Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mei 26, 2016

ANALISIS : PARTI PAS AKAN SEDAR SELEPAS PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR


  Foto Saya

 Ujian Litmus: Dari Sungai Besar ke Kuala Kangsar
EXCO SELANGOR

Ada yang tanya saya berhubung berita kononnya Menteri Besar mengarahkan Exco PAS meletak jawatan sekiranya terus berdegil ingin bertanding di Parlimen Sungai Besar. Saya menjawab bahawa persoalan Pilihan Raya Kecil dan jawatan Exco kerajaan Negeri Selangor perlu dipisahkan dan dilihat secara berasingan. Ianya tiada kena-mengena di antara satu sama lain.

Menggunakan jawatan Exco sebagai bahan ugutan, samada oleh Menteri Besar, untuk memaksa PAS menarik diri dari bertanding di PRK Sungei Besar, atau oleh PAS, untuk memaksa persetujuan supaya PAS bertanding, adalah tidak wajar dan tidak patut dilakukan. Jawatan Exco bukan bahan untuk digunapakai membuat ugutan tetapi ianya adalah tanggung-jawab dan amanah yang penting. Perlantikan atau perlucutan jawatan tersebut seharusnya atas dasar prestasi yang ditunjukkan dan bukan atas percaturan politik mana-mana pihak. Walaupun persoalan kesetian dan kepatuhan adalah penting, ianya tidak boleh dilihat dari sudut kesetian dan kepatuhan yang sempit.

MB MENGUGUT?

Namun demikian, perlu saya sebut bahawa saya terkejut sekiranya MB telah menggunakan jawatan exco tersebut sebagai bahan ugutan dalam perundingan berhubung PRK Sungai Besar. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira betapa beliau telah berusaha sekian lama mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun dikritik oleh berbagai pihak. Adalah pelik, setelah bertungkus lumus mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor, beliau menjejaskan kerjasama ini demi PRK Sungai Besar. Adakah mungkin PRK ini dilihat begitu penting sehingga sanggup menggadaikan segala yang diusahakan selama ini?

Berdasarkan komitmen MB dan PKR terhadap penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor selama ini, saya menganggap dakwaan kononnya MB mengugut PAS sedemikian rupa sebagai satu perkara yang sukar dipercayai. Setelah mengharungi segala kritikan dan cemuhan kerana ingin terus berkerjasama dengan PAS, adalah amat menghairankan sekiranya sekarang ini beliau memusnahkan segalanya semata-mata kerana PRK Sungai Besar. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa ianya Parlimen yang telah dimenangi BN, maka sekiranya tidak dapat dimenangi sekalipun melalui PRK ini, ianya bukanlah sesuatu yang memalukan. Oleh itu, tidak wajar hubungan PKR dan PAS yang dipentingkan beliau selama ini dijejaskan semata-mata kerana satu kerusi Parlimen!

Oleh itu apabila berita tersebut dinafikan MB, saya lebih cenderung mempercayainya.

Lagi pun saya rasa tidak mungkin PAS akan berdiam diri sekiranya benar mereka diugut sedemikian rupa! Sudah pasti demi menjaga maruah parti mereka akan bertindak balas untuk memahamkan MB bahawa jawatan exco tersebut tidak penting bagi mereka.

SENARIO KEDUA

Ada juga yang mengatakan bahawa sebenarnya PAS yang mengugut dan pada saya ini merupakan senario yang lebih munasabah.

Ramai masih ingat bagaimana, demi mempertahankan TSKI sebagai MB Selangor satu ketika dahulu, PAS pernah mengancam kestabilan kerajaan Negeri. PAS sanggup bertindak sehingga ke tahap menyokong TSKI memecat Exco PKR dan DAP dari kerajaan Negeri Selangor. Komitmen PAS terhadap kerajaan Negeri Selangor yang mantap dan stabil, yang terdiri dari PKR, DAP, PAS dan sekarang AMANAH, adalah tidak menentu dan dilihat begitu minima.

Oleh itu kemungkinan ugutan tersebut atau berita kurang tepat mengenainya datang dari pihak PAS dilihat lebih wajar dan berkemungkinan. Hakikatnya komitmen PAS, khususnya Hj. Hadi, kepada parti rakan dalam kerajaan Negeri Selangor dapat dilihat oleh umum ditahap yang paling minima. Malahan mungkin dianggap kerjasama tersebut sebagai sesuatu yang tidak ada nilai sama sekali.

