Sabotaj DSAI : Perbuatan terdesak, gila kuasa..!!!
KUALA LUMPUR: Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, sekiranya benar terdapat usaha untuk mendatangkan kecederaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia merupakan satu perbuatan terdesak yang hanya dilakukan mereka yang gilakan kuasa.
Ia berikutan kenyataan pemandu peribadi Anwar yang mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan Anwar dan keluarganya, sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.
“Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang terlalu terdesak dan gilakan kuasa. Selepas kes fitnah liwat pertama pada tahun 1998, Anwar dipenjarakan atas tuduhan jenayah.
“Kemudian, dia diserang sekali lagi dengan fitnah liwat kali kedua pada 2008. Terbaru, video tuduhan zina dilemparkan kepadanya. Beginilah tindakan yang dilakukan oleh musuh untuk membunuh karektor beliau,”
“Saya berdoa dan berharap, tidak ada sebarang percubaan ‘pembunuhan fizikal’, selepas begitu banyak ‘pembunuhan karektor’ dilakukan oleh musuh. Saya berharap tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepadanya,” katanya yang juga anggota Dewan Negara.
Semalam, pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya, mendakwa terdapat usaha untuk membunuh atau mencederakan Anwar ekoran unsur sabotaj pada brek kenderaan yang sering dinaiki Anwar, 19 April lalu.
Ketika kejadian, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah berada dalam kenderaan terbabit bersama Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Abdullah Sani turut melampirkan gambar bukti kerosakan teruk pada bahagian brek dan kenyataan yang dibuat mekanik yang membaiki kereta itu.
Mengulas lanjut, Dr Syed mengimbas kembali peristiwa kemalangan sehingga meragut nyawa Timbalan Yang Dipertua Agung Pas, Almarhum Profesor Datuk Dr Zulkifli Mohammad, bersama isterinya pada tahun 1964.
Ketika itu, Dr Zulkifli merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan bagi sesi Dewan Rakyat yang pertama.
“Sehingga hari ini, masih ada pihak yang beranggapan bahawa kemalangan itu merupakan tindakan sabotaj oleh pihak tertentu. Bagaimanapun, belum ada sebarang laporan atau kajian terperinci berkenaan perkara itu. Ini adalah persepsi orang ramai,” jelas Dr Syed Husin.
Dr Syed Husin berkata, sekiranya benar wujud unsur sabotaj dan khianat untuk mendatangkan kecederaan terhadap Anwar, ia adalah satu kaedah politik yang sangat kotor.
“Ketika kita diikat, padang permainan yang tidak rata, media tidak seimbang, mahkamah yang tidak profesional, kita diserang. Kemudian, apakah mereka sudah kehabisan hujah, sampai sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti ini?,” ujarnya.KeadilanDaily
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...