Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Ahad, Disember 20, 2015

PANAS!!! : PEMIMPIN PAS TENGAH MEMPENGARUHI AHLINYA UNTUK BERGABUNG DENGAN UMNO..

 

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Setiausaha agung PAS itu berkata ini kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.

"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.

"Ini bukan perkara baru, ramai pemimpin lain masuk dalam PAS, mereka ada kedudukan baik, diterima hati terbuka di kalangan ahli, sekarang ini antara parti kita akan laksanakan perkara sama," kata Takiyuddin.

Beliau berkata kepada pemberita pada mesyuarat agung tahunan PERKASA ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.
 

Proses penjelasan

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada anggota parti itu berhubung hasrat kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tambah Takiyuddin lagi, prinsip perjuangan PAS adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.

"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.

"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."

Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan PERKASA, hari ini.

mk
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Jumaat, November 20, 2015

PANAS!! : PAS TERENGGANU PANAS DENGAN ADUN PKR..

Azan Ismail

KUALA TERENGGANU – Adun Bandar, Azan Ismail tidak perlu menjadi ‘Lone Ranger’ khusus dalam Sidang Dun.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, sepatutnya suara semua Adun pembangkang adalah suara bersama apatah lagi Pas dan PKR masih lagi mempunyai hubungan tahaluf siyasi.

“Jangan bersikap ‘Lone Ranger’ kerana dalam Sidang Dun (Adun pembangkang) bawa suara pembangkang. Kecuali kalau dia bawa sikap untuk tidak bersama (dengan Pas). (Kalau berlaku) kita perlu fikirkan semula (hubungan dengan PKR),” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Bagaimanapun beliau berkata, Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu tidak pernah memberikan pendirian untuk tidak bersama-sama dengan Pas khusus di peringkat negeri.

Sementara itu, mengulas mengenai isu tanah dibangkitkan Adun tersebut, Satiful yang juga Adun Paka memberitahu bahawa perkara itu juga sudah lama diperjuangkan Adun-adun dalam Pas dalam Sidang Dun.

Beliau sendiri pernah membangkitkan isu supaya kerajaan negeri menambah jumlah tanah simpanan Melayu yang semakin mengecil di negeri ini.

“Kita turut persoal tanah Umno yang digadai kepada orang asing dan saya juga ada bawa dua geran yang tergadai kepada bangsa asing ketika sidang Dun. Selain itu, tanah rizab Melayu yang sedikit di negeri ini, baki lagi adalah tanah pegangan Melayu,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul soal Adun Pas tidak memberi komitmen dalam perkara itu sambil memberitahu isu itu melibatkan soal tanah rizab Melayu dan pegangan Melayu yang kedua-duanya diambil peranan oleh Adun Pas.

“Sidang itu panjang. Semua wakil rakyat ambil peranan bahas... berhubung tuduhan kepada Pas, kita faham isu itu tetapi mengapa masa mengundi, beliau tidak tolak dan kenapa ketika mengundi, dia juga bersama Adun Pas lain yang bersikap berkecuali,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya komitmen Adun-adun tidak dipersoalkan seolah-olah hanya satu pihak sahaja bekerja dan yang lain hanya makan gaji buta.

“Ada di kalangan pemimpin Pas tergores seolah-olah hanya dia sahaja ambil tahu, manakala orang lain membisu,” katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Ahad, November 15, 2015

PANAS!!! : PARTI PAS AKAN PANGGIL DATO HUSAM..KITA TUNGGU APA JADI LEPAS NI..

Husam Musa

KUALA LUMPUR - Pas menyifatkan sebarang penafian daripada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi berhubung tuduhan yang dilemparkan Datuk Husam Musa tidak akan menjernihkan suasana.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penjelasan Husam penting ketika ini bagi merungkai segala tuduhan yang dilemparkan kepada parti dan Abdul Hadi.

"Isunya sekarang begini. Dalam keadaan gelombang ini, sebarang penafian pun mungkin (tidak selesai masalah)... jadi yang pentingnya kita tengok apa tuduhannya.
"Jika Presiden nafi pun... contohnya tentang tuduhan kerjasama dengan Umno, sudah berpuluh kali dah beliau buat penafian tapi benda itu masih diulang dan diulang lagi.

"Jadi, saya fikir kita dengar daripada dia (Husam) dulu," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas merasmikan program Nadwah Pemerkasaan Du'at (Nekad) Siri 8.0 di sini, malam tadi.
Sebelum ini, Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas mendedahkan Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor namun perkara itu dinafikan Pas Selangor.

Malah beliau juga mengkritik pentadbiran kerajaan Kelantan melibatkan beberapa isu.
Semalam, Pas memutuskan untuk memanggil Husam bagi memberikan penjelasan berhubung dakwaan mengenai Kerajaan Negeri Kelantan selepas menerima laporan dari Pas Kelantan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas akan panggil Husam]

Menurut Tuan Ibrahim, Husam sepatutnya tidak menimbulkan polemik secara terbuka seperti ini kerana ia tidak menguntungkan Kelantan.

"Kita tidak mahu (terburu-buru). Apa bukti dia membuat tuduhan tersebut? Sebab Presiden tidak pernah membuat kenyataan untuk bersama Umno seperti yang dituduh.

"Sepatutnya dia sebagai ahli parti, kena guna saluran parti dan tidak perlu timbulkan polemik secara terbuka sebab tidak ada apa yang menguntungkan kerajaan negeri Kelantan. Beliau masih Adun di Kelantan," katanya.




sh

 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Sabtu, November 14, 2015

PANAS!!! PENING PAS...HUSAM KEKAL DALAM PAS DAN TERUS KRITIK..

Husam Musa

KOTA BHARU - Ketika kedudukannya dalam Pas menjadi tanda tanya ekoran kelantangannya mengkritik parti sendiri,  Datuk Husam Musa malam tadi menegaskan beliau akan kekal bersama parti itu meskipun ada yang mahu  'menghalaunya'.

"Tiba-tiba Dewan Ulama Pas Pusat suruh saya turun (keluar) dari kapal ini (Pas), walaupun beliau Ketua Dewan Ulama dia sama taraf sahaja dengan saya.

"Dia ( Ketua Dewan Ulama) tiada hak nak halau saya, apa salah saya. Bagi bukti yang sahih itu baru cara ulama berfikir," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Apa pilihan Husam, harum manis atau kelapa muda?]
Husam berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin yang hadir dalam Dialog Demo Tanyo Ambo Jawab, di sini, malam tadi.

Dialog dikendalikan oleh moderator yang juga Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

Program yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaqi Atiqullah itu dihadiri kira-kira lebih 1,000 hadirin.

Terdahulu, Dewan Ulama Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan supaya Husam meninggalkan  parti berkenaan.

Ia berikutan kelantangan Husam mengkritik parti termasuk kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan beliau seolah-olah tiada hati lagi dengan parti itu.

Mengulas lanjut, Husam berkata, beliau juga tidak takut kepada bai'ah atau takut dipecat parti tetapi kelantangannya mengkritik untuk memperbetulkan Pas.

"Ada yang sesedap hati kata saya takut pada bai'ah dan tunggu masa nak bersama rakan-rakan lain dalam Amanah," katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Jumaat, November 13, 2015

Rabu, November 11, 2015

RAKYAT PERCAYA DAKWAAN DATO HUSAM..PAS KIAN LEMAH...

Husam‎ Musa dan Hadi Awang

SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengkritik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu tindakan berani dan dipercayai mempunyai asas demi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, kebenaran dakwaan Husam itu agak tinggi kerana Adun Salor itu tidak mungkin mengemukakan persoalan terhadap perkara yang tidak berlaku.

“Saya tidak fikir orang kemukakan soal itu jika kes tersebut benar-benar tidak terjadi. Jadi, saya yakin bahawa apa yang dibangkitkan Husam itu betul-betul terjadi.

“Jadi, apa yang dilakukan Husam itu, satu tindakan berani yang saya percaya bertujuan untuk memastikan bahawa kedudukan Pas itu terus mantap bukan untuk menghakiskannya ataupun cuba menjejaskan reputasi presiden parti seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Husam dilaporkan mendedahkan bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar.

Menurutnya, ‘teguran keras’ Husam itu bagi memberikan gambaran sebenar apa yang telah berlaku dan mengelakkan pemimpin tertinggi Pas mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk peringkat bawahan.

“Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa perkara sama tidak berulang lain kali kerana jika berulang dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak lain di luar, seolah-olah mereka ini bersekongkol dengan musuh politik mereka.

“Mereka dilihat sebagai tidak setia kepada parti komponen lain. Ini boleh melemahkannya dan Husam di situ bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali dan kedudukan Pas itu dapat dimantapkan ketika berdepan dengan musuh-musuh parti yang lain,” katanya.

Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Husam bijak mencari masa yang paling sesuai untuk mengkritik dari dalam sekali gus menyukarkan lagi kepimpinan sekarang.

“Dakwaan-dakwaan yang dilemparkan Husam itu, hak dialah sebagai ahli politik untuk bercakap tapi Pas perlu ambil tindakan ke atasnya sekiranya mereka merasakan tindakan Husam itu sebagai satu ancaman dan boleh menjatuhkan parti.

“Keadaan ini jika berterusan memang tidak elok kepada Pas. Ia menunjukkan Pas itu lemah dan bukan sahaja sudah berpecah sebelum ini tapi semakin membarah,” katanya.

Azizuddin juga mengakui Husam sebagai ‘berbahaya’ kepada parti kerana dilihat sudah ‘tidak bersama’ namun masih kekal dalam Pas.

“Kita tahu berlaku perpecahan dalam Pas tapi perpecahan itu, ada pihak yang terus keluar parti dan sertai Amanah tapi ada juga golongan yang kalah dan menentang kepimpinan sekarang masih berada dalam Pas. Jadi, Husam antara golongan itu.

“Golongan seperti Husam memang bahaya...duri dalam daging kerana dia tidak keluar dan menyertai Amanah tapi masih di dalam.

