Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 14, 2011

Fitnah Umno-BN Tak Gugat Pakatan Rakyat..!!


AYER KEROH 13 MEI : Prinsip perjuangan mantap merupakan faktor Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mampu menggangu-gugat benteng kekuatan Pakatan Rakyat menurut Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujar beliau, parti yang dipengerusikan Najib Razak itu semakin hairan akan ketahanan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menangkis serangan walaupun dikecam saban hari.

"Dia (Umno-BN) mahu bunuh karier politik saya tapi mahu lawan isu polisi tidak dapat.
"Dia lupa hubungan saya dengan Tok Guru Nik Aziz dan Kit Siang. Bukan mudah nak putuskan hubungan saya sebab ikatan kita bukan setakat politik sahaja tapi sebagai sahabat," ujar beliau.
Justeru Anwar menyifatkan sistem yang dipertahankan oleh Najib bersifat kejam dengan membenarkan insitusi undang-undang dan kehakiman negara dijadikan perkakas untuk kepentingan politik.

Beliau mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri yang hanya mengeluarkan surat  amaran kepada akhbar Utusan Malaysia setelah menyiarkan artikel yang mengamcam ketenteraman negara namun bersikap dwi standard terhadap akhbar lain. 

"Kalau kerajaan tidak langgan Utusan Malaysia sudah lama bankrup," katanya.
Anwar turut menyentuh ancaman terbaru terhadap ahli keluarganya yang bermotifkan politik bersabit ugutan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anaknya, Nurul Izzah semalam termasuk cubaan mensabotaj kereta Mercedes Benz awal minggu lalu.

Anwar berkata, ada pihak yang tidak berjaya menakutkan beliau malah sanggup untuk mengancam keselamatan ahli keluarga terdekat dengan hasrat melihat beliau berundur dari arena politik. 
Sehubungan itu beliau menyeru agar masyarakat fokus menentang kezaliman Umno-BN.
Anwar yang hadir merasmikan pejabat baru Keadilan Melaka sebentar tadi menyeru agar anggota parti di negeri itu memperhebatkan perjuangan merampas Melaka dari tangan Umno-BN yang dipimpin Ketua Menteri Ali Rustam.

Ini kerana katanya negeri Melaka adalah benteng penting Umno-BN yang sanggup melakukan kekejaman untuk mempertahankan negeri itu.
Beliau turut menasihatkan agar kepimpinan PKR memegang teguh prinsip rundingan bagi mengangkat kesepakatan dan tidak sama sekali memberi ruang kepada Umno-BN untuk menyerang parti itu.    
"Matlamat satu pasukan yang sama. Prinsip rundingan di antara peringkat parti harus tidak dihebahkan kepada umum sehingga tiba masanya.

"Kalau kita memberi kenyataan silap maka akan membuka peluang kepada media Umnio untuk memanipulasi," ujar Anwar di hadapan 200 orang yang hadir sebentar tadi.
Sebelum itu Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ucapannya memberitahu bahawa segerombolan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah diarahkan untuk menghalang ceramah yang akan diadakan di dua lokasi sekitar Melaka di mana Anwar akan menjadi penceramah utama.
Namun Shamsul berkata PKR akan tetap meneruskan majlis tersebut walaupun permit tidak dikeluarkan.TVSNEWS
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...