Jumaat, Jun 01, 2012

'Saya tak akan minta maaf kepada Shahrizat' - Datuk Saifuddin Nasution Ismail


'Saya tak akan minta maaf kepada Shahrizat'
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM -  Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pendiriannya tidak akan meminta maaf kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung dakwaan salah laku rasuah melibatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengisytiharkan yang Shahrizat bersih daripada tuduhan isu NFC.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata pengumuman SPRM itu membuktikan yang pihak pembangkang sengaja membuat tuduhan liar bagi mengaitkan Shahrizat dalam isu NFC dan bermotifkan politik.

“Saya tidak akan meminta maaf kepada Shahrizat,” tegas Saifuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tambah beliau, keluarga Shahrizat yang sepatutnya meminta maaf secara terbuka kepada rakyat kerana menyeleweng dana kerajaan persekutuan sebanyak RM250 juta, yang disalurkan kepada NFCorp./SinarHarian
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

1 ulasan:

  1. Dia terlepas daripada SPRM tapi di mata rakyat dia tidak terlepas. Tahniah SPRM.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng