Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Jun 23, 2012

Rafizi pernah suarakan hasrat - Zuraida


Zuraida Kamaruddin

KOTA BHARU - Tiada sebarang konflik di sebalik peletakan jawatan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor seperti mana dakwaan sesetengah pihak.

Ketua Wanita PKR Pusat, Zuraida Kamaruddin berkata, Rafizi hanya meletak jawatan sebagai kakitangan pejabat penasihat ekonomi Selangor dan perkara itu tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ahli politik.

“Walaupun jawatan tersebut dilepaskan, namun beliau masih lagi Pengarah Strategi PKR dan ahli pimpinan tertinggi parti.

“Saya memang rapat dengan Rafizi dan saya ingat kira- kira enam bulan lalu, beliau menyuarakan hasrat meletak jawatan itu kerana ingin memberi tumpuan pada kerja- kerja politik secara sepenuh masa, apatah lagi dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang mana beliau berkemungkinan akan bertanding,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah Falsafah Hormat Wanita kepada Wanita PKR negeri di sini, semalam.

Menurutnya, peletakan jawatan itu bagi membolehkan Rafizi mempunyai banyak masa untuk turun padang dan mendekati rakyat kerana ia merupakan keutamaan baginya.

“Beliau jadi harapan kita (PKR) membongkar isu-isu penyelewengan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) selama ini, jadi beliau perlu memberikan penumpuan khusus,” katanya./SinarHarian


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...