“Jadi, dia akan beri kesan yang besar kepada sokongan akar umbi. Bagi saya, mungkin boleh ajak Husam berbincang bagi menyelesaikan permasalahan yang ada. Jika tidak mampu, barulah tindakan lebih drastik boleh diambil dan Pas perlu bijaksana dalam hal ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamatpula berkata, beliau percaya rakyat di bawah akan percaya dakwaan Husam memandangkan Adun Salor itu pernah menjadi orang kuat Pas.

“Tindakan itu kurang wajar kerana ia tidak mencerminkan kesetiaan kepada parti dan juga tidak menjaga imej serta maruah parti. Beliau sepatutnya bawa perkara ini untuk dibincang dalam mesyuarat. Jadi, sebagai ahli parti, ini tindakan kurang bijak.

“Mungkin ia akan menjadi seperti membuka pekung di dada. Ini menyebabkan orang luar semua percaya sebab dia bekas naib presiden Pas. Jadi, apabila dia yang bercakap, rakyat di bawah akan percaya kerana dia dulunya orang kuat Pas,” katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Selasa, November 10, 2015

SOMBONGNYA PARTI PAS NI...RAKYAT ADAKAH MAHU UNDI LAGI PADA PRU14 NANTI???


Tuan Ibrahim Tuan Man

 SHAH ALAM - Cadangan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berhubung perlunya Pas bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi bagi menangani kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri Selangor ditolak oleh Pas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan itu ditolak kerana Pas sudah tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun Amanah.

"Kita (Pas) tiada hubungan dengan DAP, parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama pakatan harapan untuk bergabung semula.

"Dan keduanya kita tidak menerima parti Amanah, jadi saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar, realiti sebenarnya DAP tidak akan bersama Pas dan Pas tidak akan bersama DAP, jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," katanya kepada Sinar Online.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi  mengulas cadangan Khalid bahawa persoalan status dan kedudukan kerajaan Selangor boleh diselesaikan melalui satu perjanjian kerjasama rasmi antara Pakatan Harapan dan Pas.

Terdahulu Khalid Samad dalam entri blognya berkata persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan jalan penyelesaian krisis di Selangor]

"Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau Pas Selangor. Melalui perjanjian kerjasama ini kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi.

"Melalui tindakan ini hubungan antara Pas adalah dengan Pakatan Harapan dan bukan hanya dengan PKR,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata, tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Isnin, November 09, 2015

PAS DAH TERASA TERGUGAP...kikikikikiki..

 Pas

SHAH ALAM – Pas Selangor disarankan agar mengerahkan jentera pilihan rayanya untuk mendekati pengundi tanpa mengira batas kaum termasuk dengan bantuan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Wan Nik Wan Yussoff berkata, tindakan itu penting dalam berdepan dengan taktik DAP yang mahu ‘merampas’ kerusi Pas di Selangor.

“Pandangan untuk Pas Selangor, bagi berdepan dengan taktik DAP itu, haruslah Pas melaksanakan pendekatan yang mesra dan berkebajikan kepada pengundi tanpa batasan kaum.

“Peranan DHPP hendaklah aktif bagi menawan hati budi pengundi bukan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau melihat cubaan DAP mengganggu kerusi Adunnya di Selangor itu sebagai taktik memecah undi.

“Sekiranya bertanding di satu-satu kerusi dengan misi mencuba nasib di kawasan bukan popular bagi parti itu, maka akan dibaca sebagai taktik untuk memecah undi. Kesannya parti yang tidak kuat akan kalah. Malah parti yang mencuba pun akan kalah.

“Dalam kes DAP mahu bertanding di lapan Dun yang dimenangi Pas ini dilihat sebagai taktik memecah belah undi Pas.  Maka yang tersirat boleh dibaca, ia satu taktik DAP untuk mengembalikan Umno (BN) di kerusi yang komposisi pengundinya 20-30 peratus bukan Melayu,” katanya.

Jelasnya, jangkaan itu kerana pada pilihan raya umum yang lalu, Pas menang hasil sumbangan pengundi bukan Melayu di Selangor.

“Jika DAP bertanding di situ, bacaan DAP mereka akan dapat undi itu dan bagi DAP pengundi bukan Melayu tak akan undi BN, sebaliknya akan undi DAP. Maknanya Pas akan peroleh undi Melayu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pula mengumumkan parti itu telah bersedia meletakkan calon sekaligus untuk bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini disandang Pas.

Mengulas lanjut, Wan Nik mengakui bahawa mana-mana parti bebas bertanding untuk mana-mana kerusi namun katanya, perkiraan menang kalah biasanya akan bergantung kepada ketentuan strategi bertanding.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

KERANA MENYERANG USTAZ HADI..DATO HUSAM BAKAL DIKENAKAN TINDAKANKAH???

Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Pas Kelantan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat tentukan sebarang tindakan terhadap Bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa yang lantang mengkritik parti kebelakangan ini.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan Husam sejak kebelakangan ini disifatkan sebagai mengumpul alasan yang boleh menghalalkan tindakannya menyerang parti.

