Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 07, 2011

Power!!!! Coretan Ringkas Dari YB Khalid Samad

Coretan ringkas isu semasa.

1. VIDEO SEKS FITNAH TERHADAP DSAI

Bagi saya, ini merupakan bukti muktamad betapa terdesaknya UMNO. Sebuah video yang jelas bersifat lucah, diambil entah dari mana, kemungkinan besar dari Siam, ingin digunakan untuk menjatuhkan DSAI.

Pertama, orang yang menayangkan video mempunyai niat jahat kerana ditayang dihadapan wartawan dan meminta ‘pemimpin pembangkang dan isterinya’ (pastilah DSAI dan Wan Azizah) meletakkan jawatan, kalau tidak maka akan didedahkan kepada umum. Kalau tiada motif politik, serahkan sahaja kepada Jabatan Agama dan minta disiasat.

Kedua, jelas juga Dato T mendapat layanan istimewa. Sepatutnya ditangkap polis tetapi seperti yang dilihat semasa acara angkat sumpah mubahalah, dilindungi Polis!

Ketiga, boleh disiarkan petikan video lucah di dalam akhbar dan TV! Hebat, bila ada kepentingan politik, semua boleh!

Beginilah, semua yang kenal DSAI secara dekat telah mengatakan pelakon yang berlakon (dibawah sinaran spotlight supaya mudah dirakam) itu bukan DSAI. Termasuk Wan Azizah sendiri. Lagipun sudah ramai yang timbulkan isu perut yang boroi, misai dan janggut, rambut, pinggul dan bahu dan sebagainya.

Yang duk sibuk bab sumpah mubahalah ni pula satu hal. Ini merupakan bukti bahawa UMNO ingin rosakkan Islam, bukan mahu ikut Islam! Islam tuntut apabila tuduh seseorang berzina, bawa 4 saksi yang adil. Bukan suruh buat sumpah mubahalah yang diguna untuk kes Li’an. Kalau tidak bawa 4 saksi, maka kena hukum Qazaf dan orang yang menuduh itu diistiharkan tidak boleh diterima lagi persaksiannya!

Sekarang orang yang menuduh tidak dikenakan Qazaf dan persaksian melalui sumpah mubahalah itu dijaja merata sedangkan persaksiannya sudah tidak boleh diterima. Inilah undang-undang syariat UMNO yang sesat lagi menyesatkan.

2. KES LIWAT 2

Skrip lama hendak diguna pakai kembali - recycle. Adakah UMNO fikir rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu bodoh dan boleh ditipu lagi dan lagi dengan menggunakan skrip lama?

Soal DNA masyarakat umum sudah mengetahui bahawa ianya diambil dari DSAI semasa beliau ditahan dahulu. DNA boleh dimasukkan ke dalam sampel, tiada masalah. Itulah sebabnya, kerap sangat mencuba sampai ada 5 DNA dalam exhaust yang sama! Termasuk DNA dirinya sendiri! Ini merupakan bukti yang nyata bahawa sampel itu telah dirosakkan dan tidak boleh digunapakai. Tapi oleh kerana dianggap Melayu mudah diperbodoh, maka terus digunakan juga.

Bukti muktamad adalah pengakuan tuan punya kondo, En. Hassanuddin Nordin, bahawa pada hari itu, dia dan keluarganya berada di dalam kondo tersebut. Menurutnya lagi, si penuduh tidak masuk dalam kondonya!

3. TAWARAN MASUK BN DAN KELUAR PR

PM sudah pening kot? Adakah PAS ingin masuk BN dan keluar dari PR sedangkan semua tahu sebab musabab dia menjemput PAS masuk adalah kerana BN sudah mula karam? Kalau bukan kerana karam, mengapa hidung tak mancung, pipi tersorong?

Hakikatnya, politik perkauman adalah politik dunia ketiga. Politik dunia pertama adalah berhubung hak dan keadilan, pentadbiran dan urus kelola yang bersih dan baik. Politik UMNO politik dunia ketiga. Jijik, fitnah, lucah, zalim, perkauman dan rasuah. Maka biarkanlah UMNO karam dengan labu-labunya.

Namun, dalam pada itu ini peluang baik untuk membuktikan bahawa PAS tidak gila kuasa. Ada yang kata PAS kemaruk kuasa sehingga sanggup, kononnya gadaikan Islam untuk berkuasa dengan DAP. Hakikatnya, kalau PAS gila kuasa, sudah tentu akan bersama BN yang sedang berkuasa! Kan lagi mudah kalau kuasa adalah apa yang diutamakan!

Oleh kerana kuasa bukan matlamat utama tetapi sebaliknya perubahan dan soal mendidik rakyat berhubung politik dunia pertama dan politik Islam, maka PAS menolak jalan mudah untuk berkuasa. PAS memilih jalan yang sukar, jalan yang akan berjaya hanya apabila rakyat sedar.

4. SOAL ‘AL-KITAB’

Dalam soal Al-Kitab jelas kelihatan UMNO menyerah kalah atas desakan politik. PAS sejak awal lagi sudah konsisten mengatakan bahawa ianya tiada masalah menurut syariat Islam dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang bernas untuk menyokong pendirian tersebut. UMNO sebaliknya hari ini kata ‘NO’ tetapi esok tiba-tiba kata ‘YES’ tanpa mengemukakan hujjah atau alasan. Jelas bagi yang mahu berfikir, UMNO menentukan hukum berdasarkan kepentingan politik mereka semata-mata.

5. PILIHAN RAYA UMUM KE 13

Akhir sekali, isu PRU ke 13. Saya bersetuju dengan pandangan DSAI, bahawa ianya akan diadakan pada bulan Jun atau Julai ini. Ini rancangan BN buat masa ini tetapi sudah pasti mereka akan pantau keadaan dan suasana. Kalau pihak SB kata jangan lagi, mereka akan tangguh tetapi buat masa ini, itulah rancangan mereka.

Kearah mencapai kemenangan, BN telah berkerja keras mendaftar para pengundi di kawasan sasaran mereka. Termasuklah Shah Alam yang melihat pendaftaran 5,000 pengundi baru dalam masa 3 bulan pertama tahun ini. Hebat, hebat BN. Dalam soal menipu tiada yang boleh menafikan kehebatan UMNO, juara penipu dunia.

Namun, strategi mereka boleh dipatahkan dan saya menyeru semua rakyat Malaysia, Selangor khususnya, untuk jangan membenarkan UMNO menafikan hak tuan-tuan sekalian untuk memilih kerajaan tuan-tuan sendiri. Ke arah ini, semua perlu berkerja keras untuk memenangkan PR dengan berkempen kepada jiran, rakan taulan dan semua yang dikenali, jadikan PRU ke 13, PRU yang bersejarah di mana BN ditukarkan dengan PR di perkingkat Pusat!. Sumber : SINI

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Ceramah Penuh DSAI Di Machang (video)

    

1 ulasan:

  1. UMNO mana ada kitab rujukan sebenarnya.Mereka cakap mereka Islam tetapi semua tindakan yang mereka buat hanya merujuk kepada berapa banyak yang mereka boleh sapu.Berapa komisyen yang mereka boleh mentekedarah.Berapa banyak habuan boleh masuk untuk anak cucu cicit mereka.ITULAH KITAB RUJUKAN MEREKA.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...