Merujuk kepada sebuah Hadith:
Saya mengambil setengah yang awal bahagian hijaunya, mafhumnya begini:
“Akan datang selepas saya, umara’ (pemerintah), sesiapa
yang mengiyakan mereka dalam pembohongan mereka dan membantu mereka
dalam kezaliman mereka, dia bukan dari saya dan saya bukan
darinya.....”.
Aukamaqal.
Hadith ini memberikan gambaran jelas bagaimana Rasulullah (SAW)
mengambil berat persoalan pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh
golongan berkuasa. Mana-mana pihak yang mengiyakan pembohongan mereka
dan membantu mereka dalam kezaliman mereka, Rasulullah (SAW) tidak
mengaku sebagai ummat!
Tiada sesiapa yang boleh menafikan bahawa rakyat telah dibohongi melalui
fitnah yang jahat dan dahsyat
terhadap DSAI. Dan sememangnya ianya satu pembohongan. Tiada syak
walaupun sebesar sebiji zarrah bahawa ianya fitnah dan pembohongan yang
nyata. Meneliti asas penghakiman dalam kes DSAI akan menyakinkan semua
yang waras bahawa DSAI adalah mangsa fitnah jahat. Maka hasil dari
fitnah jahat ini beliau dizalimi dengan dipenjarakan selama 5 tahun.
Pembohongan melalui fitnah yang mereka lemparkan terhadap DSAI perlu
ditolak dan disanggah. Mengundi calon UMNO/BN dalam pilihan raya kecil
Permatang Pauh adalah bagaikan
mengiyakan pembohongan ini.
Lebih-lebih lagi apabila DSAI merupakan Ahli Parlimen yang disingkirkan
melalui fitnah ini. Sedangkan semua memahami ianya fitnah dan ianya
bertujuan untuk menjaga kuasa dengan memenjarakan DSAI. Tanpa DSAI
adalah diharapkan PR akan berpecah lebih-lebih lagi dalam keadaan adanya
‘
PAS Ekstrim’ yang boleh dimanfaatkan.
Pemenjaraan DSAI hasil fitnah yang dilakukan adalah kezaliman yang
nyata. Mengundi calon UMNO/BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh
bererti
membantu mereka dalam kezaliman mereka ini. Sekiranya
kita tidak mampu menghalang pihak berkuasa melakukan kezaliman ini
sekalipun, paling kurang kita tidak boleh menolong mereka. Kita boleh
bantah dengan menolak calon mereka.