam kenyataan itu juga, PKR melahirkan rasa kesal keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan penamatan riwayat PR yang dianggap tindakan tergesa-gesa.

DAP membuat keputusan itu tengah hari semalam selepas Muktamar Pas ke 61, baru-baru meluluskan usul Dewan Ulama Pas tanpa bahas menamatkan hubungan dengan DAP.


Selasa, Jun 16, 2015

HOT!! : PAKATAN RAKYAT BUBAR...KERANA PRESIDEN PAS LANGGAR JANJI..

lim guan eng

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Gabungan Pakatan Rakyat yang terjalin sejak 2008 kini sudah tidak wujud lagi, umum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng dalam satu kenyataan media berkata, parti itu menerima keputusan Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP sekali gus berkata, Pakatan Rakyat kini sudah terbubar.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar Pas secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” ujarnya.

Menurut Guan Eng, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat CEC DAP semalam.

“Pelanggaran janji yang dibuat sendiri oleh Abdul Hadi dalam Pakatan Rakyat iaitu pada Majlis Pimpinan pada 10 Februari bagi membincangkan undang-undang hudud yang dicadangkan oleh Pas dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di Majlis Pimpinan sebelum dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan dilanggar oleh Abdul Hadi.

Isnin, Jun 15, 2015

HOT!! : KATA MAT SABU..UMNO MESTI DI KUBURKAN...

 

Selepas seminggu pemilihan PAS berakhir, pemimpin yang dikaitkan dengan kumpulan progresif dalam parti itu membuat kemunculan depan umum malam tadi, yang mereka anggap sebagai mahu menguburkan Umno.

Bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin parti itu di Kuala Lumpur berkata kemenangan Umno mesti dinafikan dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun apa jua yang berlaku selepas ini.

Seruan tersebut hadir di tengah-tengah kemelut masa depan Pakatan Rakyat yang membabitkan dua parti dalam gabungan pembangkang itu, PAS dan DAP yang semakin meruncing.

"Tak kira apa gerakan kita selepas ini, sama ada melalui NGO atau parti politik, jangan biarkan Umno (dan) BN terus memerintah selepas pilihan raya umum akan datang...

"MCA hampir terkubur, Gerakan kuburnya tiada bernisan, dan kita tidak tahu ke mana MIC akan pergi; hanya Umno yang tinggal.



Ahad, Jun 14, 2015

BERITA TERKINI!! : PAKATAN RAKYAT MESTI DIKEKALKAN..

'Jika dicongak PR sudah berkubur'

IPOH - Jika dicongak atas nama, PR itu sudah tidak ada, kata ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusoff Rawa ketika mengulas tentang pertelingkahan yang berlaku antara Pas dan DAP.

Menurutnya, PR lahir daripada kerjasama politik yang terbentuk melalui tiga parti pembangkang dan jika ada yang menarik diri, gabungan itu dilihat gagal.

“Kita menang atas nama PR, kita masuk bersama dan apabila salah satu daripada tiga parti ini terkeluar, itu bukan lagi dinamakan PR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai panel pada Wacana Politik Baharu (Siri 1), Berkuburkah Pakatan Rakyat?, di sini, semalam.

Hadir sama sebagai panel Timbalan Pengerusi PKR Perak, Lee Boon Chye dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unisel yang juga penganalisis politik, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin selain Pengarah Strategik PKR Perak, Madhi Hasan sebagai moderator.

      

Jumaat, Jun 12, 2015

KAJIAN : 60 PERATUS PENYOKONG PR BERHARAP PR TERUS KEKAL..

Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Tidak mustahil wujud pihak tertentu yang berusaha menubuhkan parti Islam baharu menggantikan Pas, seterusnya menjalinkan hubungan dengan rakan komponen PR.

Naib Presiden Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, ia dijangka berlaku jika Majlis Syura Ulama mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP.

“Bila putus hubungan, secara automatik Pakatan Rakyat (PR) dianggap bubar kerana PR dibentuk atas gabungan tiga parti.