KEDUDUKAN PAS YANG MEMBINGUNGKAN

Keenganan PAS berunding dan menarik diri dari bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah manifestasi sikap baharu PAS sejak Muktamar 2015 yang lepas. PAS menganggap dirinya tidak terikat dengan mana-mana pakatan atau kerjasama dengan mana-mana parti politik. PAS bersendirian. Sekejap bersendirian, tetapi sekejap Blok ke 3 dan sekejap lagi bersama PKR dalam PR yang terus didakwa masih wujud. Bila ingin bersama kerajaan Selangor maka PAS sebagai anggota PR. Namun apabila di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, PAS bersendirian, sehingga bertanding melawan calon PKR, DAP dan AMANAH. Semuanya tidak salah kerana PAS bersendirian. Dan apabila cuba menunjukkan bahawa ada ‘kawan baharu’ maka PAS pula menjadi memimpin Blok ke 3. Tetapi apabila bertaawun, PAS bersama UMNO/BN.

KESAN PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

Saya menjangkakan bahawa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini adalah ujian litmus terhadap keadaan dan kedudukan tidak menentu PAS selama ini. Selepas PRK ini PAS terpaksa membuat keputusan, kerana keadaan aneh dan janggal mereka tidak boleh berterusan selamanya. Perhubungan songsang seperti ini mesti dimuktamadkan. Apakah sebenarnya pendirian PAS? Adakah mereka bersama pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan BN? Atau bersendirian dengan tujuan mendapat kerusi yang cukup untuk menjadi penasihat BN? Seperti dakwaan Hj. Hadi semasa PR Negeri Sarawak. Atau berhajat mencipta Blok ke 3 yang terdiri dari pihak yang hanya sanggup dipimpin PAS?

Pada masa yang sama PRK ini akan turut menjadi ujian litmus ke atas keberlangsungan Pakatan Harapan kerana berpontensi menentukan halatuju hubungan di antara PKR dan PAS. Perkara ini mempunyai korelasi yang tinggi dengan kemampuan AMANAH membuktikan bahawa ia layak menggantikan PAS dalam gabungan politik parti pembangkang. Ya, ianya sering disebut, AMANAH pengganti PAS dan mengambil kedudukan dalam PH seperti yang pernah diambil PAS dalam PR. Itu sekadar dakwaan dan tuntutan semata. Janganlah pula AMANAH menjadi seperti PAS yang mendakwa ini dan menuntut itu.

Perlu sentiasa diingat, sesuatu kedudukan bukan hasil dakwaan atau tuntutan. Ianya perlu diperolehi melalui usaha dan kerja keras. PRK ini memberikan AMANAH peluang untuk memperolehi kedudukan tersebut. Buktikan perjuangannya ada tempat dan sokongan di hati rakyat. Buktikan AMANAH mampu menggantikan PAS. Dan sekiranya ianya dibuktikan, tiada lagi alasan untuk mana-mana pihak melayani kerenah ‘ke sana sini’ PAS.

Akhirnya, ianya hanyalah PRK di dua Parlimen yang dahulunya dimenangi UMNO/BN. Tetapi ianya berpotensi membawa kesan yang paling bermakna kepada Pakatan Harapan dan hubungannya dengan PAS sebagai parti pembangkang. Bagi yang ingin PAS kembali ke politik rasional dan waras, keluar dari orbit tersendirinya, biarlah ianya terantuk dahulu. Mungkin selepas terantuk baru mereka akan sedar. Sekadar mungkin.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

70 ulasan:

  1. Mana mau nya parti pas sedar..pas sombong bongkak smpi pas pupus pun mrk xsedar2.kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Layakkah kholid semak mengulas pasal sikap yg amanah? Sedangkan kerusi PAS Shah Alam pun dia yg bwk lari.. tanya je? kuikuikui..

      Padam
    2. Mestila layak,xda la bwk lari kerusi pas,masuk amanah secara automatic jd kerusi Amanah.xkan itu wanrosli xfhm xtaula ape jenis kebongokan wanrosli ni.kahkahkah. Yg penting xcuri balak kelantan mcm pas.kahkahkah

      Padam
    3. Kalau nak berhujah balas jgn lah sampai bwk malu PAN.. bila masa PAN bertanding dan menang? Jumlah undi kurang dari undi rosak mmg adalah..

      Lepas tu ada ke bukti PAS curi balak? PAN curi kerusi mmg adalah!

      Padam
    4. Pas ni parti taghut....rakyat dah tak pandang pas yg dipimpin2 oleh puak puak serabut..serabut otak dan muka...jaja agama utk hidup.

      Padam
    5. Jawablah soalan aku.. ada bukti ke PAS curi balak..? Kau ni sama je dangkal dgn nobody..

