Memaparkan catatan dengan label Malaysiaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysiaku. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 11, 2015

PANAS!! : 2 ORANG KUAT 1MDB LETAK JAWATAN...

 

Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.



Khamis, Mei 21, 2015

HOT!! : LKS BUAT HAL LAGI...

 Lim Kit Siang

SHAH ALAM - DAP menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berbahaya dan akan melemahkan proses pembinaan negara bagi membentuk masyarakat harmoni berbilang agama dan budaya.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak menyangka  Presiden Pas itu  sanggup menggunakan alasan  menyatakan kemarahan terhadap parti itu kerana membantah pelaksanaan hudud.

“Dia (Abdul Hadi)  tidak jujur dan  ikhlas  apabila terus menerus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus  PR  yang menjadi sebab kenapa Majlis Pimpinan  Pakatan Rakyat berada dalam krisis dan tidak bermesyuarat lebih tiga bulan.


Rabu, Mei 13, 2015

HOT!!! : NAJIB DAPAT SOKONGAN..KAH KAH KAH KAH KAH..

 

Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan taklimat tertutup semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan padu Umno.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno mendakwa sebaliknya.

Bercakap dengan syarat tidak mahu nama disebut, mereka memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa pemimpin Majlis Tertinggi telah menyuarakan kebimbangan mengenai perkembangan semasa.

Ini berkaitan dengan masalah dalam 1MDB, pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji serta keputusan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh.

Malaysiakini melihat mesej teks yang diterima oleh pemimpin-pemimpin Umno bahagian dari mereka yang menganggotai majlis tertinggi.



Isnin, Mei 11, 2015

HOT!! : BERITA BAIK..NAJIB AKAN TUNDUK KEPADA RAKYAT KAH KAH KAH KAH..

 

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
  
Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
  
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di Tawau hari ini.
  
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
  

Ahad, Mei 10, 2015

HOT!! : PR AKAN DEDAH LAGI BERKAITAN 1MDB..

 Azmin Ali

SERI KEMBANGAN – PR akan mendedahkan beberapa lagi nama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipercayai terlibat dalam usaha menyelamatkan 1MDB.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa, beliau mendapat maklumat bukan TH sahaja tetapi ada syarikat GLC lain yang turut terlibat dengan jumlah wang besar untuk memulihkan 1MDB.

Beliau berkata, nama syarikat itu akan didedahkan selepas pihaknya mendapat maklumat terperinci mengenainya.

Katanya, pihaknya sudah beberapa kali dalam parlimen membangkitkan bahawa wang rakyat tidak boleh digunakan untuk memulihkan syarikat- syarikat yang dimiliki oleh kroni pemimpin.

Khamis, Mei 07, 2015

HOT!! : UMNO BAKAL BERKUBUR DI PERMATANG PAUH..

 

Suasana di sekitar parlimen Permatang Pauh meriah pada malam terakhir sebelum tempoh berkempen tamat pada jam 12 malam ini.

Ribuan orang menghadiri ceramah mega Pakatan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Deretan gerai juga memeriahkan lagi Tapak Ekspo tempat ceramah mega itu berlangsung malam ini.

Antara penceramah malam ini ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Ketika berucap dihadapan kira-kira 1,000 orang, Rafizi merayu supaya seluruh pengundi Permatang Pauh mengundi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut ahli parlimen Pandan itu, seluruh pengundi Permatang Pauh memikul amanah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kerusi itu kekal menjadi milik PKR.

"Saya minta keluar awal dan perhati segala pergerakan terutama pergerakan peti undi. Insya-Allah esok kita doa supaya Wan Azizah menang dengan majoriti besar daripada BN," kata Rafizi.

Ceramah Pentas Pemuda Pakatan di Pusat Khidmat DAP Taman Ciku turut menyaksikan kehadiran kira-kira 1,000 orang.



Selasa, Mei 05, 2015

Kewajipan Mengundi Wan Azizah Di Permatang Pauh (Bahagian II) - AJK PAS


Tempoh hari saya telah mengulas kewajipan ummat Islam menyokong dan mengundi DS Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh. Hujjahnya berasaskan dalil wajib menentang kezaliman dan membantu pihak yang dizalimi.

Dalam bahagian kedua ini, saya ingin menegaskan kewajipan yang khusus bagi PAS dan ahlinya untuk menyokong DS Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh. Kewajipan khusus ini adalah disebabkan wujudnya perjanjian antara PAS dan PKR yang telah menghasilkan pembentukan PR. Tiada mana-mana pemimpin PAS yang waras akan menafikan kewujudan perjanjian dan persepakatan ini. Ianya berteraskan usaha untuk menjatuhkan UMNO/BN secara bersama dan melaksanakan beberapa prinsip pemerintahan yng dipersetujui bersama sekiranya berkuasa. Kesemua prinsip yang dipersetujui bersama ini adalah dituntut Islam serta akan membuka ruang yang luas ke arah rakyat memahami politik Islam dan menyokongnya.

Apabila perjanjian dan persefahaman ini diakui wujud dan selagimana ianya tidak diisytiharkan batal dan dimansuhkan, maka kewajipan PAS dan ahlinya untuk membantu PKR dan calonnya adalah jelas dan nyata. Kalau prinsip berpegang kepada janji pun tidak mampu difahami, maka janganlah cuba berbicara mengenai ‘Perjuangan Islam’!.



Jumaat, Mei 01, 2015

PANAS!! : HARGA PETROL KEKAL..KERANA PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH..HA HA HA...

 

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini.

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi 1 Mei.


mk

Khamis, April 30, 2015

POWER!! : CALON PERMATANG PAUH JAWAB TUDUHAN JAHAT BN..

 

Calon PKR Permatang Pauh Dr Wan Azizah Ismail tampil menolak tanggapan bahawa beliau setia membabi buta kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

Bercakap dalam ceramah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan di Seberang Jaya malam tadi, presiden PKR itu tampil menegaskan perkara itu.

“Jangan hina saya, saya bukan setia membabi buta,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan sekumpulan individu di Kajang, kawasan Dewan Undangan Negerinya, yang berkata beliau hanya taatkan arahan Anwar.



Rabu, April 29, 2015

BERITA BAIK : NAJIB TIDAK AKAN UNDUR...

 Najib

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak akan menyerah kalah meskipun beliau diasak dan dikritik hebat sejak kebelakangan ini.

Kenyataan tersebut yang dibuat pada akhir ucapan pembentangan ‎laporan tahunan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Angkasapuri, malam tadi itu seolah-olah memberi isyarat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau akan terus menerajui kerajaan BN.

"Sudah menjadi adat dan sunnah orang berjuang, pasti menempuh getir serta liku-liku cabaran.‎ Namun, para hadirin dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, walau dilintang dengan seribu aral,

"Biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan didukung pula para menteri serta rakan-rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah,

"Malah akan tetap beristiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya.


Selasa, April 28, 2015

PANAS!! : NAJIB TERUS DI TEKAN..

 

Seorang lagi tokoh tampil mendesak perdana menteri supaya jangan terus berdiam diri terhadap kritikan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi reaksi kepada kritikan dibuat Dr Mahathir.

"Najib perlu melakukan sesuatu. Sesiapa yang menjadi perdana menteri bertanggungjawab (untuk memaklumkan) kepada rakyat," katanya di sidang media selepas menghadiri forum anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia hari ini.

"Beliau tak boleh mendiamkan diri, kan?" katanya.

Abdullah berkata, menjadi perkara biasa bagi seseorang pemimpin menyuarakan pandangannya kepada rakyat.

Katanya, Najib perlu melakuka sesuatu bagi menangani serangan Dr Mahathir kerana jika tidak, ia akan memberi kesan buruk kepada Umno dan masyarakat.

Ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri atau sebaliknya, Abdullah berkata: "Dia mesti membuat keputusan itu."



Isnin, April 27, 2015

PRK : KEMPEN ANTI GST PANAS!! DI PERMATANG PAUH

Jamu udang kara sebagai protes GST

PERMATANG PAUH - Sebagai tanda membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penduduk Permatang Pauh akan dijamu dengan udang kara (lobster) bakar dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, ia dilakukan kerana makanan orang kaya itu dikecualikan dari GST.

"Makanan orang kaya seperti udang kara tidak dikenakan GST, Sebab itu kita mengambil keputusan mungkin Rabu atau Khamis ini, kita akan adakan BBQ udang kara tanpa GST.

"Lagipun,orang Permatang Pauh jarang makan udang kara kerana ia mahal. Kami akan membawanya ke sini agar mereka dapat makan kerana tiada GST," katanya ketika berucap sebelum melancarkan bilik gerakan besar PR di Simpang Tiga Masjid Kubang Semang, malam semalam.


Ahad, April 26, 2015

PANAS!! : NAJIB TERUS DISERANG..MUHYIDIN TERSENYUM..

 Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus menggantikan tempat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya pemimpin itu berundur dari jawatannya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara tersebut telah menjadi adat dalam Umno serta pentadbiran dalam kerajaan.

“Saya tidak mahu bermusuhan dengan ramai orang. Kalau ikut adat Umno, penggantinya (bagi jawatan Perdana Menteri) mestilah timbalannya.

“Tetapi kalau dia (Muhyiddin) buat perangai, dia pun akan kena juga,” katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai pengganti Najib sekiranya Najib berundur.

Beliau dalam pada itu menyuarakan gesaannya sekali lagi terhadap Najib untuk berundur dari jawatan perdana menteri.


Sabtu, April 25, 2015

HOT!! : KEJUTAN PRK PERMATANG PAUH..

 

Seperti dijangka, PKR mengumumkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Ini bermakna, Wan Azizah bakal bertanding untuk kerusi ini buat kali ketiga.

Timbalan presiden parti, Azmin Ali mengumumkan perkara itu dalam acara di Arena Seberang Perai, Seberang Jaya pada malam ini.

Dalam ucapannya di acara tersebut, Wan Azizah berkata, beliau membawa amanat Anwar yang mahu "perjuangan diteruskan".

Katanya, itulah pesan Anwar kepadanya ketika beliau melawat ketua umum PKR itu di Penjara Sungai Buloh petang ini.

Katanya, Anwar juga menyampaikan salam kepada seluruh rakyat Permatang Pauh dan memintanya supaya sentiasa kuat.

"Dia suruh saya balik (Permatang Pauh) dan kuat kerana ada perjuangan yang perlu diteruskan," katanya.


Khamis, April 23, 2015

PANAS!! : MP BN DESAK NAJIB BUBAR PARLIMEN..

 

Perdana Menteri boleh "membersihkan" tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentabdirannya dengan mengadakan pilihan raya lebih awal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak boleh mengambil jalan singkat membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru.

"Persoalan yang timbul ialah, sama ada hayat pemerintahan BN dan Umno boleh dipastikan bagi melanjutkan pemerintahan demi kepentingan parti terus terjamin," katanya dalam blog beliau.



Selasa, April 21, 2015

PANAS!! : MAJLIS FATWA NAJIB ULANGI CUKAI ZALIM GST " HARUS"..

 

Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sekali lagi mengulangi bahawa hukumnya harus untuk kerajaan mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pengerusinya Tan Sri Abd Shukor Husin berkata majlis itu tidak menafikan bahawa terdapat golongan kurang bernasib baik dan oleh kutipan cukai boleh membantu mereka.

Katanya, setelah mengkaji pandangan berbeza-beza yang dikemukakan ramai sarjana, MFK berpendapat harus mengenakan GST dengan beberapa syarat.

Antara syarat itu, kata Shukor, kerajaan harus komited menegakkan syariat Islam, terdapat keperluan kewangan dan demi kebaikan awam dan bukan untuk tujuan maksiat.



Isnin, April 20, 2015

HOT!! : DR M HINA ORANG PERMATANG PAUH..

 Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad optimis BN tidak menghadapi masalah untuk terus mempertahan kerusi Parlimen Rompin pada PRK itu 5 Mei depan.

Beliau berkata, ini kerana BN mempunyai sokongan kuat pengundi kawasan itu terhadap kepimpinan bekas Ahli Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sejak 1990. 

"Di Rompin, sokongan BN masih ada...pasti menarik untuk tahu marginnya kali ini," katanya kepada pemberita pada forum antarabangsa 'Mendampingi Golongan Muda Untuk Menjenayahkan Perang dan Mentenagakan Keamanan' di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.   

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.


Sabtu, April 18, 2015

1MDB KAJIAN : NAJIB PALING DIPERSALAHKAN..PANAS!!


Kebanyakan orang tidak tahu untuk menyalahkan pihak mana dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bagaimanapun, kebanyakan mereka paling banyak menuding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tinjauan pusat penyelidikan bebas Merdeka Center bersama stesen radio BFM, mendapati 52 peratus responden tidak pasti siapa harus dipersalah.



Khamis, April 16, 2015

HOT!! : MENTERI GST DAH TERASA BAHAMNYA..KAH KAH KAH KAH...

 

Umno akan mengadakan penerangan dan penjelasan besar-besaran berhubung pelaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menghalang cubaan pembangkang daripada menyebarkan maklumat tidak tepat semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya yakin penerangan dan penjelasan yang diberi akan dapat memberi keyakinan kepada rakyat khususnya penduduk.

"Sudah tentu GST akan menjadi sebahagian daripada isu utama yang akan dibangkitkan pakatan pembangkang sepanjang tempoh berkempen namun kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi penerangan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat tentang GST hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau yakin akan dapat membuktikan bahawa GST adalah jauh lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini.



Rabu, April 15, 2015

POWER!! : SUHAKAM TEGUR KERAJAAN BN..

 himpunan kita lawan

Kerajaan digesa memberikan jaminan kebebasan berhimpun yang merupakan hak rakyat Malaysia bagi tujuan mewujudkan keseimbangan terhadap perbezaan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) melalui Laporan Tahunan 2014 mengharapkan agar kerajaan melalui pimpinan Barisan Nasional dapat memberikan layanan sama rata kepada peserta himpunan aman.

“Suruhanjaya menyatakan harapan agar keseimbangan hak di antara kumpulan-kumpulan berbeza yang terlibat di dalam tunjuk perasaan aman akan dapat dicapai.

“Walaupun pihak polis mempunyai kuasa berhubung pengawasan sesuatu tunjuk perasan, Suruhanjaya berharap agar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut, amalan terbaik serta norma antarabangsa mengenai kebebasan berhimpun dapat dipatuhi,” memetik laporan tahunan tersebut.

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Jom Ikut Agen Perubahan