“Saya yakin jika keadaan ini berlaku, sebahagian besar penyokong Pas tidak dapat menerima dan mereka sudah tentu akan berbuat sesuatu seperti keluar Pas atau sekurang-kurangnya menghentikan semua penglibatan dan hubungan mereka dengan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang didakwa menyifatkan ahli Pas akan akur jika ditakdirkan Majlis Syura Ulama memutuskan untuk tidak mahu bersama DAP lagi.


Selasa, Jun 09, 2015

HOT!! : NIK ABDUH KENA SEKOLAH...DENGAN PEMUDA DAP..

 Teo Kok Seong

SHAH ALAM – Dapsy berharap Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan ahli parti itu kepada matlamat asal gabungan dalam PR.

Ketua Dapsy, Teo Kok Seong berkata, Pas wajar merujuk kembali manifesto PR sebagaimana yang telah dijanjikan ketiga-tiga parti antara DAP, PKR dan Pas.

“Walaupun saranan ini sukar tetapi Nik Abduh perlu membuat demikian kerana beliau ada menyatakan ingin menyambung kembali ikatan antara Pemuda Pas dan Dapsy yang telah ‘membeku’.

“... kalau boleh saya berharap beliau mengingatkan Pas untuk kembali kepada manifesto PR seperti apa yang telah dijanjikan ketiga-tiga parti,” katanya kepada Sinar Online.

Mengakui pernah mengumumkan untuk membekukan hubungan kerjasama antara Dapsy dan Pemuda Pas, Kok Seong berkata, hala tuju atau masa hadapan kedua-dua sayap parti pembangkang itu sukar untuk diteruskan.


Isnin, Jun 08, 2015

HOT!! : MAT SABU SEORANG YANG BERPRINSIP..

Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, keputusan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan yang dibuat oleh Muktamar Tahunan Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

“Mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh wakil Pas dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi oleh pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di sini hari ini.


Sabtu, Mei 30, 2015

WALAUPUN DILABEL BERMACAM-MACAM..TAPI AJK PAS PUSAT INI TUNJUK AKHLAK TERPUJI..

 Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM - Rakan dalam PR digesa berhenti menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana keadaan itu hanya memburukkan lagi krisis yang sedang berlaku.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi hari ini semakin panas apabila krisis yang berlaku bukan sahaja melibatkan rakan dalam PR, tetapi juga barisan kepimpinan dalam Pas sendiri.

“Perselisihan pendapat dalam keluarga Pas menarik perhatian ramai pihak. Krisis seumpama ini pernah berlaku dalam sejarah jatuh bangun parti Islam.

“Situasi ini semakin panas apabila Pas berdepan muktamar yang menyaksikan pemilihan yang sengit. Pas mengiktiraf dan menyanjung keprihatinan semua pihak khasnya rakan PR, namun serang menyerang yang telah dibuat hanya akan melemahkan parti Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut bimbang apabila ramai pemimpin bercakap, kenyataan itu akan diputar belit pihak tertentu.

Khamis, Mei 28, 2015

HOT!! : 5 SOALAN PANAS KEPADA PRESIDEN PAS...

Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini meminta Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan komitmennya terhadap PR dengan menjawab lima soalan mudah.

Lima soalan itu ialah mengapa Abdul Hadi memungkiri komitmen Pas kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan pakatan; menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tengah-tengah kemelut skandal RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB); dan mahu mewujudkan 'kerajaan perpaduan' bersama Umno?

Guan Eng dalam kenyataan di sini hari ini turut mempersoalkan mengapa Abdul Hadi enggan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.

Satu lagi soalan ialah mengapa mengisytiharkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud, tanpa menyebut tentang orang Islam lain, orang bukan Islam, serta rakyat Sabah dan Sarawak yang turut membantah undang-undang hudud.


      

Rabu, Mei 27, 2015

TERKINI!! HOT!! : RAHSIA PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT TERBONGKAR!!

Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bulan depan akan menjadi medan penentu sama ada Pas akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada umumnya: "Presiden (parti) boleh cadangkan, Majlis Syura (Ulama) boleh cadangkan (keluar daripada pakatan pembangkang) tetapi keputusan itu bergantung kepada muktamar ... kuasa itu kuasa muktamar. Itu adalah kaedah kami dalam organisasi."   

Beliau bagaimanapun berkata, Pas Kelantan masih belum memutuskan untuk memberi sebarang cadangan keluar daripada pakatan pembangkang pada muktamar  berkenaan.   

"Ini kami tengok dalam muktamar ... kami dengar ucapan dasar (Presiden parti) dan dari situlah (kami akan buat keputusan). Jadi mungkin negeri lain ada cadangan, itu saya tidak tahulah. Tapi bagi Kelantan perkara berkenaan belum dibincangkan lagi," katanya.   


Selasa, Mei 26, 2015

TERKINI : KENYATAAN PANAS!!! AJK PAS PUSAT..WAJIB BACA!!


Foto Saya


Kukuhkan PR, Hargai Kekuatan Rakan

Saya melihat dengan penuh kerisauan, arah tuju yang ingin dibawa oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan PAS dalam PR dan sesama PAS. Kenyataan sombong dan angkuh yang tidak sama sekali menggambarkan usaha menyatupadukan atau mencari perdamaian atas asas yang dipersetujui bersama. Yang mana asas yang dipersetujui bersama ini amat banyak atas sebab keinginan bersama untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dirosakkan oleh UMNO dan BN.

Maka di sini mungkin terdapat perbezaan antara cara kepimpinan yang ingin mencari persamaan dan yang ingin mencari perbezaan, inginkan persepakatan dan inginkan perbalahan. Saya telah sebut sebelum ini bahawa amat mudah mencari perbezaan dan perbalahan. Mana-mana ‘samseng jalanan’ pun mampu melakukannya. Tetapi untuk mencari persamaan dan persepakatan, ianya hanya mampu dilakukan pemimpin yang bijak dan berhemah.

Oleh itu, di sini terletaknya kelebihan Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka memahami bahawa walaupun wujud perbezaan antara PAS dan DAP serta PKR, namun usaha mencari keadilan dan keselamatan untuk Malaysia boleh menyatukan ketiga-tiga parti dalam satu pakatan politik yang kukuh dan mantap. Maka itulah yang telah mereka usahakan dengan jayanya sehingga Allah membawa mereka kembali ke pangkuanNya.
 

Jumaat, Mei 22, 2015

HOT!! : YB KHALID SAMAD BUAT HAL LAGI...MESTI BACA..

  Foto Saya


Kontroversi Ucapan LKS Di KB (Bhgn II)

Ada yang kurang berpuas-hati dengan ulasan saya berhubung ucapan LKS yang saya siarkan kelmarin. Maka berbagai komen dan soalan ditanya melalui media sosial. Salah seorang yang mengemukakan soalan adalah saudara Hizman Husin. Maka di‘PM’nya saya melalui akaun FB dan ditanya saya dua soalan seperti berikut:

1. Kenapa beriya2 sangat mempertahankan LKS walaupun dia tidak bersalah pada pandangan YB ? Adakah ingin menimbulkan polimik or perhatian?

2. Kenapa tidak beriya2 mempertahankan Presiden bila mana DAP memutuskan kerjasama dengan Presiden? Adakah ini demi PR?

Di sini saya sertakan jawapan saya kepada Saudara Hizman dengan lebih jelas lagi agar lebih mudah difahami dan dapat dikongsi bersama.

JAWAPAN KEPADA SOALAN PERTAMA

a) STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UMNO


Khamis, Mei 21, 2015

HOT!! : LKS BUAT HAL LAGI...

 Lim Kit Siang

SHAH ALAM - DAP menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berbahaya dan akan melemahkan proses pembinaan negara bagi membentuk masyarakat harmoni berbilang agama dan budaya.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak menyangka  Presiden Pas itu  sanggup menggunakan alasan  menyatakan kemarahan terhadap parti itu kerana membantah pelaksanaan hudud.

“Dia (Abdul Hadi)  tidak jujur dan  ikhlas  apabila terus menerus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus  PR  yang menjadi sebab kenapa Majlis Pimpinan  Pakatan Rakyat berada dalam krisis dan tidak bermesyuarat lebih tiga bulan.


Selasa, Mei 19, 2015

HOT!! : YB KHALID SAMAD BUAT KENYATAAN BERANI...

