Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 30, 2011

Kepada Orang Kaya Insentif, Orang Miskin Subsidi - DSAI

 Kepada yang kaya, subsidi itu namanya insentif

30 May 2011
SUBANG JAYA, 30 MEI – Apabila bantuan kerajaan diberi kepada rakyat dan orang miskin, ia dipanggil subsidi. Tetapi apabila subsidi diberi kepada korporat besar, ia digelar insentif.

Pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan istilah itu dibangkitkan oleh   Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui untuk mempertahankan kononnya penjana kuasa bebas (IPP) tidak mendapat subsidi kerajaan

“Biasalah mereka ini. Untuk orang miskin diberi subsidi, untuk orang kaya dikatakan insentif,” katanya dalam satu dialog tertutup dengan profesional muda pelbagai kaum di sini semalam.Anwar menjelaskan bahawa sewaktu berada dalam kerajaan, beliau telah dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Ani Arope bahawa kumpulan IPP telah memaksa TNB membeli harga elektrik yang terlalu mahal.

Walau pun beliau bersetuju dengan pendirian Ani Rope menolak tawaran IPP yang tidak adil itu, kabinet yang dikuasai Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan untuk meluluskan desakan korporat-korporat gergasi berkenaan.Menurut Anwar, syarikat IPP utama itu – YTL Corporation Berhad yang dimiliki oleh Yeoh Teong Lay, Genting Sanyen milik Genting, Tanjung (Ananda Krishnan) dan Malakoff (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – dijamin tidak rugi sama sekali jika berlaku kenaikan harga; yang terpaksa menanggung rugi adalah TNB.

Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali mendesak kerajaan supaya menghentikan pemberian subsidi RM19 bilion setahun kepada IPP sebelum menghapuskan subsidi petrol, diesel dan gula untuk rakyat.
Sebelum ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan kadar bayaran elektrik yang dijangka dinaikkan oleh kerajaan BN berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB dengan syarikat-syarikat IPP.

Beliau berjanji bahawa apabila kerajaan Pakatan mengambil alih pentadbiran negara, perjanjian tidak adil dengan IPP itu akan dirunding semula bagi memastikan rakyat tidak teraniaya akibat kesalahan kerajaan BN sewaktu membuat perjanjian subsidi untuk korporat itu.Sebelum ini juga, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa subsidi kepada IPP tidak boleh ditarik balik kerana kerajaan telah mengikat janji dengan syarikat-syarikat terbabit sejak bertahun-tahun lalu.

“Oleh kerana kerajaan terikat dengan banyak perjanjian, subsidi kepada IPP tidak boleh dihentikan hanya kerana ikut kata DAP atau kata Anwar,” kata Presiden MCA itu kepada pemberita minggu lalu.
Membalas hujah Chua, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua DAP telah mencabar kerajaan supaya mendedahkan segala butir perjanjian dengan syarikat-syarikat IPP berkenaan subsidi yang mereka terima.

Katanya pendedahan kepada umum tentang perjanjian kerajaan dengan IPP amat penting kerana rakyat perlu mendapat maklumat penuh berikutan tindakan kerajaan mahu menghapuskan subsidi bahan api dan gula.
“Kita mahu tahu mengapa kerajaan enggan mengstruktur semula kontrak yang berat sebelah itu, sedangkan syarikat-syarikat IPP berkenaan membuat keuntungan lumayan, sementara rakyat menjadi mangsa harga naik,” tambah Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. – Roketkini.com
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...