“Kita (Pas Kelantan) sering mengadakan mesyuarat, sama ada perkara ini dibangkitkan atau tidak, itu saya tidak tahu. Cuma kita di peringkat negeri dan sebagainya tidak boleh mengambil sebarang tindakan, hanya jawatankuasa pusat sahaja yang boleh,” katanya selepas merasmikan Program Gotong-royong Mega di Taman Transit, di sini semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas diminta mengulas mengenai dakwaan Husam lantang menyerang parti dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara Pas dan Umno.

Mohd Amar berkata, beliau tidak boleh menyatakan sama ada Husam bercakap benar atau tidak mengenai kerjasama dengan Umno tersebut, namun mengikut maklumat yang beliau ada, ia tidaklah sebagaimana dakwaan Husam tersebut.

Mohd Amar juga turut memberitahu, tindakan Husam itu tidak mengikut saluran yang betul dan ia bukan sahaja memberi kesan kepada parti, malah secara peribadinya kepada Adun Salor itu sendiri.

“Bagi saya, tidak kena lah mengkritik dan menyerang parti secara terbuka, sebelum ini pun berulang kali arwah Tok Guru Nik Aziz sebut, parti ini jemaah, berumah tangga, jika ada masalah, jangan cakap di kedai kopi, gunalah saluran yang betul.

“Bila dia (Husam) buat macam itu, banyak sangat orang berfikir yang tidak betul. Saya percaya orang Pas tidak boleh terima cara dia. Bila seseorang bercakap mengenai parti dan politik, macam orang kata kepada ayah kita di kedai kopi, takkan kita sebagai anak tidak terasa?” katanya.

Husam sebelum ini turut mendakwa, teguran yang diutarakannya tidak diterima parti, dan Mohd Amar ketika mengulas dakwaan tersebut memberitahu, beliau sendiri tidak mengetahui apakah yang ditegur Husam sebelum ini.

“Apa yang ditegur, saya pun nak tahu, dalam isu presiden ini pernah ke dia bangkitkan sebelum ini, kenapa sekarang baru timbul, selepas muktamar dan sebagainya. Sepatutnya sebelum muktamar lagi perlu dibangkitkan,” katanya.

Yang terbaru, Husam didakwa menyarankan Abdul Hadi memberi laluan kepada kepimpinan baru yang boleh membawa perubahan kepada parti Islam itu dan tanggungjawab yang digalas diganti dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas cadangan tersebut, Mohd Amar berkata, adakah benar masalah yang dikatakan wujud dalam Pas kini terbukti disebabkan Abdul hadi.

“Cadangan itu semua orang boleh buat, tetapi adakah betul masalah yang dialami kini adalah disebabkan oleh presiden, atau adakah masalah ini dicetuskan oleh ahli-ahli Pas terutamanya yang kalah dalam pemilihan baru ini, bukan presiden yang menjadi masalah,” katanya.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Jumaat, November 06, 2015

PANAS!! : DATO HUSAM MUSA BONGKAR RAHSIA PRESIDEN PAS...

Husam Musa

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sekali lagi 'menyerang' partinya apabila mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebooknya, hari ini.

"Presiden kita mengaku bahawa dia pernah menawarkan kepada dua, tiga orang Adun PKR masuk Pas nak buat kerajaan dengan Umno di Selangor.
"(Penonton) Ada yang tak pernah dengar tentang ini. Saya cakap terus terang malam ini, Presiden nak marah, marahlah," katanya.
Malah beliau mendakwa pengakuan itu dibuat bukan kepada dirinya sahaja sebaliknya ada pemimpin lain.
"Presiden mengaku. Dia sendiri mengaku ketika ditanya ramai-ramai. Bukan saya seorang tapi ramai-ramai. Maksudnya apa? Niat di hati sudah ada tapi oleh kerana rakyat jelata tak boleh nak terima lagi...Bila campak (idea) penasihat, bagaimana? (reaksi rakyat).

"Kalau presiden kata tidak (berlaku), sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa (saya) beritahu, saya tanya balik, kenapa buat? Kalau presiden tak buat, saya tak tanya," katanya yang berucap dalam dialek Kelantan.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini yang dilaporkan menyatakan kesediaan parti itu menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno mengubah dasar pemerintahan.
"Kita bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita akan ambil pendekatan lain iaitu ‘ambil alih’ pemerintahan.

“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikut kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” kata Abdul Hadi.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/
      

PANAS!! : APA SUDAH JADI PAS SELANGOR NI??


PAS mengambil pendirian tidak akan menyerang DAP walaupun parti itu menggesa semua wakil rakyat PAS dipecat daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang juga ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi berkata, sebagai sebuah parti Islam mereka tidak akan menyerang balik bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan PAS mempunyai adab dan akhlak.

Malah, beliau juga berpendapat bersabar adalah lebih baik daripada membuat serangan balas.
"Kita tidak ada masalah untuk menghadapi serangan DAP. Kita bukan tak nak menyerang (balik), tapi sebagai sebuah parti Islam kita ada adab dan akhlak.

"Kita tak mahu soal pertembungan ini menyebabkan gangguan dalam tadbir urus kerajaan negeri dan rakyat yang menjadi mangsa.

"Pada kita, bersabar lebih baik dari buat serangan. Jika serang pun, ia tidak ada keuntungan dari segi perjalanan politik PAS," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam.
Demi kebaikan rakyat

Sebelum ini, ada perwakilan DAP Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri memecat semua wakil rakyat PAS daripada jawatan pentadbiran bagi menyelesaikan kebuntuan gabungan politik di negeri itu.

Malah, Timbalan Bendahari DAP Selangor, Lau Weng San juga menggesa supaya Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengiktiraf bahawa kerajaan Selangor kini adalah diterajui oleh Pakatan Harapan.

Menurut Lau yang juga adalah ADUN Kampung Tunku, perkara itu perlu dijelaskan memandangkan kerajaan Selangor kini dipimpin oleh parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), manakala PAS tiada dalam gabungan itu.

Walaupun pernah bergabung dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, pertembungan antara pemimpin tertinggi PAS dan DAP dalam beberapa isu sebelum ini menyaksikan Pakatan Rakyat terkubur.
Hubungan PAS - DAP juga menjadi tegang sejak itu.

Sallehen yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, walaupun terdapat desakan daripada DAP supaya partinya keluar daripada kerajaan negeri, namun dia berharap agar DAP dikekalkan dalam kerajaan demi kebaikan rakyat.

"Dalam urus tadbir kerajaan negeri, saya setuju untuk menteri besar terus kekalkan DAP. Bahkan, PAS tak minta pun DAP keluar dari urus tadbir kerajaan negeri walaupun kita tiada gabungan. Ini demi kebaikan rakyat," katanya.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Ahad, November 01, 2015

PRESIDEN PAS NAK NAJIB TERUS PERINTAH NEGARA..KAH??


PAS mengambil langkah berkecuali daripada rakan pembangkang yang lain dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesemua ahli parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan langkah tersebut, lapor Sinar Harian hari ini.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.

Hadi mengulas kenyataan MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyarankan kesemua ahli parlimen pembangkang menolak usul bajet sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.

Dalam pertentangan bajet bulan lalu, MP pembangkang menyambut pembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis "Mana 2.6 bilion?"

Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen dari PAS tidak mengangkat plakad itu.

mk
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

PELIK!! : PAS PULA JADI JURUCAKAP DAP KIKIKIKI

Mustafa Ali

SHAH ALAM – Pas hari ini menyifatkan DAP seolah-olah tidak dapat mempercayai rakan politiknya sendiri dalam Pakatan Harapan hingga tetap memutuskan untuk ‘kacau’ kawasan yang pernah ditandingi Pas dalam pilihan raya lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan DAP yang dipercayai merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua itu sebagai sangat angkuh.

“Apa perlunya DAP ‘kacau’ kawasan yang Pas pernah tandingi? Adakah DAP tidak dapat mempercayai rakan politiknya sendiri.

“Ini semua kata-kata sedap sendiri dan sangat angkuh walaupun pilihan raya masih jauh, sepatutnya terdapat rundingan tentang hal ini sesama mereka dalam Pakatan Harapan,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Semalam, Tony Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP mengumumkan parti itu telah bersiap siaga untuk meletakkan calon sekaligus bersedia untuk bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini disandang Pas.

Namun katanya, perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor terlebih dahulu.

Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Jumaat, Oktober 30, 2015

PANAS!! : TELAHAN MENANTU USTAZ HADI TIDAK TEPAT..


Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.

Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.


“Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit.

Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.

“Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.

“Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.

Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Malah Husam yang juga ADUN Salor menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Zaharudin turut menjemput Husam untuk berdebat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkaitan perkara itu bulan depan.

Justeru, Phahlolrazi berkata, beliau sudi menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Zaharudin sekiranya turut dijemput dalam debat berkenaan.

“Saya tidak cadang untuk jawab dakwaan Zaharudin sekarang tapi kalau ada yang berbangkit mengenai Kedah, saya sedia hadir menjawab.

“Saya dengar-dengar ada satu debat Zaharudin dengan Datuk Husam, jadi kalau berbangkit perkara ini, saya akan jawab secara spesifik kerana apa yang ditulis oleh Zaharudin terlalu umum,” katanya.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/
      

PANAS!! : PARTI PAS DAH RASA MEREKA DAH TAK KUAT KIKIKIKIKI...

Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan parti itu sedang mencari rakan politik baharu untuk bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, Pas sedang dalam proses rundingan dengan individu ataupun parti politik itu.

"Kita tidak semestinya tidak ada rakan politik, mungkin ada rakan politik baru. Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu,"katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Pas tetap bertegas tidak akan bersama BN dan kekal sebagai pembangkang selain tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Jika BN adalah pembangkang mungkin kami akan bekerjasama.Kami bertegas tidak akan kerjasama dengan BN di PRU akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang. Yakin tidak yakin kalau perlu kita bersendirian kita akan bersendirian, kita pernah bersendirian,"katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bayangan kerjasama pilihan raya BN-Pas]

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti berkenaan sedia untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Katanya lagi, kenyataan Abdul Hadi yang akan bekerjasama dengan BN bukan atas dasar perjuangan  politik sebaliknya atas beberapa isu.