      Padam
    6. Bila masa PAN bertanding dan menang kerusi? Kalau kerusi yg dibawakan lari dikatakan kerusi bebas barulah betul.. kan nobody yg bijak bejat..

      Padam
    7. Bukti dah ada n di beri pd sprm.mreka lmbat brtindak sbb tuang mrayu pd najib..ni bukti video mat sabu tolak hudud dh lama mintak,tu pun mngelak..mana?mana dia wahai wan rosli penfitnah besar?tunjuk ar..

      Padam
    8. Nama allah kolid xnk pertahan...tapi pesta beer bermati2an...something wrong
      Dulu baiah siap talak 3...pandai2 tambah...skrg amik senang jer
      Pegi rasmi function bergambo dgn amoi pakai skirt lagi tanpa kopiah
      Klu camtu perangai...xyahla

      Padam
    9. Amanah yang dibawa PAN hanya amanah dari DAP bukan dari rakyat, PAN begitu teliti membawa amanah DAP disamping menjaga dedak supaya tidak terlepas kepada orang lain. Amanah DAP ialah PAN kena pastikan PAS hancur demi dendam kesumat DAP, kuda dan keldai DAP.

      Padam
    10. Amanah beretorik dengan islam,Dap dan sewaktu dengannya beridealogi akal manusia,Pas parti berakidah berpandukan wahyu Allah sebagi alat untuk menjulangkan Islam diMalaysia.Hanya golongan kafir,munafik dan fasik sahaja yang tidak senang dengan Islam yang berdasakan Al-Quran dan Hadith.

      Padam
  2. Parti yg tak melambangkan islam langsung..fitnah..ego..bongkak..sombong..keras kepala..itu semua perangai setann..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun islam tapi aku rela mkn babi dr mkn ayam...kata hamba dap

      Padam
    2. Hoiii...hamba dap mana tu? Bgtau..biar aku campak mike kt dia

      Padam
    3. Baik2 baling mike tu...kang x osl2 kene muka amoi sebelah tu

      Padam
    4. Amoi?? Aku igt lgbt tadi...sori2

      Padam
    5. Xper...menang pru14 nnt kita hapus mahkamah syariah...lgbt pun sapu jer le

      Padam
    6. Aah...dah mabuk2 pesta beer nnt...lgbt pun nampak menyelerakan

      Padam
    7. Kahkahkah. Wanrosli xda modal mula la komen2 bodo

      Padam
    8. Jap2 nk ikut walaon tgk video german jap.kahkahkah

      Padam
    9. Sebelum tu mkn pil kuda cicah susu omega kasi walaon bijak sikit. Kahkahkah

      Padam
    10. macsi pan yang anti perjuangan islam.

      Padam
  3. Hahaha.masak wanrosli kena bantai. Kuikuikui

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bantai kepala hotak kau, itu bukan bantai itu adalah hujah orang bodoh yang berjaya dikudakan oleh DAP...

      Padam
    2. Tu jela tau sebut kuda jela tau.kahkahkah. Pas kena tipu dgn umno xlah bodoh ya.kahkahkah. Bebal btl otak wanrosli. Kahkahkah

      Padam
    3. dap bodoh2kan pan dan dah berjaya hasut pan anti perjuangan islam memg bongok sapa yang masih ikut telunjuk dap.

      Padam
  4. Kolik Samak ni bacul betul, takut ke dengan PAS, lawan saja la sembang kencang sana-sini untuk apa? Mung kata nak tumbangkan BN kenapa pulak mung burukkan PAS? Jangan mung jadi bacul, mung sebenarnya takut dengan PAS pasal tu mung asyik sebut PAS, PAS dan PAS.
    Bacul betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah dianalisa kembali.. aku dapati PAN sebenarnya dah kekeringan idea utk menjatuhkan PAS.. maka mereka mulai risau kerana tuan besar sudah mula curiga kerana buat apa habiskan byk duit tapi khodam mereka gagal memburukkan PAS agar org cina terus membenci PAS..

      Buat pengetahuan PAN, aku langsung tak marahkan PAN lantaran tugas yg diamanahkan tuan besar kpd PAN.. aku sebaliknya lebih kasihan kpd PAN kerana bukan shj org cina sudah nampak akan kebenaran yg dibawa oleh PAS, malah org Melayu pulak yg kini bertambah berang dgn PAN lantaran dilihat PAN amat bergantung demi kelangsungan hidup kpd DAP!..

      Padam
    2. Yer betul dan aku bersetuju dengan an anonymous, PAN dalam ketakutan....bacul satu kuali.

      Padam
    3. Mmgla setuju sbb wanrosli komen wanrosli balik.kahkahkah

      Padam
    4. Sudah2 la wanrosli komen wanrosli. Jijikla.kahkahkah

      Padam
    5. macai pan gelap hati disuruh hina pejuang islam pun macai ikut. itulah maknusia pengikut lgbt.

      Padam
  5. Pas cium bontot UMNO....yg tak sedar tu kesian....tak bleh nak ckp ape dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas jd penasihat umno,jd budak suruhan umno aje la.kahkahkah

      Padam
    2. fitnah ciptaan macai pan khadap dap puak sekuler

      Padam
    3. pan yang cium bontot umno kata orang. pan pandai makan keliling umno pun dia cium dap pun dia cium. sekarang pan dalam perancangan nak pengaruhi pkr.

      Padam
  6. Nak tanya wanrosli ni.hadi mohon cepatkan pindaan ruu hudud diparlimen,selepas dibenarkan speaker tetiba plak hadi minta tangguh pada sidang parlimen akan datang(oktober)..apa hal sepantas kilat plak uturn.kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan macai pan anti pas dan fitnah macam2 dah dibentang pun pertikaikan lagi ada sebabnya ditangguhkan perbahasanya ni mesti tak ikuti cuma dengar dari puak anti islam.

      Padam
  7. Alhamdulillah, tahniah TGHH kerana berjaya bentang akta 355 di parlimen hari ini dan akan dibahaskan pada sidang parlimen akan datang.

    Kolik Samak adalah maukmin pertama membantah pembentangan akta 355 diparlimen, Kolik Samak juga adalah segolongan manusia yang mempersendakan usaha PAS selama ini dengan memainkan semboyan bahawa PAS ditipu oleh umno.

    Hari ini terserlah siapa sebenarnya Kolik Samak dan golongan yang seKuali dengannya selepas akta 355 dibentang, bacul dan tiada pendirian.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik.pusing pulak.org tanye ni nape tangguh pulak pembentangan ruu hudud tu?

      Padam
    2. Sebelum bentang,menggelupur nk bentang tp bila dh diizinkan, mintak tangguh pulak.Nampak nya hadi main2 je bentang hudud ni.mempersendakan hukum tuhan. Nik Abduh pun kata ruu hudud ni sbb nk pilihanraya ni.jahatnya pas main hukum tuhan semata2 sbb pilihanraya

      Padam
    3. Itulah strategi PAS yang hanya difahami oleh penyokong dan ahli PAS sahaja, kamu tidak akan faham.

      Padam
    4. Kahkahkah. Strategy apa nye.kata nk laksana hudud.ni tangguh pulak. Xtakut ke main2 kan hukum Allah

      Padam
    5. Kahkahkah. Aku tau,memula semangat nk bentang sbb tau mst parlimen xbenarkan. Tgk2 parlimen benarkan pulak. Kantoi wayang hadi pasal ruu hudud lepastu sepantas kilat tangguh balik. Kahkahkah. Baik xyah bentang nt bulan oktober nt xdiizinkan bentang dh salahkan dap lagi.kahkahkah

      Padam
    6. Aku setuju dgn walaon sekor tu, itu mmg strategy pas,pas mmg bijak smpi pakai pakaian dewa utk tarik undi cina kan...

      Padam
    7. puak penantang perjuangan islam sekarang kepanasan tapi mereka banyak persoalan yang ditimbul oleh suara hati yang ditiup setan dalam hati

      Padam
    8. puak macai pan tu memg suka menabur fitnah dahlah tak sokong lepas tu buat onar pulak. dah dasar lgbt memg tak sukalah hukum islam. banyak tanya pulak kenapa tangguh tunggulah bln okt. macai pan tengah cari idea nak hentam pas.

      Padam
  8. Oleh kerana ada pertanyaan kenapa ditangguhkan ke Oktober, aku nak jwb atas kapasiti aku sbg bukan seorg ahli parlimen..

    Pada sesiapa yg dah tgk video usul tu pasti dpt melihat AP DAP jelas menyatakan mereka tak sempat meneliti usul berkenaan wpun sebenarnya ini adalah kali ketiga cuba hendak dibentangkan.. di sini kita dapat melihat tingginya keperibadian TGHA yg mengambil kira faktor tak sempatnya AP DAP berkenaan.. mereka kini mempunyai masa yg panjang sehingga Oktober utk buat persiapan membahas nanti..

    Faham ke tak ni? Aku harap faham lah ye? Bimbang AP DAP nanti lebih faham dari penyokong2 atau khodam DAP sendiri!

    BalasPadam
    Balasan
    1. An Anonymous, mereka tidak akan faham dan selamanya tidak akan faham.

      Padam
    2. Sndiri jawab jugaa..kahkahkah..hj hadi tangguh bila speaker suruh hurai pvte bill tu..hj hadi mngalabah mcm cari skrip..tongtowi pun mcm cemas je..akhirnya speaker bgi dua pilihan,nk trus atau tangguh..tu yg laju hj hadi ckap tgguh..kahkahkah.bukn sbb masa,tpi SKRIP TARA...kahkahkahkah..dpt lak trooper bebal al baghal kahkahkah elok ar tu.hudud pe kbenda!!!..

      Padam
    3. Atas tu versi aku yg aku yakin lebih tepat.. tapi bagus jgk versi 11:03 tu.. terbuktilah tiadanya kerjasama antara PAS dgn UMNO bila tiadanya skrip!.. Pusinglh kot mana pun islam pasti menang.. kini sudah bermulanya satu progress positif kemenangan islam..

      Padam
    4. Yg bingai nya walakontol bila nik abodoh dh ngaku ada krjasama dgn umngok utk bntang ruu jadi modal prk..kn nmpak tu pas khadam umngok..buta pe wan rosli..islam akn menang tpi bukn cara pas n umngok.kahkahkah

      Padam
    5. Sila betulkan pemahaman tuan.. kerjasama PAS dan UMNO dlm bab2 demi kebaikan islam dan secara tak langsung utk kebaikan umat islam juga.. Tak pula termasuk umat ngaku islam yg tak gembira dgn perkembangan hudud ini yg selari pula dgn tak gembiranya tuan besar mereka!

      Padam
    6. Kahkahkah. Nk laksana hudud merayu pada umno dulu. Kahkahkah.. Umpama merayu pada firaun nk tangkap firaun.apa la bodoh punya pas.kahkahkah

      Padam
    7. Mana ada merayu pd UMNO tapi sebaliknya ikut jln rasmi melalui parlimen.. kami bukannya PAN yg perlukan DAP endorse atas segala tindakannya.. kalau tak percaya sila tanya mujahid..

      Padam
    8. Kahkahkah. Sama la tu.parlimen umno punya.sama la tu merayu terhegeh2 ngan umno.patutla hadi sedondon ngan umno.kahkahkah. Jadi macai umno akhirnya.kahkahkah

      Padam
    9. Sekolah mana gamaknya belajar yg parlimen tu milik Umno!

      Padam
    10. Laaaa tu sbb bila kata pas bodoh kang marah.majority ahli parlimen tu sape?umno ke pembangkang? Ni soalan mudah kalau itu pun wanrosli xtau ntah la pas oi.kahkahkah

      Padam
    11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    12. So bgtahu lah sekolah mana kau belajar.. aku cuma nak pastikan anak aku tak sekolah kat situ.. nanti cikgu sekolah ajar kata parlimen ni milik UMNO tak kira di dalam dan luar negara.. kuikuikui..

      Padam
    13. Anak skolah mna pun ttap sama mcm pak nya..sbb bebal n baghal yg trlampau.balik je pak ajar kira janggut tuang presideng..kahkahkah

      Padam
    14. macai pan suka kalau pas tunduk pada dap macam pan baru dia tak fitnah bagi dia dap paling suci tapi pas paling kotor dasar anti perjuangan islam. kata bodoh marah tapi dah sememgnya bodoh sanggup bersekongkol untuk memusnahkan islam. ni msti lgbt bila islam ke kamu marah kenapa tanya tapi menentang islam

      Padam
    15. Aik.soalan mudah pun wanrosli xreti nk jwb.parlimen majoriti pembangkang ke umno?aduhai.nape aku berhujah ngan manusia sebodoh wanrosli ni.aduhhhhhhh

      Padam
    16. Majoriti UMNO tapi cuma cikgu sekolah kamu yg ajar parlimen UMNO punya.. sekolah tu kat mana? Cer bg clue sikit.. kat daerah mana tu?

      Padam
    17. Dia kn suka mbuat prangai bodoh..ratibnya dap.mca,mic mna dia npak.tpi bila jual projek dgn ngara china mna nmpak..minum susu enfakuda dulu ye baru komen.kahkahkah

      Padam
    18. Mana ada komen.. soalan daerah mana sekolah tu?

      Padam
    19. Nk tau..bagi dulu video mat sabu tolak hudud tu..kahkahkahkah

      Padam
    20. Kenapa mat sabu pun cakap parlimen UMNO punya jgk ke?

      Padam
    21. Eh eh.kalih isu plak wanrosli. Mana video matsabu tolak hudud?

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...