Memaparkan catatan dengan label Dakwah... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dakwah... Papar semua catatan
Sabtu, Jun 20, 2020
Selasa, Jun 30, 2015
TGNA DAN RAMADAN
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan solat sunat tarawih sama seperti yang dilaksanakan di masjid atau surau di negara ini pada bulan Ramadan.
Menurut anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir
"Mengimbas Ramadan, kalau nak sebut tentang rindu itu, saya rindu semasa solat tarawih dengan Allahyarham. Allahyarham mengajar kepada semua ahli keluarga, solat tarawih lapan rakaat tanpa ada witir di belakangnya.
"Setiap kali tarawih, Allahyarham akan sampaikan tazkirah selang empat rakaat dan selepas selesai empat rakaat lagi, beliau akan suruh baliklah," katanya kepada Sinar Online.
Ketika ditanya sebab Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, ia bagi menggalakkan kita bangun malam untuk menunaikan solat sunat witir sebelum bersahur.
Ahad, Jun 28, 2015
Islam itu mudah...tapi jangan dipermudahkan
MENJADI Muslim adalah suatu perkara yang mudah. Berasaskan lafaz syahadah seseorang boleh menjadi Muslim.
Manifestasi daripada syahadah terbina dengan ibadah, mematuhi syariah untuk menjadi manusia berakhlak dan berdisiplin.
Etika dan disiplin adalah sesuatu yang amat penting bagi seseorang Muslim apalagi Mukmin.
Islam menjadi mudah kerana adanya asas aqidah dan menjadikan keyakinan kepada Pencipta landasan beragama.
Ibadah terjadi kerana hikmah daripadanya amat besar dan nyata, syariah
dipatuhi supaya ada disiplin pada diri dan tahu batas larang dalam
kehidupan dan akhlak menjadi pakaian diri supaya menjadi cerminan kepada
yang lain.
Bila asas-asas Islam itu diingkari dan dipermudahkan, umat Islam sering terdedah dengan syirik, kesesatan dan sikap melampau.
Melakukan solat umpamanya ikut sempat dan kelapangan diri, asas syariah
dalam hukum-hakam yang memandu kehidupan tidak dipatuhi dan akhirnya
sahsiah Islami tidak terlihat dan dirinya tidak menjadi sumber teladan
dan ikutan orang lain.
Mudahnya Islam kerana apa saja yang dilakukan meninggalkan kebaikan kepada penganutnya.
Melakukan solat mendidik hati menjadi hamba yang taat dan khalifah yang amanah.
Lantaran solat yang khusyuk dan fokus membawa resam patuh, akur dan tunduk.
Rabu, Mac 04, 2015
SESI DAKWAH : BERITA BAIK UNTUK UMAT MALAYSIA..
SHAH ALAM - Naskhah tafsir al-Quran percuma akan hanya diberikan
kepada orang bukan Islam yang mahu tahu lebih lanjut mengenai Islam.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Othman Mustapha
berkata, beliau difahamkan pertubuhan bukan kerajaan, Malaysia Reverted
Muslims (MRM) tidak pernah memaksa untuk mana-mana bukan Islam menerima
al-Quran yang diberikan secara percuma melalui program mereka.
Sebaliknya, beliau berkata, al-Quran itu hanya diberikan kepada orang
bukan Islam yang datang dan mendekati MRM untuk bertanya lanjut
berkaitan agama Islam atau keliru dengan ajaran Islam.
"Sebagai contoh, jika ada yang mengaitkan Islam sebagai agama yang
menganjur keganasan ia sama sekali tidak benar. Islam tidak pernah
mengajar umatnya menjadi ganas atau militan malah Islam mengharamkan
keganasan atau penindasan.
Ahad, Februari 08, 2015
NASIHAT : BUAT AHLI PAS DAN BAKAL AHLI PAS
Ajaib PAS terima Umno, keluar Pakatan - Subky Latif
DALAM dialog segera saya dengan PAS yang dihadiri sama oleh Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling, saya ditanya oleh dua orang tentang dua persoalan. Pertama adakah PAS akan bergabung dengan Umno seperti yang banyak diperkatakan sekarang dan kedua, adakah PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat yang juga banyak diperkatakan sekarang? Pada saya ia ada isu ajaib. Kedua-dua isu amat dimimpikan Umno. Sejak muafakat Pakatan wujud tahun 2008, siang malam Umno mendakwa ia hendak sangat Umno dan PAS dipertautkan semula seperti tahun 1973.
Baik masa jaga mahupun masa tidur. Siang ia meraban hendakkan percantuman, malam ia mimpi. Di samping meraban dan mimpinya, ia hendak sangat PAS keluar Pakatan dan tinggalkan DAP. Jika mahu PAS tinggalkan DAP, maka kekallah propaganda Umno sesungguhnya DAP itu dimusuhi orang Melayu di dunia dan akhirat. Jawab saya kepada penyokong PAS Sabah itu, ialah jangan ada dalam kalangan ahli dan penyokong PAS berfikir barang sesaat jua untuk bercerai dengan Pakatan Rakyat khususnya berpisah dengan DAP.
Jumaat, Februari 06, 2015
Dakwah : Pluralisme agama canggah akidah
Iklan Penaja
PLURALISME agama cuba menjadikan pelbagai agama itu sebagai sah dan benar. Lalu pendukung pluralisme agama menganggap semua agama adalah sama benarnya.
Bagi mereka inilah suatu cara bagaimana pelbagai agama disantuni supaya wujud kedamaian bukannya perbezaan atau pertelingkahan.
Umumnya kewujudan agama yang membawa sistem kepercayaan dan berlandaskan falsafah mempunyai kebaikan tertentu untuk penganutnya. Dalam Islam agama bukan hanya sebagai suatu sistem kepercayaan dan cara hidup, tetapi menjadikan akidah tauhid sebagai sesuatu yang amat pokok.
Inilah perbezaan yang paling utama antara Islam dan agama-agama yang lain. Akidah tauhid umat Islam tidak boleh disamakan dengan konsep triniti yang didukung oleh penganut Kristian. Akidah tauhid menjadi landasan membentuk tasawur atau world view Islam supaya unsur syirik tidak terjadi.
Isnin, Februari 02, 2015
BERITA PAGI : CADANGAN YANG BAIK UNTUK PEMIMPIN NEGARA..TAK BUAT JADI MUNAFIK..
SHAH ALAM - Gaya hidup pemimpin negara perlu dimasukkan sebagai salah satu komponen yang akan diukur dalam Indeks Syariah Malaysia yang akan dilancarkan 10 Februari ini.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini bagi menunjukkan kesungguhan pihak pemerintah mengetengahkan syariah sebagai sistem hidup yang menyeluruh.
Katanya, kerajaan juga digesa beri keutamaan meminda peruntukan undang-undang yang menghalang perlaksanaan hukum syariah ketika mengetengahkan Indeks Syariah itu.
Jumaat, Januari 30, 2015
Dakwah : Liberalisme bukan jalur Islam
Foto Hiasan..
MAKSUD liberal dari sudut istilah membawa makna bebas atau pembebasan. Faham ini berkembang di Barat di Abad Pertengahan dan membawa pertentangan antara agama dan negara.
Liberalisme adalah suatu faham membebaskan manusia dari belenggu tahyul dan sesuatu yang tidak rasional lalu lahir modenisme dan pascamodenisme yang menolak agama sebagai sumber ilmu dan kehidupan dan menjadikan akal dan sains sebagai sumber pedoman untuk mendapatkan kebenaran mutlak.
Terdapat dalam kalangan orang-orang Islam juga mahu melakukan liberalisasi terhadap agama dengan melakukan tafsir dan taawil yang menyalahi pendirian ulama muktabar.
Selasa, Januari 27, 2015
DAKWAH : ADAKAH JAKIM TUNDUK KEPADA NAJIB..????
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memperluaskan lagi penjelasan mengenai jihad susulan banyak kekeliruan berhubung konsep itu terutama dalam kalangan golongan muda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kekeliruan itu dikenal pasti antara punca segelintir golongan muda mula tertarik dan terpengaruh dengan 'seruan jihad'.
Isnin, Januari 26, 2015
Mufti Kelantan : Islam, ibu bapa dibenarkan memukul anak
KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu merujuk golongan ulama terlebih dahulu sebelum menggubal akta baharu bagi menggantikan akta kanak-kanak sedia ada supaya masyarakat tidak tersalah tafsir terhadap pendidikan dalam Islam.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara itu perlu diperhalusi kerana bimbang menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.
Sabtu, Januari 17, 2015
Sesi Dakwah : Khutbah tegur remaja 'fanatik' peluk artis
Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menegur sikap
remaja yang didakwa fanatik dengan program hiburan melampau batas
sehingga sanggup memeluk idola mereka di khalayak ramai.
Lebih sedih lagi, kata mimbar, ia berlaku ketika mangsa banjir di beberapa negeri dalam Malaysia berada dalam keadaan perit dan hiba.
“Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa oleh akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut.
“Bagi mereka yang cetek pemikiran, (mereka) menganggap ia hiburan semata-mata.
Lebih sedih lagi, kata mimbar, ia berlaku ketika mangsa banjir di beberapa negeri dalam Malaysia berada dalam keadaan perit dan hiba.
“Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa oleh akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut.
“Bagi mereka yang cetek pemikiran, (mereka) menganggap ia hiburan semata-mata.
Rabu, Januari 14, 2015
Khutbah Jumaat bukan untuk lahir golongan ekstrem - Mufti Kelantan
KOTA BHARU - Fungsi utama khutbah Jumaat adalah untuk menasihati dan juga mendidik umat Islam dalam hal seperti bersederhana dalam kehidupan seharian, jauh menyimpang daripada melahirkan umat yang berfahaman ekstrem, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau kecewa dengan tuduhan kononnya khutbah Jumaat digunakan sebagai platform untuk menyemai ekstremisme dalam kalangan umat Islam.
Beliau mengulas catatan seorang peguam dalam laman Twitternya dalam bahasa Inggeris yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat.
Ahad, Januari 11, 2015
Banjir: Isyarat daripada ALLAH SWT
KUALA TERENGGANU – Fenomena banjir yang berlaku sejak lima tahun belakangan ini dianggap luar biasa dan isyarat tertentu daripada ALLAH SWT kepada manusia.
Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, walaupun musibah besar berlaku baru-baru ini, namun ada dalam kalangan kita tidak mengambil perhatian serius.
Menurutnya, masih ada yang tidak mengambil pengajaran terhadap musibah yang berlaku dan masih lagi leka.
Sabtu, Januari 10, 2015
Sesi Dakwah : Polis jangan khianati agama dan negara
CHERAS - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan pegawai dan anggota polis tidak menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
Katanya, jadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai amalan di dalam hidup seharian.
"Jika tidak rakyat akan sentiasa memandang serong ke atas pasukan polis.
Jumaat, Januari 09, 2015
Dakwah : Islam perlu difahami seadanya
ISLAM sebagai suatu agama perlu difahami seadanya. Ia terbina dengan suatu sistem kepercayaan dan mengaturkan suatu cara hidup. Sebagai suatu sistem kepercayaan ia tidak sempurna melainkan keindahan Islam itu terlihat dalam amal dan contoh.
Suatu sistem kepercayaan menghubungkan agama ini dengan Pencipta. Manusia dan alam ini tidak terjadi dengan sendiri melainkan ia dicipta. Pencipta yang disebut sebagai ALLAH menghasilkan rahmah dan nikmah yang banyak untuk keperluan kehidupan manusia.
Ahad, Januari 04, 2015
DAKWAH : PAS TERUS BERDAKWAH ALLAHU AKBAR!!!
KUALA TERENGGANU – Pas bercadang ke perkampungan Orang Asli bagi menyebarkan dakwah serta pengaruh politik di kawasan itu bermula tahun ini.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, perancangan itu akan dirangka sebaik mungkin bagi memastikan matlamat menarik minat Orang Asli terhadap pengembangan dakwah Islam di kawasan itu berjalan lancar.
Selasa, Disember 23, 2014
KENAPA DAP TAKUT DENGAN HUDUD?? SEPATUTNYA KENA BERLAPANG DADA JIKA DAP IKHLAS..
PUTRAJAYA: Pemuda PAS Malaysia berharap Konsensus
Pakatan Rakyat dihormati rakan-rakan dalam pakatan itu khususnya DAP
berhubung isu hudud.
Naib
Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata jika PAS boleh
menghormati DAP dengan agenda negara sekular mereka, maka rakan PAS itu
juga perlu berlapang dada dengan agenda negara Islam yang diperjuangkan
PAS.
Khairil berkata demikian ketika ditanya wartawan di lobi Kementerian Kewangan, di Putrajaya selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, bagaimanapun berkata isu-isu berbangkit berkaitan hudud yang ditimbulkan kembali muktahir ini akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.
Naib
Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata jika PAS boleh
menghormati DAP dengan agenda negara sekular mereka, maka rakan PAS itu
juga perlu berlapang dada dengan agenda negara Islam yang diperjuangkan
PAS.Khairil berkata demikian ketika ditanya wartawan di lobi Kementerian Kewangan, di Putrajaya selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, bagaimanapun berkata isu-isu berbangkit berkaitan hudud yang ditimbulkan kembali muktahir ini akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.
Isnin, Disember 22, 2014
Sesi Dakwah : Pelancong Jerman Masuk Islam di Kota Bharu..Allahu Akbar!!!

Rasa terharu seteleh selesai mengajar dua kalimah syahadah kepada George Karsten Weissig , 46 tahun dan anaknya Macauley Weissig, 8 tahun, zohor tadi di Masjid Muhammadi Kota Bharu.
Mereka dua beranak beragama Kristian, datang dari Jerman dengan tujuan melancong di negeri ini. Mereka berada di negara ini baru seminggu dan tertarik dengan Islam setelah diberi penerangan tentang Islam oleh Brother Mohamed Michael yang sentiasa menjadi ahli jemaah masjid ini.
Hari ini mereka telah memilih Masjid Muhammadi untuk melafazkan dua kalimah syahadat itu. Si Ayah telah memilih nama Islamnya, Abdul Rahman, sementara si Anak, memilih nama Muhammad.
Ahli jemaah masjid ini tidak melepaskan peluang untuk memberi sumbangan samah seriyal kepada saudara baru kita ini yang berjumlah RM 2,031 secara kilat. Saudara Abdul Rahman Weissig ini menyatakan bahawa beliau akan berusaha mengajak isteri dan dua orang anak perempuannya yang masih beragama Kristian di negaranya, agar menerima Islam sebagai agama keluarga mereka.
Ya Allah..Engkulah Yang Maha Pemberi Hidayat...
Ust Rosli Che Soh (Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu)
Kredit : TV Wau : Media Baru Kelantan
Ahad, Disember 21, 2014
Peluk Islam sempena Mega Street Dakwah
SEBERANG JAYA:
Mega Street Dakwah yang jalankan oleh lapan badan bukan kerajaan (NGO)
bersama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) di sini pagi tadi
berjaya mengislamkan seorang wanita berbangsa India.
Kumpulan yang diketuai oleh Azman Merican memasuki premis berkenaan untuk bertemu orang ramai dan menemui wanita itu yang bertugas sebagai jurujual di salah sebuah kedai di situ.
Azman ketika ditemui berkata, beliau sempat berhujah dengan wanita berkenaan tentang ketuhanan ekoran dakwaannya mengatakan tuhan sama sahaja antara agama.
"Saya dan kekawan cuba terangkan apa Itu Islam dengan lebih mendalam. Mula ada sikit perdebatan tetapi apabila kita terus berhujah akal, beliau semakin reda dan akhirnya akur untuk berada dalam agama sebenarnya," terang beliau semasa berucap dalam sesi muhasabah di pekarangan Masjid Seberang Jaya.
Menurutnya, kenangan mengislamkan saudara baru itu merupakan peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.
"Sejujurnya saya katakan saya amat berminat turun ke medan dakwah. Apabila dapat hasilnya ia satu perkara yang amat besar," jelasnya.
Mega Street Dakwah yang diadakan di dua lokasi di Pulau Pinang iaitu di pekarangan Masjid Universiti Sains Malaysia (USM) dan Masjid Seberang Jaya merupakan aktiviti serentak seluruh negara yang memperkenalkan 'Do You Know? Jesus & Muhammad Worship The Same God?'.