Saya diberi teks ucapan Lim Kit Siang (LKS) yang disampaikan beliau pada 10 Mei sebelum mulanya sesi dialog saya di Hotel Habib Kota Bharu pada 14 Mei. Saya membacanya dan hingga sekarang masih merasa pelik mengapa ada yang begitu marah dengan ucapan beliau. Mereka menuduh LKS “menghina Islam, Hudud dan ummat Islam” dalam ucapannya. Sedangkan tidak terdapat kata-kata menghina yang saya dapati dalam teks ucapan tersebut.



Ayat dan kaedah yang digunakan mereka ini sama macam ayat dan kaedah PERKASA yang terkenal dengan usaha untuk mencetuskan perbalahan walau atas apa jua alasan. Sekiranya ada yang bukan Melayu bersin di depan Masjid pun mungkin boleh digunakan oleh PERKASA dan kumpulan ini sebagai bukti “tidak hormat kepada Islam”! Maka adakah pimpinan PAS telah turut mengikuti ‘tarbiyyah’ PERKASA kebelakangan ini? Harap-harap tidak serta bagi yang sibuk bergambar, hanya sekadar bergambar bersama sahaja dan tidak lebih dari itu.


Isnin, Mei 18, 2015

Ahad, Mei 17, 2015

SUARA MAT SABU...WAJIB BACA KHAS AHLI PAS.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, ulama dalam parti itu mendapat penghormatan tinggi di kalangan ahli kerana menunjukkan akhlak yang baik, bukannya disebabkan latar dan kelulusan pengajian agama yang pernah diikuti.

Merujuk kepada dua nama pemimpintertinggi PAS iaitu allahyarham Yusof Rawa, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor (kanan), Mohamad berkata "tidak kena" jika ada anggota parti menilai seseorang ulama dalam parti berkenaan berdasarkan latar belakang pengajian agama semata-mata.

Bagi Mohamad, status ulama seseorang itu terhasil daripada ilmu, amal dan akhlaknya.

"Kenapa Nik Aziz dihormati? Kerana akhlaknya. Antara akhlaknya yang disegani, apabila mendapat kuasa, beliau kekal hidup amat sederhana bahkan dia menolak hak-hak yang sepatutnya diterima.

"Ertinya beliau buat apa yang beliau cakap. Maka timbulah penghormatan kepada beliau. begitu (juga) orang bukan Islam menghormati Nik Aziz," katanya.

Khamis, Mei 14, 2015

HOT!! : YB KHALID SAMAD JAWAB FITNAH GENG USTAZ MUDA DALAM PAS..


Foto Saya

Tajuk : ‘Liberal’ dan ‘Ekstrimis’: Apa Perbezaan Sebenar?

Setelah saya menulis berhubung sikap ‘Syadid’ atau ‘Ekstrimis’ yang ditunjukkan oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, saya terus diajukan tuduhan bahawa saya pula membawa sikap ‘Liberal’. Walaubagaimanapun, label ‘Liberal’ yang sering digunakan ini tidak pula diberikan takrif dan penerangan berhubung apa yang dimaksudkan dengan istilah tersebut. Sepertimana biasa, yang dikemukakan hanyalah sekadar ‘sindiran’ dan ‘qiasan’ akan apa yang dimaksudkan. Silap-silap yang tukang label pun tidak faham apa yang dimaksudkan!

TAKRIF MAKSUD ‘LIBERAL’

Namun takrif tetap diperlukan supaya dapat difahami apa yang dimaksudkan. Oleh kerana tukang label sendiri tidak mampu memberikan takrif, maka terpaksalah saya kemukakan satu takrif atau definasi!

Berdasarkan sindiran dan qiasan yang dibuat oleh mereka yang gemar melabel dengan label ‘Liberal’ ini, saya rumuskan yang dimaksudkan dengan istilah ‘Liberal’ itu adalah sikap ‘menolak hudud’, ‘tidak menghormati ulama’, ‘pentingkan kemenangan dunia lebih dari akhirat’, ‘pentingkan akal lebih dari wahyu’, ‘wala’ pada DAP dan PKR, bukan kepada PAS’ dan ‘suka membocorkan rahsia parti’. Kalau saya tersilap atau ada yang tercicir, harap betulkan saya.



Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan