Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 22, 2012

MP Merbok akui pernah dipujuk Zamil keluar KEADILAN

KUALA LUMPUR 21 Jun: Ahli Parlimen (MP) Merbok, Datuk Rashid Din mendedahkan beliau pernah diajak Bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim untuk keluar daripada parti KEADILAN.

Menurutnya, peristiwa itu berlaku beberapa tahun lalu ketika beliau dan Zamil sedang bersembang di sebuah kedai makan di Taman Rasa Sayang, Jitra, Kedah.

“Saya dan Zamil memang kawan baik. Dia adalah bekas pembantu politik sejak saya mula-mula menjadi wakil rakyat. Kami selalu berjumpa dan bersembang.

“Satu hari ketika sedang bersembang, Zamil secara bergurau mengajak saya lompat parti,” katanya di Parlimen hari ini.
Rashid berkata, beliau tidak mengesyaki apa-apa terhadap Zamil kerana menyangka itu hanyalah gurauan.

“Setelah banyak pendedahan, barulah saya mengetahui kes-kes Ahli Parlimen berpaling tadah selama ini ada kaitan dengan Zamil,” katanya.

Pada 14 Jun lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan Zamil antara lima individu dalam video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Kata Khalid, Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua MP Pakatan supaya lompat parti dengan tawaran RM2 juta.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut mendedahkan seorang lagi ejen Umno BN terbabit dalam video tersebut iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

Dalam tayangan video kali ini, Khalid mendedahkan perbualan antara Zamil dengan dua wakil Pakatan dengan mengaitkan nama Rashid./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...