HD
Kumpulan yang diketuai oleh Azman Merican memasuki premis berkenaan untuk bertemu orang ramai dan menemui wanita itu yang bertugas sebagai jurujual di salah sebuah kedai di situ.
Azman ketika ditemui berkata, beliau sempat berhujah dengan wanita berkenaan tentang ketuhanan ekoran dakwaannya mengatakan tuhan sama sahaja antara agama.
"Saya dan kekawan cuba terangkan apa Itu Islam dengan lebih mendalam. Mula ada sikit perdebatan tetapi apabila kita terus berhujah akal, beliau semakin reda dan akhirnya akur untuk berada dalam agama sebenarnya," terang beliau semasa berucap dalam sesi muhasabah di pekarangan Masjid Seberang Jaya.
Menurutnya, kenangan mengislamkan saudara baru itu merupakan peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.
"Sejujurnya saya katakan saya amat berminat turun ke medan dakwah. Apabila dapat hasilnya ia satu perkara yang amat besar," jelasnya.
Mega Street Dakwah yang diadakan di dua lokasi di Pulau Pinang iaitu di pekarangan Masjid Universiti Sains Malaysia (USM) dan Masjid Seberang Jaya merupakan aktiviti serentak seluruh negara yang memperkenalkan 'Do You Know? Jesus & Muhammad Worship The Same God?'.
HD
Ahad, Disember 14, 2014
TAHNIAH!! BERANI : PEGAWAI JAKIM TEGUR TAN SRI ASEH CHE MAT

Mlm tadi saya mengajar di Masjid Tuanku Mizan (MTMZA) Putrajaya, sejurus masuk waktu Isyak, ketika itulah mula kedengaran bunyi muzik dr arah tapak festival light & motion (LAMPU) yg terletak betul2 bersetentang dgn MTMZA.
Amat mengesalkan pihak penganjur kurang sensitif terhadap org yg sdg bersolat di masjid. Moga syor yg saya kemukakan kpd Presiden Perbadanan Putrajaya di bawah mendapat perhatian beliau & tidak dipandang remeh.
*Kita amat profesional dgn segala protokol & adat istiadat utk menyambut seorang raja @ perdana menteri demi penghormatan kpd mereka, tapi adakah kita berlebih kurang dgn "protokol" menyambut waktu solat demi penghormatan kpd Rabbul Jalil, Allah SWT?
FB : Aizam Mas'ud
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
Senarai Blog...Geng
-
Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera - *MARAN*: Empat individu termasuk pemandu dan penumpang sebuah bas yang membawa 19 pelajar dan dua guru Tahfiz Allaudin Bandar Pusat Jengka mengalami kec...2 jam yang lalu
-
Politik tunggang agama&bangsa: Penyatuan ummah ‘hilang’ bila kerusi Melaka jadi rebutan? Puad sindir BN-PN retorik siang hari - HarapandailyBekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi menyindir naratif “penyatuan ummah” antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasiona...4 jam yang lalu
-
ULAMA DAH TEGUR, MASIH NAK WALAK JUGA? - Bila dah ramai ustaz dan ulama menegur seseorang pemimpin, persoalannya mudah: Perlu ke masih taksub dan walak membuta tuli? Dalam agama pun kit...13 jam yang lalu
-
BN Jangan Jadi Lembu Dicucuk Hidung - *ULASAN PIRANE NS* TAHNIAH buat BN dan PN kerana berjaya merampas Negeri Sembilan daripada PH-BN? Mungkin ramai tidak sedar kejayaan BN itu merampas haknya...Seminggu yang lalu
-
PENCERAHAN TONE WOW PARLIMEN MALAYSIA 2.0 - @amrinor88 Had to share this with you Hit follow, join the fun #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound - DaPor SuRiSebulan yang lalu
-
MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR - Beralihnya sokongan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu memberi kepada Hamzah Zainuddin sebaik pemecatannya adalah ibarat malapetaka ...5 bulan yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...2 tahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...4 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...4 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...5 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 tahun yang lalu
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com8 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PMX
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus





