Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 23, 2011

Takbir..!!! Orang Melayu Sudah Sedar...Akan Bersama PR pada PRU13

”Dipinggir selepas Ketua Bahagian kalah” – bekas PPM


KOTA BHARU, 23 Mei: “Saya bekerja keras untuk memenangkan Umno di parlimen Kota Bharu. Hasil kerja kuat itu saya dilantik sebagai Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Tanjung Chat.
”Tetapi setelah Datuk Mohd Fatmi Che Salleh kalah pada pilihan raya umum ke-12  saya dipinggirkan,” kata Mohd Nor Abdul Rahman, 55.
Beliau merupakan bekas Penyelia Mukim Tanjung Chat (sekarang dikenali Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) menyertai Umno sejak 1970.
Namun baru-baru ini beliau bersama rakan-rakan menyertai PAS kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan Umno yang kini dilanda pelbagai masalah.
Menurutnya Umno sudah semakin jauh perjuangan asal, di mana sekarang pemimpinnya berjuang untuk mengumpul kekayaan peribadi.

Mohd Nor sekarang mengetuai PAS Cawangan Masjid Ihsaniah Sungai Keladi.
“Semasa saya memegang jawatan PPM, saya berkawan baik dengan semua orang tanpa memilih parti mana, tetapi ada di kalangan orang Umno dengki melihat saya rapat dengan masyarakat.

”Akhirnya saya dipinggirkan daripada jawatan PPM,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebelum itu beliau dikunjungi Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bertempat di Kedai Kopi Abe Nor Sungai Keladi.

Turut hadir pada kunjungan itu Bendahari PAS Kota Bharu, Ir Nor Shakiman Muhammad dan setiausaha kerja, Saifuddin Ibrahim.Bekas Pengerusi Tetap Umno Cawangan Sungai Keladi Tengah, Anuar Md Ghazali turut mengakui pemimpin Umno sekarang lebih mementingkan keluarga dan kroni.

Beliau sekarang Setiausaha Penaja PAS Cawangan Masjid Ihsaniah Sungai Keladi yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan terus bertapak kukuh di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
PAS Cawangan Masjid Ihsaniah Sungai Keladi dijangka mempunyai 50 ahli baru tidak lama lagi apabila lebih ramai lagi bekas-bekas Umno menyertai parti tersebut.

Wan Abdul Rahim berkata, sebelum ini PAS hanya mempunyai satu cawangan di Sungai Keladi.
“Alhamdulillah dengan adanya cawangan baru saya berharap lebih ramai lagi golongan muda dan profesional menyertai PAS,” ujar beliau.HarakahDaily

Komen : Tahniah..!!!! Jom Pakat tinggal umno....Orang melayu perlu bersatu di bawah PAS atau PKR...
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...