" Ia bermakna kita kerjasama, beri pendapat, kami (Pas) tidak pernah mahu sertai BN melainkan BN jadi pembangkang.

"Pas tidak mahu kerjasama politik, bertanding bersama tidak pernah. Kami kerjasama atas isu, apa yang baik untuk rakyat kami akan kerjasama. Itu sahaja,"katanya.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Selasa, Oktober 27, 2015

PANAS!!! : PARTI PAS KIAN TERDESAK...


Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat boleh wujud bersama-sama, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, keadaan itu pernah wujud suatu ketika dulu apabila PAS bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada era 1990-an PAS berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan pada masa sama Semangat 46 bekerjasama dengan DAP, Parti Bersatu Sabah dan Parti Rakyat Malaysia melalui Gagasan Rakyat.


"Ia boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan dan satu lagi Pakatan (Rakyat) dengan PAS dan PKR.

"Kami masih bersama. Tanpa kami (PAS) tiada kerajaan (di Selangor) selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memecat semua exco DAP dan PKR," katanya merujuk kepada menteri besar di negeri itu sebelum ini.

Takiyuddin ditemui media di parlimen hari ini.

Katanya, keadaan sama juga dihadapi DAP yang memerlukan PKR sebagai sekutu politik.
"Tengok di Pulau Pinang. Tanpa PKR bolehkah DAP mentadbir negeri?" katanya.

Pakatan Rakyat secara rasmi terkubur apabila DAP dan PAS memutuskan hubungan antara satu sama lain.

Keadaan itu dan konfik dalaman PAS kemudian membentu Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kemudian bergabung dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Harapan.

Pada masa sama PAS masih menganggap kerjasama parti itu dengan PKR membuktikan Pakatan Rakyat masih wujud.

mk


http://iklanviral.blogspot.my/
      

Isnin, Oktober 26, 2015

PANAS!! : PKR DAN PAS ADA HUBUNGAN GELAP..

Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Pas akan memperkasakan PR dengan penyusunan semula kekuatan antara parti itu dengan PKR.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah tersebut akan turut melibatkan beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak‎.

Menurut beliau, keputusan tersebut dipersetujui dalam hasil mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas.

"Kami bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan. PR tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini.

"PR masih lagi wujud dan ini dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang iri hati lalu menimbulkan spekulasi seperti Langkah Rawang sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, ‎sudah tiba masanya bagi masyarakat Islam untuk melakukan perubahan total dalam negara.

Jelasnya, perubahan‎ tersebut perlu dibuat demi kesejahteraan ekonomi dan masa depan negara.

"Anjakan besar juga dijangka berlaku di kalangan pengundi Melayu apabila kos dan kualiti kehidupan mereka terus dihimpit oleh polisi-polisi dan penyelewengan pentadbiran kerajaan seperti peningkatan kadar GST yang dijangkakan akan berlaku dalam masa setahun dua jika negara terus kehilangan sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada GST untuk menampung perbelanjaannya.

Kegagalan dalam mengurus tadbir negara dan kontroversi tidak henti memberi petanda bahawa masa sudah tiba untuk anjakan paradigma politik di kalangan pengundi Melayu dan Bumiputera," katanya lagi.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Jumaat, Oktober 23, 2015

PANAS!! : EXCO AGAMA PUN BOLEH BOHONG?

Image result for husam musa

Saya membaca respon Kerajaan Kelantan terhadap isu tunggakan caruman guru-guru YIK, Sinar Harian, beberapa hari lalu.

TMB dilaporkan berkata : 'Memang ada potongan tertunggak tetapi tidak terlalu banyak seperti didakwa....'
Saya mendakwa jumlah tunggakan caruman itu adalah RM 14.6 juta.

Jika angka itu salah, berapa jumlahnya?

Saya mempertahankan ketepatan angka ini - RM 14.6 juta.

Saya juga terbaca isi kandungan ucapan seorang Exco Kelantan di Kota Raja yang menyebut tunggakan ini wujud sejak waktu saya menjadi Exco lagi.

Bagi tujuan kebenaran, saya petik semula data-data dari buku mesyuarat di mana YB TMB sendiri mempengerusikannya pada 12 Oktober 2015 seperti di bawah.

