Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mei 20, 2011

Ini dia Kejayaan Terbaru Buku Jingga..!!!

Subsidi RM19 bilion kepada IPP akan dikurangkan

Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Perdana, Datuk Seri Idris Jala kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat dan menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

"Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya.

Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

"Rundingan semula masih berterusan dan sesetengahnya sudah ada penyelesaian,” kata Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

NONEDidesak sama ada rakyat boleh mengharapkan pemotongan subsidi kepada IPP, beliau berkata: “Sudah, tentu,” tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Pengeluar tenaga bebas atau IPP adalah entiti swasta yang memiliki kemudahan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk dijual.

Buat masa ini terdapat 26 IPP di seluruh negara dan semua mereka menikmati pembelian harga gas dan barangan berasakan petroleum pada harga disakuan.

Pada tahun 2008, subsidi gas kepada IPP bernilai RM8.1 bilion, manakala Tenaga Nasional Bhd pula menerima RM5.7 bilion.MalaysiaKini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...