Laporan Tunggakan Potongan Gaji YIK Sehingga 30 September 2015

A) Institusi Kewangan/Bank

1. Biro Angkasa RM 159,873.62
(Tertunggak sejak 8/2015)
2. Bank Islam RM 32,353.41
(Tertunggak sejak 8/2015)
3. Bank Rakyat RM 435,426.62
( Tertunggak sejak 8/15)
4. Public Bank RM 382,134.00
( Tertunggak sejak 7/15)
5. Perumahan Perbendaharaan
RM 1,357,150.40
( Tertunggak Sejak 2014)
6. Tabung Haji
RM 600,956.00
( Tertunggak Sejak Feb 2015)
7. Etiqa Insurance
RM 4,075.08
(Tertunggak Sejak Ogos 2015)
8) Takaful
RM 42, 806.12
( Tertunggak Sejak Ogos 2015)
9) KWAP
RM 3,876,557.75
(Tertunggak sejak Mac 2015)
10) KWSP
RM 166, 273.00
( Tertunggak sejak September 2015)
Jumlah Tunggakan A:
RM 7,077,620.00

B) Koperasi-Koperasi
1) Koperasi Maik
Rm 4,469,588.00
(Tertunggak sejak Jun 2014)
2) Koperasi YIK
RM 2,292,451.70
(Tertunggak sejak Jun 2014)
3) Koperasi Tarbiah Kelantan
Rm 697,908.36
(Tertunggak sejak Jun 2014)
4) Koperasi MGU
Rm 15,021.47
(Tertunggak sejak Mei 2015)
5) Koperasi Pegawai Melayu
Rm 3,805.00
Jumlah Tunggakan B :
RM 7,478,874.53

C) Lain-Lain Potongan
1) Pinjaman Komputer
Rm 624.00
(Tertunggak Sejak Jun 2015)
2) Pinjaman Kenderaan
Rm 22,239.00
(Tertunggak Sejak Mei 2015)
3) Pinjaman YAKIN
Rm 46,200.00
(Tertunggak sejak Mei 2015)
4) JPA
Rm 3,469.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)
5) Zakat MAIK
Rm 15,007.11
(Tertunggak sejak Ogos 2015)
6) Pelbagai Potongan
Rm 6,788.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)
Jumlah Tunggakan C :
RM 67,962.11
Jumlah Besar Tunggakan A+B+C:
RM 14, 650,821.64 (14.650 juta)

Saya berharap Exco yang berucap di Kota Raja sudi menatap angka-angka ini. Supaya tidak dikata orang, bagaimana se orang berpendidikan Islam boleh bercakap bohong?
Membaca angka-angka berkaitan hal ehwal pentadbiran juga satu ibadah. Bercakap benar juga satu ibadah dan amat dituntut oleh Islam.

Janganlah kerana bencikan Husam, maruah sendiri tergadai.

Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah berlarutan.

Permintaan pihak berkaitan untuk menemui pemimpin dan pegawai tinggi di Kota Darulnaim tidak dilayan.
Pelbagai kerumitan pencarum/peminjam makin parah.

Tunggakan makin hari makin besar.

61 orang guru ini telah pun bersara tetapi gagal menikmati kemudahan atas caruman mereka kerana tunggakan itu. (Saya belum menyentuh terhadnya jawatan tetap dan berpencen yang menyebabkan kebajikan guru tidak dapat dipenuhi).

Pada masa sama, Kota Darulnaim ada pula wang untuk 'berjoli'.

Pada hal Islam mengajar, apa yang wajib perlu diutamakan.

Berbalik pada ucapan Exco berkenaan di Kota Raja:

1. Isu Pembalakan Haram di Ulu Sat. Realiti wujudnya pembalakan haram tidak disentuh.
2. Isu KPK. Konsensi diberi kepada syarikat lain di bawah pasaran tidak disentuh. Isu pekerja diberi VSS tidak disentuh. Isu ke mana wang dari kawasan seluas 20,000 ekar tidak disentuh.
3. Lawatan ke Padang. Indonesia. Beliau kena ikut melawat untuk menjimatkan perbelanjaan. Apa pula halnya dengan Speaker ikut sama? Dan tiap YB membawa isteri masing-masing.

Selekeh itu alasannya? Kalau dah rapat, di talipon saja tidak memadai?
Jelaskan dulu tunggakan yang menyebabkan guru dihimpit masalah, termasuk kehilangan dividen dan gagal mengeluarkan simpanan, tentunya dari segi hukum lebih aula dari menghabiskan wang untuk tambang kapal terbang kerana dapat makan nasi free di Padang.

Husam Musa
10 Muharram 1437H/23 Oktober 2015

Nota: Mesyuarat penuh Lembaga Yik pada 22 Oktober 2015 yang dipengerusikan oleh MB sekali lagi menatap angka yang saya petik di atas.

 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Khamis, Oktober 22, 2015

[ PENING ] Luahan seorang pemuda PAS

 

Ini sekadar luahan.

Jujur saya terlalu letih dengan dengan kemelut PAN PAS, suasana kebencian yang timbul membuatkan saya lebih selesa untuk ke usrah, program dakwah, atau ke program riadhah. Terus bekerja.

1- Sejak persaingan jemaah-jemaah, JIM, IKRAM, ABIM, PKPIM, ISMA, Haluan, Tabligh, saya tak pernah membenci mereka dengan sangat dalam, apatah lagi mengaggap mereka musuh.
Walau ada yang saya sangat tak bersetuju, (contohnya ISMA), saya masih punya kawan yang ramai di dalamnya, dan pasti mereka bukanlah musuh.

2- Saya masih berpegang kepada rukun baiah, Tajarrud. Yakin bahawa landasan ini yang paling benar dengan ilmu dan kefahaman, tapi jauh untuk mengatakan yang lain tertolak.
Bekerjalah, nanti kita jumpa di hadapan Allah dengan keyakinan masing-masing.

3-Ada yang saya pelik.
Dahulu mereka yang di dalam PAN, ketika masih bersama PAS, kita kata macam-macam. Munafiq haraki, suruh keluar. Sekarang bila dia sudah keluar, kenapa makian tu tak berhenti? Hatta Husam yang masih bersama PAS terus kita kata.

Apa sebenarnya yang kita mahu?
Mahu mereka ikut kata-kata kita sepatah-sepatah, sama macam kita, baru kita diam? Manusia apa kita ini?

4- Saya tak setuju ahli PAN digelar pengkhianat. Adakah sebab mereka tak setuju dengan PAS, lalu membawa wadah baru maka kita nak panggil mereka pengkhianat?
Jika kerana lompat parti, hanya wakil rakyat itu sahaja. Bukan orang yang tak menyertai apa-apa, tiba-tiba join PAN kita panggil pengkhianat.

5- Isu haram jemaah ini ada dalam taadud jemaah. Pasti kita belajar, ada yang setuju, ada yang tidak tentangnya. Ada khilaf.
Sudah tentu, jika PAN haram, jemaah-jemaah lain seperti IKRAM, ISMA, adalah haram.
Tetapi masing-masing adalah mengikut keyakinannya. Saya tidak rasa perlu berkeras tentangnya.

6- Walaupun sebagai ahli dan pekerja PAS, saya juga tetap rakyat marhaen biasa. Yang sangat rasa terjerut dengan keadaan ekonomi negara. Melihat suasana kebencian begini, hingga terlarinya fokus pada siapa musuh yang sebenar (UMNO BN), membuatkan hati rasa sangat kecewa.
Yang hanya mahu kebajikan terjaga. Yang hanya nak UMNO-BN kalah.
Saya yakin, ramai lagi begitu.
Biarlah PAN, mereka sudah keluar. Terus lah kita bekerja.

7- Saya rindu usrah tarbiyyah yang bincang soal tarbiyyah sebenarnya, yang rindu syahid, yang hening, cukuplah setiap masa membincangkan isu yang berbaur kebencian, yang ketawakan PAN.
Cukuplah.

Maaf, ini sekadar luahan.
Jika kamu tak bersetuju tak mengapa, mari kita sama-sama bersetuju untuk tak bersetuju. ~~

fb
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Rabu, Oktober 21, 2015

PAS AKAN BERTANDING KERUSI DAP PULAU PINANG..


Pas akan letak calon DHPP lawan DAP

KOTA BHARU - Pas telah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk bertanding menentang  DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini ada beberapa calon yang berpotensi bagaimanapun perkara tersebut belum dibincangkan lagi memandangkan ia masih terlalu awal.

“Kita akan bertanding dan mungkin kerusi DAP pun yang kita rasa potensi kita akan letakkan calon DHPP,” katanya kepada media malam tadi sempena sambutan 25 tahun Membangun Bersama Islam peringkat negeri Kelantan.

Detik bersejarah sambutan Jubli Perak Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di hadapan ribuan hadirin.

Termasuk bertanding di Pulau Pinang, Mohd Amar berkata, Pas kini sedang meneliti dan mengumpulkan maklumat untuk meletakkan calon DHPP di mana-mana sahaja kawasan berpotensi mendapat kerusi.

Yakin dapat menambah kerusi pada PRU14 nanti, Mohd Amar berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi dan ia juga bergantung pada maklum balas yang diterima sebelum diputuskan Jabatan Pilihan Raya nanti.

“Kita tengok lah macam mana sebab itu masa panjang lagi kita tengah buat pemerhatian,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai formula DAP, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan menegaskan parti itu tidak berhak untuk campur tangan dalam soal pembahagian kerusi.

“Kita tidak terikat dengan DAP, kita  akan buat keputusan kita sendiri kalau ada pun dengan PKR sahaja atau mungkin ada parti lain selepas ini.

“Kalau ikut tempoh normal pilihan raya, dalam tempoh dua tahun lagi. Mungkin dalam tempoh dua tahun ini akan ada persefahaman kita dengan parti lain mungkin masa itu ada perbincangan tentang kerusi,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Amar  menyifatkan itu adalah satu perkara yang serius dan memerlukan persediaan yang rapi.

Mengenai pendirian Pas dalam soal itu juga masih belum jelas kerana pihaknya tidak mengetahui apa sebenarnya persediaan dilakukan terhadap usul berkenaan.

“Sebab usul undi tidak percaya ini adalah satu usul yang serius dan besar,  kena ada persediaan yang baik, kena ada sokongan yang cukup. Kalau nak pergi dengan bodoh begitu memang tidak boleh,” katanya.

sh

 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan